Friday, August 26, 2011

Biskut Coklat dengan Oat


Assalamualaikum..

Amboi cergas tul blog saya hari ni mengupdate resepi biskut lagi. 
Biskut ni saya recommend sangat.
Sangat sedap.
Bagi sapa2 nak habiskan tepung kentang sila lah buat biskut ni.
Adoii tak berenti la menggigitnya.
Bahaya.. bahayaa...hehe..
Tapikan nak cakap sekali lagi, biskut ni memang kenaaa sangat ngan selera saya.
Masa mengadun sekut ni pun, aduhaiiii bau nyer.. menusuk kalbu.
Resepi berasal dari seorang guru masakan,  Puan Norasikin Basri.
Saya nak mintak izin untuk share resepi di blog saya pula ye.
Terima kasih, resepi ni akan saya buat lagi.




BISKUT COKLAT DAN OAT


2 1/2 cwn oat segera
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung kentang
1 cmt baking powder
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn mentega/majerin
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang
2 bj telur
1 cwn coklat chip / cincangan coklat


Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat
Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, coklat chip, oat dan lain-lain.
Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.
Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam.
Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. *izah bakar 17 minit.

Tip Masakan Berguna dari Puan Norasikin:

Oat biasanya menjadi pilihan untuk menambahkan khasiat dalam biskut berbanding bijirin lain seperti nestum, cornflake kerana ia lebih asli tanpa bahan-bahan tambahan yang lain.
Menggunakan tepung kentang adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan biskut kegemaran lebih rangup. Walaubagaimanapun kerangupannya akan berbeza kerana kerangupan menggunakan tepung kentang lebih kepada kerangupan snek. Jika tepung kentang yang digunakan berlebihan, akan mengakibatkan biskut menjadi garing seperti makanan ringan.
Alternatif terbaik untuk mengurangkan rasa manis pada biskut tanpa mengubahsuai resepi adalah dengan menggunakan gula perang. Dengan demikian, kuantiti gula dikekalkan dan tiada perubahan kuantiti pada bahan-bahan lain.


Biskut Snow Almond


Assalamualaikum..

Ngeeeee.. Ramai ye kata sakan saya mengukis tahun ni. Hehe.. Mood mcm kak Anim ni, suke buat kukis tapi dalam amaun sikit2 je. Sikit ke? Heee... snow almond ni saya buat 2 resepi. Ni pun sebab ada adik yang mengoder sekut ni. Memang la sekut ni sedap. Tak dipertikaikan kecuali yang tak suke coklat la kan. Eh ngapa sakan sangat nak mengukis ni ye. Hmm suke je sebab bila satu2 kukis tu menjadi, rasa nak try resepi lain lak. Bahan2 pun ada je dalam stor tu. Itu je la sebabnya. Jom layan kukis snow almond yang tak seberapa dari saya ni. Resepi pertama dari  Ummifeeza asal resepi dari majalah Saji dan saya amik dari blog NOORSHA. Dan resepi kedua dari mak Kak Hana yang saya amik dari blog IKA BANGKOK. *Senyap dah makcik ni. Busy la tu .. TQ to all of u.. Dua2 sedaaapp sangat. Tak de beza pun.





SNOW ALMOND (1)
sumber: NOORSHA


BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

BAHAN B:-
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar (noorsha letak 25gm nestum 25 gm cocoa crunch
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung

HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb - Noorsha gune kelapa kering


Cara-cara
Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



BISKUT SNOW ALMOND (2)
Resepi: Kak Hana
sumber: IKA BANGKOK

Bahan-bahan
250g butter
90g gula halus - leh kurangkan
50g badam kisar @ serbuk badam
50g tepung ubi
25g coffeemate
25g nestum - kisar
1sk esen coffee
1 biji telur
tepung gandum secukupnya *yg ni anggaran kita lebih kurang 3 cwn lebih, kalau nak terap leh lebihkan lagi sampai boleh di terap * Izah letak 3 cawan ngam2.

Utk saduran
Chocolate masakan>>double boiler
Nestum @ breadcrumbs


Cara-cara
Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
Simpan dalam bekas kedap udara.



Tart Nenas (kak Nor)


Assalamualaikum..

