CSS

Tuesday, November 9, 2010

Cendawan Goreng Tepung


Assalamualaikum..

Sebenarnya ni menu sama hari dengan brokoli. Nak letak petang semalam tapi tak sempat bila melayan anak-anak yang kurang sihat. Terima kasih juga kepada kawan kawan kerana mendoakan kesihatan anakanda saya tu. Alhamdulillah si abang dah segar sikit, cuma adiknya merengek sebab batuk.

Sebenarnya, sebelum saya buat cendawan style cam ni, saya dah try cendawan goreng hot & crunchy Kak Nor . Sedap, tapi bila nak buat lagi, stok yogurt pulak dah habis . So saya try buat style yang biasa buat kalau goreng tepung. Yang style kak Nor tu tak sempat nak snap gambo. Yela, waktu tenteram sempat la nak snap. Kalau waktu kelam kabut, memang lepas masak terus makan la jawab nye. 



Hubby pulak lebih prefer digoreng macam ni sebab manis telur tu menjadikan cendawan tu pun manis. Atau pun kata lainnya, cendawan tu lebih terasa. Satu lagi yang berbezanya, masa menggoreng cendawan tu tak meletop. Hehehe..cendawan pun meletup tau! Tapi kalau goreng celup telur dulu, insyaAllah selamat. 




CENDAWAN GORENG TEPUNG

250 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan rempah kari
2 sudu kecil garam
1 @ 2 biji telur

Caranya:
Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

10 comments:

Yat Maria said...[Reply to comment]

zah...sodap gak kalo gorengan ada pedas2 giteww..harus akak try ni..

lina said...[Reply to comment]

sedap nyer izan

Eliza said...[Reply to comment]

Salam Izah, cendawan goreng mmg sedapkan. Akak belom pernah try yg guna telur. Nnt nak cuba lar..

Treat and Trick said...[Reply to comment]

Salam Izah, sedap ni kalau makan panas2. Anak dah sihat?

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

nyampessss betul la tgk org len tayang cendawan. dhla suke giler dgn cendawan ni. umah kita xde cendawan,waaaaaa...... anto la sini sikit akak ku cayang...lap u...lap u...(ayt bodek!!)

Unknown said...[Reply to comment]

Salam Izah....Sedap Buat Minum Ptg Ni....

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yat..
sedap, ratah cicah sos cili.sedap

lina..
cuba try dulu, baru tahu,hehe

kak eliza..
try la kak.saya pun tak pernah try.ni buat 1st time guna cendawan.rupanya sedap elok je rupanya

treat n trick..
anak2 dah beransur sihat, kecuali masih batuk n flu

mimiey..
ahahhaa..ingat termakan bodek ke? bodek la dengan sepinggan dua kerabu mangga ke baru best!!hehe

kak lin rosly.
minum petang pun best ye..hehe.saya makan ngan nasi.cicah cili sos..boleh la jugak minum ptg kot.

Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Uish tak sabar nak beli cendawan ni...nak goreng mcm ni...kecur betullah..kalau beli dah goreng tu selalu dah sejuk, dah tak best..kan..kan..kan..

CERITAKUASN said...[Reply to comment]

sedapnya pae... dah lama tak mkn cendawan goreng.. dulu duk bangi selalu mkn benda nih...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie..
betul tu kak yatie.ni kalau buat sendiri boleh makan rangup rangup tu yang sedap,rangup panas2 tu..

ceritakuasn..
oo yela..kome pun 1st time merasa makan kat restoren tepi jalan tu.menda nama ek..yenkis ke menda..tapi sekarang dah tak de dah kan menu cendawan goreng kat seteh. weh ana.boleh la try.sonang je tu...tapi sodapp.pastikan cendawannya segar yoo