Saturday, March 31, 2012

Mereka yang selalu menduga...


Assalamualaikum..

Salam hujung minggu. Baru pas memenuhkan perut.
Rilex2 jap sebelum buat aktiviti memejam kan mata. Hakhak..
Tajuk tak brapa nak berkait dengan entry. ;-)
Drama candid mereka. Saya rakamkan khas buat tatapan saya sok sok.
Kebiasaan terjadi kalau si abang Bais sedang buat homework dan si adik kebosanan.





abang Bais  


Muaz Alawi si adik..


Sedang senyum dan sedang mengusik abangnya..




^___^














Akhirnya..... tertewas jugaaa..

^_______^





Friday, March 30, 2012

Cucur Ketam


Assalamualaikum..

Pagi semua..
Cucur ketam ni idak ler isi ketam segar2 tu. Cume jejari ketam tu je.
Buat tuk anak2 minum petang. Suke sangat diorang cicah ngan mayonis.
Ekcely saya pernah buat cucur kucai resepi kak Q. 
Suke dengan resepi tu, dan saya decide untuk guna resepi kak Q tu lagi dan tukarkan aje bahan2nya. Dengan  izin ye kak Q.
Cucur kucai ritu tak sempat nak snap. Nanti saya buat lagi.
Mekasihhh..  Untuk tengok resepi original CUCUR KUCAI boleh ke SINI.
Dan bagi siapa nak buat cucur kucai, sila la cube resepi kak Q. Sedap tau..



CUCUR KETAM
olahan dari resepi: Cucur Kucai kak Q


Bahan2

1 1/4  cawan tepung gandum
10 btg jejari ketam
1/2 biji bawang besar - saiz sederhana
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam 
3/4 sudu teh baking powder - sudu rata
1/2 sk pati ayam * izh tambah
1/4 cawan air
1 biji telor

Cara2

1. masukkan air, telor, bawang besar dan blend bahan tadi.

2. dalam mangkuk besar masukkan tepung, baking powder, garam, pati ayam, serbuk kunyit dan jejari ketam dipotong dadu dan gaul rata...kemudian masukkan bahan2 blend tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam peti ais dalam 20-30 minit....biar dia peram kat dlm peti ais dulu....

3. panaskan minyak dan bolehla goreng cucur tadi...saya kalau nak dpt bentuk sekata...guna scoop aiskrim...guna sudu pun boleh...ikut suka...dah kuning boleh la angkat....potong2 kuih tadi dan bolehla curahkan kuah sos cili kat atas dia dan boleh la makan...






Thursday, March 29, 2012

Kek Coklat Kukus Hanieliza


Assalamualaikum..

Pernah tak anda rasa berdebar-debar? Bukan la berdebar excited mcm pengantin baru tu. Ni berdebar macam hmm sukar nak diluahkan. Diluah tak jatuh, ditelan tecekik kat tekak. Ngehehe.. Sampaikan rumah pun tak de mood nk kemas lagi. Sakan dah berkecah bila budak berdua tu memulakan aktiviti paranormal mereka. Kejap2 lagi la..  BW pun sekadar2 je. Huhuhu.. Jom kita jenguk dulu kek yang sedap niha.. Hilang berdebar kot kan.. ;-)



Kek ni resepi dari Kak Lieza. Walaupun ada kesilapan saya, iaitu lupa nak sukat butter yang dah dicairkan. Aaa ni memang kerja saya. Hehe.. kalau bab cairkan butter, saya suke dengan sesuka hati je tak sukat. Bila dah cair baru sukat, kalau tak cukup sukatan saya tambahkan minyak. Kalau terlebih, saya masukkan je dengan tawakal. Hehe.. Adakah dengan kesilapan saya tidak menyukat butter cair itu menjadi kan kek ini sangat sedap? Saya tidak pasti. Atau sebab saya dh lama tak menjamah kek coklat kukus? Juga tak pasti.. Apa yang pasti, kek kukus ni sempoi dan sedaaaap sangat. Moist semestinya. Terima kasih kak Liza untuk resepi2 yang selalu saya percaya dengannya. 





