Tuesday, April 29, 2014

Kek Belang Coklat


ASSALAMUALAIKUM

Kek lagi niha. Bersempena baru membeli buku resepi baru.
Haruslah semangat nak mengekek kan. Demi sebuah kepuasan setelah membeli buku resepi baru katanya.
Chef Zubaidah Che Pa bukan nama asing dalam kalangan blogger masak2.
Kek nya memang terkenal antara yang top dan lazat.
Saya cuba salah satu resepi kek ni yang diberi nama kek Belang Coklat.
Eh ntah napa tak berapa jadi pulak belangnya. Ngeee




Budak kecik ni dah amik alih tugas abg2nya menjadi assistant dikala umi snap gambor makanan.
tgok la tangan tukang sibuk. Hahaha..
Ok berbalik pada kek belang coklat ni, kek ni cara membuatnya seakan2 nak buat kek span tapi hasilnya berbeza.
Seakan2 texture kek span tapi agak padat n moist gitu.


Binasanya sebiji kek kerana tangan sikecik. :p
Eh nak citer pasal buku resepi JAMUAN KEK oleh chef Zubaidah ni kan, banyak sangat resepi yang best2 dan menarik. Kalau nak cuba boleh la dapatkan buku resepi ni. Memang semua keknya mengiurkan.
Dan saya share di sini kek belang coklat chef  Zubaidah. Terima kasih Chef!



KEK BELANG COKLAT
by: Chef Zubaida Che Pa
dari buku resepi Jamuan Kek


Bahan - bahan

5 biji telur
40 g air
10g ovalette
280 g tepung naik sendiri
190 g gula kastor
200 g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*saya tambah emulco strawbery


caranya:

Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan  emulco sehingga gebu dan ringan.
Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dlm adunan.Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 2 adunan. 2dicampurkan emulco, 1 dibiarkan kosong.
Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang 8".
Bakar pada suhu 150 c selama 50 minit.











13 comments:

  1. Salam zah,mmg nmpk sedap sgt kek tu.
    Akk salin resepi ye..thnx

    ReplyDelete
  2. @Liza

    sila la kak. simple je resepinya. rasa pun ok.sedap jugak

    ReplyDelete
  3. Cedapnya Izah... k.gee nk cuba buat lah... TQ

    ReplyDelete
  4. hai paie.. bestnyerr kek tu.. takde sukatan cawan ke?.. haruslah takde penimbang nak buat.. huhuk..

    ReplyDelete
  5. tun geram nengok tangan si tecik tuu.. rasa mcm nok gigit je.. hehe

    ReplyDelete
  6. kek ni sy pon dah try minggu lepas...

    ReplyDelete
  7. kak noor macam nk try jugak ni cam sedap jeee kan, si tecik yg comey

    ReplyDelete
  8. Salam Izah...
    nampak gebuss sangat tu...
    kena cuba jugaklah nnt..

    ReplyDelete