Dah berkemas dah ye? Saya belum siap mengemas pun lagi. Berkemas kain baju la especially nya. Belum pilih pilih pun lagi. Tengah setelkan hal biskut pun tak sudah2 ek. Ingat nak habiskan sikit lagi butter tu. Pastu nak setelkan kuih order. Bukan order berduit, tapi kami order buat sistem batter ngan kakak2 ku. Diorang tukar ngan kerepek. Kerepek pisang, bawang n gunting. Saya lak bagi la diorang sekut sebalang 2 kan. 

Ok, tart lagi... Hari tu dah try tart resepi kak Anim, sebenarnya sebelum tu dah try resepi kak Nor ni. Belum shoot gambo pun lagi, tart tu dah tinggal separuh balang dan bertambah parah bila budak2 ni goncang2 balang tart tu. Pepaham jela kan, kalau dah goncang sekut tart. Sah la pecah serdak tu. Lain la kalau tart tu keras, ni tart ni memang lembuttt gebuuu dan memang kena penuh kesopanan dan kesusilaan nak movekan tart ni. Memang berhajat untuk buat lagi, dan ini la hasilnya. 

Beza  tart resepi kak Anim dan resepi kak Nor ni, dari segi texturenya kegebuannya,  lebih kurang je, atau pun pada saya, percent nyer ada sikit je beza . Mungkin beza lainnya pula  pada wangi tart ni. Mungkin ada penggunaan tepung yang pelbagai dalam resepi ni. Haa..jangan cakap nak membeza2 cume, setiap resepi bila ada perbezaan dari segi bahan2 memang outcome nyer ada sedikit perbezaan.Tapi dua2 tart tu menjadi pojaan hati dan dua2 resepi dari tokey tart. Mana la nak terlawan kan. Sah dua2 tart yang saya buat ni memang akan menjadi kegemaran kerana dua2 ada specialnya masing2. Tak caya cer try buat dua2 resepi ni.

Apa apa pun tq kak Nor for this lovely tart recipe. Oya... ikut sukatan tepung gandum tu, kalau nak buat tart gulung letak 3 1/4 cawan. Tapi sebelum ni, agak keras adunan tu. So for this time saya hanya letakkan 3 cawan je. Memang cantik dan elok. Mungkin juga depend pada tepung kot. 




TART BUNGA/ TART NENAS GULUNG


250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung *izah letak 3 cawan je
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..


Thursday, August 25, 2011

Biskut Bebola Cornflakes


Assalamualaikum..

Ramai dah yang buat entry mengucapkan SELAMAT HARI RAYA. Maknanya tu, ramai juga yang akan start bercuti esok. Biasanya cuti esok tu nak buat persiapan akhir la kan. Nak mengemas, nak cari kukis buah tangan balik kampung..hai mcm2 la nak disediakan. Bila balik kampung biasanya memang tak sempat nak jenguk blog la pulak. Pulak2 kalau kampung yang signal internetnya lomah. Jadi buat yang nak bercuti esok saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA , Maaf dipohon andai kata ada silap dan salah selama kita berkenal di alam blogging ni. Terlebih gurau.. terlebih komen, terlebih bicara..harap dimaafkan. Juga ada komen2 dan soalan2 yang tanpa sengaja tidak direspond juga harap dimaafkan. Berhati2 di jalan raya ye. 

Buat yang tag kad raya buat saya, akan saya tepek bila nak dekat2 balik kampugn nanti. Kad raya saya pun blum siap lagi ni. Dalam proses.. insyaAllah saya sekeluarga akan pulang hari Ahad ni, ke kampung SAYA!! *huruf beso.. akkakaa.. Kampung BERCHANG, KUALA LIPIS, pahang. Buat siapa2 yang lalu di Kuala Lipis sepanjang hari Isnin hingga ke hari Khamis, sudi2 la singgah ke rumah kampugn saya ye. Pintu luas terbukeee... Sila sila... 

Weh panjang nyer ucapan, berbalik pada kukis bebola ni pulak. Resepi dari kak Ummi, dah ramai jugak yang saya nampak buat biskut ni. Tadi ni HASUE pun dah tunjuk sekut nyer tu. Sedap kan Sue... Anak2 pun suke sekut cornflakes ni. Tq banyak2 kak Ummi dan mintak izin share resepi di sini pulak ye. Saya terus buat 2 adunan. Baru padan nak membahagi nanti. 





BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.



