CSS

Wednesday, May 26, 2010

Bun Strawberry Ole

Assalamualaikum.. sihat semua? Hari ni tak berapa ada mood nak berblog. Si kecik asik ngamuk je. Nak melekat kat ummi 24 hours lak tu..Huiii sabo je anak..ni meroti lagi ni. Jangan bohsan plak ye..Amik reesepi kat umah Mak Yong Ros. Roti saya ni tak rupe macam kat umah ros. Sebab satunya saya guna jem biasa je. Jam strawberi tu yang tak berapa nak nampak warna merah tu. Kalau nak tengok macam macam roti boleh singgah jenguk kat Jintan Manis Ros. Layan resepi.



Bun Strawberry Ole
Source: Ros

Bahan-bahanya:
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
7 biji strawberry ranum diblender dengan 120 ml susu
1/2 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu besar dried fruits ( ros guna ceri merah dan kismis hitam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver atau dough softner
sedikit pewarna merah ( ros guna sirap) - pink doh tu agak-agak ye
( jika tiada strawberry fresh boleh ganti dengan 2 sudu besar jem strawberry di blender bersama susu segar tadi)



Caranya:

1. Masukkan semua dlm bekas aduna dan uli hingga tak melekat pada jari. kemudian perap doh selama satu jam.

Kaedah lain : Penggunaaan Breadmaker, masukkan semua bahan kecuali dried fruit tekan Dough dan On je, bila dah siap uli sekejap dan masukan dried fruits, kemudian boleh terus bentukkan bulat-bulat.

2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 atau 12 dan susun dalam acuan petak, rehatkan selama 40 minit atau sehingga naik dua kai ganda, gliss permukaan roti dengan sedikit telur+susu+madu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

3. Akhir sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

- Kalau nak guna water roux pun boleh jugak ni, tapi kurangkan sikit, kuantiti susu segar tu ye. agak-agak je, guna cecair tu dlm 100ml je, tengok doh tu macam mana nanti.

5 comments:

Mas said...[Reply to comment]

rajin la izah meroti,gebus...gebus..pulak, mas pun tengah meroti ni,he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

waaah..esok mesti tayang roti tu mas.. bebudak ni nak ngunyah roti je.beli roti malas lak nak turun...

Datin El said...[Reply to comment]

salam izah dah lama akak tak meroti mesin roti pun dah bersarang..bila tenguk roti izah ni naik pulak semangat..

indahhouse said...[Reply to comment]

salam kak izah,
Takpe kak. saya takkan jemu ngan roti kak izah. Selagi ada filling yang sedap2 tu. hihihi..

izahdaut said...[Reply to comment]

datinel..
wah naik sarang tu...sabo jela kak..apa tunggu lagi..roti ni menu mudah untuk minum ptg atau bf kan...on jeee

nurindah..
nur..toce toce..meroti sampai naik kembang dah tuan punya diri ni..auu tak kose!!