CSS

Tuesday, April 13, 2010

JELAJAH BLOG IBU oleh Ben Ashaari


Mengikut kata Kak Ummi, si Ben ni tengah berkobar-kobar dengan kerja amalnya tu...nak mengwar-warkan blog yang diterjahnya kepada blogger2 lain. Kepada para ibu yang berkunjung ke sini, silalah ke blog BEN untuk mengetahui cerita yang sebenarnya...

Saya dah pun ke blog si Ben ni. Sebelum ni rasanya die terjah blog baru untuk 2010. Pendekkan cerita click je kat BEN tuh maka dapatlah melihat isi kandungan blog nya yang macam2 ada.

as requested: "Saya masih baru dalam dunia blog ni dan masih belajar. Menjadi surirumah sepenuh masa bukanlah bermakna batasan ilmu juga terbatas. Dengan berblog ilmu dapat dikongsi bersama. Blog ni lebih kepada menu menu muffin yang saya telah cuba beserta resepinya dan sumbernya. Juga menu2 masakan yang saya dah cube dan ternyata sedap dan mudah juge sedikit cerite keluarga. Suka berkongsi sedikit ilmu yang ada dan saling ingat mengingati. "

Monday, April 12, 2010

Light Blueberry Cheese Cake (Sue)


Assalamualaikum... Semoga hari isnin ni semuanya sihat dan sentiasa di bawah rahmah Allah hendaknya. Alhamdulillah, hujung minggu baru ni seronok sangat kuar jenjalan dengan family. Makan sana makan sini, aktiviti wajib. Trima kasih buat kekasihku ituww ye bawa kami jenjalan makan2 walaupun my dear ituw kepenatan. Ini ku hadiahkan buat mu kek cheese ye..

Seronok la bila buat kek ni dan jadi (walaupun tak jadi 100%). Tapi rasanya..muahaha..sedap la.. suami pun suka rasa sangat la bebaloi duk teperap kat dapur berkeringat nak siapkannya. Cee cerita macam la susah sangat. Kek ni tak susah sangat buatnya dan trima kasih bebanyak kat Hasue Sarawak tokey kek tu.. Sue memang mabeless la kek nih. Rasa cheese yang lemak-lemak dengan kek yang menggebu digigit dngan bluberry tuh.. speechless la kesedapannya. Promote baikk punyaa.. Coba la buat kek ni memang sedap pada penggemar kek gebu gebu nih. Buat malam tadi, sekarang ni dah tinggal suku lebih je dah kek tuh. Kuat tul makan kan..hehee.

Opss lupa nak crita ngapa tak 100% jadi tu sebabnya, masa letak blueberry tukan semua jatuh ke bawah. hahhaa..agaknya kena blend dulu ek bluberry tuh. hehhe.. cetek skit pemikiran. Tapi bila semua jatuh bawah pun sedap gak..masa buat tuh dah rasa semua tenggelam, tapi sebab virus M tu hadir di saat saat kritikal..apa nak buat. Trima jela..


Sue, saya copy and paste je halal ye.. Semoga pahalamu bertambah dengan ilmu yang di kongsi ini. Nak tengok menu2 best sue klik here. Sue-hasue.


Bahan2:
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur gred A
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
110g mentega/marjerin
Blueberry filling secukupnya

Cara2:
Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)

Sunday, April 11, 2010

Award: Lagi award dari dear D


Trima kasih saya ucapkan terutama buat penaja dan pemberi anugerah ini iaitu D. Semoga persahabatan maya kite akan menambah ukhuwah dan ilmu sesama kita. Moga kite dapat ketemu satu ari nanti.. wah ayat serius nih.. mekasih D.. mari le jenguk2 umah D tu yg rajin kletang kletung di dapur dengan menu2 mabeless nyee. Klik here.

Saturday, April 10, 2010

Baulu Mekar tapi tak mekar??


Ish..ish.. sedey nyee.. Teruja tengok rumah mamafami ada baulu kuukus yang mekar tersenyum, kemudian dengan semangat yang baru untuk cube menghilangkan fobia, maka ku dengan langkah yang baiikk punyee menuju ke dapur untuk memekarkan baulu mcm kat umah mama tuh. Akan tetapi..hasilnyee... huhuhu.. dengan debaran di dada, tangan membuka tudung kukus ku ituw, wakakawakaa..hampeh juo hasilnyee.. Mama pesan masa buat baulu kena happy happy lalala.. oooww lenkali nak nyanyi lagu "aku happy..aku happy..buat lawak mlm ini.." uppsss.. Betul gak tu mama, masa buat baulu ni, baru je switch on nak putar teluq, sikecik pun dah terjaga tidoq teriak sakan..pepalih wehh. Tensen terus..terus baulu pung tak mau senyum ke sudah.

Akan tetapi rasanya sedap. Si abang Bais suka makan. Abis licin walaupun tak tersenyum. Yang penting umminye tersenyum tengok budak bertuah tuh nak makan baulu tak senyum tuh. Tuh saja ingkar arahan skit, letak warna2 skit sebab nak bagi si abang teruja nak makan. Walaupun tak berapa nak jadi, saja buat entry gak supaya memberi cabaran buat geng2 yang lain untuk cube. hehehe..(padahal kengkawan lain jadi jek..kena sumpahan apam ke haku ni?)

Resepi meh share..mama, copy je ye..trimakasih..