Kari Udang Biji Cempedak


Assalamualaikum

Pernah makan ke kari gini? Saya 1st time makan dan of coz 1st time masak gulai biji cempedak ni. En suami nak sangat makan gulai biji cempedak katanya. Bila dia dah perisi biji tu, sebab cempedak nyer dah di goreng tanpa biji, pastu ada la permintaan tuk digulaikan. Sudah.. bini nyer ni idak ler reti nak menggulai pelik2 gitu. Tapi katanya masak cam gulai biasa letak la rempah kari. Ooo kari la kot. Tapi katanya bukan kari.. kiki..Google2 jugak, tapi tak de la pulak resepi. Cume ada terbaca biji cempedak ni di karikan dengan udang. Aaah karikan aje la.

Memula kena la rebuskan dulu biji cempedak, lepas tu kikis pulak kulit nya. Lepas tu dh siap tu masak la kari mcm biasa. Resepi saya amik kat rumah kak Ayu Sg, simple tapi nampak cam sedap je kan. Kengkadang bergantung jugak dengan brand kari apa yang kita pakai kan. So.. bila siap, en suami kata bukan gulai kari mcm tu, tapi gulai je. Hehe... apa apa la kan, tapi bila dah rasa tu, en suami kata ok la..sedap la..cume tak seperti di jangkakan dia lah.  *Kadang2 confuse jugak tau, org utara panggil gulai tapi saya sampai sekarang tak pasti gulai tu specifikasi kepada gulai apa. ngehehee...

Tq kak Ayu sebab saya amik resepi kari udang ngan pisang. Cume saya tukar pada biji cempedak. Tapi pada saya kari ngan biji cempedak ni sedaapppp.. Biji tu sebagai pengganti kentang. Tapi sedapp lah..Wangii je..



GULAI KARI BIJI CEMPEDAK

adaptasi from: GULAI KARI UDANG DGN PISANG..
rujuk di : kak Ayu Sg

Sesikat pisang sayur muda (siat kulit & potong serong)- (Ayu rebus hingga empuk)
*izah guna biji cempedak - direbus hingga empuk dan kikis kulitnya
½ kg udang basah-(Ayu gunakan 350g)

Bahan tumis (kisar halus)

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
2 biji buah keras
Sedikit cili kering (optional)-(Ayu gunakan 2 sudu besar)
2 btg serai (ketuk)
1 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)

Serbuk rempah kari (Ayu gunakan 4 sudu besar)
Daun kari
Santan pekat-(Ayu gunakan 2 cawan santan + air)
Minyak untuk menumis
Garam / Gula / serbuk perasa.

Cara :-
1- Panaskan minyak & masukka bahan tumis.
2- Masukkan daun kari & serai..tunggu hingga wangi
3- Masukkan kari paste...tumis sehingga pecah minyak.
4- Masukkan pisang *izah masukkan biji cempedak & sedikit air...tggu sehingga sedikit empuk &  masukkan udang.
5- Kacau rata...tggu sehingga udang masak...&  masukkan santan.
6- Perisakan dgn garam & gula.
7- Siap...


Biskut Red Pearl


Assalamualaikum..

Biskut lagi. Biskut ni memula tergoda bila baca kat blog JIYA PENGEMBALA KAMBEN. Jiya kata sekut ni best je ngunyah. Masa tu telan air liur jela. Tak de la nak mencari resepinya. Tapi bila kak Rose entry sekut ni dengan resepi sekali, terus je tergoda nak membuatnya sebab bebahan pun ada dan campuranya tu dah dapat imejin cemana masa menggigit sekut tu. Dan hasilnya memang sedap. Memang rangup walaupun saya tak letak emplex ejen perangup biskut tu. Bila mengunyah tu terasa2 semua nya, rasa kacang, coklat chip dan rangupnya conflakes. Terima kasih kak Noorma dan Kak Rose yang sudi berkongsi resepi. Tq a lot!!




Sebelum biskut dibakar. Buat bebola bulat2 begini. Nanti bila dibakar biskut ini akan meleper. Boleh sudukan aje ke try pembakar dan golek2 sikit ngan tangan. Sebenarnya ceri atas tu guna ceri merah je, tapi sebab saya dah beli 2 warne, guna jela hijau tu jugak.





BISKUT RED PEARL
Sumber: Cendanakasih
Rujuk: Kak Rose

Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex (kak rose x letak... tp ttp rangup) *Izah pun tak letak

Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur


Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30 minit.