KEK COKLAT KUKUS HANIELIZA
resepi: kak Liza


Bahan A [Kacau rata]
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

Bahan B [ayakkan]
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 sk serbuk nescafe *izah tambah

Bahan C [kacau rata]
1 biji telur ayam *izah letak 2 biji B
1 s/k esen vanilla

Cara
1. Panaskan kukusan
2 Kacau semua bahan A supaya sama rata.
3. Masukkan bahan B dan kacau lagi.
4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil.
5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan.
6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana.
7. Hiaskan dengan krim coklat



KRIM COKLAT *izah xbuat
250 gm cooking coklat
1 s/b cocoa butter [butter]

Cara
1. Coklat dicincangkan kecil. Masukkan coklat dan cocoa-butter dalam mangkuk bertangkai dan tahan panas.
2. Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair. Tutup api.
3. Kacau coklat sampai semua telah cair.
4. Bila nampak coklat agak pekat boleh sapukan atas kek mengikut suka hati.
5. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.






Mushroom Soup..Yummy!


Assalamualaikum..

Entry ni nak post semalam sebenarnya.
Tetibe kepenatan sangat nak buat entry.
Lagi pun anak bujang tak brapa bujang tu kejap2 nak ngadap lappy.
Dengan lappy yang asik warning disk full disk full memanjang. kikiki
Jadi nyer petang smlm saya ngadap enpon jela.
Nak buat entry cemana kan.
Mushroom soup ni ler yang saya ganding kan ngan garlic bread yang mantop meletups semalam tu.
Alhamdulillah ramai dh dapat merasa roti yang gebu tu kan.
So, saya kongsi kan pulak soupnya.
Resepi dibelek dari blog akak yang ayu iaitu kak Yatie.
Akakk... senyum sikit! Hehee.. Terima kasih kak dan tuan resepinya yang sudi share.


MUSHROOM SOUP
resepi: Minami@myR
sumber: kak Yatie


Bahan-Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa *izah xletak
1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
Sedikit lada hitam


Cara Penyediaannya
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

*izah ikut kak Yatie




Wednesday, March 28, 2012

Basic Bread: Garlic Finger Bread


Assalamualaikum..

Haaaa.. kan dah keluar kat sini pulak. Mana teman tahan godaan demi godaan.. Terlanjur sudahh... Sebenarnya resepi ni dari saat Tun Telani tayang dulu lagi. memang memuncak nak rasa roti yang sangat 'keeper' ini. Kalah goal keeper! Dan Tun pun banyak kali jugak duk ulang2 buat kan Tun. Pastu makin la menjadi virus bila kak Hana pun membuat kambek dengan roti2 yang meruntun selera anak tekak ni. Ika pun dah berjangkit bawak bantal ke dapur menguli siang malan roti ni. Dan saya pun... dengan tidak melengah2kan masa... amik bm, masuk bebahan dan suh dia uli. Dan pertama kalinya ketamakkan saya terserlah sebab saya buat full 1 adunan ni. ALHAMDULILLAH... MEMANG RESEPI NI KEEPER!!



garlic bread
sebelum pembakaran berlaku

Disebabkan saya dah ketinggalan masa virus garlic bread ritu, jadi saya jadikan doh ni kepada garlic bread yang saya tiru idea dari kk Yatie. Kak Yatie buat finger garlic bun, dan saya hasilkannya begitu juga. Nota di sini, saya menggunakan tepung GANDUM! Tapi hasilnya.... fuhhh memang terbaik. Suami yang 'kureng' dengan roti pun, berketul2 jugak dia makan. Memang sangat lembut dan lembap. Alhamdulillah.. semuanya nikmat kurniaan dari Allah. ;-)

Terima kasih Tun Telani yng  menyingkap resepi2 simpanan MamaFami. Dan kak Hana yang membuka kan hati saya nak mencuba roti ni. Dan Tuan resepinya Puan Roshayati dan MamaFami yang mengenalkan resepi ni ke dunia maya. Terima kasih kalian. ;-)



garlic bread 2


BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana Ika 



Bahan A
500g tepung roti *izah guna tepung gandum
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak
1 sk bread improver- optional - izah letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan


Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
80g margerine


Bahan D
Gula kasar utk tabur- tun x letak *tak letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


atau


1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.



GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

CARA IZAH UNTUK FINGER GARLIC BREAD:
(cara kak Nor sgn67)

Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu  garlic spread di atas permukaan roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup. Enjoy!!


Tuesday, March 27, 2012

Donut Kentang Citarasawan


Assalamualaikum..

Mendonut lagi saya... kat rumah ni mmg dah peminat tegar donut.
Sukeee sangat lah saya ni mencuba resepi2 donut.
Ada sapa2 nak rekemen resepi donut yang gebu2 tak kat saya?
Bukanlah bermakna resepi sebelum2 ni dan yang ini tak menawan hati.
Tapi dah menjadi feel saya, mmg suke cube bermacam2 jenis resepi donut. ;-)
Sebab bab teruja nyer tu bila melihat hasil donut tu.
Berbagai2 resepi, pasti ada sedikit kelainannya. Mesti ada bezanya.
Dan resepi kak Wan ni, sangat elok..sangat lembut dan sangat gebu.
Tapi nak mohon maaf pada kak 1 sebab saya ada ejas sikit resepi ni untuk mengikut sukatan yang saya gunakan. Mohon izin dari kak Wan untuk share di sini.

NOTA: Resepi di bawah adalah resepi kak Wan yang Izah olah sedikit untuk disesuaikan dengan sukatan. Dan sukatan di bawah ini adalah suktan yang telah diolah. Untuk original boleh klik link kak Wan.

DONUT KENTANG CITARASAWAN
resepi: kak Wan
Olahan: Izah

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan len\ek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang len\ek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh \ang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang \ang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan min\ak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.



Monday, March 26, 2012

Bubur Nasi & Ikan Bilis Serai

Assalamualaikum..

Saya rombak bloglist baru. Kalau2 ada bloglist kawan2 yang saya tak masukkan dan terrr remove sila bagitau yeeee.. ^____^




Bubur untuk si Muaz yang batuk.
Mak nyer amik kesempatan jugak, memadankan bubur dengan ikan bilis serai.
Sempoi dan segar sesekali makan bubur nasi gini.
Senang je masak bubur nikan.
Masukkan aje bahan2 yang menyedapkan bubur.
Saya masukkan isi ayam, kentang, cendawan tiram dan sotong.
Dan faktanya, saya yang beria ria makan bubur ni.
Hehehhe.. 
Dan Ikan bilis ni saya goreng garing2 bersama serai dan cili padi.
Pergghh berpeluh mkan bubur.;-)



BUBUR NASI
by:izah

1/2 cwn beras dimasak dengan air yg banyak

bahan yang dimasukkan sekali:
2 ulas bawang putih ketuk
1 btg serai titik
2 hiris halia
segenggam isi ayam
2 ekor sotong
1 biji kentang dadu
segenggam cendawan tiram
1 sk pati ayam
sedikit lada hitam
sedikit garam

Semua bahan dimasukkan sekali, kecuali cendawan tiram. Masukkan cendawan diakhir proses setelah bubur tadi masak. Angkat dan hidangkan bersama ikan bilis serai.




IKAN BILIS SERAI
by: izah

segenggam ikan bilis
1 biji bwang besar
10 biji cili padi
2 btg serai hiris nipis

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawag besar.
Bila bawang nampak layu dan ikan bilis nampak hampir garing, masukkan serai.
Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi.
Angkat dan hidangkan.







Saturday, March 24, 2012

Ayam Panggang Serai


Assalamualaikum..

