Monday, January 30, 2012

Sweet Potato Bread


Assalamualaikum..

Jom kita berselawat kejap. Saja nak ingatkan diri sendiri.
Masuk minggu baru, menu pun baru.
Dah lamaaa tak meroti. 
Sehingga ku jenguk tepung roti setengah kilo dah tak boleh guna. Nampak tepung tu mcm ok tau, tapi saja tergerak hati nak ayakkan tepung roti tu. Nauzubillah.. mcm2 dijumpai dlm tepung yang nampak mcm ok. Pada mata kasar nampak belum tercemar, bila diayak ada putih2 mcm telur lalat tapi size yang kecikkk je. Uiii.. ngeri mak. Lepas ni sah sah kan ku ayak tepung2 yang lain.

Berbalik pada tajuk, roti kedek ni memang sangat lembut gebu. Boleh la tengok pada bahannya, bila ada penggunaan agen pelembut, memang roti akan lembut basah gitukan. Boleh la kita berpikir sejenak roti yang kita beli tu brapa banyak lah pelembut yang diletakkan. Kan kan kan..  Pernah juga terbaca satu artikel yang roti di Mesia ni, bahan kimia yang diletakkan telah melebihi piawaian. Wallahua'lam. Gosip atau kebenaran. Tapi roti tu la yang kena ada kat rumah ni. Cume tak kerap mana la. 



Untuk satu adunan ni, banyak jugak dapat nya. Saya buat ni dapat 16 biji comel. Saya tak buat kastard pipe kat atas tu. Buat kosong makan ngan sambal tumis. Sedap. Terima kasih Mas, dah lama simpan resepi. Bila tengok orang meroti mula dapat idea nak meroti juga menghabiskan keledek berbaki dlm peti ais. Tq Mas dan tuan resepi kak Tulip 77.



SWEET POTATO BREAD
Resepi asal : Tulip77@myr
sumber: Mas Duniaku 

Bahan : 

300g tepung gandum
3 sudu kecil emplex @ bread softener *izah letak 1 1/2 sk
2 sudu kecil bread improver *izah letak 1 sk
3 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu besar butter 
60 gram ubi keledek -  direbus di lenyek baru timbang
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula halus
1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
130 ml air sejuk 

Inti Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara membuat inti kastard :
Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..


Cara membuat bun roti :
Masukkan tepung gandum,emplex @ bread softener,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata. Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi keledek. Gaulkan biar sebati.
Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli. Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit.
Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelak dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40 minit.
Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard. banyak pun tak mengapa sebab kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
Bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang. 
Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.


 *walau menggunakan tepung gandum, tapi roti ni mnghasilkan texture yg sangaaat lembut.


54 comments:

  1. walah, sedap & gebu, ingat lg roti ni dulu kemain pemes kat Jusco kan, skrg mahanya lah

    izah, nak tanya tepung roti tu elok ke, sebab aritu saya penah try buat roti guna tepung roti bagus, keras lah jadi roti tu

    ReplyDelete
  2. makcik.....
    aku baru jerk buang 1 balang tepung roti...
    nampak dah berkulat...muahahaha

    wehhhhh...
    serius makcik..
    rasa meleleh air liur aku nengok roti ko ngan sambal ikan bilis tu..
    menggoda wehh.....

    aku pun bercadang nak meroti ni...
    tunggu laki aku off dulu..he3

    maceh makcik sudi mencuba resepi ni..
    memang terbaik roti keledek manis tu..
    aku suka sangat....

    ReplyDelete
  3. Tina..
    tepung roti mmg elok. maksud elok tu elok cemana ek? haha tetivbe tak paham soalan lak. maknanya jenis tepung roti kot. saya guna tepung roti yg jual kat bakery. mmg elok. pastu guna jenama nona namanya tepung istimewa. pun elok. tapi saya pernah guna tepung roti tak ingat jenama apa, tapi dibungkus dlm kotak. tak elokkk roti keras. nyampah. tak pernah dah beli lepas tu.

