Friday, August 26, 2011

Tart Nenas (kak Nor)


Assalamualaikum..

Dah berkemas dah ye? Saya belum siap mengemas pun lagi. Berkemas kain baju la especially nya. Belum pilih pilih pun lagi. Tengah setelkan hal biskut pun tak sudah2 ek. Ingat nak habiskan sikit lagi butter tu. Pastu nak setelkan kuih order. Bukan order berduit, tapi kami order buat sistem batter ngan kakak2 ku. Diorang tukar ngan kerepek. Kerepek pisang, bawang n gunting. Saya lak bagi la diorang sekut sebalang 2 kan. 

Ok, tart lagi... Hari tu dah try tart resepi kak Anim, sebenarnya sebelum tu dah try resepi kak Nor ni. Belum shoot gambo pun lagi, tart tu dah tinggal separuh balang dan bertambah parah bila budak2 ni goncang2 balang tart tu. Pepaham jela kan, kalau dah goncang sekut tart. Sah la pecah serdak tu. Lain la kalau tart tu keras, ni tart ni memang lembuttt gebuuu dan memang kena penuh kesopanan dan kesusilaan nak movekan tart ni. Memang berhajat untuk buat lagi, dan ini la hasilnya. 

Beza  tart resepi kak Anim dan resepi kak Nor ni, dari segi texturenya kegebuannya,  lebih kurang je, atau pun pada saya, percent nyer ada sikit je beza . Mungkin beza lainnya pula  pada wangi tart ni. Mungkin ada penggunaan tepung yang pelbagai dalam resepi ni. Haa..jangan cakap nak membeza2 cume, setiap resepi bila ada perbezaan dari segi bahan2 memang outcome nyer ada sedikit perbezaan.Tapi dua2 tart tu menjadi pojaan hati dan dua2 resepi dari tokey tart. Mana la nak terlawan kan. Sah dua2 tart yang saya buat ni memang akan menjadi kegemaran kerana dua2 ada specialnya masing2. Tak caya cer try buat dua2 resepi ni.

Apa apa pun tq kak Nor for this lovely tart recipe. Oya... ikut sukatan tepung gandum tu, kalau nak buat tart gulung letak 3 1/4 cawan. Tapi sebelum ni, agak keras adunan tu. So for this time saya hanya letakkan 3 cawan je. Memang cantik dan elok. Mungkin juga depend pada tepung kot. 




TART BUNGA/ TART NENAS GULUNG


250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung *izah letak 3 cawan je
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..


22 comments:

  1. rin pun xpacking mende lagi...esok dh nk blk....huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Izah,

    cantikkk nya,nak sebalang...kak nur belum pun buat kuih tart nenas...tunggu sunday ini la baru nk buat...hehe...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kak Nur buat Izah sekeluarga,pohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dan kesalahan atau terkasar bahasa semasa memberi komen di blog Izah.

    ReplyDelete
  3. aaarrrgghhh...!!!! sedapya tart ni... k.gee nk dtg raya umah izah yek...

    ReplyDelete
  4. hmm..memang sakan kau mengetart tahun ni makcik...
    meh tukar2 ngan popia pedas aku...
    nak tak..kikikiki

    maceh atas petua kau tu makcik...
    betul tu..klu sapu kuning telur tu awal..macam susah melekat kan..
    nanti aku try cara ni lah..

    selamat hari raya buat izah sekeluarga....
    maaf zahir batin...
    minta halal juga yerk resepi2 @ ilmu2 yg aku ambik dari kau....

    ReplyDelete
  5. jah.. k.nor dah gantung kad raya.. jgn lupa angkut yer... hehe

    mmg beraya sakan la tahun ni, kukisnya banyak dpt lak balik kg SENDIRI ya.. hehee.. jgn tak balik ampang sudah.. makan2 tu ingat2 sket ya.. kang jarum gi ke 60 lebih.. hehehe

    kesopanan dan kesusilaan? hahahahah.. pandai la tu :)

    ReplyDelete
  6. Salam, Izah...
    Wah dah banyak tu biskut raya tuk buah tangan balik kampung tu... Nurul ader juga buat, tapi xdan ler nak tayang... hehe
    Pepun, Selamat Menyambut Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. & Selamat Pulang Beraya ke kampung... :)

    ReplyDelete
  7. wahh...banyak betul Izah buat sekut..rajinnn
    Selamat Hari Raya untuk Izah sekeluarga yer...halalkan segala resepi yg dah Liza cilok dr blog sini..mintak halal yer..

    ReplyDelete
  8. akak pun lom packing apa2 pun lagi.. baru cdg nak wt sikit lg sekuk raya esok (sbb esok husband akak kerja lg) tup2 dpt berita adik akak kat klang dah bersalin awal pagi td... entah jd ke idak nak wt sekuk raya.. mcm tak sbar nak pegi tengok baby baru.. hehehe...

    kg mertua akak Kg Jasu, Ulu Sungai.. jalan yg sama nak ke Technology Park lebih kurang setentang dengan Balai Polis Batu Malim. Kawan akak sorang balik ke Kg. Keledek.. dekat tak ngan Kg Berchang? Leh tak bagi akak no tipon.. PM kat FB yer.. kot2 terlepas ke Lipis.. leh gak mencari.. cuma tak berani nak kompem lerr...kalau2.. hehehe.. almaklum.. kat kg tu mak sedara pun ramai.. jd bykla tempat nak gi melawat..

    ReplyDelete
  9. @Hezrin Ahmad
    selamat balik kampung dan berhati2 dijalan raya ye.selamat hari raya maaf zahir dan batin. ;-)

    ReplyDelete
  10. @Nuridah
    selamat hari raya kak nur.. saya pun mohon maaf zahir dan batin kalau terlebih bahasa mengomen.

    kalau nak buat tart tu, berhati2 membakor ye kak. hehe...

    ReplyDelete
  11. @Gee®
    eh kak gee tak buat tart ke? lugi loo.. sedap neh. hehe

    ReplyDelete
  12. @Mas
    nak balik dah ke mas. selamat hari raya juga. maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  13. @K.Nor
    hahahhaa.. kak norr. alaaa... terbantut nak ngunyah tart niha.. haiishh 60.. geruunnn

    ReplyDelete
  14. @Nurul
    oo dapur dah tutup ye. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. semoga selamat dalam perjalanan ye..

    ReplyDelete
  15. @Liza
    ishh memang dah halal belaka tu.. hehe..

    selamat hari raya buat liza sekeluarga. semoga selamat dalam perjalanan dan s elamat tibe ke destinasi ye..

    ReplyDelete
  16. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    akak.. saya dah pm akak kat fb.. kg keledek dekat je ngan kampung saya. biasa jugak gi sana, sebab ada sedara mara kat situ.

    ReplyDelete
  17. uwaaaa cantiknya tart gulung ni...tergoda aiiii tawwwww....

    ReplyDelete
  18. Waaaaaaaaahhh tart...xleh nampak la..rasa nk ngap jeerr....Weeee..pi dapur ni kata tart ni sedap, pi dapur sinun, kata tart sinun sedap, pi dapur sana, kata tart sana sedap...aargghh mana satu nak wat nih! hahahhaa..last2 akak beli tart je laaa...aci x? dpt moraaaahh kan, angkut jek laa..sedap pun sedap! hehehe

    ReplyDelete
  19. cedapnyer.... bila la RAJIN nak dtg dlm diri ni...haihhh...

    ReplyDelete
  20. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
  21. Askum puan..klu xguna myk sapi juz guna butter blh x..??tq

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum... Mohon halal resepi ni ye... Nak cuba buat

    ReplyDelete