Tuesday, October 25, 2011

Donut Keledek ...... lagi


Assalamualaikum..

Terima kasih saya dulukan buat mereka yang sudi bertandang n meninggalkan sweet komen.
Maaf ye komen entry lepas tak sempt lagi nk reply.
Nak terjah semula pun tak sempat lagi. 
Donut ni buat sesiapa yang terlepas pandang resepi yang best ni. Bagi siapa yg belum try, harus lah mencubanya. Resepi asal menggunakan kentang, tapi idea ni timbul lepas kak Nor SGN67 menukarkan kepada keledek.  
Saja keluar entry donut lepas kak Nor pun keluar entry donut wangi nyer itu.
Baru teringat.. hehee
Terima kasih kak Nor dan Ros.
Donut ni highly recommended, sangat gebu lembut dan menjadi feberet anak2.
Tukarkan pada keledek, lagi mantop kelembutannya.
 Donut keledek saya DI SINI dan donut kentang sya DI SINI. 





RESEPI ASAL: DONUT KENTANG
Bahan-bahanya

250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)

( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

*Izah refer pada resepi ni di atas. Izah gunakan 100gm keledek diblender dengan 80 ml air. Tapi tepung perlu ditambahkan.


RESEPI ADJUST BY KAK nOR
 sumber: Kak Nor SGN67 

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung 
1 biji telur -  dipukul sedikit
200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



33 comments:

  1. waaa.. n3 yg melaparkan di petang hari.. nak donat! nak donat!

    ReplyDelete
  2. tengok donut keledek ni teghingin lak nak mendonut keledek.. keledek ada 2 ketul lg tu jah.. mekasih peringatkan balik resipi ni.. cun jer donut jah tu. gebus cam kapas :)

    ReplyDelete
  3. donut kentang tuh dah penah buat byk kali memang bes kan..tp bersi keledek belum terai..pasal keledek kira barang import kat sini so agek mahel..hik hik hik

    ReplyDelete
  4. wahh izah dah buat LAGI, kita blom pun buat...huhu nak kena beli keledek dulu..
    nampak gebu sangat, menggiurkan!

    ReplyDelete
  5. kalau anak nampak donut ni sah kena buat .... :-)

    ReplyDelete
  6. waduh gebus gebass donut mu itew..bak akak 3 ketui..sure kenyang buntang..hehe!!

    ReplyDelete
  7. Mak sukerrr..mak sukerr...kelazz donut ko jah!!

    ReplyDelete
  8. Izah kalau ckp sedap...confirm sedap ni...nak gak kak cek menry esok....keledek ada dah tu...he he...:D

    ReplyDelete
  9. jah,..agak2 kalau keledek kat rumah tu ada lagi.hello2 akak lah ya..esok akak ke ampang lah jah..nak ambik keledek pree.hahaha

    ReplyDelete
  10. sedapnya nampak donut n nak cuba la.. tentu sedap.. rasa macam keria ke.. hihihihihi..

    izah cantik gambar atas tu mcm ambil dalam salji..:)

    ReplyDelete
  11. Selamat malam Izah..menarik resepi ni..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum izah..
    wah gebunya donut tu izah.. geram akak tgk.. pic pun menarik.. suka2!!

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Izah..
    Sori lambat datang. Smlm tak BW pun.. Ermmm..montel2 donut Izah ni. Suka akak menengoknya.. Makan banyak2 ye Izah..hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan izah,
    thanks for sharing this recipe. Saya dah buat semalam, sedapp sgt. Gebu.
    Blog izah antara yg selalu saya visit tiap2 hari coz byk resepi kena dgn selera kami sekeluarga. Jazakillah khair. Keep on sharing.
    -UmmAmir-

    ReplyDelete
  15. apa2 donut pun mmg tak jemu dimkn kan izah....mesti licin dikerjakan oleh rakyat dlm rumah

    ReplyDelete
  16. @tun_telani
    kalau diet susah la ada donut depan mata ni. hehehe.. berketul2 leh telan

    ReplyDelete
  17. @K.Nor
    memangkan kak nor. gebu cam kapas. donut ni saya goncangkan dengan gulandalm bekas tupaware, bila keluar ada donut yang patah2 sebab lembut sungguh. hahaa

    ReplyDelete
  18. @sitiezahim
    ooo mahal ye hajar, tapi akak rasa kalau guna keledek ni lebih gebu. suke.. nanti balik mesia try ye.. ye lah tu kann.. hehee

    ReplyDelete
  19. @umi
    bila teringat kegebuannya tu mmg nak buat je lagi. lagi pun bebudak mmg suke donut ni. asyik je tengk diorg makan

    ReplyDelete
  20. @mala
    sama la mcm saya, kalau diorg nampak donut atau gambar donut, sah sah time2 tu mintak nak makan. puas la mujuk..hehee

    ReplyDelete
  21. @inahar ali
    akak, saya kalau 5 ketul baeu kenyang buntang.. err mata2 pun terbuntang. hehehee

    ReplyDelete
  22. @Chah
    kak chahhh.. mmg kelazz..lembut gebu cam kapas uu.. hehe

    ReplyDelete
  23. @cik cek
    kak cek.. ni mmg kompem best. mmg highly recommended lah. hehee

    ReplyDelete
  24. @anymz
    kak anim.. ada je dua biji keledek tergolek2 kat dapur. tapi nak masuk dapaur hilang semangat nih.. tulunnn

    ReplyDelete
  25. @Juwita Jamaludin
    ita..idak ler rasa keria. sebab keledek tu nak bagi gebuuu kan je. tapi berbaloi la sebab gebu mcm kapas tau ita.. try nanti

    ReplyDelete
  26. @Diana @ Melley Mey
    waalaikumussalam warahmatullah..
    sedapkan. kalau teringin donut, try la buat donut ni. mmg top

    ReplyDelete
  27. @Naz / Nadz COSK
    waalaikumussalam warahmatullah..
    kak naz..dah tak larat nak makan banyak2 ni. akak tulun masakkan ye..saya nak makanhehee

    ReplyDelete
  28. @Anonymous
    ummamir..
    terima kasih sebab sudi menjenguk blog saya. alhamdulillah..suke saya dengar bila kena ngan selera family kan. kadang2 susah juge nak menduga selera anak2 n suami ni kan. kena cube mcm2 baru tahu.hehe.. dan salam pekenalan juga dari saya

    ReplyDelete
  29. @Ida,Japan
    memang kak ida.. kepantangan kalau donut ni kat rumah. cume anak saya yg sulung tu je dah pandai ngengada nak donut yang betul2 berkenan kat selera dia. hehe.. tapi yg ni mmg dia suke sangat la

    ReplyDelete
  30. @Gee®
    kak gee..naaahhh amik resepi. hehehe

    ReplyDelete
  31. izah..kita ni duk salin resepi je donut2 ni..hahhaha..buat nya tak tau bila..kadang2 sampai resepi yg pernah salin pun duk salin lagi..kekekke..adehhhh..teringin la nak makan yg versi keledek ni...

    ReplyDelete