Wednesday, July 16, 2014

Serunding Daging Chef Gredz


Assalamualaikum

Serunding salah satu hidangan wajib dihari raya.
Kalau dirumah saya di kampung, saban tahun memang ada serunding daging air tangan mak. Bukan air tangan mak aje, dah bercampur campur air tangan rasa nya dek kerana banyak tangan kene tolong mencarik daging. Hahaha..
Dan saya bawak juga lah kemahiran menyerunding daging ni ke rumah mak mertua pulak bila tiba hari raya.
Saya pernah post resepi yang biasa mak saya buat.
Skali skala mahu juga bertukar resepi menggunakan agak banyak rempah ratusnya. Dan cara masaknya juga berbeza. Tak perlu lama utk menunggu serundingnya kering.
Hmmm.. memang ada kelainan dari yg biasa saya buat. Sedapp dan wangi rempah ratus dlm serunding ni.
Oh ye.. serunding ni bukan utk raya, cume utk membuka selera ketika bersahur selain dari sambal hitam pahang. Heheh
Terima kasih buat Chef Gredz, didoakan semoga Chef sentiasa sihat dan bertambah rezekinya. 


SERUNDING DAGING
tested by: izahdaut

bahannya:

2 kg daging (btg pinang@topside) dipotong dadu sepenumbuk dan direbus empuk
*izah guna daging bbiasa 

400 gram cili kering *izah letak 100 gram
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
4 inci lengkuas
2.5 inci halia 
4-5 batang serai
150 gram ketumbar * izah letak 60gram - disangai
150 gram jintan manis *izah letak 60 gram - disangai
250 gram gula merah @ gula pasir * izah agak-agak je
1 biji kelapa - perah amik santan pekat * izah pakai 1 1/2 biji
jus asam jawa * 1 1/2 sb paste asam jawa
50 gram kesirik (tak letak pun xpe) * izah tak letak
1 1/2 sb serbuk kari daging * izah tambah
1 1/2 sb rempah rendang negeri * izah tambah
4 sekawan ( 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 bunga cengkih) * izah tambah 
Sedikit garam 


Caranya:

1. Daging yang telah empuk, ditumbuk sedikit menggunakan lesung batu untuk memudahkan kerja mencarik.
Kemudian carik daging sehingga habis.

2. Blend kan cili kering, bawang, lengkuas, halia, serai dan rempah sangai. 

3. Panaskan minyak (lebih kurang 3 cwan minyak). Masukkan 4 sekawan. Biar wangi seketika dan tumiskan bahan blend. Tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah kari bersama rempah rendang negeri. Tumis lagi hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan gula, garam, jus asam jawa dan kerisik (jika suka) . Masukkan pula santan pekat.
Gorengkan lagi hingga pecah minyak/ tumisan benar2 wangi dan garing.

5. Bila bahan tumis garing, tutupkan api, masukkan daging yang dicarik dan kacau rata. Kmeudian baru dibuka semula api dan gunaka api kecil. DIINGATKAN mneggunakan api kecil sehingga daging kering.















5 comments:

  1. Teringin nak cuba buat serunding sendiri. Hee.

    ReplyDelete
  2. serunding ni mkn dgn pulut kuning, roti .eeee sedapnya

    ReplyDelete