Friday, July 30, 2010

Pancake dan Roses Card






Assalamualaikum.. Dah hari Jumaat dah. Pejam celik pejam celik, dah masuk Ramadhan almubarak pula.. Berdoa bersama2 agar merasa lagi bulan mulia itu. Ni menu brekpes, lambat nak buat entry. Orang dah nak lunch pun.

Amik kat rumah kak Nor Ganu, sebab ni feberet sefamily kak Nor, so nak rasa la cemana pancake ni. Ni 1st time saya berpancake, Tak pernah buat sebelum ni kot kot tak dapat sambutan oleh ahli rumah ni. Tapi kira ok la sebab rupanya bebudak ni nak makan. Sedap cicah ngan madu.



Tapi jangan la gelakkan pancake saya yang ala ala rupa luaran nya dah macam roti canai ni ye. Tapi texturenya memang pancake ok!! Hehhee.. Menurut kak Nor asalnya pancake diambil resepinya dari fotopages Hajar dan kak Nor dah tokok tambah. Jadi saya copy resepinya dari kak Nor. Mintak ijin ye...Maceehh



Pancake
Copy: Kak Nor

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.



Dan card berunsur rose yang amat cantik dari kak Hana sempena tangisan gembira kerna sokongan kami yang sukakan blognya itu sebab blog kak Hana menyambut ulangtahun ke 2. Hehehee..ayat apakah itu... Maceeh kak Hana.. Blog kak Hana tu memang berhantuuuu...




Thursday, July 29, 2010

Kentang Putar


Assalamualaikum.. Memula nak nangis dolu lah tak dapat hadiah dari kak Hana Jepun tuh..huhuhu... Terlewat klick sebab tak tahu la, saya punya blog list nih lambat sangat update kot..bila tengok blog kengkawan lain,  semua dah list baru, kat my blog stil tak update lagi kat blg list tuh.. 

Bila bebudak rilex and ada gak yang tido, maka dapat la saya meng active kan sikit blog ni dengan menu baru. Sian jugak si kecik baby baru tu merengek je, mungkin kembung perut.kot. Dah la tak mau dibedung..marah tu kalau bedung. Haiisshh.. Tuam jugak perut tu dengan biji apa ye yang hitam beli kat kedai india tu. Tapi pagi tadi dia tak berapa selesa kot.  Merengek je, dah tengahari ni baru tido ok...


Menu ni biasa je la, ramai dah try dan ramai gak beli je la kan..kekeke.. Tapi sebab mudah buatnya dan senang je bebahannya, jadi saya pun buat . Bebudak pun suka, makan dengan roti pun sedap. Mekasih Mas ye sebab letak resepinya. Resepi copy kat umah Mas. Asalnya resepi kurang pasti..ke resepi Mas sendrik atau dari myR  Mas? Tapi rasa memang mcm yang kat KFC tu..Mintak izin copy.



Kentang Putar
Sumber: Mas Duniaku

Bahan Sos :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam -brand maggi dalam botol / kiub ayam pun boleh, hancurkan kiub dan sukat
1 biji  bawang besar - dicincang
1 batang saleri - dicincang 
 40 g mentega
20 g tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat

Cara memasak :
Satukan air, bawang, batang saleri dan stok ayam dan masak hingga mendidih ( 10 minit ).Tapiskan ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau dengan api perlahan hingga tak melekat tepi periuk.
Tuang air rebusan yang telah ditapis tadi dan kacau sebati.
Masukkan sos tomato, sos tiram, beberapa titik kicap pekat ( agak2 hitam ) dan serbuk lada hitam.
Kacau sebati dan ikut kepekatan yang di ingini.
Rasanya tak payah letak garam sebab stok dan sos tiram dah masin, jika terasa kurang masin, boleh letak sedikit garam.
Untuk kentang 
- Basuh kentang dengan air suam dan rebus hingga kentang empuk, buang kulit dan lenyek halus kentang tu, masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan dan boleh dihidangkan dengan sos kentang putar. Boleh juga guna kentang putar segera, caranya gaul serbuk kentang dengan air panas dan masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan. 

