Tuesday, January 31, 2012

Puding Belang


Assalamualaikum..

Sejuk kat Ampang ni. Hujan lebat pagi tadi. Kelam kabut jalan raya bila polis trafik tak menunggu kat simpang2 besor. Habis lintang pukang kereta mahu bersondol sondolan. Nasib baik Bais ramai geng jugak datang lambat tadi. Ehehe.. Lambat tapi masih on time. Ok la tu. Mata lak mcm nak katup je niha time sejuk2. Perut pulak lapor mahukan sesuatu. Idok le teman nak ngidang puding pepagi sejuk2 ni. Tak kesior kate orang perok. Ate.. kalau time paneh2 sedap bebenor kome makan puding ni. Puding ni 2nd time saya buat. 1st time buat saya jadikan buah tangan. Sebab sedap sangat, jadi saya buat skali lagi untuk di share di blog ni pulak. Simple je nak membuatnye. Mesti jadi punya. Resepi saya amik dari kak Yatie dan tuan punya resepinya ialah kak Jun. Terima kasih kakak2 semua.

PUDING BELANG
resepi: kak Jun
sumber: kak Yatie


Bahan-bahan
10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
 1 sb serbuk koko dibancuh dengan sedikit air (kak jun guna coklat emulco)
sedikit pewarna kuning 


Cara-cara
Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula adunan koko dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
Sejukkan dan hidangkan.


*boleh diubah warne dan perasa mengikut kesukaan


Monday, January 30, 2012

Bingka Susu Kak Fida

Assalamualaikum..

Kesian kakak sorang tu tengah demam urat, kesunyian dan kerinduan. Semoga kak Nor lekas2 sembuh dan rerajin online untuk mengisi keboringan nya.

Hmmm nak kata apa ye. Mood pun masih lintang pukang lepas dengan tak disangka terjumpa satu blog yang masih buat hal yang sama. Ambik gambar, copy paste resepi tanpa berkata apa2. Mungkin dia hanya..senyum ..tak perlu kata apa apa. Udah nya kita pun, terkilan tak dapat nak kata apa apa la juga. Hope perkara begini tak berterusan. Tak salah nak amik gambar, mintak izin, copy link dan kreditkan sikit la kat hamba Allah yang tertonggeng meniarap tersenget bahu memposing gambar menu masakan ni kan. Tu je..  huhu..


Bingka susu ni dah lama buat. Memang bingka ni jenis lembut je. Kalau suam2 jangan harap la nak dapat potong elok2. Memang kena tunggu sejuk betul2. haa.. memang lembik lembut gitu. Sedap weh, anak2 pun suke. Resepi ni amik dari belog mokcik Mas. Dia ni peminat resepi dari kak Fida. Kalau nak cari resepi2 mabeles dari kak Fida sila la jenjalan kat Myr. Tak pun singgah je belog Mas mesti banyaaaak resepi kuihmuih dari kak Fida.

Satu hal lagi, saya belum boleh BW sepenuhnya. Jeling2 kat tingkap tu je yang termampu dulu. Lappy saya slow sangat. Nak loading blog orang lambaaat sampai tetibe je lappy stop koma. Pastu tuko jadi biru, kena la off on balik. Malam nanti nak mintak abe kesayangan ai tu tengok kan apa yang patut. Klau dia tengokkan lappy baru kat kedai pun ai like. Haha.. verangan jela tu..  Ok jom semak resepi bingka yang lazat ni. Tq mas dan kak Fida.



BINGKA SUSU
Resepi : Kak Fida @myR

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6

1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam



Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.

Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.



Sweet Potato Bread


Assalamualaikum..

Jom kita berselawat kejap. Saja nak ingatkan diri sendiri.
Masuk minggu baru, menu pun baru.
Dah lamaaa tak meroti. 
Sehingga ku jenguk tepung roti setengah kilo dah tak boleh guna. Nampak tepung tu mcm ok tau, tapi saja tergerak hati nak ayakkan tepung roti tu. Nauzubillah.. mcm2 dijumpai dlm tepung yang nampak mcm ok. Pada mata kasar nampak belum tercemar, bila diayak ada putih2 mcm telur lalat tapi size yang kecikkk je. Uiii.. ngeri mak. Lepas ni sah sah kan ku ayak tepung2 yang lain.

