Wednesday, July 23, 2014

Puding Agar-Agar Kastard


Assalamualaikum

Saya nak share satu puding yang pada selera saya sangaaat lah ngam dan sedap dimakan bersama kuah puding kastard.
Biasanya saya kurang suke puding kastard yang agak lembut, sebab bila pekena dengan kuah terasa agak benyek di dalam mulut. Tapi puding yang ini sedap. Lembutnya masih boleh dikunyah.
Satu family suka sangat. Sedap dimakan begitu sahaja dan sedap juga dimakan bersama kuah.
Saya tak sempat snap ianya dimakan bersama kuah buah koktail dan saya campurkan juga agar-agar berwarne warni bersama. 
Next time saya kongsikan cara saya menikmati puding berkuah kastard bersama buah koktail ye.
Terima kasih buat blog mori's kitchen kerana berkongsi puding yang kene dengan selera saya sekeluarga.



PUDING AGAR-AGAR KASTARD

Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus) - izah guna 8gram agar-agar serbuk
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml - izah guna 3 cwan air
2 cawan gula - 1/2 cawan gula atau manis secukupnya
1 tin susu cair -  1/2 tin susu cair
1 cawan tepung kastard - 1/2 cawan 
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam


Cara-caranya:
Rebus agar-agar hingga hancur.
Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
Masukkan secawan tepung kastard dan kacau. * izah bancuh tepung kastard bersama sedikit susu cair baru tuang ke dalam adunan agar-agar.kemudian kacau hingga pekat n masak.
Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang.  Coret kan dengan lidi.
Sejukkan.



Acuan semperit


Buat yang bertanya, inilah acuan semperit yang saya guna.
Acuan ni ada banyak bunga, just tukar tukar je nak bentuk apa.
Ada juga bunga yg sama cuma bentuk je gerigi sikit. Cantik agaknya. Lupa plak nak terai. eh
Acuan untuk tart gulung pun saya guna yang ini.

Banyak jenis sebenarnya acuan semperit.
Boleh google dan tengok bermcam jenis.
Ada yang picit guna jari je. Pun saya ada.
Tapi err.. mcm susah je. Hehe..







Biskut Semperit Susu Cheese.. Sedap


Assalamualaikum

Harus lah share resepi semperit upgrade yang sedaaaap ni.
Saya dah buat 2 adunan. Memang asyik layan sekut ni.
Anak-anak pun suke.
Asal kejadian biskut ni telah diterangkan panjang lebar dalam blog Anna Qawina.
Boleh la ke sana untuk lihat hak ciptanya.
Saya cuma copy resepi yang telah diolah oleh Anna,.
Terima kasih otai Anna dan penyumbang resepi. Semoga rezeki kalian terus dipermudahkan dan mencurah-curah. :-)





BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU



Bahan-bahan:
  • 250g susu pekat manis
  • 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
  • 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
  • 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
 
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu) 
  • 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
  • 2sdb susu pekat
  • 1/4 cwn susu cair
  • 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
  1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna senduk je.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
  3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
  4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
  5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
  7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Note : Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.




Tuesday, July 22, 2014

Satay Goreng


Assalamualaikum

Nak membiskut... nak membiskut... Kikiki..
Saja nak seru roh biskut datang. Buat satu jenis pastu bercinta nak buat satu lagi..
Mesti buat jugak untuk dijadikan ole-ole buat ibu dan ibu mertua di kampung kan.
Okeh.. satay goreng ni khusus untuk anak-anak kesayangan. Kalau diorang puasa semangat betul nak masak untuk diorang. Tapi sehari dua ni si abang Bais asyik pening bermula dengan dia muntah muntah hari tu. Lepas tu asik asik tak nak puasa sebab pening. Alasannya.. umi hari ni pening lagi umi. Hari pertama alasan tu ok. Hari kedua cam eh pening lagi. Hari ke 3 rupanya aku kene propa je. Hahaha..

Sedap satay ni. Semua anak anak saya suke. 
Walaupun resepi suh goreng, tapi apa guna kita ada pemanggang ajaib kata ko.
Panggang jela dalam tu kan. Memang terbaik lah.
Kuah muah memang tak de la, anak-anak kalau makan satay kat luar pun bukan layan kuah.
Makan gitu je pun dah cukup rasa.
Tq kak Fida myr dan kak Hana.



