CSS

Wednesday, July 20, 2011

Roti KismisYogurt


Assalamualaikum..

Layan roti pulak ye. Ni pun menu tertunda juga. Roti ni dah dibuat minggu lepas dan menu berasaskan yogurt lagi. Ada yang pelik ye yogurt besor gedabak yang saya beli tu. Hehe..tu bukan untuk kegunaan family yogurt banyak gitu. Biasa saya beli yogurt bekas kurang 500gm tu je. Yang 1.5 kilo tu lebihan saya buat untuk yang mengoder muffin yogurt itu hari. So ada lebih sebekas terpaksa lah habiskan jugak. Jadi saya tergoogle roti kismis yogurt ni. Bahan pun simple dan saya try buat. Waaahhhhhh sangat la sedap. Seriusss memang gebu. Memang kena ngan selera saya. Lembut sampai 2 hari. En suami yang tak berapa suke roti tu pun boleh habis 4, 5 ketui. Ye.. en suami memang memilih sikit bab roti ni. So far yang dia suke roti basic doh kak Nor dan ada 2,3 jenis lagi la. Termasuk yang ini. Untuk yogurt tu saya lebih kan 2 sudu besar lagi. Boleh kurangkan sikit air. Fuh best!!!

o ye, saya tak letak kismis. Bebudak ni kalau letak kismis pada roti, diorang tak makan. Kena buang kutip satu satu lak. Lagi satu saya suke penggunaan susu pekat sapu atas roti tu. Cantikk berkilat.

Mekasih buat kak Ummi, yang katanya resepi ni berasal dari blog Resepi Bdaria yang diambil dari Majalah Sedap. Terima kasih ke dua duanya.




ROTI KISMIS YOGURT
Resepi asal : Majalah Sedap Jurnal Resepi Bdaria
Sumber: Kak Ummi

Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)
*izah dapat 16 ketul

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)
100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera
1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam
50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan. Lap sikit dgn kitchen towel)
*izah tak letak kismis

Bahan sapuan:
2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)

Cara membuatnya:
Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
Canai adunan memanjang dan gulung.
Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
Sapukan susu sejat.
Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.



53 comments:

Unknown said...[Reply to comment]

ku pengsan.......
gebu ko....
izah ko mmg kena buka kedai roti tau

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah gubunya roti..Nanti nak wat juga..Masuk list dulu,yogurt da beli,xbuka lagi yg half kg..Pasni mesti kak mas wat juga,hihi..

Ida,Japan said...[Reply to comment]

gebusss mmg gebusss la izah roti ni...bole kalah kedai roti

tun_telani said...[Reply to comment]

dr semalam duk terpikir2 nk wat roti.. terpaksa hold dulu. duk sorg2, mmg 4-5hari xhabis lg agaknyer..
tun pun xsuka sgt roti ada kismis..hihi

HaSue said...[Reply to comment]

meroti masa pc demam yer..rajin BM ko kan..hahaha...ayat jeles jer tu..

aku lak roti kismis ni kekadang suke sangat kdg2 biasa2 jer..meh aku ngetest roti ko seketul jah.

Mas said...[Reply to comment]

berkenan aku tengok kegebuaan roti kau jah..
simpan dulu resepi ni..
kene beli yogurt dulu...
wehhh...kau sapu susu pekat manis gitu jerk ke..
tak payah campur apa2 ke....
nnti boleh try la buat gitu...

ady said...[Reply to comment]

as-salam
gebusnye roti...npk lembut je texture nye.

Anonymous said...[Reply to comment]

sedap nih buat minum petang nih,....
mesti lembut gilerrr

mawar merah said...[Reply to comment]

asalam..nk cuba..nk cuba..nmpk gebu..

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

wah.. gebusnyer... suka3x.. ada lg? nakkkkkkkk..

cik cek said...[Reply to comment]

Sokong cakap Ayu CR....Izah patut bukak kedai roti...gebu ...cantik je roti yg Izah buat...setanding bakery tau....nak try jugak roti yougurt ni...

