Thursday, March 31, 2011

Steam Soft Banana Cake


Assalamualaikum..

Semalam tak sempat update, sebabb.... ye ada satu sebab yang susah dilepaskan. Bila satu dah habis nak sambung lagi dan lagi. Jadi blog pun tak sempat nak update. Hehe.. Masih belum sempat saya BW ke blog kawan-kawan macam biasa. Nanti bila perkara tersebut dan settle baru saya BW ye. 


Berbalik pada kek ni, sempoi kan kek ni cam ada krim je kat atas tu. Saya katakan kek ni cam gabungan kek dan apam. Boleh gitu? Bagi yang dah cuba mungkin bersetuju dengan saya. Tang putih tu macam apam. Suke tengok gandingan colour dan rasanya. Anak kecik saya makan tang putih tu je. Oh ye kek saya yg bahagian pisang tu tak coklat sangat sebab saya gunakan gula putih. Terima kasih buat kak Rima untuk rsepinya. Dan mula menular ke blog kak Ummi, kak Nor, Mas dan kak Ita. Maaf jika ada nama yang tidak disebut ye.  Yang tak disebut sila angkat tangan!! 



STEAM SOFT BANANA CAKE
by: Rima
Copy: Kak Ita

Ingredients
A
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence - ita use banana essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

B
3 small eggs
100 gm. brown sugar
100 gm. Hong Kong flour (u can use pao or superfine flour) ita use cake flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil


Top Layer
2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. Hong Kong flour (u can use superfine or pao flour) ita use cake flour


Method
(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till fluffy, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed.. (fold in flour and mix gently) Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins or till cooked.


Diterjemahkan oleh : Kak Ummi

Bahan A:-

200 gm pisang yang dilecek
1/8 sk. esen vanila
1 sk. soda bikarbonat
secubit garam
Bahan B:-
3 biji telor (saiz kecil) - akak guna gred B
100 gm gula perang
100 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine)
1 sk. baking powder
65 gm minyak jagung
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telor
60 gm gula kastor
25 gm air
65 gm tepung hongkong (boleh tukar superfine/tepung pau)

Cara-Cara (adunan bawah):-

Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan ketepikan.
Kacau telor dengan gula menggunakan whisk hingga gebu (fluffy).
Masukkan tepung dan baking powder dan adun hingga sebati. (akak ayak dulu tepung dan baking powder).
Masukkan pula adunan pisang tadi dan diikuti dengan minyak jagung, kacau hingga adunan sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kukus selama 15 - 20 minit hingga adunan masak.
Untuk lapisan atas:-
Kacau gula dengan telor dengan whisk hingga gebu.
Masukkan air dan tepung dan kacau hingga betul-betul sebati. (kacau tepung perlahan-lahan).
Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau hingga kek masak.
Hidangkan ketika suam-suam.




Tuesday, March 29, 2011

Soft Honey Bun (eggless)


Assalamualaikum..

Sesambil membuat belang2 kek pisang tu, sesambil mesin menguli roti honey ni. Tak de taruk telur, tapi tetap lembut dan rasa kerotiannya. Sedap..macam kapas jugek. Kalau kata cam kapas nikan, maknanya roti tu memang lembut, gebu dan ringan. Berbanding dengan roti kak Nor, buat sapa yang pernah terai roti tu, lain sikit texturenya. Roti kak Nor tu bagi saya lembut, gebu, basah basah dan texture penuh *kata hubby tak banyak lubang angin. Yang tu all time feberet! Tapi roti yang saya describe kan sebagai kapas ni, roti dia sangat ringan, lembut dan kalau sekali makan macam tak cukup 3 ketul. Kalau nak tau beza kena try buat ye.



Terima kasih kepada Ros Jintanmanis yang berkongsi resepi roti simple tapi sedap ni. Saya jumpa resepi ni masa melangut kat rumah kak Hana. So terima kasih buat keduanya.



SOFT HONEY BUN
sumber: Ros dan kak Hana

Bahan-bahan

250g tepung roti
11/2 sudu kecil dry yis
2 sudu besar marjerin@butter@shortening
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu - hana lebihkan sket
150ml susu segar @ air suam
2 sudu besar water roux
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Cara jika Menggunakan Tangan

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker

1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.


Saya intikan dengan kaya homemade. Sedap..tak de rasa hanyir lagsung masa makan roti berkaya ni.



