Sunday, July 13, 2014

Biskut Red Velvet Cheese




Assalamualaikum

Kepada kawan fb yang menunggu resepi ni.. maaf terlewat sikit.
Perlu menguruskan anak-anak dulu..hehe
Pada saya yang baru pertama kali merasa biskut ni, masih belum ada perbandingannya. betul tak?
Yang boleh saya katakan, biskut ini rangup rapuh ala ala famous amous.
Yang penting pada saya ialah tidak terlalu overcook kan biskut ini atau jangan pula kurang masak.
Aroma  mocha dan yang sedapnya sebab ada kekacang dalamnya tu.
Penambahan adunan cheese mungkin perlu ditambah untuk lebih umphh.
Terima kasih kak Noor kerana share resepi. Saya panjangkan di blog ini pula ye. Tq
Dan untuk Anna Qawina, sekalung ingatan tulus ikhlas dan terima kasih kerana share adunan cheese ini yang boleh dicampurkan sedikit ke mana mana adunan biskut untuk mencheesekan sesuatu biskut tersebut. Contoh semperit atau bangkit. Gitu ke ana?

Adunan Cheese 

125 gram krim cheese
2 1/2 sb susu pekat
1/4 cwn whip krim
1/4  cwn susu cair

caranya:
Sebatikan krim cheese bersama susu sejat. Kemudian masuk susu cair dan whip krim. Sebatikan/.. Bolehh disimpan di dalam peti ais .



RED VELVET COOKIES


Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*- izah xletak
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

4 sb adunan cheese - izah tambah
20gram chedar parut - izah tambah

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..



1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.

2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.

6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.














5 comments:

  1. Gigih ko buat n3 jah? Gigih gak aku tongkat mata singgah sini..kot2 dapat 2 balang seperti dijanjikan..
    **rsp cheese tu dr blog Marizah Miza..cuma aku separuhkan je... nnt aku update kendian la..bizi aku nih..macam tokey busaatt dah ni..muahaahaa..*gelak orang kaya2...

    ReplyDelete
  2. wahh...letak cheese lagi mewah rasanya ni...

    ReplyDelete