Berbalik pada tajuk, roti kedek ni memang sangat lembut gebu. Boleh la tengok pada bahannya, bila ada penggunaan agen pelembut, memang roti akan lembut basah gitukan. Boleh la kita berpikir sejenak roti yang kita beli tu brapa banyak lah pelembut yang diletakkan. Kan kan kan..  Pernah juga terbaca satu artikel yang roti di Mesia ni, bahan kimia yang diletakkan telah melebihi piawaian. Wallahua'lam. Gosip atau kebenaran. Tapi roti tu la yang kena ada kat rumah ni. Cume tak kerap mana la. 



Untuk satu adunan ni, banyak jugak dapat nya. Saya buat ni dapat 16 biji comel. Saya tak buat kastard pipe kat atas tu. Buat kosong makan ngan sambal tumis. Sedap. Terima kasih Mas, dah lama simpan resepi. Bila tengok orang meroti mula dapat idea nak meroti juga menghabiskan keledek berbaki dlm peti ais. Tq Mas dan tuan resepi kak Tulip 77.



SWEET POTATO BREAD
Resepi asal : Tulip77@myr
sumber: Mas Duniaku 

Bahan : 

300g tepung gandum
3 sudu kecil emplex @ bread softener *izah letak 1 1/2 sk
2 sudu kecil bread improver *izah letak 1 sk
3 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu besar butter 
60 gram ubi keledek -  direbus di lenyek baru timbang
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula halus
1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
130 ml air sejuk 

Inti Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara membuat inti kastard :
Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..


Cara membuat bun roti :
Masukkan tepung gandum,emplex @ bread softener,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata. Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi keledek. Gaulkan biar sebati.
Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli. Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit.
Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelak dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40 minit.
Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard. banyak pun tak mengapa sebab kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
Bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang. 
Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.


 *walau menggunakan tepung gandum, tapi roti ni mnghasilkan texture yg sangaaat lembut.


Saturday, January 28, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Assalamualaikum..

Ini la kek yang saya buat semalam. Ianya bukanlah semata2 cheese yang dikukus, tapi telah dilapisi oleh lapisan kek coklat yang sangaaat sedap. Buat sapa yang dah mencuba kek ni, memang mengakui kesedapan yang tiada taranya. Ewaah.. Kek macam ni elok dijadikan buah tangan, makin dibiar lama makin sedap kek ni dan makin moist kejadiannya. Jadi memang saya buat kek ni untuk dijadikan buah tangan dan takut bila sebijik kek ni ada di atas meja. Mak takutt tau tak berdaya menahan napsu. Heeee.. 


Kek yang enak ni telah diwar warkan kesedapannya oleh kak Anim, dan memang dah lama duk simpan resepi ni dari kak Yatie Ratu kuih Talam n kuih kukus tu. ;-) Terima kasih kak Yatie dan kak Anim. Sukeee sangat dengan kek ni. Tapi ada derhaka sikit tang kek coklat tu. Untuk lapisan kek coklat kak Yatie ni,   lebih kurang sukatan kek coklat kukus keju koktel yang mana memang menjadi feberet saya. Memang keknya ngam dengan tekak saya. Jadi saya ambil half resepi kek tersebut, dan gunakan dalam resepi ni. Caranya juga lebih mudah. Harap kak Yatie tak kisah ye, sebab sukatan juga lebih kurang cume penyediaannya saja lebih mudah. Mekasih..



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi: kak Yatie
sumber: kak Anymzzz


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum


Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

 UNTUK KEK COKLAT IZAH GUNA RESEPI KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL di separuhkan- resepi tersebut tidak perlu dipukul menggunakan mixer, cuma adunan dicampur dan digaul.

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....