Wednesday, August 24, 2011

Chocolate Muffin 5


Assalamualaikum..

Muffin coklat resepi lain pulak. Hmm suke cube banyak variasi muffin coklat sebabnya suke tengok hasil muffin ni. Bila sikit je adjust ramuannya dan cara membuatnya, pasti ada perbezaannya. Yang tu la sebab saya suke cube bermacam2 resepi muffin coklat. Rasanya muffin ni tidak la mengecewakan. Anak2 dah lama mintak nak makan kek. Buatkan jela muffin, suka la sangat diorang tu.

Dah tengok dah? Gi sambung mengukis semula ye.. Hhehehe






CHOCOLATE MUFFIN 5
source: cacaoweb


Ingredients
2 eggs
1 cup (220 g) sugar
1 cup (110 g) all-purpose flour
6 tablespoons unsweetened cocoa powder
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon vanilla essence
2/3 cup (160 ml) milk
2/3 cup (150 g) butter
4 oz (120 g) semisweet chocolate chips (optional)


Method

Preheat oven to 350 deg F  (180 deg C).
Grease 6 extra large muffin tins or cups (paper muffin bake cups are recommended) or 12-15 medium cups.
Beat the eggs with sugar, mix with flour, cocoa powder, baking powder, vanilla and milk.
Fold in the melted butter.
Add chocolate chips; coat them with flour before mixing into the batter.
Bake at 350 degrees until a until a wooden pick inserted in center comes out clean, about 30 minutes for XL muffins, about 20 minutes for medium size muffins.
The Chocolate Muffins may be served hot or at room temperature.


Jemput Pisang Sedap


Assalamualaikum..

Haiiii hujung2 Ramadhan ni, terasa masa makin suntuk untuk buat apa pun. Dan hari ni sangat sedihh.. terkilan juga.. tapi nak buat mcmana, anak bulan nampak awal kat Ampang niha. Sob sob... Mood pun hilang laaaa..

Meh la layan resepi cekodok pisang yang rangup dilur, texture kek kat dalam. Senang je, perapkan adunan cekodok dalam 20-30 minit. Senang kan!! TQ terima kasih buat meow@myR. Sedapp n i likeee..




JEMPUT PISANG SEDAP
sumber: meow@myR

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

5-6 biji pisang berangan pisang lain pun boleh
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambahlah gula lagi :) )
1 cawan tepung - bergantung atas besarnya pisang..(agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
minyak untuk menggoreng
sedikit esen vanilla * izah tambah


Cara-cara

satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
Selamat mencuba... :)



Tuesday, August 23, 2011

Surprise dari ANNA QAWINA


Assalamualaikum..

Wah tajuk seperais gitu kan. A ah memang pun terkujat jugak ni. Memang dah lama duk mengoder krim gatal kat si Anna Qawina ni, tup tup kelmarin baru dapat en suami nya nak membeli krim tu. Dan dah tahu pun yang Anna bagitau krim tu akan sampai hari ni. So tunggu kan aje. Bila bunyi ting tong tang tung tu, dah tahu la pakcik posmen dah sampai bawak parcel krim gatal tu.

Bila tengok kotak, dalam hati terdetik jugak, besar  jugak rupanya krim ni. Tengok kotak boleh tahan tu, besar2 kotak kasut baby. Biarkan dulu sebab nak nyetel rumah dan segala kemas mengemas bila anak2 tidur. Dah duduk rehat nak memasak baru la buka kotak parcel tadi. Wahhhh surprisee..haha.. bukannya krim aje..rupanya ada jugak hadiah besday yang dikirimkan sekali. Bertuah tul ibu berpantang neh. Comelll comel cup muffin tu. Tak pernah ada lagi dalam koleksi. Tu yang suke sangat tu. Cantik.. siap dapat kad raya lagi.. Jangan jeles hokehh..

Sebenarnya.. sangat surprise tau kalau dapat parcel ni. Ada lagi 2,3 kakak dan kawan bloggers yang kirim parcel, tapi nama kena dirahsiakan. Yang si Anna ni tak de la pesan lak dirahsiakan ke tidak, habis la rahsia bocor.. Hehe.. Apa apa pun buat Anna..tq so much dear... Kad raya tu buat aku gelak la pulak. Kalau ko dah berkurun tak tulis kad raya, aku lak dah berkurun tak dapat kad raya. Hehe... 