Heerrkkkk.. *menggeliat*
Jumpa lagi mekome mekome dihari sabtu.
Pekejadah update ari cecuti ni, oranlen gi cecuti ke Korea ke, Turkey ke Astoria ke khaaan.
Mak Jemah duk rumah je nok hari ni. 
Tadi kan, sebelum nak ngupdate, memula nak hidang ke mekome ngan bubur nasi aje.
Tapi bila awok jalan2 ke belog kak Temah tu, kome tu hidang lamb chop. 
Mana la awok tahan nak idang bubur, apa barangg bubur nasi.  :-P
Ni awok idang mekeme semue dengan ayam panggang serai bersira lada itam yang kezambo.
Anak2 sukeeee ibu nyer bahgia..
Suami memuji isteri senang hati. 
Mood *kembang idung*
Terima kasih buat pencipta resepi campak2 ni. Haaa ni katanya resepi rekaan campak2. Tu belum resepi nyer yang difikir sampai tak tidur malam. Sah2 kalah mastercep. hehe
Terima kasih kak Hana. Menu ni juga boleh dijumpai di belog kak Nor dan Noorsha dan kak Tun  dan kak Zai




AYAM PANGGANG SERAI
hakcipta: Hanamemories
telah juga dirujuk di : SGN67Noorsha


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
garam sedikit
lemon
butter - potong kecil @ minyak zaitun
kentang, carrot, bawang besar - potong empat


Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.



Monday, March 19, 2012

Muffin Cheese Bluberry


Assalamualaikum..

Muffin anyone?
Sesuai untuk bf dan minum petang.
Walaupun dah lupa tarikhnya saya buat muffin ni, tapi kelembutan dan kelazatannya masih terpahat diingatan.
Pergghh ayattt... ;-)
Dan saya akui, saya lebih suka muffin ni dimakan kosong tanpa inti.
Dan waktu saya buat ni, angkat je dari tray, cepat je licin.
Memang elok kejadiannya.
Gebu, lembut, lemak dan enak.
Seketul demi seketul masuk mulut.. pastu nyesal ;-(
Cek resepi jom.



MUFFIN CHEESE BLUEBERRY
by: Izah

bahan: (mendapat 18 biji size S)

50 gm mentega
1/4 cwn gula kastor *kurangkan jika menggunakan inti manis
125 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 sk essence vanilla
1/4 cwn + 2 sb susu segar
1 cwn tepung
1 sk baking powder
1/4 soda bikarbonat
secubit garam

inti: bluberry filling atau apa2 filling kegemaran
atau sedap dimakan kosong


Caranya:
Panaskan oven pada suhu 200 C.
Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
Masukkan pula cream cheese dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan pula telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, putar sebati.
Ayakkan tepung bersama baking powder , soda dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
Pukul adunan, masukkan berselang pula dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
*Masukkan tepung 1/3 dan susu 1/3 kemudian pukul, dan ulang proses hingga habis.
Bila adunan sebati, cedukkan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh dan isikan dengan bluberry filling. Kemudian tutup inti dengan menceduk 3/4 penuh mangkuk muffin.
Bakar muffin di dalam oven pada suhu yang dikurangkan 180 C selama 25 minit atau permukaan muffin kelihatan perang.
Hidangkan dan nikmati kelazatannya.

Nota Izah: disyorkan bagi yang mahu meletakkan inti, mengurangkan kadar gula yang digunakan.









Friday, March 16, 2012

Kentang Putar


Assalamualaikum..

Lama tak layan kentang putar home made.
Yang pasti lebih sedap dan segar, sebab boleh adjust ikut citarasa kita.
Kalau dibeli tu masin, bila buat sendiri boleh kurangkan.
Kalau  dibeli tu kurang lemak, bila buat sendiri boleh tambah lemak kan.
Tak gitu kome? ;-)
Puas makan ni. Untuk sosnya tu saya ejas2 ikut sukatan sendiri.
Tapi masih menggunakan bahan yang sama, cume buat xbanyak leh ikut sukatan sendiri jela kan.
Bila buat mashed potato ni teringat time berblog dulu.
Happening je time2 kak Hana masa di Jepun dulu.
Eh time ni tak happening ke? Happening jugaaakk.. meriahhh gitu kan ;-)
Resepi ni memang diingati, dan masa tu amik kat rumah Mas.
Saya dah pernah buat dulu DI SINI.
Kali ni resepi sama gak amik rumah kak Hana.



RESEPI KENTANG PUTAR
resepi: kak Hana

Bahan-bahan
5-6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara-cara
Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.




RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
sumber: Mas

Bahan-bahan
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam- hana tak letak sbb dah masin *sma ngan k hana


Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.