Nota kak Yatie: Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 



Friday, January 27, 2012

Daging Lompap


Assalamualaikum..

Biasa dengar daging lompap tak? Saya pulak 1st time tahu kewujudan menu daging lompap ni masa kak Cek tunjuk kat blognya. Daging lompap ni adalah masakan tradisi berasal dari Negeri Sembilan. Orang negori biasa sangat dengan menu ni kan. Menurut kak Anim yang saya quote dari komennya di blog kak Madihaa

"daging lompap ni sejenis masakan daging yg berasal dr N.Sembilan.yang di panggil lempap..maknanya..selepas daging di cuci dan di bersihkan daging di gaul dgn garam dan terus di jerang atas kuali hingga lembut.yang versi cik cek buat ni ialah versi yang sudah di modenkan..kami org2 negori selalu buat daging lompap ni masa hari mantai nak raya puasa atau raya korban..org2 n.sembilan selalu menyambut hari mantai sehari sebelum puasa,sehari sebelum raya puasa dan juga masa hari raya korban..dpt daging fresh terus di lompapkan..sedapkan?..harap penerangan akak tntg asal usul daging ni dpt menambahkan pengetahuan adik2 semua tntg jenis2 masakan org negori dan terima kaseh pada cik cek sebab mempromosikan jenis masakan ini.:)"

Jelas? Saya dpat info tambahan cara memasak daging ni iaitu bila daging dah masukkan ke dalam kuali, tutupkan daging tu dengan daun pisang, yang kemudiannya ditutup pula dengan tudung periuk yang dihempap dengan lesung batu. Kemudian masak hingga daging lembut. Unik kan? Saya baca cara ni dekat blog ACIK ERNA.

Tapi, kali ni saya ikut cara masak kak Cek. Mungkin cara moden atau pun cara kesukaan yang telah diolah mengikut selera ahli di rumahkan. Dan saya katakan, saya makin jatuh cinta dengan masakan orang negori. Daging lompap ni sangaaaaat sedap. Saya kata pada en asben, daging ni menu orang negeri kak Anim. Dan en asben kata..sedapp dan cakap terima kasih kat kak Anim. Hehhe.. Kak Anim dapat nama kan.  Jangan sedih kak Cek ye. Sebab saya nak berterima kasih pada kak Cek banyak2 sebab kak Cek sudi share resepi mabeles ni. Sedaap sangat sangat. Trasa2 lagi kat tekak ni. Simple je cara membuatnya tapi resultnya sangat berbaloi. Manakan tidak, kak Madihaa dah ulang ulang memasak menu ni kan kak.

 Izinkan saya share resepi kak Cek ni di sini pula dan buat orang2 negori , mungkin ada info tambahan sudi sudikan lah berongsi di sini. TQ


DAGING MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek


BAHAN-BAHANNYA....
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi  *
3 biji cili hijau  *
1 biji bawang besar  *
1 inci halia  *
2 ulas bawang putih  *
1 batang serai dititik
 2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda  *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....



Donut Cakcibur


Assalamualaikum..

Mari kita bersama2 banyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW di hari Jumaat penuh barakah ini. Tak lama lagi maulidurrasul, elok la kita tekadkan diri untuk memperbanyakkan selawat dan moga hari ini permulaanya.  

Terus kepada donut cakcibur ni. Namanya unik rasanya sedap dan lembut. Simpan sehingga esok masih lembut dan anak2 masih menggigit walau donut dah kesejukkan. Mungkin ada yang memandang sinis donut yang tak ada rupa donut biasa. Ada sebab kenapa begitu rupa. Dek kerana bancuhannya agak lembik, untuk membentukkan seperti kebanyakkan donut sangat susah. Jadi saya bentukkannya ala ala cakoi, cume tabur tepung dan potong. Alhamdulillah, bila menggoreng, masih menggebu donutnya. Donut yang ada menggunakan kentang, memang menjadi pilihan kerana hasilnya sangat mengujakan.