Trying To Be Muslim.. said...[Reply to comment]

Ijaah........ayu dataaaaaaaaaaang!!! Dah sikat rambut daaaaaaaaaaaa...now ni bawak bakul rotan nak tapau roti kismis. Errr....puding eskrim sekalik k....:))))

Nurul said...[Reply to comment]

Izah... nampak gebu n lembut jer roti tu... nurul belum lagi datang angin meroti ni... nak ngendeng roti izah, bleh??? ;D

lizz said...[Reply to comment]

gebusnyer.....cecah roti pun sodap ni

lizz said...[Reply to comment]

gebusnyer.....cecah kopi pun sodap ni...

Nazrah said...[Reply to comment]

cantik sangat dan kelihatan gebu...kita dah lama tak buat roti...

Unknown said...[Reply to comment]

salam kenal...
ada resepi eh...nak suh wife cubo la..:)

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

gambar2 yg semakin mengancam..resepi2 yg smkin menggoda! :)

Ummi said...[Reply to comment]

Izah, akak mula2 x perasan roti ni akak pernah buat...sbb akak punya byk tahi lalat..hehe, letak kismis..mmg best doh roti nih...pastu CMG tengok akak buat dulu..dia pun teruja, buat jugak..hahaha

anymz said...[Reply to comment]

kurang kan air,nak kurangkan banyak mana tu zah?..100 ml ya..
oooo paham..paham..(ikut style ijah)

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

aduiihhhh...ghajinnya dia meroti..nampak pun dah gebus Izah, mesti hasilnya pun gebus ya amat juga nih...bila nak mencuba nih..huhuhu

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

izah boleh try ni resepi ni.. sedapnampak nya dan gebusss... kat rumah ni selalu ada yogurt tapi yang berperisa la.. boleh la yek.. hihihii..

izah puding ais krim bawah tu pun comel... geram je tgk

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
cantik n gebunya roti tu izah... cantik sungguh!

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK Izah! kita dtg malam2 niii tuan umah pun malam2 tak beronline jdnyer kita ambik sume sekali lah yek? kalau dah habis pun buatkan menu yg sama dr kat bwh sana macaron sampailah kat roti niii, ai tunggu esok yaaa :D waduhhh mata ngantuk betulll BW pun belum abis lagi.. pinjam mata jap wakakakaka..

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah..cantik molek jer naiknya.. Ada tabur2 gula eh kat atas tu. Kalau anak akak si Husna ni nampak mau dia minta.. Suka benar kuih-muih yg ada tabur2 gula cam ni mcm donut tu.. Ummi dia jer yg malas nk buat..hehehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Citarasa Rinduan
wah ko doakan lah ayu aku dapat buakk bakery sebijik. akakakaa... hilang kemapinan aku.. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la.. akak buat ni mmg gebu. gebu basah2. tak yah ada ajen penaik bagai. alhamdulillah menjadi gebu jugak roti ni. akak suke buat bentuk bun. kureng suke kalau sebijik2 gitu. asalnye sebijik2.. nanti leh la try ek ct

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
tapi kalau dari segi tak de terlebih bahan kimia mungkin roti ni emnang la kan kak ida. hehehe..bakery dah ikuat sagat kimiaya. kan ada kajian kata roti kat mesia ni percent bahan kimia dia dah melebihi tahap. huh mcm2

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
saboo tun. nanti laling balik pakat2 meroti sama2 ye. uikk meroti sama2..hahahaa.. eh tak suke eh.. kalau akak kek pun akak tak suke kismis. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
ye la sue. ko jgn jeles. suci kan hati mu...beri napas baru dan gosok2 laki ko mana tau dapat bm sebijik. hahahaa... tu la, anak aku kureng kalau ada kismis ni. tu yang maleh nak letak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
kan satu penemuan baru sapu susu pekat. aku just bancuh sikit je dengan air. sikiiitt je. dlm beberapa titik bagi senang nak sapu atas roti tu. cantik berkilat je roti tu nanti. gi beli yogurt bekas 1/2 kg tu. senang nak buat kek ke apa ke kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@ady
waalaikumussalam warahmatullah.
yep memang lembut je. lembut basah2 gitu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
tu la dina. akak pun masa pas baru kuar oven berapa ketul jugak la amsuk mulut. malam lak supper dengan teh tarik. amboii amboii tak hengat. kdg2 ada juga roti lepas bakar dia lembut, tapi bila simpan kureng dah lembutnya. tapi roti ni mmg dijamin lembuttt je. uli banyak kali la tapi.