Marble Chocolate Banana Cake


Assalamualaikum..

Alhamdulillah berkesempatan lagi kita bersua di pagi selasa ini. Rasa-rasa macam urusan kerja rumah ni tak habis-habis kan. Sebagai suri rumah sepenuh masa ni, bukan lah kerja bersenang lenang. Tetiba terimbau balik masa saya buat keputusan untuk berhenti bekerja dulu. Suami, menyokong penuh, asalkan tahu bersyukur dan bersabar. Memang prinsip suami saya, isteri tempatnya di rumah. Sebelum khawin pun, suami ada sarankan yang saya duduk di rumah saja. Masa tu kan, mau tak melenting. Rasa macam tak masuk akal nak duduk rumah jadi suri sepenuh masa. Dah belajo susah2, takkan duk rumah. Tak merasa pun duit sendrik. Masa tu saranan  tu bagaikan angin lalu je.Heee.. Tapi bila bekerja, dan berumahtangga.. perspektif saya pada kemanisan sebenar berumah tangga dah terbalik. Saya tak dapat memberi komitmen sepenuhnya terhadap kedua2 bidang. Pada pendapat saya ler. Mungkin dalam kerjaya, saya masih junior dan sangat memerlukan masa untuk adapt dengan kerja dan orang2 sekeliling yang terlibat. Juga saya dibebankan dengan kerja yang bukan setaraf kejunior an saya. Saya kena berdeal dengan orang2 yang berganda2 umur dari saya. Kalau pergi court, slalu rasa saya dipijak pijak dan diketawakan. Haha sana haha sini. Dan haha sendiri. Sangat tidak sanggup dikenangkan saat itu, bila orang lawanan kita itu semua sebaya dengan bos kita. Adakah anda sanggup? Haha... sudaaaaaahhh..apa aku membebel ni? Adakah anda sekarang mengalami tuesday blues? Lalalaa... dah dah..  Ada jugak orang baling piyuk karang. Tapikan kat sini nak tabik la dengan hakak hakak yang memegang tanggungjawab besar dan banyak dalam kerjaya dan mampu menguruskan rumahtangga dengan sempurna sekali. Standing ovation!!!


Berbalik pada gambo kek pusing2 berpinau pinau  ni. Kek ni jatuh cinta pandangan pertama kat kek dalam blog kak Ita. Sangat cantik menarik kau memang the bom. Dan tengok lah hasil kek dari tangan saya lak. Cantik tak? Cantik kan. Alaa..nak prasan kat blog sendrik..ada aku kesah.. hikhik.. gasak.. Kak Ita kata amik dari blog Nieza. So kedua2 gadis jelita, izinkan gadis di sini menepek resepi kat blog ni pulak ye. I lebiuu..


MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE
By: Chef Zubaidah

250 gm pisang dilecek
250g tepung kek * saya guna gandum ayak 3 kali
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak 
1 sb choc emulco* saya ganti 1 sudu besar serbuk koko bancuh ngan sikit air panas untuk menjadikan pes
1 sk esen pisang

Caranya:

Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali:
minyak
choc emulco
pisang
esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.



nota: Kek ni sangat moist dan gebu yang sesangat gebu. Saya buat half dari resepi dan dapat sebuku besar. Disarankan untuk cuba setengah dari resepi. Tapi untuk kenduri kendara ke lehla buat satu adunan. 


Monday, March 28, 2011

CHOCOLATE CHUNK MUFFINS


Assalamualaikum..

Entry di taip cepat cepat aje. Mahu mengurusin perkara dan hal hal rumah yang tak beres. Yuk jamu kamu semua dengan muffin yang dah habis. Waduh kok sudah habis ditunjuk tunjuk. Ya..boleh jamu dimata saja. Mahu jamu mulutnya, ya silakan ke dapur menggodek mapin ini. *kok kenapa taipan laju laju gini keluar bahasa yang enggak enggak. ;-p

Mekasih buat ibu Nora untuk resepi yang simple dan enak begini. Di makan waktu sore ya, kekenyangan tak perlu diambil dinner nya lagi ya. ;-D Kak Noorr sayang sama kamuuu...



