Thursday, July 15, 2010

Bolehkah Wanita Berkerja

Assalamualaikum.. Hari ni malas malas sedunia buat saya nak mengupdate menu masak masak. Ada gak tu..tapi bior dulu lah. Malam karang ke.. Hari ni nak share satu artikel yang di tulis oleh teman mesra sebelanga saya ni. Sebelanga ?..ngahahaa. Kawan saya ni Ana Salwa ni tengah memikior nak terus berkerjaya atau hold untuk menjadi suri rumah sepenuh masa buat mendidik anak2. Dlm duk pikior tu, dia dihadiahi oleh hubbynya sebuah buku. Rasanya dah dapat jawapan dah kot Ana? Maceeh Ana kerna sudi berkongsi. Mari pi blog ana ni. Banyak petua dan info boleh dikongsi bersama. Klik ANA SALWA.




Jawapan bagi persoalan ini saya ambil dari buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustaz Zaharuddin. Ustaz, saya pinjam letak kat sini sebagai panduan untuk saya dalam mencari jawapan dan jalan sebenar.

Jawapannya YA!! Islam membenarkan dan mengharuskan isteri atau wanita bekerja TETAPI tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

1. Terdapat keperluan yang menyebabkan dia terpaksa bekerja;

*Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan
*Membantu ibu bapa yang sangat miskin / suami yang uzur
*Membantu perniagaan suami
*Mempunyai kemahiran yang amat diperlukan masyarakat



2. Kerja tersebut perlulah sesuai dengan fitrah dan kemampuan fizikalnya

3. Bekerja dengan menutup aurat dan menjauhi fitnah di tempat kerja

4. Kerja tersebut tidak memerlukan untuk berdua-duaan dan bercampur secara bebas dengan yang bukan mahramnya

5. Mendapat izin wali atau suami

6. Kerjanya itu tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggungjawab di rumah terhadap anak serta suami



7. Tujuan & niat utama bekerja bukan untuk kegairahan mengumpul harta atau menyaingi kemampuan lelaki

8. Mesti berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecacatan dalam pendidikan anak-anak



9. Digalakkan ia dilakukan dalam tempoh tertentu / sementara sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen.

Seeloknya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Pendek kata, wanita perlu memainkan peranan utama dalam menjaga rumah tangga, suami, anak & keluarga. Suami isteri yang bekerja diterima dalam Islam selagi mereka mamou & bijak dalam merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak. Tidak digalakkan isteri untuk berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Jika sekadar untuk bermewah dan mudah membeli belah dengan menggunakan duit sendiri, ini tidak diterima Islam.

Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia (menurut asbab kepada hukum alam).

Ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga dewasa. Malangnya, mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar Islam.



Nota Ana: So, renung dalam-dalam dimana duduknya aku. Sebelum aku terus melangkah dan memilih perjalanan hidupku. Aku hidup bukan hanya untuk aku. Tapi aku hidup untuk keluarga ku. Hidup ku juga bukan berakhir disini. Segala ditimbang tara untuk hidup yang kekal abadi.

4 comments:

  1. wanita bekerja bergantung kepada niat n demi kemaslahatan.. jika ader kemudharatan... x perlulah.. sampai bila haku nak keje.. he he he he.. kalo kat umahpun kejer juge..kan..kan..kan

    ReplyDelete
  2. jawapan mmg dah dapat.. tunggu nk laksana kan hehehehe.. sedang berusaha dengan backup plan nih..

    ReplyDelete
  3. Salam Paie..

    Diyana nak copy entry ni nnt ok..minta izin dulu..tp next time baru nak buat...suka baca entry kali ni..thanks ye

    dah start update menu memasak balik ke?

    ReplyDelete
  4. erma...
    betul tu...kerja lah selagi tak mandatangkan kemudaratan...suami ok...tak mendatangkan fitnah.. ma...dah dapat anak berderet nanti..agak agak la ma..ngeheheee

    ana..
    hehee..slow slow...dan macih ye bagi tampal kat sini pulak..nanti ada lagi yang nak share ni

    diana..
    amik la diyana..ni pun amik dari ana.dak uia jugak dulu..kot kot kenal..ke memnag kenal?tu la saya memang suka jugak tu yang ambik tu.

    ReplyDelete