Ha.. sapa2 nak krim gatal tuk baby atau anak2 yang kulit jenis kering dan mudah gatal sila lah dapat kan dengan si Anna Qawina di SINI. Aku buat iklan ni, nanti komisen jgn lupa aku ye Anna. Hehhehee




Itu ler kotak krim tu. 




Biskut German Orang Malaysia


Assalamualaikum..

Ini awan di Malaysia kelmarin, waktu lepas subuh. Waahh nyaman nyerr.. Selalunya malam2 akhir Ramadhan ni, pagi2 selalu duk termenung kejap kat luar n duk pikir2 kot la malam tadi malam lailatul qadar. Haishh duk pikir2 tapi amal ibadat yang adooo je kan. Pinjam ayat BAIS  jap.."tak baguss tak bagus..no is no." hehe.. Cantik tak? Merah lawan awan hitam gitu. Cantik subhanallah..

Nak lagi? 






Berbalik pada sekut German yang paling fomus bermula before Ramdhan, sehingga la ke hari ini. Semalam rasanya paling ramai yang menayang sekut German masing2. Haa memang fofular la kan sekut neh. Sapa tak cube lagi sila la cube. Sekut cair dimulut. Tapi teringat kak Sam kata, kurang sambutan kat rumah nyer. Haa saya pun sama la jugak. Anak2 tak berapa ulang sangat makan. Selamatt.. hehe . 




Saja saya warnekan untuk kelainan dan keceriaan. Sebab warne dia pale gitu je kan. Ok jom layan resepinya. Semua dah tahu sumber asal dari kak Rima, dan terus berjangkit ke semua rumah sifu2 dan terus pada kita semua ni la kan.  Terima kasih semua yang menyebarkan virusnya. 


GERMAN COOKIES
sumber: kak RIMA


BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi 
125 gram tepung kentang 
80 gram tepung halus 
40 gram gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :

Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.

Ambil sedikit adunan ( 1/2 camca besar), kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit . Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....



Resepi copy from : CMG @ DTS



Monday, August 22, 2011

Roti Sosej Rangup


Assalamualaikum..

Menu sarapan anak2 saya. Saja la letak menu simple ni, sebab tak pernah pun lagi menu gini masuk blog. Diorang makan macam tu je, tak de sos mayonis bagai. Rangup je nengokkannya. Saya buat kaedah mcm kak Nor ajor dengan menyapukan telur menggunakan berus pada roti tu. Jimat telur dan serbuk roti tu pun elokk je melekat. Tak menjejes pun telur tu. Resepi ikut nafsu la nak makan berapa biji sosej n roti tu ye. Budak2 ni 4 ketul dah terlebih cukup dah. Saya letakkan cara kak Nor buat sosej rangup ni. Ada slice cheese dalam tu. Saya terrrlupa nak letak, padahal anak2 suke je. Lenkali leh buat lagi kan. TQ kak Norrr..






ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP

Bahan:

10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


Biskut Cinta 3 Warna




Assalamualaikum...

Terima kasih sekali lagi yang sudi tinggal komen memberi ucapan Selamat hari lahir buat saya dan doa doa kalian amat membuatkan saya terharu dan tergeli hati pun ado. Semua ini saya semat dalam hati dan akan menjadi kenangan indah saya dalam dunia blogging ni. Terharu mokcik!!

Canner puasa kalian dah hujung2 ni? Sahur masih berselera lagi ke? Biasanya saya kalau dah hujung2 ni, sahur pun pakai ikut selera suami je. Kalau kata nak cempedak goreng, pepagi buta tu la saya menggoreng cempedak. Hehe.. Kalau jaman2 bujang dulu, bangun minum air je kalau dah hujung2 ni, tapi kalau balik kampung memang wajib ler bersahur. Mak mesti kejutkan jugak dengan kejutan berstrategi nyer tu. Hehe.. mengimbau kenangan lak.