SATAY GORENG


Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

Monday, July 21, 2014

Biskut Bangkit Cheese




Assalamualaikum

Kita pun dah sampai ke minggu akhir Ramadhan.
Alhamdulillah.. semakin dipenghujung, semakin banyak hendaknya amalan kita.
Dan ini juga bermakna, minggu ini juga last preparation utk raya. Biasanya lebih kepada anak-anak je.
Walaupun saya tak de la lebih mana pun. Yang mana ada je. Alhamdulillah..
Bermakna juga minggu ni last preparation untuk biskut raya buah tangan utk sanak saudara terutama ibu dan ibu mertua. Tak gitu?
Untuk kali ini saya cuba buat sekut bangkit cheese ni. Wahhh sedap betul rasa sekut ni.
Memang cheese.. dan jauh la dari rasa bangkit yang saya imagine tu. Tah mana dpt bangkit ek. Hehe
Salah satu resepi yang perlu disimpan. Memang sedap!! Terima kasih kak Yatie dan penyumbang resepi.
Resepi ni agak lama dah berlegar di internet. Cuma kali ini baru diberi peluang utk mencuba.




BISKUT BANGKIT CHEESE


Bahan-Bahan

  • 250gm Mentega
  • 180gm Gula Aising
  • 2 biji Kuning Telur
  • 250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
  • 225gm Tepung Jagung
  • 1/2 st baking powder
  • 70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
  • kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
 
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan2 kering.
4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.










Thursday, July 17, 2014

Badak Berendam (versi bubur)


Assalamualaikum

Siapa suke makan badak berendam? Suke suke?
Saya pun... saya suka. Pulak-pulak kali ni dapat kelapa sedang inti. Tak tua tak muda dibuat inti.
Bahasa mak saya, "kelapa sedang inti".
Contoh ayat: " Jolokkan mak kelapa sedang inti pliss. Mak nak buat inti tuk kuih ketayap". 
Balik kg baru ni mak bekalkan sekali anak dia yg banyak songeh ni kelapa sedang inti. So balik KL terus saya bikin inti dan simpan dlm peti ais. Boleh tahan lama. 
Dah dibuat ketayap, Bais suka sangat, dah berapa kali memuji napa sedap sangat ummi.
Dah kalau inti tu sedap, memang boleh mnaikkan markah kuih kan.




Alkisahnya pertama kali badak berendam versi bubur ni saya "pekena" tatkala berjumpa versi ini di bazar Ramadhan.
Beberapa hari lepas, husband ajak ke bazar Ramadhan. Skali skala ikut napsu. Eh bukan bukan.
Saja nak nguji isterinya la tu, sedap ke idak menu di bazar.
Aish mcm biasa la... sedap dimata tapi xberapa ditekak. Hehe.
Tapi yang menaikkan selera saya ialah badak berendam dibuburkan. Jadi lusa, saya bikin sendiri.
Siapa belum pernah rasa badak berendam versi bubur boleh la cuba, Anak anak suke hirup kuahnya, so bagi badaknya mak yang telan nak! Haha..


Bagi siapa yg tak berapa suka makan badak berendam yg ada kuah pekat tu, boleh la dibuburkan. Dengan syarat kecilkan bebola badak berendam tu. Sangat lembutt masuk ke mulut. Dengan aroma bubur yang wangi dan lemak. Dan tatkala mengigit badak berendam yang lembut dengan inti yang sedap. Cubalah!!


Saya jadikan resepi BADAK BERENDAM KAK BESAH ni sebagai guideline. Tapi saya tak follow exactly pun resepinya. Cuma sebagai rujukan supaya saya tidak tersesat ke kuih cucur badak pulak. Hakhak



KUIH BADAK BERENDAM KAK BESAH

bahannya:

2 cawan tepung pulut
1 1/2 cwan perahan air daun pandan * kuranglebih
1/2 sk garam

inti kelapa secukupnya

Untuk dadihnya/kuah buburnya:

2 1/2 cwan santan
2 sb tepung beras
1 /2 sk garam
3 helai daun pandan


* jika mahu ianya berkuah omit tepung beras dan masukkan 3 atau 4 sb gula atau secukup rasa.



Caranya:

1. Campurkan bahan untuk dadih. Dikacau di atas api sehingga pekat dan ketepikan.

2. Bentukkan inti kelapa menjadi bebola kecil. Size kuih bergantung kepada inti.
*izah bentuk kecik kecik sebab ianya enak dinikmati dlm size kecil.

3. Bancuh doh untuk tepung pulut. Campur semuanya dan uli sehingga mendapat doh.

4. Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan dan masukkan inti kemudian di salut dengan doh. Buat sehingga habis.

