Thursday, July 22, 2010

Coffee Muffin



Assalamualaikum.. Coffee muffin buat untuk minum petang semalam. Sedap tang crumb yang rangup. Makan panas-panas n fresh memang sedap. Saya buat setengah adunan je, mean hanya menggunakan sebijik telur. Sikit je untuk anak beranak yang tak berapa ada nafsu makan ni. Mekasih kak Hana untuk resepi muffin ni. First muffin yang kak Hana try dari buka pemberian cik adik Deetha tu. Saya tepek resepi kat sini ye. Tak silap Ika Bangkok pun dah cuba kan.






Oh ya, saya tak letak choc chip pun dan masih memikirkan warna yang tak sama dengan muffin kak Hana tu. Mungkin jenis kopi juge berbeza dengan kopi Jepun. Saya nyer kopi cap pasar malam Kulim. Apa pun muffin ni wangi dan rasa yang berbeza.




Coffee Muffin
Sumber: Kak Hana dari buku Muffin

Bahan-bahan
200g tepung gandum
1 sk baking powder
150g gula - hana kurangkan 110g sahaja
1/2 sk esen vanila
2 biji telur
100g mentega
100ml krim masam - hana ganti yogurt
1 sudu besar serbuk coffee bancuh dengan 1 sb air panas
Choc chip secukupnyer - nih hana tambah

Untuk Crumb
50g gula perang
50g tepung gandum - ayak
50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
1/2 sk serbuk cinnamon


Cara-cara
Untuk Crumbs - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga saat hendak dgunakan.
Panaskan oven suhu 200. dalam mangkuk campur tepung, baking powder dan gula. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan mentega, krim@yogurt, pes coffee dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi. Jika suka, leh taburkan choc chips atau masukkan choc chips ke dalam adunan.
Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
Letak atas redai dan hidangkan hangat dengan secawan kopi.

7 comments:

  1. salam Izah,
    perghhh...gebus sungguh muffinmu itteww!!

    ReplyDelete
  2. Salam Izah,
    Anak2 akak mmng suka muffin2 ni...bila free nnti akak cuba..skrng busy, tapi tetap ngadap lappy..hi3..

    ReplyDelete
  3. mintak izin amik resepi ek... teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  4. izah...memang mengancam muffin izah tu..mas pun tengah selongkar dapur izah, tengok resepi muffin,ingat nak try buat muffin pulak...

    ReplyDelete
  5. Salam ZAh bawa rojak... nak muffin tu.. cedap tu... zah erma dah tepek resepi kuah tu.. he he he sorry..

    ReplyDelete
  6. tang crumb tuh pong aku suker! ade beza ker kopi jepong ngan kopi kulim? konpius nih! hihihi..... pssttt nk amik resepi mana2 amik ajer! i know u, u know me! kikikiki

    ReplyDelete
  7. TTM..
    gebus gebasss...hheee

    kakyatie..
    memang gitu, kalau budak2 memang suka, ala kak busy pun memang rindu nak ngadap jugak kan. kecuali kalau lappy dh masuk kotak.hehe..saya ari demam pun nak ngadap jugak tengok menu menu kengkawan..

    ain.
    silakan amik..cuba jangan tak cube..hehee..

    mas..
    boleh mas..dah selongkar jgn lupa kemas balik ek..ngehehee..buat muffin cekelat best woo..sapa suka cekelat la.dodulu memula buat yang mendapat sambutannya muffin cekelat, pastu semua dah boring....hehe

    kak hana..
    betul tu,crumb tu kan kalau mkn panas22 la, kalau dah sejuk lembut je dah..ye la, pas siap muffin tu, tengok balik napa plak warna kak hana nyer tak coklat, ke ikut kulit tuan buat muffin..hahaa..maceeehhh

    ReplyDelete