CSS

Monday, May 3, 2010

Ayam Ala Kassim ke?

Hadis Qudsi Allah berfirman: "Apabila telah aku berikan musibah kepada salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya."- Dailami, Hakim dan Tirmizi

Assalamualaikum..dah siap masak lunch belum pada kak puan-puan semua? Yang kat opis mesti perut dok croot creet dan memikirkan menu apa nak amik terkam atau nak order buat makan lunch karang..sabo sabo ye..


Ayam ala Kassim? atau ayam ala ala ala kassim..hikhik.. sebabnya saya tak de stok kicap pekat. Tu yang warna tu agak merah skit kan. Tapi rasanya tidak menghampakan. Sodaaap..Resepi amik kat umah kak Inahar ni. Dah lama dah sebenarnya masakan ni dah singgah segala blog saya je lambat sikit tertiggal keretapi. Semedang daun kari lupa nak beli. Karang tak cukup bahan jauh sangat menyimpang rasa keenakannya kan. Tapi kalu tak de kicap pekat tu rasa tak la jauh lari kot no.

Resepi copy dari umah kak Inahar dan di copy lagi dari umah kak Ummi dan dimaklumkan resipi asal dari azura suhaimi@myR.



AYAM ALA KASSIM

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung)
Bahan2 kisar:

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara:

Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2 .
note: masakan lama, senang dan sedap

Bun Kentang Lagi

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk meniikmatinya."- Ibnu Abi Dunya

"Sesungguhnya malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia."- Hakim dan Tirmizi

Assalamualaikum.. Selamat pagi isnin. Mood ada baik hari ni? Selamat bekerja bagi siapa yang dah duk di opis dan slamat bekerja dan mengemas rumah dan macam2 lagi nak dibuat kepada semua surirumah tuh..


Roti ni buat kelmarin. Bun potato ni dah dua kali buat. Semalam nampak kat umah kak Mas, tak sangka menu sama. Tapi ye la bun yang sedap lembut dan mudah nak buat. Kali ni saya uli doh dalam plastik sebab lembik sikit doh dia kan. Dan macam biasa masukkan water roux dalam 3 sudu. Hasilnya sangatlah membanggakan. Wah bangga pada diri sendiri tau!


Asal usul nak buat roti ni sebab jiran depan ni bagi free letter makan KFC, maklum la dia pun kerja kat kfc. Tak tahu bbanyak ketui dapat ayam nya. 12 ketui ayam dan set lain2 tu semuanya large. Jadi banyak dapat mashed potato lebihnya saya buat la bun kentang ni. Dan kali ni saaya letak garam sikit, jadi baru la sesuai dengan tekak anak2 dan saaya letakkan sikit inti kastad kat dalam. Wah banyak tul derhaka kat resepi tu. Tapi sangat berterima kasih kat ROS ONIGIRI. memang best!! Resepi dah ada kat label roti ye..

Award: Dari Kak Su dan kak Anis



Oyee oyee..dapat award lagi. Award dengan tag sekali ni datangnya dari mersing nun. Dari kak su . Thanks akak semoga kita dapat bersahabat dan mengeratkan ukhuwah fisabilillah. Pas tu award yang sama datang dari kak Aniss yyang comel. Kak Anis mekasih bebanyak ye. Semoga dapat bekawan dan mengajar menu best2 kat saya.

1) Siapakah kawan baik anda?
Ramai kawan baik ni, dari mula kenal sekolah pun ada. Kawan yang ada lagenda tersendiri, kawan saya Ana Salwa Namli, Lipis. Tapi saya amik kawan yang jauh nun di taiping, Hasina Jamil.

2) kenangan manis & kenangan pahit
KENANGAN MANIS
Saat-saat belajar kat 'u' dulu, satu kepala dengan dia, sebilik dengan dia, sekelas dengan dia dan semua aktiviti pun selalu bersama. Rindu betoi time tu..
Mula kenal keluar shopping2 dan makan kat luar ni pun dari dia.
Dapat makan baulu best mak dia buat yang selalu dia bawak buah tangan kalu balik dari kampung.
Kawin tarikh dedekat dan anak pun 2 orang dan umur yang lebih kurang sama.

-KENANGAN PAHIT
Bila berpisah dah tamat belajar dan dia memilih bekerja dekat dengan kampung halaman.
Gaduh sebab pintu..hikhik

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda,
Ala seminit je ka..baik tak yah jumpa..

4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
Semua pun boleh..Saya nak kawan dengan semua dan berterimakasih dengan semua yyang sudi share resepinya yang best2 tu. Siapa kawan2 yang datang jenguk meh la amik. Sebab semua blog especially yang saya follow semua Blog Mesra Mata u!!

Sunday, May 2, 2010

Award: Dari Yat Maria



o yeyy..oyeyy.. dapat award dari kak Yat Maria..malu laks..cam betui ka dapat award seperti di atas. Mekasih kak semoga dapat menjalin persahabatan maya.