Biskut raya ke-3 saya. Again..buat untuk tahun ni. Resepi tahun lepas dah tunjuk DISINI , asal dari keluarga mertua adik saya di Tapah. Tak silap katanya dapat resepi belajar masak Kemas. Sekut ni ada permintaan lagi. Jadi saya buatkan lah untuk memenuhi permintaan. Memang sedap sekut ni. Kalau lepas bakar biarkan beberapa minit dulu nak alihkan dari tray, sebab sekut ni lembuttt sangat, Nanti habis pecah berderai. Biskut melted in the mouth. Wangi bau minyak sapi. Rasa mcm sekut arab lebih kurang. Ada yang buat golek2 je sebiji besar guli, tapi sekut ni lembutt sangat, kena letak dlm paper cup. Kalau idak pecah gitu jela. Bagi yang teringin nak mencuba saya tepekkan sekali lagi resepinya.





BISKUT CINTA 3 WARNA
by: izah muffin lover

300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum * izah kurangkan 50-60 gm
3 pewarna makanan yang disukai

Caranya:

Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati. Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Biarkan biskut beberapa minit di dalam tray sebelum alihkan ke atas redai. Bimbang biskut akan pecah jika dialihkan panas2.


Sunday, August 21, 2011

TERIMA KASIH semuaaaa...


Assalamualaikumm..

Hari ni tanggal 21.8.2011, bertambah +1 lagi umur saya. Pada 31 tahun yang lepas, lahirlah seorang baby perempuan yang berkulit coklat sawo matang, di sebuah rumah pusaka, di sebuah kampung bernama Kampung Berchang, Kuala Lipis Pahang. Itulah saya..

Yee.. umur saya dah 31 tahun ni. Ada ke yang tersedak tersilap panggil saya kakak, atau tersilap memanggil nama sahaja tanpa di'kakak' kan? Hehe... biasa lah tu lumrah la kita berblogging ni. Bukannya sama kelas tingkatan atau pun darjah kan. Saya pun mohon maaf jugak sekiranya dah tersalah panggil kakak atau nama aje. Nanti note kat komen ye... Tapi pada NOORSHA DHIRA dan ANNA QAWINA, wlaaupun kita lain umur, aku da tak reti nak tukar gaya bahasa dah ngan korang. Hehehe... 

Biasanya saya tak buat entry pun sempena birthday saya. Terasa segan, bukan segan sebab umur bertambah, tapi segan tak de alasan. Segan jee.. tapi dek kerna berterima kasih saya dengan wish yang saya dapat di FB dan di blog ni oleh kawan2..saya terpanggil untuk buat entry ni. 

Terima kasihhh sesangat kepada teman2 yang wish birthday saya. Tahun ni terasa amat bermakna dan terasa ramai kawan2 disekeliling. Yang pertama wish ialah NOORSHA, awal 2 hari ye Sha, dan saya pun berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak sulungnya, Darwish.. Happy birthday Aisy.. semoga membesar dengan sihat dan cergas! Kepada teman2 yang lain.. terima kasih atas ucapan dan ingatan dan yang pentign sekali doa2 kalian. Semoga doa2 kalian, yang ada gak kelako2 tu..siap acuan bagai keluar tu..saya amin kan dan semga Allah makbulkan.
Terima kasih buat UCU FARIDAH yang buat entry wish birthday saya, TQ sangat. Terharu saya. Tak pernah terasa diingati dan dihargai begini. 

Kemudian buat suami, yang mendoakan saya sempena hari lahir saya kali ni tq dear. Walaupun lewat, tapi sangat bermakna... Sebenarnya tiap kali birthday saya, suka je saya nak tunggu si suami ni akan ingat ke tidak. Biasanya dia ada reminder ingatkan, tapi mcm tak syok je, pulak2 klau reminder tu berbunyi depan kita. Tapi kali ni henphone en suami problem , jadi tak de reminder, saya sukeee.  Saja la kan, nak tengok.. Walaupun lewat wish, tapi yang penting sentiasa doa mendoakan dan keikhlasannya tu. 

Dan akhirnya...semoga bertambah lagi umur ni, semoga saya dapat menambahkan keimanan, menambahkan kematangan dalam kehidupan dan semoga orang2 terlibat dengan saya dapat menyerap kebaikan dari saya kepada mereka dan saya mendapatt kebaikan juga dari mereka. InsyaAllah.

TERIMA KASIH CARD DAN UCAPAN DARI SEMUA.





Dari Queens linda kulinary kitchen (fb)




Dari kak Nor




dari mas




dari kak Naz yang nakaall





dari kak Shiela





dari LOVE!! 



