Assalamualaikum..
Ayam ni saya set kan menjadi lauk dengan Nasi Lemak Tumis yang sangat sedap itu. Nasi sedap bersatu dengan ayam yang sedap ni, hmm makin menjadi jadi la suapan ke mulut. Saya masak ayam ni setelah digoda di blog ct dan kak Nor. Ct kata sedap sangat sangat. Bila dah siap masak tu.. memang terbukti kesedapannya. Terima kasih kak Diana kerna sudi berkongsi resepi ayam yang sedap dan tq to ct dan kak Nor yang mewar2 kan resepi mabeles ni. Mintak izin share di blog saya pula dengan sedikit penambahan untuk mengikut selera kami. Saya tambah cili padi.. dah mcm bukan ala2 Bali la pulak ye, mcm ala2 Thai.
AYAM ALA BALI
Resepi:- Kak Diana
sumber: ct zaliedana dan kak Nor
Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik²
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )
Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka
Garam jika perlu
Izah tambah hirisan cili padi
Cara²
Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
Tambahkan bahan² A dan gaul rata.
Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
wah nampak sedap je
ReplyDeletemasa raya lepas, kat rumah member buat ayam masak bali gak, makan dengan ketupat. sedap
tapi resepi dia macam lain sket. mungkin tu ayam bali lain. hihi
sedapnyeee!!!!! izah...tahniah ye...cambar2 semakin cantik....mai bilala nak dapat mcm ni...huhuhuhu...
ReplyDeletewah izah pun dah buat jugak..kita jugak yg tak cuba lagi...memang sedap ni makan dgn nasi lemak..huhuhu
ReplyDeleteaikk dah gi bali gak ya.. :)
ReplyDeleteramai dah cuba resipini yerk... nampak sedap...
ReplyDeleteooo.. ader ayam bali.. tau tau pulak..
ReplyDeletewah, makan ni feeling2 ke bali lah ye, nanti nak try lah
ReplyDeletesedapnta lauk ayam ni ...
ReplyDeletemmm sedapnyer.. mkn ngan nasi warna n berperisan sedap ni..nyum2 sedap ni...
ReplyDeleteAdoyaiii....sama lah kita Jah, nengok2 menu orang pastu terlior... sume nmpk sedap belaka... hish macamana k.gee nk diet ni jah oiiiii...
ReplyDeleteSedap ya Zah? Aku wajib kena cuba masak ler.
ReplyDelete@Lya Colours
ReplyDeleteada la beza sikit kan. sebabnya rasanya saya pernah juga masa ayam bali lain resepinya dengan 'ala bali; ni. tapi tak rugi mencubanya. memang sedappp sangat. ganding pulak dengan nasi lemak tumis
@maicun
ReplyDeleteterima kasihh mai.. uikss lama tak nampak.. gambar tu nak kena belajar lagi tu mai.. belajar n terus belajar.. hehe
Memang sedap ayam bali ni,tapi tula baru buat sekali..takpela,makan kat sini jela izah,voleh?ekeke
ReplyDelete@quinnie
ReplyDeletesedap kak Q. bila saya nengokkan balik ayam n nasi lemak tu, teringat2 lagi kesedapannya
@K.Nor
ReplyDeletekak nor.. ala.. ala.. je nak ke bali. belum pergi lagi. haha
@Cho Zila
ReplyDeletetu la.. bila ramai je kata sedap tu yang mencuba juga tu. tak rugi tau. memang sedap pun
@..::Zue::..
ReplyDeleteayam bali lain.. ayam ala bali lain pulak resepinya. hehe..
@Tina Othman
ReplyDeletea ah feeling jangan tak feeling. haha
@mala
ReplyDeletetu la.. memang kena ngan selera kami ayam ala bali ni.
@HALAMANKU
ReplyDeletememang erma. saya makan ngan nasi lemak tumis tu, hadoii mmg ngam
@Gee®geng la saya dengan kk gee.. susah betul la ak diet.. huhuhu
ReplyDelete@AbbotCottage
ReplyDeletejap nak betul kan jari aku niha.letih dah nype nyer. memang sedaaaap ko. aku sukak
@~K Ham~
ReplyDeletekak ham..memang terus licin ni tak meninggal pun dah.. kiki
kamalia..
ReplyDeleteko dah try ye. kalau bali aje lain tau.. ala ni lain sikit. tapi ase ada bali bali ni memang sedap la kan
erkk..so nak kena beli tiket ke bali ke thai ni...ngences ai...sampai ati...
ReplyDeletekak chah..
ReplyDeletebeli ke bali, tapi pastikan transit kat thai ye. kiki
terima kasih izah kerana sudi mencuba resipi ayam ala bali nie... Alhamdulillah senang dengar izah suka.. :)
ReplyDelete