izahdaut said...[Reply to comment]

@mawar merah
waalaikumussalam warahmatullah..
sila kan silakan.. jgn lupa untuk mencube ekkk... sesuai jugak diletak inti kalau plain la tak letak kismis kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
kak zura, ni semua koleksi seminggu pc demam. saya dah buat lagi semalam. nanti saya bagi akak lak ekkk.. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
hehehe.. tak de ah kak. kengdang biasa2 je. tapi yang ini mmg menawan hati saya kak cek. ak cek try la buat. mmg teruja dengan hasilnya. kak ummi pun kata lembut basah2 gitu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza @ Humaira'
hahaha.. sabooo jela ko ayu.. semua dah pinis la. nanti ai buatkan yang baru ekkk

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nurul
ni kena amik aura roti dari ampang ni. hehe.. sebenornya nak ngabiskan 2 kilo tepugn roti. kot takut nanti bulan pose tak dtg mood meroti lak. tapi kalau ikutkan selera budak2 boleh je buat kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@lizz
hehehe.. yup cicah kopi kan. tapi teringat roti paun. rasanya roti paun lagi sesuai cicah kopi. roti gini lembab2 sedap makan terus je ni. nanti cicah terus lembik. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nazrah
apa lagi kak naz, ku seru semangat roti kak naz. suh bangunkan BM yang lama berehat tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Papa Mifz
wah.. boleh la sangat. bboleh si kecik makan roti buatan maknya.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Deliah's Deli
woh..tq sifuu. ada2 je la ko del.hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
a ah kak ummi. saja saya tak letak taik lalat. susah bebudak ni karang suh kutip lak kismis tu. ngacau mak dia nak bersenang lenang. hehee. tu la saya pun dah tengok roti ni kat rumah cmg jugak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
ngengada kak anim niii.. hmm kurang tu idak ler sampai 100. akak kurang 1 sb sudah. kalau lembik ke kan padan la muke kak anim. ekekekkekee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
angin malas kak tun dah berarak pergi belum? hahaa.. kalau dah berarak pergi boleh la meroti ekkk

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
apa 2 je sedap gak kan. hari tu saya bbuat kek guna yg yogurt perisa sedap je rasanya. lebih sedap kot. hehe. comel ek puding tu. warne dia kot kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumusslaam warahmatullah..
tq kak. leh cube ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
huhhhh makcik sorang ni degil tul. gi la rehat2 kan badan tu. karang awak pulak yang tumbang. huhhh... degilll meh sini nak cubit sikit. tarik tinge dia baru tau

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
husna nanti suh ummi buat roti ni ye. asalnya tak de kak. saya je nak tarik minat bebudak berdua tu. sama la budak ni pantang nampak gula2 gini. hehee

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam pagi Izah...

aduh meroti plak cik kak kite nih mmg rajin lah adik mama nih..gmbr2 jgn ckp lagi dah semakin menggancam beb!! hehehe keep it up!!

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Iza

fuhhh...memang cun lah kejadian roti ni, suka kak ct tengok. nampak lembut sangat2. kak ct kalau nak buat nanti nak buh inti boleh tak..hihihi

simpan dulu lah resipi ni, sok lusa mana tahu gatai tangan nak meroti boleh cuba buat yang ni :D

Mamasya said...[Reply to comment]

Cantik gebus roti Izzah ni...sedapnya buat minum ptg. tambah2 kalau baru keluar oven...wangi je bau roti.
puding kat bawahpun nampak menawan bentuk love...yummy...

Hernandez said...[Reply to comment]

@ mawar merah waalaikumussalam warahmatullah.. sila kan silakan.. jgn lupa untuk mencube ekkk... sesuai jugak diletak inti kalau plain la tak letak kismis kan