CSS

Thursday, August 25, 2011

Biskut Red Pearl


Assalamualaikum..

Biskut lagi. Biskut ni memula tergoda bila baca kat blog JIYA PENGEMBALA KAMBEN. Jiya kata sekut ni best je ngunyah. Masa tu telan air liur jela. Tak de la nak mencari resepinya. Tapi bila kak Rose entry sekut ni dengan resepi sekali, terus je tergoda nak membuatnya sebab bebahan pun ada dan campuranya tu dah dapat imejin cemana masa menggigit sekut tu. Dan hasilnya memang sedap. Memang rangup walaupun saya tak letak emplex ejen perangup biskut tu. Bila mengunyah tu terasa2 semua nya, rasa kacang, coklat chip dan rangupnya conflakes. Terima kasih kak Noorma dan Kak Rose yang sudi berkongsi resepi. Tq a lot!!




Sebelum biskut dibakar. Buat bebola bulat2 begini. Nanti bila dibakar biskut ini akan meleper. Boleh sudukan aje ke try pembakar dan golek2 sikit ngan tangan. Sebenarnya ceri atas tu guna ceri merah je, tapi sebab saya dah beli 2 warne, guna jela hijau tu jugak.





BISKUT RED PEARL
Sumber: Cendanakasih
Rujuk: Kak Rose

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (kak rose x letak... tp ttp rangup) *Izah pun tak letak

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.


22 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

sedap nih..byk bahan bubuh...tunggu turn raya aji plak la.masuk list dulu yer...thnks you

syasya said...[Reply to comment]

wee...sedap ni..!

izahdaut said...[Reply to comment]

CB..
Kan bila tengok bebahan tu pun dah tahu dah sedapnya masa mengigit tu

syasya..
a ah..sedapppp

Kak Sam said...[Reply to comment]

Akak tergoda ni.
Tapi tak sempat dah nak buat.
Izah tolong buatkan boleh tak?

Cheq Sue said...[Reply to comment]

seb baik kita dah tutup kedai beskut... kalau tak tergoda pulak ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

tengok bahan2 semua pun dah ada kat rumah tu... harap2 rajin ler membuatnya.. tinggal sehari je lagi(sabtu ni) hari membiskut.. hari ahad dah nak cabot balik kg.. hehe.. apa2pun akak salin dululah resepi yekk..

ninazsyafinaz said...[Reply to comment]

baru cadang2 nak kemas oven..tapi tahun nih mmg teruja nak mencuba resepi2 biskut.baru pagi nih mengeluh..ader lebihan cornflakes dan ceri warna merah dan hijau tuh..tak tahu nak buat bikut apa lagi..pagi nih nampak biskut nih..cantik!!! Balik nih nak keluarkan oven semula lah nampaknyer..ahaks

Yatie said...[Reply to comment]

wow mmng cantik lerrr sekut ni...nama pun bukan main glemer lagi, harus di cuba ni....nengok pun dah tau mmng sedap...

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

akak dh 2 kali buat sekut ni...ini pun dh tinggal setengah balang jer... lagi berapa hari lagi nk raya, tp biskut sume dh reda...

kalo tak cukup, nanti akak hidang karipap jer la....hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
boleh je kak sam. saya buat ek.. pastu saya makan sendrik. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
laa dah tutup ke.. hehe... tak pe lepas raya nanti leh buat

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
saya doakan ada kesempatan dan kerajinan. hehe.. rangup sekut ni kak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@ninazsyafinaz
sama la ngan saya pun, bila ada tinggal sikit2 tu la yang tak tau nak buat apa. nasib ada resepi ni. siriyes sedap. saya buat 2 adunan terus. baru berbaloi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
harus kak.. sedap ada gigit kacang coklat chip tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cendana Kasih
hihi.. eh kripap mcm sdap je kak. lain dari yg lain apa.. hehe.. tq kak

Mas said...[Reply to comment]

masuk list resepi biskut ni...he3...
nanti2 aku buat..
sedappnya tengok..

nurul huda said...[Reply to comment]

uihhh.. meriah betul lah biskut tu.. nie buat tergoda nie.. hehe

http://hoodacakura.blogspot.com/2011/08/projek-raya-3.html

HaSue said...[Reply to comment]

cun sekut ko nih zah..dr smlm nk ngomen nih..hehe

Sarah Wilson said...[Reply to comment]

How much do you charge for a Statistics Assignment Help task? Take, for my case, where I need you to provide me with the Statistics Homework Help on plotting a scatter plot with a regression line? How much should that cost? Do you charge on the basis of the workload or have a constant payment?

Sarah Wilson said...[Reply to comment]

I have submitted my assignment to your website without any challenges. The economics assignmenthelp expert handling my assignment has already contacted me and I am certain that my work is underway. I am just hoping that I will get quality economics homework help. I have a lot of hopes in you and I am just hoping that you will not disappoint me.

Sarah Wilson said...[Reply to comment]

As much as there are discouragements, it is true that mathematics is hard. Like in my case, I was never discouraged by anyone about math but I still find it very hard and that is why I am requesting your Math assignment help. I am tired of struggling with mathematics and spending sleepless nights trying to solve sums that I still don’t get right. Having gone through your Math homework help, I am sure that I will get the right help through you. Please tell me what I need to be able to hire you.

Sarah Wilson said...[Reply to comment]

Just what I was looking for. I am struggling with my accounting assignment. I want an Accounting Assignment Help tutor to offer me two services. One is to complete my accounting assignments and the other is to provide me with online classes. I believe you are experienced enough to offer both Accounting Homework Help and online classes. I know you charge assignments based on the bulk. Tell me how much you charge for the online classes per hour.