Terima kasih semuanyaaaaa...



Ini pula dari ayu dalam entry wishnya buat saya. Terharu sangat.tq ayuuu.


Dari Nazima Shima (fb)







Saturday, August 20, 2011

Biskut Coklat Chips


Assalamualaikum..

Kukis ke 2 saya, sekut coklat chip resepi dari dapur SECUBITGARAM. Orang kata , kalau tak tahu jgn malu bertanya, malu bertanya sesat jalan. Maka saya pun call la tuan punya resepi nak tanya perihal kukis ni. Kalau lambat berjawap bersabar la, ingat sesenang nak cakap ngan sifu. Bersabar kot la sifu ada hal dlm toilet ke kan. hee.. Bila dah angkat cal dan berjawab salam... sepoii  sungguh bila budak kecik tu meraung sebab bergaduh ngan abang nyer. Terencat nak nyembang ngan sifu ku ini. Haishh.. kena bercakap cepat2 nmpak cam tak beradab pulak. Yela, kita nak tanya, bila dapat jawapan cepat2 je letak enpon kan. Maaf ye kak Nor. hehehe. Perkara diluar kawalan.




Kemuskilan  pada sekut ni, sebab doh dia lembik. Kak Nor bagitau, emmang lembik sebab cara nya menyudukan doh ke tray pembakar. Tapi nak bagi cun scoop kan lah dia. InsyaAllah kalau scoop kan lagi cantik dan tak melekat kat scoop sebab doh ni jenis berminyak. Sekut ni pun mengembang, jadi jarakkan antara nya. Masa buat sekut ni sangat la suke hati. Dah la bau nyer yang harum, membuatnyer lak tak banyak songeh. Senang sangat dan sedapp. Bebudak ni duk berulang makan. CUME MUSKIL, kaler sekut kak Nor tu gelap sikit. Kak Nor ada masukkan serbuk koko ye? Soalan tu tak sempat saya nak tanya dlm phone.

Tq kak nor, toce toce kerna sudi share resepi dan mcm biasa penerangan kak Nor atas sesuatu resepi tu sangat detail. Kalau buat buku sangat puas hati membaca nyer. Hee.. mintak izin saya bershare di sini pulak ye kak.


BISKUT COKLAT CHIPS

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds *Izah guna hazelnut

Caranya:

1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.




Friday, August 19, 2011

Tart Nenas Gebu


Assalamualaikum..

Saya letakkan dulu entry sekut tart ni . Kejap2 nanti insyaALLAH saya reply komen2 dibawah nuuunn ye. Tadi beria duk chit chat kat FB , dah sekarang satu kerja pun tak siap lagi. Salahkan si Noorsha Dhira!!

Sekut ni macam la namanya dihujung tu ye, bukan Mat Gebu tapi gebuu je. Memang elok je texture nyer. Lebih kurang adik beradik kembar dengan tart yang saya buat resepi kak Nor jugak. Bezanya yang ni tak perlu putaq kasi gebu dulu butter nyer tu. InsyaALLAH menjadi kegemaran la tart ni. Rupa tart saya tu idak le cantek mana. Ni second time saya berkecimpung mengetart ni. Tak reti lagi nak jangka tepung tu lembut ke idak. Tapi alhamdulillah.. menjadi dah tu. Bertambah semangat saya buat tart nenas ni sebab anak2 rupanya gemar kan tart nenas. 1st time tengok diorang suka makan. Saya ni tak berapa sangat makan, tapi bila tengok diorang makan, sukeee jee kan.

Mekasih kak Nim. Kak Nim ni memang orang yang tak kedekut ilmu untuk share. Biasanya kalau dah tokey tu, nak share pun segan segan kan, tapi alhamdulillah dengan berkongsi ni, rezeki kak Nim bertambah banyak mencurah2 kan. Resepi ni jugak kak Anim buat bisnez dan memang ramai yang mengoder, kiranya untung tu boleh bawak kak Nim jenjalan dalam dan luar negara. Itu kisah kak Nim ler.. kannn



TART NENAS
sumber: kak Anymz

bahan2 pastri

4 oz butter- 115 gram
4oz minyak sapi- 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum-450 gram
sedikit garam
air sejuk


cara

Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min


Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa.samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.

Akak biasa buat *IZah guna readymade

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning

cara

kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan