Tuesday, July 22, 2014

Satay Goreng


Assalamualaikum

Nak membiskut... nak membiskut... Kikiki..
Saja nak seru roh biskut datang. Buat satu jenis pastu bercinta nak buat satu lagi..
Mesti buat jugak untuk dijadikan ole-ole buat ibu dan ibu mertua di kampung kan.
Okeh.. satay goreng ni khusus untuk anak-anak kesayangan. Kalau diorang puasa semangat betul nak masak untuk diorang. Tapi sehari dua ni si abang Bais asyik pening bermula dengan dia muntah muntah hari tu. Lepas tu asik asik tak nak puasa sebab pening. Alasannya.. umi hari ni pening lagi umi. Hari pertama alasan tu ok. Hari kedua cam eh pening lagi. Hari ke 3 rupanya aku kene propa je. Hahaha..

Sedap satay ni. Semua anak anak saya suke. 
Walaupun resepi suh goreng, tapi apa guna kita ada pemanggang ajaib kata ko.
Panggang jela dalam tu kan. Memang terbaik lah.
Kuah muah memang tak de la, anak-anak kalau makan satay kat luar pun bukan layan kuah.
Makan gitu je pun dah cukup rasa.
Tq kak Fida myr dan kak Hana.



SATAY GORENG


Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

7 comments:

  1. sedapnye..dapat da idea nak masak apa petang nanti

    ReplyDelete
  2. wah...idea menarik.bole makan satay di rumah sahaja klu mcm ni..hihih..

    ReplyDelete
  3. sedapnye..lame dah tak makan satay goreng ni coz x ramai yang tahu buat..termasuklah saya..hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnye..lame dah tak makan satay goreng ni coz x ramai yang tahu buat..termasuklah saya..hehe

    ReplyDelete