Friday, July 23, 2010

Ayam Goreng Tomyam


Assalamualaikum.. Selamat pagi di Jumaat mubarak ni. Semoga semuanya tak lupa untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi di hari jumaat ini.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Selawat ke atasku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali, maka Allah mengampuni dosanya setahun."


Menu ayam tomyam ni memang sedap. Saya pernah juga nampak kat blog kak Hanieliza, tapi agak berbeza sikit. Semalam tengok Kak Wana masak ikut resepi kat majalah. Nampak sedap sangat dan terliur betul. Ikutkan resepi ayam ni banyak betul waiting list yang nak cubanya. Tapi saya cuba ayam tomyam ni dulu. Memang sedap lah!! Saya buat berkuah sikit, looo memang mabeles.. Mekasih banyak buat kak Wana sebab tepekkan resepinya. Kak saya mintak izin letak resepi sini pulak ye. Oh ya, saya buat separuh je dari resepi ni, so adjust je la bebahan lainnya ye.


Resepi Ayam Goreng Tomyam
Source:WanaYusuf Potretkasih

1 ekor ayam
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 biji bawang besar ( dihiris )
2 sudu makan pes tomyam
10 biji cili api ( di masukkan sebiji sebiji atau di ketuk )
1 batang serai ( di ketuk )
1 sudu makan air perahan limau nipis
2 sudu besar sos cili ( resepi asal tak letak )
1 biji buah tomato ( belah 6 )
garam
sedikit gula ( optional )
minyak masak secukupnya
daun limau purut
*halia + lengkuas (saya tambah)

Cara penyediaaan

1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak ( jangan terlalu garing ). Ketepikan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih, bawang besar, serai, cili padi dan pes tomyam hingga wangi.
3. Masukkan sedikit air, jus limau,sos cili dan garam.
4. Masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Last sekali masukkan tomato dan daun limau purut. Bolehlah di hidangkan.

10 comments:

  1. fuh... meleleh aoir liur tgk ayam aok ni pae. boleh lah cuba nanti.. bosan asyik duk buat ayam masak merah & gulai jer. nk try yg ni lah plak hehehehe

    ReplyDelete
  2. izzah...N3 kita sama lak ye berasaskan ayam...sumber resepi pun dr org yg sama kak wana.hahahhaha.izzah nyer ayam goreng tomyam..lenda punya lak ayam goreng mamak.hahha
    kita tukar suka sama suka lah zah..nak rasa skit ayam goreng tomyam tu...ok x?

    ReplyDelete
  3. izah....sedapnya ayam tu...lauk macam ni mesti laling mas ngan Daniel suka...kena cuba gak nanti....bila e...

    ReplyDelete
  4. Zah terliur... bawa pinggan ni.. join yer

    ReplyDelete
  5. ceritakuasn..
    ana try la, memang sedap lain la rasa dari menu sokmo te, rasa masam manis n tomyam..fuhh dengan pedasnya tu sedap mek,tapi kome buat tak pedas la sebab bais makan sekali..

    lendanuar..
    la ye ke kak..nanti saya dtg terjah ayam mamak kak lenda lak la..tak kesempatan tadi nak tengok...tungguuu

    mas..
    buat pedas2 memang la best..try la mas.menu yang kaya dengan rasa...fuh promote baik punya ek

    ReplyDelete
  6. erma..
    aipp..bawak pinggan kosong ke? tak mo tak mo share..kedekut nehh!!ngeee

    ReplyDelete
  7. Salam Izah...
    Ermmm, yummy...datang ni nak ngintai ayam... kot2 ada banyak lagi nak mintak le seketul dua....hihihi.. bestkan ayam tu!!! Anak2 mesti suke ... agaknya kalau buat kat ikan sedap tak tak!! ingat nak cuba tapi nak minta pendapat izah ni...........

    ReplyDelete
  8. kak wana..memang best la..tu la..rasanya kat ikan pun sedap nih.sebab rasa limau purut tomyam tuh, rasa macam sambal kat ikan bakar pun ada..jadi nye dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa.....ngehehee...mesti kat ikan pun sodap..tul tak kak wana?hmmm jap nak bayang kan......saya letak halia ngan lengkuas skit, rasa nya sedap kot

    ReplyDelete
  9. makcikkkk... nak mintak ayam tuh!! apa??? dah abessss... ahh! tak kira watkan lagik! hahahahaa

    ReplyDelete
  10. kak hana...nak buat kan tuk kak hana? malas..wat sendrikkk..

    ReplyDelete