5. Didihkan setengah periuk air. Masukkan bebola kuih tadi. Kemudian masak sehingga kuih tadi terapung.

6. Angkat kuih yang terapung tadi dan toskan sebentar.

7. Kemudian masukkan ke dalam dadih, Sedia dinikmati.



* Ada juga versi lain untuk badak berendam ni. Mak saya kalau buat badak berendam, untuk dadihnya mak saya campur santan pekat bersama garam. Kemudian doh bebola kuih yang belum masak di susun di atas daun pisang di dalam loyang. Kemudian tuang santan pekat ke dalamnya dan kukus kuih. Bila masak santan tu otomatik akan jadi dadih jugak. 






















Wednesday, July 16, 2014

Serunding Daging Chef Gredz


Assalamualaikum

Serunding salah satu hidangan wajib dihari raya.
Kalau dirumah saya di kampung, saban tahun memang ada serunding daging air tangan mak. Bukan air tangan mak aje, dah bercampur campur air tangan rasa nya dek kerana banyak tangan kene tolong mencarik daging. Hahaha..
Dan saya bawak juga lah kemahiran menyerunding daging ni ke rumah mak mertua pulak bila tiba hari raya.
Saya pernah post resepi yang biasa mak saya buat.
Skali skala mahu juga bertukar resepi menggunakan agak banyak rempah ratusnya. Dan cara masaknya juga berbeza. Tak perlu lama utk menunggu serundingnya kering.
Hmmm.. memang ada kelainan dari yg biasa saya buat. Sedapp dan wangi rempah ratus dlm serunding ni.
Oh ye.. serunding ni bukan utk raya, cume utk membuka selera ketika bersahur selain dari sambal hitam pahang. Heheh
Terima kasih buat Chef Gredz, didoakan semoga Chef sentiasa sihat dan bertambah rezekinya. 


SERUNDING DAGING
tested by: izahdaut

bahannya:

2 kg daging (btg pinang@topside) dipotong dadu sepenumbuk dan direbus empuk
*izah guna daging bbiasa 

400 gram cili kering *izah letak 100 gram
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 inci lengkuas
2.5 inci halia 
4-5 batang serai
150 gram ketumbar * izah letak 60gram - disangai
150 gram jintan manis *izah letak 60 gram - disangai
250 gram gula merah @ gula pasir * izah agak-agak je
1 biji kelapa - perah amik santan pekat * izah pakai 1 1/2 biji
jus asam jawa * 1 1/2 sb paste asam jawa
50 gram kesirik (tak letak pun xpe) * izah tak letak
1 1/2 sb serbuk kari daging * izah tambah
1 1/2 sb rempah rendang negeri * izah tambah
4 sekawan ( 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 bunga cengkih) * izah tambah 
Sedikit garam 


Caranya:

1. Daging yang telah empuk, ditumbuk sedikit menggunakan lesung batu untuk memudahkan kerja mencarik.
Kemudian carik daging sehingga habis.

2. Blend kan cili kering, bawang, lengkuas, halia, serai dan rempah sangai. 

3. Panaskan minyak (lebih kurang 3 cwan minyak). Masukkan 4 sekawan. Biar wangi seketika dan tumiskan bahan blend. Tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah kari bersama rempah rendang negeri. Tumis lagi hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan gula, garam, jus asam jawa dan kerisik (jika suka) . Masukkan pula santan pekat.
Gorengkan lagi hingga pecah minyak/ tumisan benar2 wangi dan garing.

5. Bila bahan tumis garing, tutupkan api, masukkan daging yang dicarik dan kacau rata. Kmeudian baru dibuka semula api dan gunaka api kecil. DIINGATKAN mneggunakan api kecil sehingga daging kering.















Monday, July 14, 2014

Adunan Goreng Pisang yang Sangat Rangup bersama Cheese. Gilo sodap!!



Assalamualaikum..

Menu ni saya buat iftar semalam.
Berbuka ngan si Bais je. Baru nak menerai kesedapan goreng pisang yang dimakan bersmaa cheese yang leleh. Gambar di atas di snap selepas cheese ditabur. So cheese tu belom cair disebabkan kepanasan pisang tu. Tapi mak haiiiihh.. sedappppnyaa.. very yummyyyy!!! Si budak Bais yang tak layan pisang goreng pun habis 2 ketui. 

Saya gunakan pisang * tak tau nama, tapi agak lembik skit. Kalau guna adunan biasa untuk menggoreng pisang pasti pisang tu akan mengeluarkan air semasa di goreng. So saya menggunakan resepi adunan yang sangat rangup dan kelebihan lain adalah dia membantu gorengan yang agak lembik dicover keseluruhan di dalam minyak. Ewah bunyik dah mcm kajian saintipik dah. Haha

Terima kasih la buat blog si Hairul ni. Blog ni best sebab dia bagi cara n tips sekali buat bigenner mmg sesuai lah. Dah 2 kali saya buat resepi ni sebab baru jumpa. Memang best sangat. Sila la korang cuba. Sesuai dimakan bersama cheeseeeee..