Terima kasih kepada tuan resepi. Rata2 blogger yang buat donut ni akan merujuk kepada blog MamaFami. Tq to mama. Ramaii yang dah buat donut ni. Kalau dikelip2 mata saya ni, masih teringat antaranya Mas, kak Hana, Dina CB, Kak Suzi, kak Ida, Ika dan ramaaai lagi lah..


DONUT CAKCIBUR
source: mamaFami 

Ingredients :

1 medium sized potato ~ cleaned
1 cup lukewarm water
5 g instant yeast
1/3 cup cooking oil (I used corn oil)
1/3 cup lukewarm water
1/4 tin condensed milk
1 tablespoon sugar
1 teaspoon salt
500g flour

Oil for frying

Method :

1. Boil potato till soft. Place the boiled potato with 1 cup of lukewarm water in a food processor. Puree.
2. Mix together instant yeast, sugar, 1/3 cup lukewarm water, cooking oil, condensed milk, salt and potato puree.
3. Add flour a bit at a time and rub using your fingers.
4. Add in the remaining flour, a little at a time till a soft dough is formed. (Note : The softer the dough, the softer the donut produced)
5. Take a bit of dough and make into small balls. Arrange on a tray sprinkled with a bit of flour. Leave to proof till double the size.
6. Heat oil in a pan. Make a hole in the middle of the dough and fry till golden brown.
7. Coat with castor sugar and ready to serve.

Thank you Cak for this lovely recipe...




Thursday, January 26, 2012

Kerepek Setahun Sekali Ngaku


Assalamualaikum..

Kerepek dari buah Arrow head atau Ngaku. 
Pertama kali beli dan jadikannya kerepek.
Beli sekilo, habis sekelip mata.
Sangat sedap, sehingga en asben kata kita beli 10 kilo la pulak.
Muaha.. membayangkan ai feluh2 buat kerepek.
Tapi ai rela, sebab kerepek ni memang best.
Tak letak garam pun best, letakkan perasa garam pun best.
En asben cadangkan  buat kerepek pedas.
Masih memikirkan cemana rasanya..hmmm 




Nak merasa kerepek sedap ni?
Senang je, gi pasar atau pasaraya, dapatkan buah arrowhead ni.
Timbang dan gi bayor. 
Sekilo sekitar rm2.50 je kan. Atau ada tempat lagi murah kan.
Balik rumah, kopekkan kulit dan tinggalkan kepalanya.
Kepala tu sebab senang nak pegang time sagat nanti.


source: here 


Panaskan minyak deep fry.
Masukkan hirisan ngaku, dan goreng hingga hampir keperangan.
Kalau nak rasakan dengan garam boleh je taburkkan garam sebelum menggoreng pada hirisan ngaku tu.
Tapi saya suke masukkan air garam dalam minyak.
Iaitu semasa ngaku tu hampir keperangan, masukkan 1/2 sk air garam dalam minyak.
Gaul rata sampai minyak berenti berbunyi.
Angkat.

Bersedia untuk ngap krup krap.




Ayam Ala Bali


Assalamualaikum..

Ayam ni saya set kan menjadi lauk dengan Nasi Lemak Tumis yang sangat sedap itu. Nasi sedap bersatu dengan ayam yang sedap ni, hmm makin menjadi jadi la suapan ke mulut. Saya masak ayam ni setelah digoda di blog ct dan kak Nor. Ct kata sedap sangat sangat. Bila dah siap masak tu.. memang terbukti kesedapannya.  Terima kasih kak Diana kerna sudi berkongsi resepi ayam yang sedap dan tq to ct dan kak Nor yang mewar2 kan resepi mabeles ni. Mintak izin share di blog saya pula dengan sedikit penambahan untuk mengikut selera kami. Saya tambah cili padi.. dah mcm bukan ala2 Bali la pulak ye, mcm ala2 Thai.




AYAM ALA BALI
Resepi:- Kak Diana


Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )


Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu

Izah tambah hirisan cili padi


Cara²

Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.




Wednesday, January 25, 2012

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum..

