CSS

Thursday, August 18, 2011

Kuih Kaswi Dokkojin?


Assalamualaikum..

Pernah makan kuih kaswi dokkojin? Ado? Ado? 


Hahaha... Ni la kuih hasil orang yang amat meminati drama2 Korea. Kan ? kan? Masuk je belog nyer memang dah nampak retis2 Korea yang duk jeling2 manja kat kita. Malu aiii.. kikiki.. Okey berbalik pada kaswi ni, ternampak kat blog ARAH. Nampak cantik hitam memikat, dan dan nak makan kaswi. Tapi bila nak membancuh, baru perasan gula merah tak sampai secawan pun. Alaaa.. tak shantekk la hasilnya kan. Wane lite2 gitu la. Tapi texture dia..goyangggg mari kita bergoyyyangg. Hehe.. sapa suke kuih kaswi goyang2 boleh la try resepi ni. Pada saya kaswi ni sedap, buat setengah adunan dapat banyak. 2 hari berbuka makan kaswi. Tapi tak kisah sebab saya memang gemaaaarr kuih kaswi. Tq Quinne. 


Dah..nak sambung mengukis.. jangan kacoo.muekeke


KUIH KASWI

sumber: IKA


Bahan2
1 3/4 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
9 cawan air
1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali)

Cara2

mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.
selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.


(nota Quinnie: satu adunan ni dpt satu loyang besar....saya buat 1/2 je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)


25 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

kaswi kt umah ni baru je habis.. hahaha.. mmg satu adunan kaswi selalu dpt bykkan.. rasa ada beza ke dgn kaswi gandum tu? nmpk resepi mcm sama, cuma yg ni lg byk tepung ubi dr gandum.. tgk pun nmpk mcm goyang2 tu, sedapnyer.

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK Izah, kita itu hari buat letak dlm Silicon mould sbb tak yah potong2 mmg payah sikit tang atas tu tp kak Q ada mention nak keringkan bhgn atasnyer tu kaN? Kalau nak senang potong tabur kelapa parut atasnyer baru potong :D kita dah mula pose nii nak mencarik resepi kuih2 jer nii :D

cik ain | sweet thots said...[Reply to comment]

ijahhh ... xtau lak org korea pandai mkn kaswi. macam tau2 jer.. akak ni pon tgh teringat kaswi yg my makcik buat kt kg aritu. rasa cam nk buat gak. nnt nak try kaswi korea ni pulak lah!

Anonymous said...[Reply to comment]

serious..LadyD dah lama tak mkn kuih ni..kang nak try r.

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Assalam kak izah,uishtadibaru sempat jenguk umah tun,nmpak kuih kaswi,kat umah akak pon kaswi juga,aala posa2 nih terliur toi.Pstt byk ke wat sekut...

syasya said...[Reply to comment]

saye suke makan kuih kaswi kalo die hitam sgt hehe nmpk sedap..mcm mane nk bg itam??

che'iza said...[Reply to comment]

Cehhh... Den ingat apalah dokkojin... macam2 den pikir tau izah..... Kaswi ko ni memanglah nampak kenyal2 gitu....

Anawahid said...[Reply to comment]

hahaha... lawak la pulak nama dokkojin tu... adoi la, izah lenkali kalo x ckp gula merah, nk dptkan kaler yg cantik, bole tambahkan kicap maxis tuk kaler yg cantik, jan tokojot ye, lg lemak2 manis kaswi tu... info dr makcik jual kuih kaswi... dh penah try, kaler kaswi mmg cantik... ;)

Anawahid said...[Reply to comment]

typo> kicap manis hahaha...

Mas said...[Reply to comment]

perhh..tengok pun dah tahu macam mana goyangnya kaswi tu....
nak try gak la nnti....

Cheq Sue said...[Reply to comment]

ha ha ha...ada orang kena jangkitan korean ni jugak

quinnie said...[Reply to comment]

hahhaha..izah.. pun dah pekena ksawi dokkojin ni ek...kekkekek....tak cukup gula ek...patut la lain skit warna dia...hehehhe..

apa nak buat... duk terbayang oppa jek tiap2 hari..hhahahah...tu yg snama2 kuih pun dah berjangkit ngan nama oppa jugakss..kekekke

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
bedanya dengan kaswi ganduum tu, yang ni lebih goyang nyer la.. sapa suke lebihhhh goyang boleh la try resepi ni pulak. kalau akak, rasanya prefer yang kaswi gandum tu. tapi yang ni sedap jugak..haiishh asalkan kaswi akak balun jeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
tu la pasal ADIK ika.. akak sambil potong sambil terkenangkan yang ika nyer dalam acuan. tak payah susah2 nak potong. hehe.. memang lembik2 goyang2 gituu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@ain (sweet thots)
orang korea tu saya tak tahu la pandai ke idak makan kaswi, tapi org yang minat ngan org korea ni memang pandai buat kuih kak. hehehe

try la kak. memang goyang2.satu lagi feberet saya kaswi gandum. yang tu saya sukeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@LadyD
cube la.. memang goyang2 manja gitu., hhee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
fuhh lama tak dengor kabor siti.. busy ngan dak berdua tu ye.. alaa ada la skit2 mengukis nyer. baru datang mood niha

izahdaut said...[Reply to comment]

@syasya
kalau nak bagi hitam biasanya kena guna gula merah tu lebih banyak la. pastu ada petua jugak letak kan sikit kicap bagi kaler lebih gelap. mcm kak yatie ada jugak bagi petua letakkan sikit coklat paste untuk menggelapkan warnenya.

izahdaut said...[Reply to comment]

@che'iza
hehehe.. bagi gempaq sikit noo..nama org suke ngan org korea..kita layan kan ajee..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anawahid
tu canggih sungguh dah tu kak ana..kicap maxis perginyer. hahhaa.. typo kann.. tu la, pernah dengar jugak, tapi kebetulan masa membancuh tu, boleh pulak kicap tu dah habis. nak membuka botol baru kemalasan la pulak.l

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

lg goyanggggg lg sedap tau izah.. hihihi.. zura pon penggemar kaswi.. bak sini skit.. malasnyer nk buat.. huhu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
cube mas jgn tak cube, tapi pada aku beza ngan kaswi gandum kan, kaswi ni memang kena makan ngan kelapa, kalau gandum kunyah tanpa kelapa pun sedap kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cheq Sue
tu la..berjangkit jugakk kann

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
hahaha..bila duk tengok memang la terbayang2. mcm aku la duk tengok drama korea, haii tak senang duduk kalau tak tengok sampai habis.. pastu duk terkenang2 je.. gile bayang siuutt...

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
ramai rupanya yang gemar kuih kaswi wk..boleh bukak kelab kaswi kita ni. hehe