CHOCOLATE CHUNK MUFFINS
sumber : Jun JC

Bahan2nya:
6 sudu besar butter
4oz (112gm) bittersweet chocolate-cincang (k.nor guna cooking choc biasa)
2 cawan tepung gandum *
1/3 cawan serbuk koko *
1 sudu besar baking powder *
1/2 sudu teh baking soda * (*diayak)
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan gula castor
1 1/4 cawan buttermilk/sour cream
1 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
coklat chips dan almond nibs secukupnya ~ utk taburan

Dlm periuk kecil masukkan butter & 1/2 dr coklat, cairkan & ketepikan.
Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata.
Masukkan coklat cair & lebihan coklat yg dicincang td dan gaul hingga sebati. (jgn overmix)
Tak perlu risau kalu ada lump2 sikit. masukkan dlm muffin pan.
Bakar dlm oven yg suhunya 180C selama 20-25 min

* cara menghasilkan homemade buttermilk:
1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka
kacau2 dan biarkan dlm 10 - 15 minit baru lah digunakan..
** buttermilk juga boleh disubkan kepada yogurt

Pss petang petang kok kalau urusan urusan rumah tangga aku sudah selesai, nanti aku maju ke rumah kawan kawan ya. Nanti juga aku balasin semua komen komen nya ya. Daaa



Bingka Labu


Assalamualaikum..

Jumpa lagi di minggu yang baru dengan tekad dan azam yang baru. Ye, saya ler tu, tiap minggu kena barukan azam untuk mengecilkan badan yang dah mengembang macam bulan purnama ni. :-P  

Nampak bingkakan? Bingka ni sangat sedap, harum dan manis yang tak melapau. Yang sedang sedang ajeee.  Sangat la suka akan texturenya yang lembut, maka berpotong potong juga lah telah di kunyah masuk secara aman sekali ke dalam perut. Bais dan Muaz pun turut serta dalam aktiviti ini. Gemor blaka rupanya bingka ni. 


Encik suami pun suke akan kecedapan bingka neh. Patut aa mek Sue suh buat bingka labu ari tu, rupanya memang best. Setanding kesedapan kuih bako pandan. Tapi bagi penggemar labu musti lagi la suke bingka ni. Kan kan kan.. Mekasih buat kak Zana a.k.a Cikgu Zana kita tu. Kalau kuih bako atau bingka ni memang suke rujuk pada kak Zana sebab dia memang terror buat kuih gini. Saya ikut kak Zana kurangkan penggunaan telur. Rasanya elok je lembut kuih ni. Dan tak de rasa hanyir telur tu yang saya suke tu. Mekasih buat tuan resepi CMG dan kak Zana yang berkongsi ilmu dan resepi. 


BINGKA LABU
sumber: Kak Zana

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A  
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Nota: Saya buat separuh dari resepi. Sizenya sesuai untuk family kecik cam saya. 

Resepi separuh  saya:

2 biji telur M  * ikut kak Zana
250 ml santan segar
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek 
1/2 sudu besar butter * saya tambah ikut kak Zana
Bijan secukupnya untuk topping

Cara-cara
* saya ikut cara kak Zana
BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TEPUNG dan  BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN



Sunday, March 27, 2011

Anak Sedara Baru from Sarawak


Assalamualaikum..

Anak sedara baru, menambah jumlah cucu uwan seramai  15 orang. Nama AINA NORHAZIMAH BINTI ABDUL RAZAK. Sekarang berusia seminggu. Lahir hari sabtu lepas, 19.03.2011. Menambah cucu perempuan wan yang ke 4. Yang lain semuanya lelaki. Hehe.. Selamat keluar ke dunia pada pukul 7.59 malam secara normal seberat 3.7kg. Perhhh.. pecah rekod. Hahaha... Dulu yang paling berat si dak Muaz 3.4kg, yang ini nak mengatasi pulak.


Permata hati akak saya yang dah 5 tahun menanti cahaya mata. Lahirnya dengan sejuta kesyukuran dan sejuta doa pengharapan. Juga berjuta juta kuntum senyuman dari insan-insan yang disayang. Lahir di GH Kuching Sarawak. Anak jati Sarawak la ye Aina? Muka pun muka kerabat Sarawak ek. Hehe.. Balik menyambung pantang ke Lipis 20 hb april ni. Tak sabo nak bersua pipi ngan dak kecik neh! Picit-picit pipi dia sampai merah sampai nangis! Haha



Siok nyer tido!! Gerammm..



Aina aina? Aina di sini....


Macam muke bapaknya.. kan ..kan..


Taraa.. like father.. like daughter.. 

Tahniah buat kak Aya a.k.a norhayati dan abg Razak. Semoga kehadiran puteri comel ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang kalian dan membunga bunga dan mempelangi kan lagi  suasana rumah kalian berdua.  Semoga dapat berjumpa bulan depan. Ainaa.. jangan montok cepat sangat..nanti kalau tembam bam bam tak muat lak baju anjang beli ari tuh. Huh!!




Saturday, March 26, 2011

Saturday Bluessss...


Hari ni kan, rasa sangat lemau dan lesu ganda 7. Maka dengan itu, meh le jeling jeling gambo masa time beriang ria di Penang hari tu. Skodeng pasangan sedang beramah mesra. Ngeee... Tak pasti nama pantai neh, tapi kat Penang, bak kata kak Sam tu, sepanjang jalan pun ada pantai kan.





Semua ni hubby main snap snap sekitar pemandangan pantai dan pemandangan Pulai Pinang yang seberang nun. Masa ni lepak kat pantai kejap sebab nak tunggu kedai cendol kat Maklom buka. Hehe..




Budak budak dapat kawasan lapang dan berangin gini suka sangat la.




Burung pun nak skodeng. Tapi yang ada burung gagak je.. haha..burung gagak pun gagak laaaa.. Layaaaannnnn...

Chocolate Chips Muffin


Assalamualaikum..

Sebenarnya kan..sebenarnya.. Dah lama buat mapin ni. Semalam tengok kak Nor post entry mapin lagi, baru ler teringat mapin ni pun tak buat entry lagi. Ngee.. Kak Nor mapin semalam tu, saya dah buat dahhh. Tapi biasa ler, kebelakangan neh kena penyakit 'virus malas transfer dan edit'. Hahaaha.. Eh mapin ni lama betui dah buat, sama hari Mas buat kot. Punya berkurun.


 Blog ni pun dah lama tak post entry mapin. Nama je ada kemapinan di situ. Tapi jarangg jarangg dah entry mapin. Salah satu sebab dah lama tak gi kedai bahan kek, cari koleksi cup mapin baru. Eh leh buat alasan ke? Jom tengok resepi mapin asal dari Rima neh. Ramai dah yang buat. Mas..anna Qawinna a.k.a mak buyung.. kak Azlita jelita... ngan Hasue. Ni yang men ingat kat otak. Kalau tak tersebut tu maaf la ye. Maknanya banyak makan semut masak merah la tu. Ikikiki.. Mekasih kak Nor Sifu dan kak Rima yang macam muka artis Malaysia yang ayu tu!!




CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
source : Rima

Dry Ingredients:
1 3/4 cups Plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
2 tbsp quality cocoa powder 
3/4 cup superfine sugar ~ k.nor letak 1/2 caw jer
1 cup semisweet chocolate chips (put aside 1/4 cup for sprinkling)

Wet Ingredients:
1 cup milk
1/3 cup plus 2 tsp vegetable oil - I used Canola oil
1 egg
1 tsp pure vanilla extract - I used vanilla essence

Method:
1. Line muffin tin with paper cases
2. Preheat oven to 200deg - I used 175C
3. Put all dry ingredients into a large bowl
4. Pour all the wet ingredients into a measuring jug
5. Mix the dry and wet ingredients together (the batter should be lumpy, DO NOT over-mix)
6. Spoon into the prepared muffin cases
7. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top
8. Bake for 20 minutes or until the muffins hv risen and are springy





Friday, March 25, 2011

Date Cake (eggless)


Assalamualaikum..

Pernah makan kek kurma? Saya tak pernah makan hingga lah kek kurma buatan sendri ni. Pernah tengok kat blog kak Rima dan membaca kesedapan dan kegemaran Kak Rima pada  kek kurma atau Date Pudding. Boleh tengok SINI. Masa jenjalan tengok resepi, saya terjumpa satu resepi date cake eggless yang mana kebetulan kat rumah tak de dah stok telur. Why not untuk memcuba kek ni sebab banyak reviews yang mengatakan kek ni sangat sangat sedap.


Woooww.. memang best! Makan suam suam lagi best! Sedap sungguh la. Harum kurma tu, buat budak budak berdua ni berebut makan kek ni. Tengok aje la  potongan kek ni pun tak kemas sebab kena snap dan potong time suam2 panas2 sebab takut tak sempat pulak. Sesiapa yang tak boleh makan kurma mentah macam tu je, saya rekemenkan buat kek ni. Sangat moist dan lembut gebu. Manis2 buah aje. Kalau letak kekacang memang sedap. Tapi saya tak letak. Saya gantikan dengan coklat chip. SEDAP!!