Wednesday, July 28, 2010

Pain Au Lait

Assalamualaikum.. Selamat pagi semuaaaaaa.. Hampooonn..lama tak menghapdate blog. Ngehehee..mcm la busy sangatkan. Dan maaf juga tak sempat nak balas message kat chat box dan komen komen sebelum ni. Nanti saya cube balas jugak time free okai. Tapi yang satu ni saya sempat buat, menjenguk umah kengkawan..tapi tak tinggal jejak...cepat cepat je. Pada yang sudi bertanya kabar saya, maceeh ye Ana n Erma.. Ni la dia sebab lama tak update.........



Eh dapat baby baru ke? Ha ah..baby baru..baru datang. Baru berumur 24hari lebih kurang. Omaknya berpantang kat rumah ni kejap.. 




Berbalik kepada roti zipzapzup tu..resepi yang berasal dari  Pook dan telah tersebar di seantario blog kengkawan. Memula tengok kat Mamafami..pastu kak kencang jet turbo Kak HANA.. dan seterusnya ada di ...mmmm tak ingat la pulak..tapi ramai yang dah cuba. Dan seterusnya hinggap di rumah saya pula. Saya copy resepi dari kak Hana. Mintak ijin ye buk..




Pain Au Lait (Delicious Mini Milk Bread)
Source: Pook
Copy: Kak Hana

Bahan-bahan 
  • 230g tepung gandum
  • 60g tepung roti
  • 125g susu segar
  • 4g yis kering
  • 50g telur (1 biji)
  • 38g gula
  • 5g garam
  • 63g butter
  • Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
  • Setting menu Dough dan ONkan.
  • Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
  • Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
  • Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
  • Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
  • Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
  • Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Angkat dan sejukkan di atas redai.


Sunday, July 25, 2010

Apple Cake



Assalamualaikum.. Selamat bersantai di hari ahad ni. Semalam saya buat kek apple ni. Sangat simple dan mudah disediakan. Rupanya walaupun simple tapi kek ni sedap sangat. Saya kurang minat dengan kek buah tapi dengan kek yang satu ni, memang sedap dan lemak. Manisnya juga sederhana sesuai bila tergigit epal tu. Dah ramai pun yang cuba kek ni kan. Ada antaranya kak kencang jet turbo iaitu kak Hana.ngehee..jangan mare ek.. kak hazila, jiya dan ramai la lagi.. Ada juga yang kata kek ni macam muffin. Mmmm tapi kek ni lagi lembut dan kalau ikutkan muffin agak padat sikit. Walau apa pun..terpulang pada citarasa masing-masingkan. Tapi bagi saya , saya memang suka kek ni..bukan saja dari segi rasa dan cara penyediaan yang mudah, tapi saiz nya yang kecil memang cukup untuk family kecil mcm saya ni.

Kak Yani..mintak izin tepek resepi kat sini pula ye.







Apple Cake

Bahan-bahan ( 18x18 cm )

1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder






Cara-cara

Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C (saya guna suhu 170 C lebihkurang 45 minit)

Saturday, July 24, 2010

Puding Roti Marble



Assalamualaikum.. Hari sabtu dah kan. Ramai yang bercuti tentunya dengan family. Puding ni memang menjadi pojaan hati sefamily. Maceh buat kak Hana kerna mengenalkan puding ni kepada ramai ramai orang. Saya sendiri dan banyak  kali buat. Macam macam perisa dah letak. Semuanya memang kena je kat tekak nih. Resepi dah semua tahu kan. Tak pe la..saje na letak sekali lagi nih...




Puding Roti Marble
Kak Hana

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!



Friday, July 23, 2010

Award: Dari Atun85


Assalamualaikum.. Terima kasih dik Atun bagi akak award ni..Oye oye..suka sangat. Ssuai ke dengan award tu? Hehhee...ok sapa atun? Ni dia Halimatun.

Ayam Goreng Tomyam


Assalamualaikum.. Selamat pagi di Jumaat mubarak ni. Semoga semuanya tak lupa untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi di hari jumaat ini.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Selawat ke atasku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."


Menu ayam tomyam ni memang sedap. Saya pernah juga nampak kat blog kak Hanieliza, tapi agak berbeza sikit. Semalam tengok Kak Wana masak ikut resepi kat majalah. Nampak sedap sangat dan terliur betul. Ikutkan resepi ayam ni banyak betul waiting list yang nak cubanya. Tapi saya cuba ayam tomyam ni dulu. Memang sedap lah!! Saya buat berkuah sikit, looo memang mabeles.. Mekasih banyak buat kak Wana sebab tepekkan resepinya. Kak saya mintak izin letak resepi sini pulak ye. Oh ya, saya buat separuh je dari resepi ni, so adjust je la bebahan lainnya ye.


Resepi Ayam Goreng Tomyam
Source:WanaYusuf Potretkasih

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula ( optional )
minyak masak secukupnya
daun limau purut
*halia + lengkuas (saya tambah)

Cara penyediaaan

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

Thursday, July 22, 2010

Coffee Muffin



Assalamualaikum.. Coffee muffin buat untuk minum petang semalam. Sedap tang crumb yang rangup. Makan panas-panas n fresh memang sedap. Saya buat setengah adunan je, mean hanya menggunakan sebijik telur. Sikit je untuk anak beranak yang tak berapa ada nafsu makan ni. Mekasih kak Hana untuk resepi muffin ni. First muffin yang kak Hana try dari buka pemberian cik adik Deetha tu. Saya tepek resepi kat sini ye. Tak silap Ika Bangkok pun dah cuba kan.






Oh ya, saya tak letak choc chip pun dan masih memikirkan warna yang tak sama dengan muffin kak Hana tu. Mungkin jenis kopi juge berbeza dengan kopi Jepun. Saya nyer kopi cap pasar malam Kulim. Apa pun muffin ni wangi dan rasa yang berbeza.




Coffee Muffin
Sumber: Kak Hana dari buku Muffin

Bahan-bahan
200g tepung gandum
1 sk baking powder
150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
100g mentega
100ml krim masam - hana ganti yogurt
1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
Choc chip secukupnyer - nih hana tambah

Untuk Crumb
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon


Cara-cara
Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.

Wednesday, July 21, 2010

Geledah Dapur Ramadhan Ben Ashaari

Assalamualaikum.. Tetiba nak join pulak Geledah Dapur Ramadhan bersama Ben ni. Tujuannya sebab nak kongsi resepi je. Sebab bila tengok dapur yang En Ben dah terjah tu, menu menunya sangat berlainan dari yang lain dan boleh di cuba bila Ramadhan nanti.

Syarat cume letakkan gambar Banner Geledah Dapur Ramadhan dan link Di sini.


Resepi yang saya nak kongsi ni bukan biskut atau menu berbuka. Tapi menu membangkitkan selera time bersahur. Yela kan time bersahur ni kadang kadang tu susah nak ada selera pulak pulak dah sampai ke penghujung Ramadhan. So ada satu menu simple yang saya belajar dari emak saya dan popular di Pahang. Iaitu Sambal Hitam Pahang. Simple, sedap dan membangkitkan selera.


Boleh lihat di sini. Sambal Hitam Pahang.

Yogurt Chiffon Cake



Assalamualaikum.. Jap lagi baru nak berkunjung blogwalking umah kawan kawan. Mekasih yang sudi menyapa dan bertandang ke rumah saya ni. Hari ni agak mamai lagi sebab semalam budak berdua ni tak berapa lelap tidur sebab sesema. Tadi dah ke klinik. Harap ok lah.. Buat kek ni semalam buat minum petang. Dalam demam pun Bais masih berselera makan kek ni. Tapi makan kek je la, semua makanan lain tak lalu masuk pun. 

Dah lama usha kek ni kat rumah kak Yani Dechococo tu. Best kek ni, tadi ternampak kat rumah jiya. Jiya, kalau letak lemon sedap tau. Kalau jiya tinggal 3 potong, tu tak buh lemon kan, hakak tak tinggal sepotong pun sebab letak lemon. Hehhee,.. Mekasih kak Yani, mintak izin tepek sini plak ye.. Tapi cam biasa, kek amatur ni tak cantik n selawa kat umah sifu sifu tu.







Yogurt Chiffon Cake
Source: Kak Yani
Ada juga: Jiya, Kak Nor

Bahan-bahan:

4 biji
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder

Cara-cara:-
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.





Tuesday, July 20, 2010

Easy Cheesy Pretzel Stick




Assalamualaikum.. Uii lambat sikit hari ni. Dak Bais tak sihat demam sesema dengan umminya pun sesema gak nih. Air idung turun cam air terjun yang macam kat blog kak Yatie tuh. Hehehe... Tak sihatnya badan rasanya. Maaflah belum kesempatan nak jenguk umah kawan kawan semua. Ni pun nak cepat je ni.

Sedap nih buat kudap. Bebudak makan macam tu je, maleh nak buat choc dip. Karang menda lain di dip kan. Pastu semua tempat plak ummi nak lap. Kerusi, meja, tv, lantai..huuiii.. Jadinya makan cam tu je. Sedap. Kak Hana pun dah buat nampak kat blog tuuuuuuu...meh kak Hana kita mamam sesama. Sedap nih..cepat deme buat..sedap weh.. Maceehhh Kkak Deliah's Deli. Mintak ijin tepek sini ek.

Easy Cheesy Pretzel Stick
Copy: Delia's Deli

3 cups all-purpose flour
1 tablespoon instant yeast
1 cup grated cheddar cheese
1/4 teaspoon salt
1/2 cup butter
1/2 cup sugar
1/3 fresh milk
1 large egg
1 cup melted bittersweet chocolate-for coating
1/2 cup chocolate rice-for coating

Preheat oven to 160°C. In a bowl, mix all ingredient and knead until a dough is formed. Rest the dough for awhile about 15 minutes. Later, roll out dough and cut into strips. Twist strips to a simple pretzel rod shape and place them on baking sheet. You may also brush pretzels with whisked egg, sprinkle with sesame seed/poppy seed and salt. Bake it straight away until firm and brown for 15 minutes. Cool pretzels on racks and later dip into melted bittersweet chocolate and sprinkle some chocolate rice for some home made rocky road sticks. Enjoy! :)


Versi alih bahasa. Kak Hana tumpang sekaki ye..hehe..

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis
1 cawan cheedar cheese parut - hana gune parmesan
1/4 tsp garam
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula
1/3 cawan susu segar
1 biji telur L

For Coating
1 cawan bittersweet chocolate - cairkan @ caramel jika suka
1/2 cawan chocolate rice

Cara-cara
Panaskan oven suhu 160°C.
Dalam mangkuk, satukan semua bahan. Uli sehingga menjadi doh dan tak lekat di tangan. Rehatkan doh lebih kurang 15min.
Kemudian ambil doh dan canaikan. Potong lebih kurang 1cm. Kemudian twistkan dan letak di atas loyang yang di alas dengan oven paper.
Boleh juga sapu pretzel dengan telur kemudian taburkan dengan sesame seed/biji poppy atau garam.
Bakar lebih kurang 15min atau sehingga keperangan. Sejukkan di atas rack.
Celupkan ke dalam chocolate yang telah di cairkan tadi dan sprinkle dengan choc rice atau ikut kegemaran masing2.
Enjoy!!

Monday, July 19, 2010

Ikan Goreng Bersambal Istimewa



Assalamualaikum.. Dah kenyang makan kek semua? Hehee..jom lunch plak. Bagi sapa nak buat buke puasa karang sedap nih. Kena lak dengan gulai putih sayur ke..ada lak sambal belacan. Fuuhh sedapnyerr.. Hari tu nampak kat umah Along..Asalnya dari Along dan saya copy dari blog kak Nor. Bila kak Nor kata sedap dan dan nak buat. Memang sedap dan lain dari menu menu biasa. Mekasih akak berdua. Saya mintak izin nak tepek sini pula.


IKAN GORENG BERSAMBAL ISTIMEWA by AlongRoz
Copy: Kak Nor

3 ekor ikan
garam
serbuk kunyit

utk sambal:
4 bj cili hijau
1 bj cili merah
beberapa bj cili padi
1 btg serai
1/2 kuntum bunga kantan ~ k.nor ganti dgn daun limau purut (ikut kak nor juga)
5 bj bawah merah
4 ulas bawang putih
daun ketumbar ~ dihiris halus
garam

tambahan oleh k.nor:
2 sudu besar sos ikan (saya tak letak)
sedikit gula
1 sudu besar perahan limau nipis




1. Lumurkan ikan dgn garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng hingga garing dan ketepikan.
3. Blend kesemua bahan2 utk sambal kecuali daun ketumbar dan garam.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
5. Goreng hingga garing dan pecah minyak.
6. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis.
9. Kacau rata dan tuangkan sambal atas ikan yg dah siap digoreng.

Kek Coklat Tanpa Telur



Assalamualaikum.. bertemu di minggu yang baru. Weekend baru ni tak sempat nak update blog. Ni kek yang saya buat semalam untuk makan makan. Pepulak ntuk Bais yang suka makan kek coklat tu. Kek ni lembut dan tak banyak beza dengan kek coklat yang menggunakan telur. Mungkin pada texture kek tu ada sedikit lain tapi rasa yang tak muak sebab penggunaan kopi membuatkan kek ni ada aroma yang wangi. Dapat resepi masa ronda ronda blogresepi dan mekasih ye untuk resepi yang sedap ni. Saya mintk izin tepek resepi di sini pula.



Eggless Chocolate Cake Recipe
Source: Blogresepi.com

All Purpose Flour 1 cup
Baking Powder 1/2 teaspoon
Baking Soda 1 teaspoon
Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
Granulated Sugar 3/4 cup
vegetable oil 1/2 cup
Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water)
Milk 1/4 cup
Yogurt (I used plain non fat, measured it with dry measuring cup) 1/4 cup
Vanilla Extract 1 teaspoon

Yield: One 8-inch or 9-inch cake. (saya guna loyang kecil dari ukuran di beri)

Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder.
In a large bowl sift together the all purpose flour, whole wheat flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
Add all the wet ingredients one by one.
With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean whrn the cake is ready.
Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.



Frosting Recipe (saya tak buat just guna coklat strawberry plus butter)

Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
Powdered sugar 1 1/2 cups
Unsweetened cocoa powder 1/4 cup
Milk, fat free 3-4 tablespoons
Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.

In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).

Friday, July 16, 2010

Kuih Buah Melaka



Assalamualaikum.. Kuih melaka ni buat untuk minum petang. Sedap pulak makan nyer sebab dah lama tak makan. Tapi bebudak nih suspen je tengok kuih ni sebab ada gula yang itam kat dalam. Hehehe...saya guna kan gula kabung. Alahaii sedap nyerr.. Rsepi banyak versi, tapi saya biasa buat versi buku Aneka Minum Petang ni. Mudah je. Saya buat separuh dari resepi di bawah. Dapat dalam 16 biji comel comel.



Kuih Buah Melaka
sumber: Aneka Minum Petang Abad21

Bahan:
300 gm tepung pulut
120 gm gula melaka dipotong kecik secukupnya (saya guna gula kabung)
260 ml air panas
1 sudu makan paste pandan/sedikit air pandan
1/2 biji kelapa parut putih
garam (gaul bersama dengan kelapa)
air untuk rebus
3 helai daun pandan

Tuang air panas, paste pandan ke dalam tepung pulut dan uli rata. Ambil adunan leperkan dan isikan dengan gula melaka. Bulatkan semula. Didihkan air dan letakkan daun pandan. Masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih dan tunggu hingga bebola kuih tadi timbul. Angkat dan salutkan dengan kelapa yang digaul dengan sedikit garam tadi.

Kacang Panjang Goreng Bersambal



Assalamualaikum.. selamat bermakan tengahari. Ni menu simple saya. Kacang panjang goreng pedas. Tak kisah la apa tajuknya, tapi kacang ni digoreng bersambal dan ada belacan. Sodap!! Teruja masa blogwalking hari tu menyinggah satu rumah ni, tak ingat sampai la ni rumah sapa, tapi tuan rumah tu goreng kacang panjang pedas cam ni. Terliur betui menengoknya. Jadi la kacang panjang goreng belacan pedas nih. Meh check resepi versi saya.

Kacang panjang secukupnya (sebungkus)
2 biji bawang putih
1 1/2 inci belacan (ditumbuk bersma bawang putih)
3-4 sudu beso sambal bilis (dah siap tumis ye..kikiki..sonangkan!!)

Caranya: Bersihkan kacang dan potong serong. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan belacan bersama bawang putih yang ditumbuk lumat hingga naik bau. Kemudian masukkan sambal bilis dan kacang. Goreng hingga masak.

Moral of the resepi: Jangan buang sambal bilis kalau tak habis!! Ngeeehehee

Daging Kerutuk Darat



Assalamualaikum..selamat pagi. Hari ni kembali dengan update menu dari saya. Sebelum tu nak tanya pendapat kawan kawan mesra cyber saya ni semua, berkenaan masalah yang dihadapi oleh sorang kawan blogger kita ni. MAS-DAPURMAS ni. Katanya dari tengahari semalam tak dapat masuk blog dia. Saya pun kurang arif, jadi untuk membantunya bolehla kiranya yang ada ilmu berkenaan masalh ini atau tempat nak rujuk masalh ni meninggalkan komen sedikit sebanyak caranya.

