Monday, August 30, 2010

Biskut Cinta 3 Warna


Assalamualaikum..

Uhuk uhuk... Ada yang rindu ke? Terbatuk nih. Hehehe..

Lama juge tak update blog. Memasak tetap cam biasa cume masak biasa2 dan kemalasan untuk snap gambo tu. Lagi pun ujung minggu banyak menyetel kan perkara2 kecik sebelum raya nih.

Alhamdulillah.. rasa puas di dalam kesederhanaan ini menyambut aidilfitri.



Comel dok nama biskut neh. Best gak buat pagi tadi diiringi lagu raya dan klip video raya kat tv. Sedap biskut neh. Memang kegemaran family. Tahun ni saya cume buat biskut yang disukai je. Biskut ni mcm biskut arab juge, sedap sebab cair dimulut dan manis yang sedang sedang aje. Tak manis sangat. 

Resepi dapat dari orang Tapah, iaitu dari akak ipor adik saya. First saya rasa biskut ni masa beraya  ke Tapah dan terus mintak resepi nak buat tahun nih. Mekasih buat mereka kerna sudi berkongsi ngan saya.



BISKUT CINTA 3 WARNA

300 gm minyak sapi 
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati. Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup. Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.




Thursday, August 26, 2010

Roti Jala ngan Kari Sardin


Assalamualaikum..

Menu simple untuk berbuka. Tak makan nasi dah kenyang layan roti jala ngan kari sardin. Best weh. Erkk camno roti jala tu? Lulus tak? Hubby duk menjenguk kat dapur apa la yang wife die tekun betul menunduk depan kuali. Hehehe...

Ye..memang tak de acuan made in Japan tu. Acuan 5 lubang warne kuning tu je, tapi tutup la mana2 lubang jadi 2 je. Sapa yang bagi cadangan mcm tu hari tu, bagus tul..

Resepi amik dari belog kak Hana asal dari kak Ummi. Terima kasih kak Ummi! Nak tengok boleh pi:




ROTI JALA 

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 biji telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuningdan hijau
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna. Blend hingga semua sebati. Kemudian bahagi dua pewarna. Kacau sebati.Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.




Saje buat kari sardiin ni banyak sikit kuahnya. Sedap la kari nih. Memang kene ngan roti jala. Mekasih kak cikmin.com ye.

Resepi Kari Sardin
Bahan-bahan:
1 tin Sardin besar
Santan(pakai santan kotak jek)
Cili kering(diblender)
3 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
sedikit halia
2 sudu besar serbuk kari
1 btg serai ketuk
4 biji kentang -saya goreng dulu
Asam keping
sedikit herba campur
Daun kari
Garam/gula
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Tumis bahan2 yg telah ditumbuk,masukkan daun kari ,herba campur,halia ketuk,serai juga masukkan pes kari dan cili hingga garing.Masukkan santan,asam keping,kentang.Setelah kentang separuh empuk masukkan sardin dan sosnya sekali.Masukkan garam ikut rasa dan biarkan sehingga pecah minyak.
Dihidang bersama nasi,roti prata,roti canai atau lempeng..perghhhhh!



Putri Ayu


Assalamualaikum..

Berbuka semalam buatkan kuih ni. Kuih ni remeh sikit kan bila nak tonyoh nyior ke dalam acuan tu. Adehh..sekali je la buat bulan ramadhan ni. Ngeee..

Resepi ni dah pernah buat, memang kalau buat kuih ni guna resepi kak rossitamz ni. Boleh tengok kat sini.

Saya buat separuh adunan dari resepinya. Dapat banyak jugak sebab mungkin acuan ni kecik sikit. Anakanda berdua tu mmg suke kuih ni. Dah habis pun pagi ni.



PUTERI AYU

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara:

Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan

Wednesday, August 25, 2010

Homemade Cendol jugaakk


Assalamualaikum..

Ikaaaaaa.. kite pun dah buat jugak. Geram tengok cendol homemade cik puan Ika ngan kak Hana. Pehtu cikgu Zana pun dah buat. Peh tu geram lak sana sini memuding cendol. Sangat tidak tertahan.

Bagak bagak skit cendol saya nih. Acuan muruku tu besor skit..ke kenan tuannyer? ngehee..

Mekasih kak Nor secubit garam sebab bagitahu guna tepung jagung pun boleh kalau tak guna kapur. So saya guna tepung jagung ganti tepung beras. Sangat cantik dan tak patah. Nanti dah beli kapur baru nak try guna tepung beras pulak.



CENDOL

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1 cawan tepung beras-saya ganti tepung jagung
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur-tak letak
  • sedikit pewarna hijau (option)


  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....



Sambal Tumis Udang Nyonya



Assalamualaikum..

Ampoon tuan resepi, sebenarnya tumis dengan UDANG. Tapi kerna dek teringin benor bile tengok kat umah kak Ummi, jadi saya buat la dengan telur. Nak tumis dengan ayam, baru je makan ayam. Nak buat ngan udang, memang tak boleh makan udang.

Harum n lemak sambal ni. Dah dapat membayangkan kalau tumis dengan udang lagi la manis. Kengkawan kalau nak buat, tumis dengan udang ok!! Mekasih buat:





SAMBAL TUMIS UDANG NYONYA


Bahan-Bahannya :-)
  • 500 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 cawan cili kisar

Bahan Tumbuk Halus :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan, dibakar

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula (lebih sedikit), kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Bila sambal menjadi pekat sedikit, masukkan udang tadi, gaul rata dan masak hingga udang masak dan sambal pekat sedikit. Sesuaikan rasa dan jika kurang masin, tambah garam. Angkat dan hidangkan.



