Monday, April 28, 2014

Kek Gulung Kasih Ala Zirafah


Assalamualaikum..

Ni kalau zirapah tengok corak dia atas kek gulung..mau di bangkangnya. 
Manakan tidak.. corak zirapah tak menkjadi katanya. hehe
Permintaan budak budak nak kek zirapah. Bila tengokkan resepi asal agak cerewet sikit. 
Saya teringat kek kak Dayang..so saya alter sikit keknya menjadi corak zirapah. 



Kek gulung kasih ni pernah menjadi virus dikalangan teman blogger.
Masa tu zaman blogger tengah rancak virus memviruskan masakan sedap senang dan simple. 
Dan salah satunya adalah kek yang super lembut n sedap ni.
Terima kasih kak DJ.
Version saya mula-mula buat kek ni. DI SINI





KEK GULUNG KASIH
ada juga di : kak Madihaa & kak Zana

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.













12 comments:

  1. Wah! cantik jer corak zirapah tu... good job Izah!

    ReplyDelete
  2. cantik, ala ada dah rupa giraffe tu, gigih izah layan request anak2

    ReplyDelete
  3. aslmkum izah.. jln2 melepas rindu ni..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. cantiknyeee..nak try gak nanti..

    ReplyDelete
  6. cantik la tu...kalau sy jd corak anaconda agaknya....

    ReplyDelete
  7. Yummy sedapnye masuk list mesti dcuba ni

    ReplyDelete