CSS

Wednesday, April 21, 2010

Muffin Coklat Cheese

SIRAH: Penyayangnya Rasulullah SAW

Pada suatu hari, Rasulullah memendekkan bacaan surah dalam solat subuhnya. Baginda hanya membaca al-Mua'wwizatain iaitu surah Al Falaq dan surah an Nas berlainan dengan kebiasaan. Kebiasaannya baginda selalu membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa baginda memendekkan solat, baginda menjawab: "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya."

Satu hari Rasullullah SAW melalui hampir dengan rumah Fatimah dan baginda terdengar tangisan al-Hussien. Baginda bersabda kepada Fatimah: "Tidakkah kamu tahu bahawa tangisannya menyakitiku."

Rasulullah SAW juga pernah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi', anak kepada anak perempuannya, semasa solat. Ketika bangkit baginda mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya.

Al-Hassan dan al-Hussien pernah menunggang belakang nabi SAW ketika baginda solat(sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh).
[sumber: Ustaz Zahazan Mohamed-Anakku Hebat Anakku Soleh]


Assalamualaikum..

Semoga semua teman diluar sana sihat dan ceria.. Hari ni saya tak berapa nak ceria sebab dok pikir dan memikir menu apa agaknya yang boleh membuka selera si abang Bais yang demam dan ada ulser dalam mulut. Kesian dah dua hari tak mau makan dan minum pun sikit cenonet. Memulanya demam panas badan malamnya, esoknya pulak tengok bibir merah, check dalam mulut ada bintik-bintik merah lama-lama jadi putih pulak. Dan saat itu mulalah dia dok kemam air liur, bila dah penuh dia kasi leleh je kat mulut. Tak mo makan dan tak mo minum. Buat sup pun tak mau, nasi, roti, gula-gula, air susu, air putih, kek, dan sebagainya semua tak mau. Muka pun nampak pucat, main pun tak mau, eh main jugak tapi sambil baring depan tv je. Mulut dok kemam airliur, tak mau juge telan air liur. Tak mo cakap, of course la karang kuar plak air liur tu..so akhirnya, lepas SK balik (opss ni penangan si erma sik SK SK ni..) lepas hubby balik opis, pi la klinik..doktor cakap tekak die dah bengkak sangat sebab tu tak mo telan air liur. Pagi ni alhamdulillah, dah makan roti 2 keping setengah dengan minum air putih. Tapi dok meregek lagi la..biasa la tu kannn..


Panjang sungguh muqadimmahnya..tu baru muqadimah? hikhik...Jadi semalam dalam dok pening dan melayan si abang yang demam tak sihat dan dalam kecemburuan si adik tengok ummi dok bekepit dengan si abang, saya pun tercuba la muffin cheese ni. Kot la boleh membuke selera budak tu. Ish..ish..ish..tak terbuke juga, kalau tak muffin mcm ni die sangat gemar. Yang berseleranya ummi dia jugak. Sedap muffin ni, saya suka muffin yang lembut manis-manis lemak macam ni. Yang gambo meleleh tu versi penuhkan satu cup semua bagi cepat sikit kerja, natijahnya...huhu..

Resepi ni amik kat rumah kak Zana yang mcm mcm menu ado tu. Kak saya minta izin cnp ye. Trima Kasih.




Bahan2 (menghasilkan 10 biji muffin spt di atas)
80 gm mentega*
60 gm gula halus*
150 gm cooking chocolate*
5 keping slice cheese /cheddar cheese* (versi saya:3 keping cheese,2 sudu makan krim cheese spread, kes tak cukup slice cheese)
2 biji telur
esen vanila
2sk baking powder**
100 gm tepung gandum**
**ayak bersama
hirisan badam utk hiasan (saya letak serbuk kelapa kering je, eh sodap jugek)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Satukan bahan * dan cairkan menggunakan kaedah 'double-boiler' sehingga cair n sebati. Angkat dan sejukan sebentar.
3. Kacau telur + esen vanila sekadar meratakan putih n kuning dan masukkan ke dalam 2 dan kacau sebati (guna senduk atau wisk)
4. Masukkan tepung n kacau secara kaup balik.. jangan over kacau ek..
5. Masukkan adunan ke dlm paper cup n hias dgn badam
6. Bakar selama 25 minit 180 C


Opss ada gak jelly pandan ni nak inteprem. Buat jelly ni kot tekak orang demam nak menda sejuk manis lembut kan..tapi gagal..sup pun tak mau apakan jelly cenggini.

4 comments:

leen hussain said...[Reply to comment]

wah....meleleh nengok muffin tu ngan jelly ijo2 tu....

HALAMANKU said...[Reply to comment]

La la la... datg bawa aiskrim malaysia he he he nak tukar muffin.. dah lah coklat + cheese lagi... fuyo... nak 2 ketui...

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Geram pulak tengok muffin montok tu.. rasa nak picit picit je!

izahdaut said...[Reply to comment]

leen hussain
kak leen, lap lap airliur melelh tuh..basah pc kang..hikhik..

erma..
wah erma..bawak sekerim lagik..wah dap betul tekak dapat aiskrim asam boi tuh

mamafami..
montok2 ma jangan sebut ma, terasa tuan muffin nih..kikikik..