Thursday, July 17, 2014

Badak Berendam (versi bubur)


Assalamualaikum

Siapa suke makan badak berendam? Suke suke?
Saya pun... saya suka. Pulak-pulak kali ni dapat kelapa sedang inti. Tak tua tak muda dibuat inti.
Bahasa mak saya, "kelapa sedang inti".
Contoh ayat: " Jolokkan mak kelapa sedang inti pliss. Mak nak buat inti tuk kuih ketayap". 
Balik kg baru ni mak bekalkan sekali anak dia yg banyak songeh ni kelapa sedang inti. So balik KL terus saya bikin inti dan simpan dlm peti ais. Boleh tahan lama. 
Dah dibuat ketayap, Bais suka sangat, dah berapa kali memuji napa sedap sangat ummi.
Dah kalau inti tu sedap, memang boleh mnaikkan markah kuih kan.




Alkisahnya pertama kali badak berendam versi bubur ni saya "pekena" tatkala berjumpa versi ini di bazar Ramadhan.
Beberapa hari lepas, husband ajak ke bazar Ramadhan. Skali skala ikut napsu. Eh bukan bukan.
Saja nak nguji isterinya la tu, sedap ke idak menu di bazar.
Aish mcm biasa la... sedap dimata tapi xberapa ditekak. Hehe.
Tapi yang menaikkan selera saya ialah badak berendam dibuburkan. Jadi lusa, saya bikin sendiri.
Siapa belum pernah rasa badak berendam versi bubur boleh la cuba, Anak anak suke hirup kuahnya, so bagi badaknya mak yang telan nak! Haha..


Bagi siapa yg tak berapa suka makan badak berendam yg ada kuah pekat tu, boleh la dibuburkan. Dengan syarat kecilkan bebola badak berendam tu. Sangat lembutt masuk ke mulut. Dengan aroma bubur yang wangi dan lemak. Dan tatkala mengigit badak berendam yang lembut dengan inti yang sedap. Cubalah!!


Saya jadikan resepi BADAK BERENDAM KAK BESAH ni sebagai guideline. Tapi saya tak follow exactly pun resepinya. Cuma sebagai rujukan supaya saya tidak tersesat ke kuih cucur badak pulak. Hakhak



KUIH BADAK BERENDAM KAK BESAH

bahannya:

2 cawan tepung pulut
1 1/2 cwan perahan air daun pandan * kuranglebih
1/2 sk garam

inti kelapa secukupnya

Untuk dadihnya/kuah buburnya:

2 1/2 cwan santan
2 sb tepung beras
1 /2 sk garam
3 helai daun pandan


* jika mahu ianya berkuah omit tepung beras dan masukkan 3 atau 4 sb gula atau secukup rasa.



Caranya:

1. Campurkan bahan untuk dadih. Dikacau di atas api sehingga pekat dan ketepikan.

2. Bentukkan inti kelapa menjadi bebola kecil. Size kuih bergantung kepada inti.
*izah bentuk kecik kecik sebab ianya enak dinikmati dlm size kecil.

3. Bancuh doh untuk tepung pulut. Campur semuanya dan uli sehingga mendapat doh.

4. Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan dan masukkan inti kemudian di salut dengan doh. Buat sehingga habis.

5. Didihkan setengah periuk air. Masukkan bebola kuih tadi. Kemudian masak sehingga kuih tadi terapung.

6. Angkat kuih yang terapung tadi dan toskan sebentar.

7. Kemudian masukkan ke dalam dadih, Sedia dinikmati.



* Ada juga versi lain untuk badak berendam ni. Mak saya kalau buat badak berendam, untuk dadihnya mak saya campur santan pekat bersama garam. Kemudian doh bebola kuih yang belum masak di susun di atas daun pisang di dalam loyang. Kemudian tuang santan pekat ke dalamnya dan kukus kuih. Bila masak santan tu otomatik akan jadi dadih jugak. 






















6 comments:

  1. err..badak? ko suka membadak kan? Ko tak membadak ke harini Jah? haha

    weii...rajin la ko, taula intinya tak buat sdri..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah! baru plan nak buat badak berendam ptg kang... boleh la cuba yg versi bubur ni pulak...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah mkn. Nak cuba la one day. Heee.

    ReplyDelete