    ReplyDelete
  4. mas..
    tu la.. tepung2 ni mmg tak leh lelama disimpan. kalau simpan dlm peti es ok tak? hehehe.. teringat akak aku suke je simpan dal peti es. sedap mas.. makan ngan sambal tumis. aku pun suke gak roti ni. mmg lembut sampai 2 hari ni.

    ReplyDelete
  5. weh...aku pun nak ayak gakla tpg roti tuh..hahaha..lama bnr tak meroti, tp kan, biasanya dlm tepung tu ada ulat tepung, yg putih2 ke itam2 halus ke tu telur/tahi dia tau..hakhak..aku bgeri ni sbb dah terkena , siap uli lagi ada ulaatttt...sah buang..hhuuuu..erkk..ada lg roti? nak...

    ReplyDelete
  6. anna..
    aku pun ngeri dengor cerita ko. aku nengok bebetul tepung roti tu. nampak line clear tau. tapi tak sedap hati, pi la ayak. rupanyaa.. haaa tu dia.. kalau buat tadi sah sah makan roti perencah ulat. huhu.. ada lagi neh. meh la bf 2nd round ngan aku.

    ReplyDelete
  7. gebunya roti .. copy resepi dulu

    ReplyDelete
  8. Morning Izah

    roti mu buat kak Nur jeles tau...gebusss sekali ngan sambal ikan bilis pulak tu...lagi kak Nur terliur...sampai hati mu mengoda ku.

    ReplyDelete
  9. as-salam IZAH
    gebunye roti yg izah buat tu...npk lembut je texture nye...

    ReplyDelete
  10. izah..tiap kali tengok apa izah buat..akak mesti doa dalam hati suatu hari nanti roti akakpun cantik cam izah

    ReplyDelete
  11. tomei loti mu itu jahh!!! saya perasan mmg hi protein cepat berbubuk. Penah dulu bila angkat je plastiknya, penuh lubang2 kecil mungil..tengok2 dlmnya, tu diaaa... so tklehla salahkan kita kalau asik buat roti kembang, then badanpun jadi kembang 4 taman kan? kita nk selamatkan bahan2 jew...hihihihi...

    ReplyDelete
  12. pagi-pagi lagi dh tayang roti..bagila seketui dua kat aku ni..nampak gebu je roti tu..
    aku semalam baru beli tepung roti,niat nak meroti,tapi bila ntahla..

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Izah..
    Nak roti 4 ketul dengan sambal tumis satu mangkuk tecik jer..hehehee..

    Oppsss..hati2 yer. Bukan tepung roti jer yg kalau disimpan lama akan ada ulat.. Tepung2 lain pun sama gak.. Nanti jadi menu berulat lak..huhuhuhuuu..

    ReplyDelete
  14. alahai comey2nya rotimu itewwww..akak mmng suka tngk roti2 yg Izah buat...berangan terus nak wat secantik ini...he3...

    ReplyDelete
  15. nak roti seploh ketoi.. nk cicah kopi O... :)

    ReplyDelete
  16. Zah, baik mai sikit virus hang tu. malaih betul le la ni.

    ReplyDelete
  17. As'salam Izah

    sangat jelez okey tengok orang meroti sana sini. k.ct ni bila nak buat jer mood tu hilang balik. masuk balik BM dalam kotak. lama2 lunyai gak kotak BM tu kan..hehehe

    Lembut dan sanagt sedap tambah2 lagi diakan dengan sambal bilis..emmm mana nak cekut roti pagi2 ni..hehehe

    ReplyDelete
  18. memang sweet potato bread ni...
    dapat pulak cicah dengan sambal lagi terangkat..aduh

    memang lembut dan gebu..