DATE CAKE (eggless)

Bahannya:
18 biji kurma -buang biji
3/4 cup susu segar
3/4 cup gula * sayaletak 1/2 cawan
1 cup tepung gandum
1/2 cup minyak * saya cairkn mentega
1 sudu kecil baking soda
1 sudu makan  cashews, walnuts(optional)
*1/4 cawan air suam
*2 sudu makan susu segar - saya tambah

note: If you use ‘baking powder’ instead of ‘baking soda’, cake becomes a bit harder.

Method:
1. Rendam kurma ke dalam susu suam semalaman. * Saya tak rendam, cara saya, kurma yang dibuang biji tadi saya panaskan dengan 1/4 cawan air suam di atas api kecil. Kacau hingga kurma lembut. Tutup api dan masukkan susu segar.
2. Kemudian masukkan gula dan blendkan sehingga menjadi paste yang lembut.
3. Masukkan pula minyak (butter cair) dan kacau sebati.
4. Tepung di ayak bersama soda bikarbonat. Maukkan tepung sesudu demi sesudu ke dalam kurma paste tadi dan kacau perlahan. Akhir sekali masukkan kekacang. * Saya masukkan coklat chip dan sedikit susu segar untuk lebih moist.



Note: Warne kek bergantung pada jenis kurma yang digunakan. Juga kemanisan pun sama, kalau kurma tu manis sangat leh kurangkan lagi gulanya.


Agar-agar Tembikai @ Puding Tembikai


Assalamualaikum..

Pagi-pagi musti tak terliur sangat ngan puding kan. Dah ler pepagi sebelum subuh hujan lebat yang amat. Seejuukk.. Jadinyer  tak per le tayang puding sejuk pepagi, tak de yg meroyan. Puding ni buat petang semalam. Menghabiskan separuh lagi agar2 serbuk dalam peket. Kot bior lelama nanti  jadi keras kejung je.


Ingatkan memula tengok orang buat puding ni, dalam kepala set, susaahh sangat. Tapi once dah try, kira boleh la walaupun tak perfect but no body perfect rite? Kire dah nampak sikit2 sipi2 macam tembikai tu kire orait ler. Biasanya bebudak ler yang teruja tengok puding ni. Sambil tolong ummi letakkan biji tembikai tu, sambil depa duk ngap coklat chip. Sedor sedor tinggal ler berapa ketui je lagi cok chip tu. Jenis pantang lepa.



Tapi kesian jugak, bila mereka sangat teruja time nak potong tu, tetiba rasa..ouwwchh, napa tak sama rasa tembikai. Bais dengan muka tak ikhlasnya sambil gigit sambil buat muka pelik campur kecewa sambil kata dengan nada slow..ummiii sedapkan ummi. Adehh kesian lak dengor. Haha.. tapi for sure, puding ni bukan lah kegemaran mereka. Tapi habis jugak la sepotong dan yang pasti cok chip atas tembikai tu semua habis di korek.

Puding ni mcm puding buih. Macam makan buih gitu. Cantik sangat kejadiannya. Sesuai untuk hantaran tak?Kalau dulu2 ada je orang buat kan. Elok je texture puding ni. So pada penggemar puding jenis buih gini, should try it! Saya? Sekadar menguji bakat dan teknik memuding je sebab agar2 sirap jugak yang jadi pojaan hati. Haha.. terima kasih bebanyak kat kak Hana yang dah berada kat Mesia dan kak Lina pg tuan nyer resepi. Kak Lina, saya mintak izin tepek resepi sini pulak ye. Menjadi tak tembikainya kak? Saya buat setengah adunan je ni. Ada derhaka sikit, Ampoon kakkk. Hehe



RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
Source: Lina.pg
Copy from: kak Hana

Bahan-bahan
1 paket agar2 serbuk (10gram)
4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
3/4 cawan gula 
1 sk esen vanilla
3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
Pewarna merah , kuning dan hijau
Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip

Cara-cara
Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min). *saya tak tunggu sejuk, tutup api, putar telur putih kemudian kuning, terus masuk adunan agar sikit demi sedikit.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
Tara..dah siap..selamat mencuba

Untuk langkah demi langkah boleh juga lihat di blog KAK WAN.