Berkenaan menu ni, saya jarang berjumpa nama kerutuk daging, tapi terung kerutuk biasa saya dengar. Rupanya nak masak kena ada special rempah kerutuk kan? Sebab ternampak kat dapur idadapur. Tapi yang ni resepinya tak menggunakan rempah. Bahan biasa biasa yang ada kat dapur je. So saya pun try buat dan rasanya sedap. Makan ada sambal kak Hana tu cicah ngan bendi rebus. Fuhh bestnye...

Resepi saya dapat di dapur fzmenu. Menu kelantan kan? Mekasih kak kongsi resepinya. Saya mintak izin letak resepi disini pula ye kak. Tapi versi saya ni cam kuning sikit. Yang asal boleh terjah rumah empunya resepi ye.



Daging Kerutuk Darat
sumber: Fzmenu

1/2 kg daging steak *daging ros/filet yang lembut*
santan pekat
halia sebesar ibu jari
bawang merah besar 1 labu
bawang puteh seulas kecil
kunyit hidup 1 inci
sehiris lengkuas *hirisan nipis sahaja*
lada kering 3 - 4 tangkai
1 asam keping/gelugur
1/2 sudu besar rempah biji (ketumbar) ... tak payah tumbuk, bubuh 'hidup2' *oghe kelate kata*

Cara:
Tumbuk lada kering, lengkuas, halia, kunyit, bawang merah serta bawang puteh.
Gaul dengan daging.
Masak sampai hampir kering air baru dibubuh santan pekat, asam keping serta rempah biji.
Masak sampai naik minyak dengan menggunakan api yang kecil.
Sedia untuk dihidangkan

Thursday, July 15, 2010

Saya suka blog Kak Wan kerana...

Assalamualaikum.. Hari ni memang saya cuti dari meng entry menu masak masak. Entah la napa, mungkin penangan 'APAM AMBON' tak jadi. Huhuhuhu..... Tertarik dengan entry kak Wan blog Citarasawan untuk berkongsi mempromosi blog, jadi apalah salahnya saya memparticipate kan blog saya di dalam promosi kak Wan tu. Syaratnya kena tulis satu entry tentang blog kak Wan.




Saya suka Citarasawan kerana kak Wan dengan murah hatinya berkongsi resepi resepi yang memang di cari cari oleh saya selama ini di dalam Blog Citarasawan. Saya mula mengenali nama Citarasawan di MyResepi.com dan membuka semua jenis kuih muih yang selalu kak Wan kongsi dan hantar resepi di myResepi.com. Kesemua kuihmuihnya terutama sekali yang menjadi poojaan hati saya ialah kuih muih jenis talam dan lapis yang sangat menarik, kreatif dan pelbagai jenis. Bilamana saya membuka satu blog tentang cubaan masak masak saya pula, di situlah saya berjumpa dengan blog Citarasawan. Alangkah gumbiranya hati sebab dapat mengenali tuan punya resepi yang sebelum ni saya juga banyak mencuba resepi kuih muihnya.

Rupanya sangat banyak resepi-resepi lain terutamanya biskut, muffin, kek dan lain lain lagi di dalam blog kak Wan. Memang boleh diktakan lubuk ilmu dunia masakan. Blog kak Wan ni memang menjadi rujukan saya terutamanya menghampiri Ramadhan dan hari raya ni. Ehehe..nak buat kuih raya lakan.. Walaupun saya antara silent reader blog kak Wan, tapi dah banyak juge resepi2 kak Wan yang saya cuba dan sangat berterima kasih dengan kak Wan. Saya juga suka dengan cara setiap entry resepi kak Wan yang kemas, mudah dan teratur. Sekian terima akasih.

Ngeee..dah macam karangan bahasa melayu budak tingkatan 3 je ni..ok ke kak Wan? Tapi saya memnag salute kak Wan dan sukee dengan kedua dua blog kak Wan. Maceehh...

Award : Dari TTM





Bagi TTM tak kecik ati...meh haku amik award neh.. Best gak nih. Ni kira cam award syok sendrik lak.. ah blog sendiri kan.. tak pe la syok sendrik puunnn.... Maceeh TTM.

S: Suke tak award ni?
Sukee

S: kamu rasa blog kamu lawa gila?
Lawo

S: kamu selalu singgah di blog sape?
Blog yang rajin hapdet kat list..