Sapa bagi award? Yat Maria yang telah di link. Kalu pi jalan blog dia, sangat2 geram tengok gambo juadah yang telah di zoom dekat2 battang idung!

Pass this award to 10 bloggers you've recently discover:
1. kak yatie
2. erma halamanku
3. kak sheila
4. nurindah
5. kak anis
6. kak su mersing
7. kak mas
8. kak noorma
9. datinel
10. Kak D

sebenarnya ramai lagi semua pun best2, rasa macam nak bagi semua la.

MUFFIN PANDAN (KYANI)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka ALLAH mengampuni dosa-dosa keluarga itu."- Dailami dan Anas

"Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmah pada ahli rumah tersebut."- Durratun Nasihin, hal.22

"Barangsiapa yang memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka."- HR Hakim

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua dan selamat berhujung minggu. Baru baca coretan Kk Nor secubit garam tentang Kak Nor dan suami di IJN. Sedih dan sebak saya membacanya dan sedikit memahami perasaan kak Nor tu. Saya pun pernah melaluinya dan sedikit sebanyak memahami situasi itu. Walaupun pengalaman tak sama sebab kak Nor berhadapan situasi itu dengan suami yang dicintai dan saya pula dengan ayah, tapi kasih sayang, risau dan bimbang itu rasanya tetap sama. Semoga kak Nor tabah menghadapinya.

Wah muffin lagi. Ali-ali muffin ke ahso (abbot)? Hikhik..tak tau la macam gatai tangan je nak memuffin lagi. Teringin nak buat kek tapi maleh pulak. Buat muffin pandan ni je la. Resepi Kak Yani dan cukup berminat resepi mcm ni sebab sukatan die akan dapat cukup-cukup makan anak beranak je. Tak le banayk sangat kan. Sedap, comel dan manis yang cukup sesedap rasa.


Layan resepi pulak.

Muffin Pandan
sumber: yani@myR

Bahan-bahan ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco



Cara-cara

Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C



Saturday, May 1, 2010

Crab Stick Goreng Tepung

Rasulullah SAW bersabda, makudnya:"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali? Rasulullah SAW berkata:" selalulah ingat mati dan membaca Al Quran".

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Seseorang yang tiada sebahagian pun Al Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong."

Assalamualaikum..buat apa hujung2 minggu ni. Memasing ada je aktivitinya kan..

Ni saja nak tunjuk lauk lunch untuk anak-anak saya. Simple tapi sodap juge. Si kecik pun boleh habis satu pinggan nasi, opsss sesambil maknya menyuap anak, tersuap mulut sendiri lakss..hikhik. Sebenarnya lauk ni biasa je, semua orang pun pandai. Sesaja la kot-kot asyik masak special berempah je, tetiba nak makan simple, ni boleh mendatangkan idea.

Ni crab stick goreng tepung yang saya dapat idea dari Erma. Memang sedap buat makan kudap. Krupkrapkrupkrap ngunyah dah habis licin. Tapi saya bancuh ikut sesuka hati saya tepungnya tu. Tepung tu juga saya guna bancuhan untuk sotong goreng tepung. Cuma bezanya saya goreng crab stick ni tepung tu saya bancuh dengan air tanpa celup kat telur.


Jeng jeng..ini dia, sotong goreng tepung versi saya. Buat makan dinner last nite. Saya buat round2 rewang kat blog sifu sifu, semua pun ade resepi ni, tapi tak sure sama ke tidak sebab saya ikut sedap je buat ni. Tapi result nya sangat sodap, rangup dan berempah dan ditambah kemanisan sotong tu..mmm. Lepas dinner tu tergolek kenyang la kat depan TV pekena sotong ni..


Resepi pada sapa nak try walaupun ramai dah tahu pun.

2 sudu makan tepung gandum
2 sudumakan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar -saya sangai dan tumbuk halus
sedikit garam
sedikit kunyit
sebiji telur-pukul sedikit
sedikit lada sulah

Caranya: Bersihkan sotong dan potong bulat. Gaulkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan. Dalam mangkuk yang besar, satukan kesemua tepung bersama serbuk kari, jintan manis, ketumbar dan sedikit garam dan kunyit dan digaul rata. Kemudian masukkan telur ke dalam sotong tadi dan gaul sebati. Kemudian celupkan semua sotong tadi ke dalam bancuhan tepung, rata-ratakan biar sebati dan kesemua sotong dilumuri tepung. Goreng dengan meletakkan sepotong-sepotong sotong ke dalam kuali. Goreng hingga kekuningan dan garing.

Fuh! Ni cara nak senang dan cepat. Hikhik..


Ni pulak sup sayur dengan tofu lembut. Bebudak bedua tu suka sangap hirup sup macam ni sebab saaya buat macam sup special kat myR tu. Sedaaaap...Resepi sup ni bleh klik jenjalan kat myR tu.