BAHULU BATIK MEKAR KUKUS
Source : Kak Fida

Ingredients (yields 12 - 14 pieces) :

125g flour
1 teaspoon baking powder
115g caster sugar
1/2 teaspoon (heap)ovallete
4 1/2 tablespoons fresh milk
1 egg (large)
1/2 teaspoon vanilla essence
1 teaspoon chocolate paste/emulco

Method :

1. Sift flour and baking powder into the mixer bowl.
2. Add in caster sugar, ovallete, fresh milk, egg and vanilla essence.
3. Whip at high speed till mixture thickens.
4. Divide the mixture into two equal portions. Add chocolate paste into one portion and leave the other plain.
5. Spoon the plain and chocolate mixture alternately into the prepared papercups till 3/4 full.
6. Steam at high temperature for 10 to 15 minutes.


Antara menu lain yang sempat di snap untuk minggu nih. Haa..ni KEK GULA HANGUS yang tak berapa jadi. Ni memang rasa dah die punya sarang semut tu tak berapa jadi sebab arahan resepi kena tapa atau perapkan 3-4 jam. Tapi anak2 ku sudah ngeekk ngeekk merengek lapo, jadi sejam setengah je perap dah kukus. Tapi rasa die wonderpet..eh silap, wonderfull... sedap rasa manis lemak2 gitu. Potong time suam-suam, pepalih sedap. Si Bai makan semua nak disumbat penuh2 dalam mulutnye. Resepi amik kat MyR. Boleh klik sana tuk resepinya. Sangat mudah.



Eh bila tengok betul, dah nak jadi dah sarang tuh, tapi separuh je..hehe..


Ni pulak PUDING KARAMEL TANPA TELUR. Selalu buat nih, senang yang amat. Ambil resepi kat myRjuge. Alah sedapnye menelan time2 cuace panas.


DONUT KENTANG lagi. Giler kentang..Memang saya ni peminat donut. Suke donut ni lembut dan mudah je nk buat. Anak pun suka makan. Tapi cik abang kekasihku tu tak suka donut. Ate sesaja try buat untuk brekpes cicah dengan sambal ikan bilis. Aik die suka la..siap dapat pujian lagi. Katanya die suke donut ni sebab tak de bau donut. Bau donut? Apa apa la en hubby ku.. Banyak juge makan cicah sambal feberet die tuh.


Ok semua selamat berhujung minggu. Sekadar ingatan buat semua..dan selamat berhujung minggu.

Dari Abdullah Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda “Ketika saya sedang tidur, saya bermimpi melakukan thawaf di Ka’bah, lalu ada seorang berambut lebat yang meneteskan air dari kepalanya, lalu aku tanyakan siapakah ini, mereka menjawab, ”Ibnu Maryam as”, kemudian aku berpaling dan melihat seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak’ (tak bersinar). Mereka mengatakan, ”Ini Dajjal”. Dia adalah orang yang paling mirip dengan Ibnu Qathn, seorang laki-laki dari Khuza’ah.” [HR al-Bukhari, dan Muslim].
Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir, kemudian beliau mengejanya, kafir yang bisa dibaca oleh setiap orang muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)

Friday, April 9, 2010

Award: Dari kak Shiela



Yey yey.. dapat award. Dapat award dari kak sheila. Terima kasih kak, semoga prsahabatan maya ini menambahkan ukhwah fi sabilillah dan berkekalan hendaknya. Telah dikalungkan dan tersenyum sempoi seorang diri di depan pc..hehhee

Muffin Banana Chocolate Chip




Assalamualaikum... Semoga semuanya sihat dan bersemangat hari ni. Fuh dah berapa hari ni cuaca sangat panaskan. Alhamdulillah...hubby saya selalu kata cuaca panas ni mendatangkan rezki pada sesetengah orang, contohnya mudahkan orang2 menanam padi nak tuai hasil, orang jual aiskrim jual ais kacang, cendol semua laku belaka..betul lah kan..Allah tu maha adil. Adil tu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Tapi agak luar biasakan panasnya, pagi2 dah tak rasa segar pagi, tapi dah panas berpeluh, naik petang tuh, tengok tv pun panas macam tengah ngadap dapur masak. Buatkan kita ingat, macamana panas azab kat sana. Nauzubillah panasnya..

Wah..muffin kali ni ku ambil resepinya kat www.resepi.net. Tak silap pengirim resepinya Suzana Hashim. Muffin ni dah lama buat, tapi entry tertunggak. Bukan apa muffin ni kurang sambutan la pulak kat rumah. Sedap tu sedap tapi kan...bila tekak dah pernah rasa muffin yang best best, jadi die pun agak demand..atau pun pisang yang digunakan ni jadi muffin ni kering skit kot. Saya guna pisang namanya Dole banana..ade ke pisang tuh? hehe...Biasa pisang emas la paling best pun dan sesuai tuk muffin kan. Tapi best gak bila kunyah muffin ni rasa pisang tu campr dengan coklat chip. Apa apalah..cik abang rasa separuh cup je time balik dari office, die letak balik dalam pinggan then katanya malam sat gi sambung. Tapi bila dah malam idang air ngan mafin, boleh die kata kenyang..amboi penolakan yang memberi makna tuh..hehe

Tapi muffin ni simple je..so kepada sesapa nak tau resepi die bleh bace kat bawah ni.


Bahan-bahannya:

2 cups allpurpose flour
1/2 cup brown sugar
1 tablespoon baking powder
1 teaspoon soda bicarbonate
1/2 teaspoon salt
3/4 cup choc chip
2 cups mashed very ripe banana
1/2 cup butter (melted)
1/4 cup milk
2 eggs
1 teaspoon vanilla extract

Caranya: Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung yang telah diayak bersama baking powder, gula perang dan garam. Gaulkan rata sekali dengan coklat chip. Dalam mangkuk yang lain sebatikan pisang lecek tadi bersama mentega cair, telur, vanilla dan susu segar. Tuang ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata tetapi jangan terlebih gaul. Bakar pada suhu 180 C selama 18-22 minit.


Saya buat cuma setengah dari resepi ni.