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.
Blog sendiri..ngahahhaa.. Susah nak senarai sebab bagi ai yang baru menceburi bidang blog ni, semua dimata semua lawo n ada keistimewaan masing masing. *jawapan standard artis*


S: Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.
Sapa lalu ngan singgah sini, meh la amik awards nih. Special yang click saya. Mari mari mai mai...amik amik ..sila sila...pada
cik bedah, cik mah, cik erma, cik mas, cik ana salwa, kak su, kak anis, datin el, mamafami, kak ummi, kak D, Kka Hana, kak Yatie, kamalia, kakasma, kak jun, chik mimi, makcik manggis, mummyseri, kak maria, kak ayu, kak yat maria, kak hazila, fidza lawyer, sue mariyam, kak jassnani, kak ctnaemah, cik atun85, kak ain, kak azatiesayang, ena lovelykitchen, love, kak dayang jack, kak linapg, kak aidah, faradean, Cik mat gebu, kak ita azita, kak azian, ira, kak noorma ikan keli..opsss ampoonn hehehe..gurau kak, kak shiela, mamahawa, mamajen, kak lendanuar, kak hamsini, kak rose, kak nannie, kak rosaliza, kak ilah jy, ika bangkok, pengembala kamben jiya..kikiki..ros jintan manis, arohamizwa, kakchik kluargaku sayang, sue hasue, kaknor terengganu, kak nur, knor, kak eliza, kak maadiha, kak maz, kak as, deetha seberang, mrsplainjune, moklong, mokwo, kak erna, riezanie, kak fida dubai, kak anymz....waah sapa lagi nih..ni semua ingat kat kepala nih..huuiiihh..berpeluh!!!! Ramai lagi nih..nak sebut nama nih...sapa lagi tak disebut nama ni angkat tangan!!

Bolehkah Wanita Berkerja

Assalamualaikum.. Hari ni malas malas sedunia buat saya nak mengupdate menu masak masak. Ada gak tu..tapi bior dulu lah. Malam karang ke.. Hari ni nak share satu artikel yang di tulis oleh teman mesra sebelanga saya ni. Sebelanga ?..ngahahaa. Kawan saya ni Ana Salwa ni tengah memikior nak terus berkerjaya atau hold untuk menjadi suri rumah sepenuh masa buat mendidik anak2. Dlm duk pikior tu, dia dihadiahi oleh hubbynya sebuah buku. Rasanya dah dapat jawapan dah kot Ana? Maceeh Ana kerna sudi berkongsi. Mari pi blog ana ni. Banyak petua dan info boleh dikongsi bersama. Klik ANA SALWA.




Jawapan bagi persoalan ini saya ambil dari buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustaz Zaharuddin. Ustaz, saya pinjam letak kat sini sebagai panduan untuk saya dalam mencari jawapan dan jalan sebenar.

Jawapannya YA!! Islam membenarkan dan mengharuskan isteri atau wanita bekerja TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

1. Terdapat keperluan yang menyebabkan dia terpaksa bekerja;

*Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan
*Membantu ibu bapa yang sangat miskin / suami yang uzur
*Membantu perniagaan suami
*Mempunyai kemahiran yang amat diperlukan masyarakat



2. Kerja tersebut perlulah sesuai dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya

3. Bekerja dengan menutup aurat dan menjauhi fitnah di tempat kerja

4. Kerja tersebut tidak memerlukan untuk berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan yang bukan mahramnya

5. Mendapat izin wali atau suami

6. Kerjanya itu tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak serta suami



7. Tujuan & niat utama bekerja bukan untuk kegairahan mengumpul harta atau menyaingi kemampuan lelaki

8. Mesti berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak



9. Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu / sementara sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.

Seeloknya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Pendek kata, wanita perlu memainkan peranan utama dalam menjaga rumah tangga, suami, anak & keluarga. Suami isteri yang bekerja diterima dalam Islam selagi mereka mamou & bijak dalam merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak. Tidak digalakkan isteri untuk berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Jika sekadar untuk bermewah dan mudah membeli belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima Islam.

Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam).

Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga dewasa. Malangnya, mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar Islam.



Nota Ana: So, renung dalam-dalam dimana duduknya aku. Sebelum aku terus melangkah dan memilih perjalanan hidupku. Aku hidup bukan hanya untuk aku. Tapi aku hidup untuk keluarga ku. Hidup ku juga bukan berakhir disini. Segala ditimbang tara untuk hidup yang kekal abadi.