    ReplyDelete
  19. salam izah...gebu dan montok ajer roti tu....geramnyaaaaa, nak sikit boleh...hihihihii

    ReplyDelete
  20. jah... gebus gebas roti tu.. tu la kan.. guna water roux gak yg elok utk buat roti jd gebu dan lembut dr guna bread softener

    ReplyDelete
  21. Salam wah rajinnyer meroti.. tgkpun nampak kegebuannyer.. sedap tu makan ngan sambal tumis.. cicah tea o pun umpphhh tu he he he kerajinanmu usah disangkal lagi he he he

    ReplyDelete
  22. Salam Izah...lembut gebusss betul roti ni, tambah-tambah lagi makan ngan sambal...mesti lagi besttttttt.....

    ReplyDelete
  23. Kak Izah,kalo emplex tuh bkn ke utk rangupkan sekut bagai,sama juga ke fungsi ngan bread softener,ai tanya nih,sbb emplex ai punya guna time nk wat sekut rya jer,byk g,tapi taun depan dah nk expired..Nmpk gebu gebas toi roti kak izah tu..

    ReplyDelete
  24. Ayark!...lambatnya sampai...izah ooo izah...ada lagi ke roti lembut ni...bak la bagi kak cek rasa sikitttt...kempunan akak tau...bwk macaron tuk Izah ni...jgn jemu udah la yaaaa..:)

    ReplyDelete
  25. Alamak..
    lemah tenaga batin kawe klu tgk bab meroti ni.. Memang minat betul nak buat.. tapi BM tak de.. nak tgg laki bagi dia suruh bli roti kedai mamak jer.. izah dah show pulak.. rasenyer HARUS dicoba ni.. Anyway it's look delicious n make me lapoooo...(kat opis ni.. x sempat makan..byk keje)

    ReplyDelete
  26. tun pun pernah wat donat, siap uli dh tgk ada ulat gemok2.. geliiii!!!!!!!!!!!!!
    omey je kecik2 roti tu. senang masuk mulot.. tun pun akan minimizekan bread softener/ improver tu. kalau resepi suruh letak dua2, tun letak salah satu je. kdg2 x letak lgsg kalau ramai org mkn, sbb tau mesti kejap je dh habis licin. duk 2 org je kt umah ni, tun akan letak jugak sikit bread softener sbb kdg2 4 hari baru habis. so hari ke 4 tu roti still lembut n gebu =)

    ReplyDelete
  27. @mala
    silakan.. boleh jadikan resepi simpanan. mmg elok gebu

    ReplyDelete
  28. @Nuridah
    ya ampunnn kak nur dah tergoda ye. hehe.. sedapkak.. memang roti kalau makan ngan sambal tumis cepat nyer laku.

    ReplyDelete
  29. @Paty's Kitchen - Cook with passion.
    alhamdulillah.. menjadi kak paty. kadang2 roti ni tak leh jangka juga. kadang menepati selera, kadang tidak. hehe

    ReplyDelete
  30. @ady
    memang gebu ni ady..maybe penggunaan softener tu mmg membantu roti ni jadi gebu ringan dan basah2 gitu

    ReplyDelete
  31. @suri solehah
    insyaAllah kak. semuanya datang dari Allah kan. kita jagn putus asa dan berdoa dan bertekad. hehe

    ReplyDelete
  32. @Chah
    eh i like ur reason. haha..peh tu ditanya pulak. pesal ko rajin benor membeli tepung roti? nak jawab apa? nak jawap suka hati aku lah ye. hahaha

    ReplyDelete
  33. @Kamalia
    ngapa yang entah la tu? mcm cerita tegantung je lia? hahah.. ala time bebudak senyap ko meroti la. sian ko, meh aku suap 2 ketul roti ni meh

    ReplyDelete
  34. @Naz / Nadz COSK
    waalaikumussalam warahmatullah..
    tu la kak naz.. memang tepung ni nak kena tengok bebetulkan. kalau tepung lain tu tak bimbang sangat, sebab memang dah rosak pun. haha.. sebab nampak je kalau ada ulat. tapi tepung roti ni tak pasan la kak

    ReplyDelete
  35. @Yatie
    alhamdulillah.. kadang2 elok jadinya kak. bila elok tu mmg sukee tengok kan. insyaAllah roti2 akak pun apa kurangnya. teringat2 lagi kecantikan pintalan roti pintal akak tu

    ReplyDelete
  36. @::Azura Rahman::
    kak zura.. ko nak makan ngan jiran sebelah ke sampai 10 ketui.. akakak

    ReplyDelete
  37. @Kak Sam
    jap nak babab montot akak sikit. nanti kot hilang mood malas tu. haha

    ReplyDelete
  38. @CT Delima
    waalaikumusslaam warahmatullah..
    aduhai kak ct dan kotak bm tak habis2 ye. hahaha.. adehh.. sabo jela. akak, kalau nak buat lepas keluar kena terus masukkan tepung. kalau tangguh sah masuk ke dalam kotak balik. ehe

    ReplyDelete
  39. comelnyer roti.... geram pulak tgk... dlm peti azimat akak pun ada lagi setengah kg tepong roti... entah bila nak dikerjakan.. skrg badan lemau ajer.. nak eksperimen kat dapur pun mcm malas jer..

    ReplyDelete
  40. @Qhaifa Nur
    alhamdulillah mmg lembut gebu roti ni. walau guna tepung gandum maybe sebab ada agen pelembut tukan

    ReplyDelete
  41. @Liza
    nah kak liza rasa setengah ketul je. cicah ngan minyak2 sambal jelah kak nampak nya. hehehe.. dah stok last dah ni. nampak gaya akak kena godek la roti ni. huhu

    ReplyDelete
  42. @~K Ham~
    kak ham.. bila lapoo je datag sini, bila lapoor je datang sini. tak gitu. hehe

    ReplyDelete
  43. @K.Nor
    betul kak. tapi tula kan. alkisah malasnya sedepa pulak nak cerita .. kikikiki... skali skala nak guna pelembut kak. aci ye

    ReplyDelete
  44. @HALAMANKU
    ermaaaaa.. ala biasa2 je ni. eecehh..malu lak. haha.. mmg erma, lembut elok kejadiannya ni

    ReplyDelete
  45. @Sue @ Nenie
    ye sue..memang laju je suap makan ngan sambal tumis.

    ReplyDelete
  46. @Zaliedana
    tu la akak muskil jugak tu. rasanya emplex ni untuk rangupkan sekut. tak tau lak kot jadi pelembut roti. tapi akak guna softener tula. tak guna emplex sebab mmg tak de pun. tak nah beli

    ReplyDelete
  47. @cik cek
    nanti saya terjah blog akak nak amkan macaroon. nampak lawaa mac akak tu. saya tak leh bw lagi ni kan. lappy slow asik sangkut2 je masa loading

    ReplyDelete
  48. @..::Zue::..
    hehehe.. ala bisnes kan untung..guna la sikit duit biz beli BM. senang kerja. banyak menda gak leh dibuat ngan bm tu. tapi kalau uli tangan pun ok gak ni

    ReplyDelete
  49. @tun_telani
    betul tu tun. kalau guna softener bagai ni, roti mmg lembut sampai 4 hari pastu lama daya tahan dia. kalau roti biasa2 buat takde bahan ni, dah berbau kan.

    ReplyDelete
  50. kak madihaa..
    napa tak sihat ke? ke nak geng ngan mas? kiki.. ok la tu kak.. jom meroti

    ReplyDelete
  51. alamak.... nampak macam menarik la..

    harus cuba ni...huhuhu


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  52. slm kak izah, bread softener dgn improver tu nk dpt mne? :(

    ReplyDelete
  53. @fatinhamidah
    boleh beli kat kedai bahan2 buat kek, atau beli kat pasaraya besar cam tesco jusco giant ada kat bahagian bahan2 kek. tengok dlm bekas botol kecik ada tulis menda alah 2 tu

    ReplyDelete