Tuesday, April 29, 2014

Kek Belang Coklat


ASSALAMUALAIKUM

Kek lagi niha. Bersempena baru membeli buku resepi baru.
Haruslah semangat nak mengekek kan. Demi sebuah kepuasan setelah membeli buku resepi baru katanya.
Chef Zubaidah Che Pa bukan nama asing dalam kalangan blogger masak2.
Kek nya memang terkenal antara yang top dan lazat.
Saya cuba salah satu resepi kek ni yang diberi nama kek Belang Coklat.
Eh ntah napa tak berapa jadi pulak belangnya. Ngeee




Budak kecik ni dah amik alih tugas abg2nya menjadi assistant dikala umi snap gambor makanan.
tgok la tangan tukang sibuk. Hahaha..
Ok berbalik pada kek belang coklat ni, kek ni cara membuatnya seakan2 nak buat kek span tapi hasilnya berbeza.
Seakan2 texture kek span tapi agak padat n moist gitu.


Binasanya sebiji kek kerana tangan sikecik. :p
Eh nak citer pasal buku resepi JAMUAN KEK oleh chef Zubaidah ni kan, banyak sangat resepi yang best2 dan menarik. Kalau nak cuba boleh la dapatkan buku resepi ni. Memang semua keknya mengiurkan.
Dan saya share di sini kek belang coklat chef  Zubaidah. Terima kasih Chef!



KEK BELANG COKLAT
by: Chef Zubaida Che Pa
dari buku resepi Jamuan Kek


Bahan - bahan

5 biji telur
40 g air
10g ovalette
280 g tepung naik sendiri
190 g gula kastor
200 g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*saya tambah emulco strawbery


caranya:

Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan  emulco sehingga gebu dan ringan.
Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dlm adunan.Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 2 adunan. 2dicampurkan emulco, 1 dibiarkan kosong.
Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang 8".
Bakar pada suhu 150 c selama 50 minit.











Monday, April 28, 2014

Kek Gulung Kasih Ala Zirafah


Assalamualaikum..

Ni kalau zirapah tengok corak dia atas kek gulung..mau di bangkangnya. 
Manakan tidak.. corak zirapah tak menkjadi katanya. hehe
Permintaan budak budak nak kek zirapah. Bila tengokkan resepi asal agak cerewet sikit. 
Saya teringat kek kak Dayang..so saya alter sikit keknya menjadi corak zirapah. 



Kek gulung kasih ni pernah menjadi virus dikalangan teman blogger.
Masa tu zaman blogger tengah rancak virus memviruskan masakan sedap senang dan simple. 
Dan salah satunya adalah kek yang super lembut n sedap ni.
Terima kasih kak DJ.
Version saya mula-mula buat kek ni. DI SINI





KEK GULUNG KASIH
ada juga di : kak Madihaa & kak Zana

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.













Friday, April 25, 2014

Tempahan Kek Number 1


Kek coklat Moist disaluti buttercream.
Ukuran lebih kurang 12 ke 13 inci









Roti Lembut Gebu (Anie Japri)


Assalamualaikum

Roti dan lagi dan roti dan lagi.
Roti tanpa jemu. Pulak pulak bila ada permintaan dari Bais nak bawa bekal ke sekolah.
Kat sekolah mmg dah sedia makanan, tapi nak eksen je bawak bekal gamaknya. Hehe..
Roti ni resepi recommended by Mas. Mas ni mmg baik hati orangnya. Asal sedap je nak bagi jugak lemak kat aku. Yang dia kurus keding tau. Ah nyampah.. kikiki 




Kalau dah disyorkan mesti la lembut gebu hasilnya.
Yang penting bm bekerja keras utk me 'elastik'kan doh.
Elastik tu bila tarik doh tepung tu tak koyak dan boleh ditarik memanjang n menipis.
Dan hasilnya selepas dibakar.. haa tgok la masa time tarik roti tu.
Itu la kenikmatan meroti.

Terima kasih Mas dan tuan resepi Anie Japri.
 Separuh saya buat roti cheese. Tabur cheese dan gula.
Selebihnya saya buat roti gula.







Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB


Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)




CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2


Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..










Thursday, April 24, 2014

Kek Buah Kukus Moist


Assalamualaikum

Hari yang mendung. Baru je lepas hujan. Air paip pulak makin kecil dan kecil dan kecil dan akan berakhir dengan .. tak yah la nak bgtau kan. Paham amik sendiri. Syukur..bila air paip kecil bermakna tadahan perlu diperbanyakkan. Tong perlu dpenuhkan. Baldi banyakkan. Air masak perlu cukupkan bekalan. Kendi jgn kurang air. Bekas2 yang boleh menakung air cepat penuh kan aje. Tapi... syukur lagi skali sebab rumah saya bukan paip direct. Biasa semalaman aje air tak de. Cuma org mcm saya yang kadang2 (aje) ada order musti cukup bekalan airnya. Eceh.. rope bunyi dah ada kilang kome. Hahaha..




Saya bukan penggemar kek buah. Benar.. saya memang tak gemar. 
Kalau org kata kek buah paling sedap hakak beli ni..cer la rasa... baik saya rasa. hmm ok. Ianya tetap rasa kek buah yang tak digemari. Haha.. tapi saya makan la jugak sepotong dua.atau tiga.. atau empat. eh..eh..

Mas kata kek resepi ni sedap. Ok saya cuba.
Hmm saya buat kek buah. Kek buah!!
Korang cer tengok resepinya. Simple je. Selamat berkek buah ok!!
Terima kasih chef dan semua yg terlibat.



Kek Buah Kukus
Resepi : Chef Zubaidah bte Chepa dipetik dari buku Steamed Cake terbitan One Publisher.
Rujukan : Kak Azie Kitchen. dan Mas 

Bahan :
225 gm Mentega 
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits
3 biji telur saiz A 
1 sk vanilla essence

Bahan Ayak:
1 sk cream of tartar 
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum 
1 sk serbuk Nutmeg @ buah pala 




Cara :
Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega @ butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.
Alas tutup pengukus ngan tuala @ kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang @ bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.

Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal.











Tuesday, April 22, 2014

Tempahan Kek Cheese Bluberry


Assalamualaikum

Banyak jugak permintaan nak order kek dalam size yang kecil.
Kadang sebab nak rasa je dulu kan.
Saya cuba kek blubery cheese dulu.
Alhamdulillah... ada permintaan lagi tu.



Bagi siapa yang belum rasa lagi kek blueberry cheese yang gebu dan sedap dan lemak berkrim yang diselangi inti bluberry boleh la cuba.
Just contact me 0135122180.
Sekitar Ampang dan kawasan sekelilingnya.



Panjang 10 inci.

Kek blueberry cheese bersama modelnya.
:)










Monday, April 21, 2014

Ketayap Polkadot



Assalamualaikum

Lama tak update belog. Bukan bz pun. Rutin harian mcm biasa. Seawal 7 suku keluar menghantar anak-anak ke sekolah berpusu2 bersama warga KL bersesak sesakan. Kemudian pulang breakfast bersama sikecil dan menyetel hal-hal rumahtangga. Keluar semula pukul 11.30pagi amik si adik habis sekolah dan akhirnya 5.30petang mengambil abangnya pula. :) 

Dah seminggu buat inti kelapa untuk dibuat kuih. Tiba2 teringat pulak ketayap polkadot. Lain dari yang lain kan. Ada  buat jalur2. Ada buat corak2 abstrak. Yang mudah buat dot dot je la. Anak-anak pelik la pulak napa ada pink polkadot. Puas pulak nak menjawab. kikiki...

Resepi saya amik kat rumah kak Ummi Zaihadi yang dah warm up mengupdate belognya. Terima kasih kak Ummi dan resepi asal dari kak Wan. Tq kak Wan.


KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home



Bahan Dadar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan 
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali


  • Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)




Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.









Monday, April 7, 2014

Order Kek Yang Simple2 aje..


Red Velvet cake dgn kartun Doraemon dari jelly piping





Kek Coklat Moist dengan deco yang simple. Kek last minit. hehe




Kek Coklat Moist dengan deco simple 




Kek Coklat Moist sempena kepulangan ibu dan ayah dari umrah dan anniversary mereka












Saturday, April 5, 2014

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun




Roti yang sangat best.
Nampak sos tu banyak kan. Tak.. tak ckup pun sebab budak2 duk cicah sambil makan.
Jadi roti yang last2 tu sosnya dah kering. :)
Tq so much to Lydia Honey untuk resepi roti yang simple tapi lembut gebu dengan kekacang yang rangup bersama sos yang sangattt sedap.


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..🙇
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 🙇
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .