CSS

Monday, July 18, 2011

Masterchef Jam Doughnut


Assalamualaikum..

Last entry untuk hari ni. Kena letak jugak belah siang nyer...sebab malam saya jarang2 sangat mengonline kan diri. Kecuali jenguk2 menu untuk dimasak hari esok. Okay berbalik pada donut ni... wehhh best giless donut ni. Tak sia sia buat donut mudah gini. Saya makan banyakkk jugak. Kire sessi cuti berblog ni semua nyer makan..makan..makan... badan dah naik kilo balik dah ni. Amboiii mentang nak dekat puasa ni, semua nak tibai kan. Tapi dah memang betui, donut ni sangat sedap. 

Bak kata kak TTM tu.. puasa hati betui ngan donut ni. Kesyokkan donut ni bertambah time menggorengnyer tu. Sebab meramaskan doh keluar antara jari ibu ngan telunjuk. Comel je bulat2 jatuh. Klaau nak jemput susah sebab adunan ni liat gitu. Susah nak terangkan, kalau nak tau cam ner kena la try buat. Gebu dia.. peehh susah jugak nak bagitau. Memang best. Oh ya tapi nyer, tangan  kanan ramas doh ni, tangan kiri kena pegang sudip. Dua2 tangan berkerja ye.. Hehe.. Terima kasih banyak pada kak TTM. I lap u Amjahhh..

Satu lagi, namanya ada jam kan, tapi saya tak boh jem pun. Nak makan kosong gitu je. Terpulangla nak ikut citarasa kan.
Untuk tutorial penuh cara membuat donut ni sila ke daput TTM.




MASTERCHEF JAM DOUGHNUT
sumber: TTM

Bahan-bahan
440ml susu segar , panaskan 37C.
100g unsalted butter, lembutkan
75g gula kastor
4 biji telur
20g fresh yeast/10g dried yeast
4 cawan (600g), tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
200g raspberry jam *izah tak letak
clotted cream, to serve *izah tak letak
2 tsp lavender flowers* izah tak letak
100g caster sugar

*izah buat separuh dari adunan. Pun dah puas makan. Kalau ahli tak ramai cukup 1/4 adunan je la.

Caranya:

Panaskan susu segar ke 37 C. *Agak2 sehingga boleh mencairkan butter pada suhu bilik.
Masukkan butter dalam susu dan sebatikan.
Masukkan pula gula dan telur ayam. Sebatikan.
Ceduk 1/2 cawan adunan susu tadi letak ke dalam mangkuk kecil.
Kemudian bancuh  yis dengan 1/2 cawan susu tadi.
Masukkan semuLa bancuhan yis ke dalam adunan susu.
Tepung di masukkan ke dalam mangkuk besar dan buatkan lubang ditengahnya.
Curah adunan susu tadi ke dalam lubang tepung dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk.
Biarkan adunan selama sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Cara menggorengnya adalah ambil adunan menggunakan tangan dan ramas sehingga adunan keluar diantara jari telunjuk dan jari ibu. Sila praktik untuk berjaya ye. hehehee..

Coated dengan jem kegemaran atau gula. Dah..sila makan dengan berseleranya. TQ.




34 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

hari tuh dh tgk blog TTM...still tak leh imagine kuar kut celah jari tuh hihihi...kena tgk semula la..kena kasi pham2 betoi...anak teruna bole buat inikan plak mak org hahaha

sitiezahim said...[Reply to comment]

hehehe camne la nak kasik kuar ikut celah jari ni kak izah..huhuhu

Yana Shaiful said...[Reply to comment]

Salam K.Izah..

rasa xsabar plak nak bt donut ni.. nk tgk cane bleh kuar ikut celah jari tuu hikhikk..

quinnie said...[Reply to comment]

dah berasap balik dapur izah ye...hehhehe...kita nak buat donut tak buat2 lagi sampai sekarang...ada je projek2 lain...heheheh

tun_telani said...[Reply to comment]

xleh nk imagine laa camner nk ramas sampai kuor kot jari tu.. hehe..
rajinnyer time bekfes wat ni. kalu tun x sempat dah..minum otg blh la.

Mas said...[Reply to comment]

haaa..ambikkk kau...
kluar donut gebussss lak petang2 gini...he..he..
best yerk makcik...
masuk list dulu..
nanti aku nk buat gakkk.....
aku tak pernah lagi ramas doh kluar antara ibu jari ngan jari telunjuk....
macam best jerk...
tungguuu yerk....
geraamm lak nengok donut gebu gedass tu..

LiNa_Pg said...[Reply to comment]

assalam izah..kena wat demo 'kejadian kuar kot ibu jari tuh'xleh jemput ngan jari ek doh donut ni?kalau gentel2 bulat tu mesti xlawa camni kan??

anymz said...[Reply to comment]

akak dah masuk list masa mula2 ttm post entri ni dulu jah..tapi tak buat2 lagi..Rasanya esok baru start mengaktifkan diri semula..
ni sibuk nak bukak langsir bagai sempena menyambut ramadhan.


Terima kaseh sudi doakan kesihatan adik akak tu jah..masa mula2 kena dulu Dr ramalkan dia boleh hidup tak sampai setahun..alhamdulillah Allah lebih mengethaui kan?
eh!tak perasan ke madihah dgn nor kata muka adik akak sama cam muka ijahdaut..haha

nOOrsha said...[Reply to comment]

cam wat jemput2 ke donut ni ijah/? main ramas2 sampai kuar kat celah jari.. ngeri ai!~ hahaha

K.Nor said...[Reply to comment]

kan dah kata, mesti kebabom dgn n3 tertunggak haha

Unknown said...[Reply to comment]

uishhh sedapnya donut tu..bolat-bolat..kena buat tutorial pulala zah cara buat donut ni.

Amie said...[Reply to comment]

sekali pandang memang dah tahu rasanya sedap, bestnya kalau dapat seketoi minum dgn teh secawan!

Gee® said...[Reply to comment]

cute jer donut ni izah...bolat2... gebus lagi..rajin nyer tuan tanah ni yer...

Lieza said...[Reply to comment]

U r back izahhh mapin lover...wah berdesap desup n3 nya....buat akak jd muka seposen dek tgk macaron..piza ateh bawah..peh tu donat yg nampak gebu...fuhhh nampak tak muka seposen akak nih...tgh dok terliur nih...buatnya maleh...hukhukhuk

che'iza said...[Reply to comment]

Memang nampak sangat gebu donut tu..... Kompem sedap... bukan air tangan lagi ni.... Dah air jari jemari.....

Mamasya said...[Reply to comment]

Comei bulat2 donut Izah...gebus pulak tu.ada tengok jugak entry donut ni di blog TTM baru-baru ini...mmg kelainan cara buat donut ini.

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
betul tu dina. anak teruna yang membuat nyer ye.. hehe.. ala nanti boleh try. mcm anak kak TTM tu jugak buat. tapi jgn tegakkan tangan ke atas. tonggekkan la tangan tu. aduh bahasa apa nak diterangkan. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
dah lawak lak ramai yg membuat soalan ni. hehee.. ala cer imagine cemana kite pegang lampu picit tu. tapi imagie kite suluh arah bawah. suluhkan ke kuali. imagine lampu pidit tu lembik dan ramas atau picitkan. gitula kekdahnya. amik doh ngan satu tanagn. maknanya mcm cekau doh tu. kumpul dalam tapak tangan dan picit keluar.paham?

izahdaut said...[Reply to comment]

@YANA SHAIFUL
hahah nih sorang lagi. aduhai.. kena try la buat ek. nanti mesti siok tau

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tuhh banyak projek yee.. hehee.. a ah pc dah kebah dah.. insyaAllah..

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
kalau minum pagi pukul 10 boleh je tun. hahaha.. ala picit la kiranya. ambik doh dalam tapak tangan dan picit keluar antara jari tu. mcm perah kelapa la jugak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tu la makcik.. ni memang special nyer dout. sebab kalau kite ak jemputkan mcm buat cekodok masin tu agak susah sebab ko pun leh imagine kalau bater yang ngembang mcm apam tu susah nak jemput. dia melekit2 kan. tu yang kena picit tu. try la mas

izahdaut said...[Reply to comment]

@lina_pg
donut ni memang tak yah gentel kak. sebab bater atau doh donut ni lembik mcm adunan apam atau adunan cucur. tu yang kena picit tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
a ah..saya dah siap pasang langsir dah kak..ecehh siap bagitau. langsir satu je, bukan cam kak anim satu hari pasang tak siap lagi kot. hahaa.. kak nim leh try. suh ainul gorengkan. lawan lak kak TTM. anak teruna lawan anak dara.kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
kak nim a ah la. saya baca balik kome diorg. akakakaa... sabau jela.. kak nim la yg tau sama ke idak sebab dah menatap dua dua nyer kan..hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
hahaha.. aa ah mcm jemput2. tapi txture dia tak la lopong cam cucur tu.still gebu mcm dout. tapi gebu dia mmg best

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
haha. tu la kabo ke hasuriah, kalau 2 minggu tunggak agaknya ada jugak nanti keluar kek lapis 30biji telur. akakkaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
aduhai nieza, yang the makig ni memang tak leh janji,ak membuatnyer pun sesambil anak pajat lutut kan. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
seketoi tak cukup kak. nah saya up 5 ketoi. hehehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
tu la kak G. mulut pun rajin ngunyah pasal yer.. adehh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
akak napa buat muke seposen nyer? napa napa? nak donut ke? aloo siannye.. sila buat muke 4 sen dulu. ahhahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@che'iza
hahaha siap air telapak tangan lagi kot.. ikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mamasya
betul tu ada kelainan kan. tu yang nak menerai tu. siok la donut tak yah uli bentukkan ni. senang n mudah lak tu

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Haaa...
ada dah yang mencubanyaa.
Betulkan? sedap donut ni, nak membuat pun senang, tak yah terap2:)