ADUNAN GORENG PISANG RANGUP
by: Hairul
tested by: izahdaut

bahannya:
2 cwan tepung beras
1 cawan tepung gandum

5 sudu besar santan kotak  - izah guna susu cair
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit - izah tak letak

1 biji telur - kali ke 2 buat izah tak letak. izah prefer tak letak
2 sudu besar marjerin cair - izah guna butter. kali ke2 buat izah xcairkan terus je masuk
air secukupnya
garam secukup rasa


Caranya:

Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Di sarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, 
masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi.

Untuk keterangan lebih detail dan bergambar sila rujuk ke blog Hairul di link di atas.


NOTA: Untuk menikmati goreng pisang bercheese, hanya 2 bahan diperlukan.
1. Cheddar cheese
2. Susu pekat

curahkan sedikir susu pekat ke atas gorengan pisang yang masih panas. Kemudian boleh lah ditaburkan dengan cheese. Sedia dinikmati. nyummehh!!














Sunday, July 13, 2014

Biskut Red Velvet Cheese




Assalamualaikum

Kepada kawan fb yang menunggu resepi ni.. maaf terlewat sikit.
Perlu menguruskan anak-anak dulu..hehe
Pada saya yang baru pertama kali merasa biskut ni, masih belum ada perbandingannya. betul tak?
Yang boleh saya katakan, biskut ini rangup rapuh ala ala famous amous.
Yang penting pada saya ialah tidak terlalu overcook kan biskut ini atau jangan pula kurang masak.
Aroma  mocha dan yang sedapnya sebab ada kekacang dalamnya tu.
Penambahan adunan cheese mungkin perlu ditambah untuk lebih umphh.
Terima kasih kak Noor kerana share resepi. Saya panjangkan di blog ini pula ye. Tq
Dan untuk Anna Qawina, sekalung ingatan tulus ikhlas dan terima kasih kerana share adunan cheese ini yang boleh dicampurkan sedikit ke mana mana adunan biskut untuk mencheesekan sesuatu biskut tersebut. Contoh semperit atau bangkit. Gitu ke ana?

Adunan Cheese 

125 gram krim cheese
2 1/2 sb susu pekat
1/4 cwn whip krim
1/4  cwn susu cair

caranya:
Sebatikan krim cheese bersama susu sejat. Kemudian masuk susu cair dan whip krim. Sebatikan/.. Bolehh disimpan di dalam peti ais .



RED VELVET COOKIES


Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*- izah xletak
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

4 sb adunan cheese - izah tambah
20gram chedar parut - izah tambah

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..



1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.

2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.














Begedil Kentang Mudah


Assalamualaikum

Siapa kata kalau tak de ayam atau daging atau udang skali pun, tidak boleh membuat begedil.
Bolehh... hanya menggunakan kentang sahaja akan terhasil bergedil yang enak utk dinikmati bersama soto atau nasi lemak.
Hidangan soto saya wajib ada begedil. Begedil simple je pun hanya menggunkaan kentang. 
Hanya 2 bahan utama iaitu KENTANG dan BAWANG GORENG buat sendiri. Jangan yg beli tu ya. Nanti tak sodap la begedil kita. Dan untuk penambah maybe boleh taruk daun bawang or daun sup. Saya tak letak pun. 



BEGEDIL KENTANG MUDAH
by: izahdaut

3 biji kentang size sederhana
segenggam bawang goreng
sedikit garam
sedikit serbuk lada/ lada putih
daun bawang/daun sup - jika suka

untuk proses menggoreng 
telur
tepung sedikit*jika perlu


CARANYA:
Buang kulit kentang, bersihkan kemudian potong baji / dadu.
Goreng kentang sehingga masak.
Lecek kentang menggunakan garfu ketika panas sehingga hancur.
Masukkan bawang goreng, dan perasa. Lecek sebati.
Kemudian bentukkan bulat leper kecik kecik. * Saya suke buat begedil bersize kecil 
JIKA begedil agak lembik tepukkan sedikit begedil anda dengan tepung untuk mengelakkan pecah ketika menggoreng. *ni cara saya je. Hehe
Kemudian celup begedil ke dalam telur dan goreng.
Biarkan bahagian bawah begedil betul betul keras baru balikkan untuk mengelakkan begedil pecah.
Sedia dihidang. 



Nota: Encik suami saya suke luar begedil rangup, jadi saya coatkan dengan sedikit tepung gandum+ tepung jagung setelah dicelup dengan telur. Kemudian digoreng.