"tak adil.. tak adil.." hati kecil ku berbisik.
Gugur sudah harapan setinggi apartment tingkat 17.
Kemana mahu ku bawa hati yang rawan.
Kalah kepada mokcik tu... oh tidaak.. hahaha
Tahniah mokcik. Memang rezeki ko Mas.
Pas ni buat kek kat aku ye.
Perkara di rujuk DI SINI.


Berbalik pada nasi ni kan, memang saya sukeeeeeeeeee sangat.
Sedaaaap. Terasa lemak n wangi nyer tu.
Patut la Hamka suke sangat, dan en Ajib suami puan Norshaa makan separuh periuk.
Nyaris jugak ai nak makan separuh periuk. Wahaha..
Nasib ku sedar bumi yang dipijak. Klaau idak..huhuhu
Saya buat idak le sampai 3 cawan. Guna sukatan pot yang diberi bila beli periuk nasi.
Kami sekeluarga biasanya tanak 2 1/2 pot nasi. Jadi air dan santannya boleh la disukat seperti air biasa masa memasak nasi. Tapi saya lebihkan sikit je airnya. Lebih kan setakat puas kan hati jee.heehe.
Terima kasih banyaaaaaaaak buat kak jun tuan punya resepi, dan kak Yatie yang mewar2 kan kesedapan nasi ni, dan tak lupa buat Hamka. Kak Yatie pun amik kat dapur Mamasya. Kendian pulak, Noorsha pun dah buat, tu yang abg Ajib makan separuh periuk tu. *eh tetibe ber abg abg pulak..keskeskes* 



NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



Mee Sanggul Goreng Kari


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. Dah kembali sibuk dengan rutin harian? Atau sedang bercuit cutian lagi. Kalau company Cina, cuti sampai seminggu ye. Atau bosnya aje yang cuti seminggu, anak buah kena balik kerja macam biasa? Kan.. 

Kepala saya masih berat, kerna melayan anak kecik yang mengamuk dan kurang sihat semlam. Agaknya 2-3 jam aje tidor nyer. Tapi lepas siapkan si Bais ke sekolah dan suami ke office, tak boleh terus2 juga nak sambung tido. Kena juga penat2 kan mata di depan lappy n blog kaann. Mengupdate apa yang perlu, mengedit apa yang tak sedap di mata, meresize apa yang ada.

Tenung2 jenguk2, mee sanggul ni saya hadapkan untuk semua pengunjung IML pagi ni. Mee sanggul ni keluaran IKS produk Muslim yang saya terjumpa penjualnya menjaja di persekitaran surau berhampiran sekolah dak Bais, mungkin sempena program di situ. Banyak produk Muslim yang 'kalau terbawa banyak duit' pasti dah saya beli untuk di buat stok. Tapi sekadar membawa not beberapa keping bewarna biru dan sekeping bewarna merah, terpaksa saya akur dengan memilih apa yang terbaik dan sesuai untuk hidangan anak2. Tak silap saya memilih roti canai frozen dan mee siput, kerna roti canainya yang sangat lembut, dan mee sanggul kegemaran anak2. 

Ada bertanya tentang hidung? Hehe.. Ye.. alhamdulillah, selsema dah tak de. Hidung dapat berfungsi semula dengan eloknya. Cume tersumbat masih bersisa. Alhamdulillah tidak ada lagi yang deras meluncur dengan lajunya. Alhamdulillah pada PENCIPTA, ke padaMU ku bisik setiap derita. 

Dan resepi mee sanggul goreng kari yang sedaaaap ni, saya ambil dari blog kak Nor SGN67, dan kak noorrr mintak ijin mau di share di sini pula ye. Toce toce.. I likeeee dan anak2 pun sukee. Cume cam biasa, unsur2 pedas dikurangkan, dan cili hiris itu sekdar hiasan sahaja. ;-)



MEE SANGGUL GORENG KARI

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris
limau kasturi/limau nipis

Cara :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Selamat mencuba..