Tuesday, August 24, 2010

Pancake Pisang


Assalamualaikum..

Erk..tak layan pancake bebulan puasa ni ye? Memang la, tapi ni untuk anakanda berdua untuk brekfes. Sebab ujian pancake hari tu telah lulus kat tekak deme, jadi saya try buat pancake pisang pulak untuk deme berdua.

Sedap nih..Sape2 nak join makan bawah jambatang jom la. Ade lagi nih walaupun dah time lunch layan pancake sedap gok. Lembuuut gitu. Jom!

Meksih kak J41 yang diambil resepi dari Chef Hanieliza FB kan? Mintak izin nak tepek sini lak.



PANCAKE PISANG 
Sumber: Kak Hanieliza
Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Bahan B
4 biji pisang berangan
3 sudu besar gula
1/2 sk garam
1 biji telur A
1 cawan susu segar (sy guna santan kotak)
4 sudu besar minyak

Cara
1. Masukkan semua bahan B dalam blender dan mesinkan sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
2. Ayakkan bahan A dalam mangkuk dan tuangkan bahan B. Kacau dengan whisker.
3. Sendukkan dalam kuali non-stik dan masak dengan api perlahan.
4. Tutup pot atau non-stik pan. Masakkan 3-4 minit.
5. Hidangkan dengan madu atau aiskerim atau coklat cair. 


Monday, August 23, 2010

Ayam Masak Palembang


Assalamualaikum..

Menu berbuka ayam lagi. Kali ni jalan2 umah kak Yatie yang baru balik Mesia tu. Kak Yati ni memang suke menu ayam, so jalan2 terbekenan pulak ayam masak Palembang ni.

Actually boleh buat berkuah cair skit. Saya buat ni agak pekat. Tapi rasanya memang sedap sebab terasa semua rempah tu kan dan dilawan dengan wangi daun limau purut tu.

Mekasih kak Yati dan Kak Ayu Sg. Boleh juga ke blog diva masak2 tu  ye.



AYAM MASAK PALEMBANG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam(dipotong kecil kemudian digoreng)
1 biji bawang besar dipotong bulat
200g bawang kecil dibuat bawang goreng-utk tabur
4 helai daun limau purut (saya tambah)
1 biji kelapa- diambil 2 cawan santan
2 keping asam gelugur
11/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Bahan2 kisar
15 biji bawang merah kecil-(saya guna 1 biji bawang besar)
3 biji bawang putih
sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan halus
20 biji cili kering
1 cm lengkuas
1 inci halia-saya tambah
2 batang serai

Bahan2 tumis:
5 kuntum bunga cengkeh
3 biji buah pelaga
2cm kulit kayu manis
4 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan.
  1. Ayam dibersihkan, dipotong kecil, dibubuh garam dan kunyit.
  2. Kemudian digoreng dan diketepikan.
  3. Panaskan 4 sudu besar minyak, kemudian tumis bunga cengkeh, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan, garam, gula dan asam gelugur.
  5. Biarkan santannya mendidih dan pekat sedikit, baru masukkan ayam dan bawang besar potong bulat, gaul rata dan biarkan mendidih lagi.
  6. Bila menghidangkan taburkan bawang goreng diatasnya.



Sunday, August 22, 2010

Puding Sagu Gula Melaka di Hari Jadi


Assalamualaikum..

Tajuk cam drama la pulak. Hahaa..umur dah meningkat lagi. Selamat tinggal 20 an. Selamat datang 30. Cam tak caye je..

Sedapnya puding sago nih.. Memang ai gemor sagu sagu cam nih. Terliur tengok kat umah Ika maka saya pun menstim muka depan kuali nak kacau sagu nih. Buat sikit jek, dapat 2 mangkuk. Nyesal plak. Semangkuk mak, semangkuk anak. Tak cukup..tak cukup..

Erkk..nampak buih2 ke kat sagu tu. Sebab saya cucuk cucuk ngan sudu bagi gula tu turun skit. Jangan bimbang memang sedap walaupun ade putih2 sikit tu.

Sumber:





PUDING SAGO GULA MELAKA


Makes 5 glasses

Ingredients:

160g Green Sago - soaked with water 30min
Water
Coconut Milk
Palm Sugar Syrup




METHOD:
1. Strained sago & place in a pot.
Pour in water to cover sago about 1" above it.
Boil until sago turn translucent.
Strain & run under running tap water to get rid of some starch.
Scoop into glasses.
Chill.

2. To serve, pour few tbsp coconut milk then few tbsp palm sugar syrup.
The sugar syrup will sink to the bottom naturally.

3. To make palm sugar syrup, place 1 piece palm sugar in a pot, cover with water, add 2 tbp white sugar & 1 screwpine leaf. Boil until sugar is dissolved. Cool.






Friday, August 20, 2010

Daging Kunyit Berkentang


Assalamualaikum..

Daging kunyit ni lain sikit kan, sebab cara nya perap dulu daging tu dengan bahan tumbuk. Rasanya pun sedap. Tapi nak mintak maaf la dulu kat Cik Mat sebab resepi dia saya dah ubah sikit letak bendi. Sedap la..

Kalau Cik Mat buat untuk bersahur, saya buat lauk ni untuk berbuka. Makan dengan nasi panas2 memang layan betul.

Terima kasih buat cik mat dan boleh ke rumah CMG.



DAGING KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(
*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris
1 biji lada hijau, hiris
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
saya tambah bendi-digoreng layu dan untuk hilangkan lendir

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
  3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat.