Tuesday, November 30, 2010

Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Assalamualaikum..

Kerna geram nak gigit je ayam kak Hana pagi tadi, lunch tadi buat jugak menu ayam. Bila check serai macam nyawa nyawa ikan je, so saya buat resepi lain tapi bakor jugak. Makkhaaiii sodappp sungguhhh.. Rempahnya terasa sampai ke tulang. Perap setengah jam je, tapi penyerapan yang sempurna okk. Boleh tak kalau kenyataan mcm ni "lagi sedap dari ayam kenny rogers". Ngeee..


Rasanya dah ramai yang try ayam ni kan. Sebab resepi ni dah lama femes nya. Esok2 kompom nak buat lagi. Asal resepi di MYResepi.

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
sumber: Kak Hana

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. *saya buat setiap 15 minit selepas 1/2 jam pertama.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.



RESEPI KENTANG PUTAR
sumber: hanamemories


Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.



Saya tak buat sos kentang putar tu, just amik air dari ayam bakar tu aje. Curah atas kentang putar tu. Enjoyyy.. mekasih kak Hana.


Pelengkap hidangan

Sicilian Orange Cake rasminya..


Assalamualaikumm...

Dengan rasminya GA dari kak Rima telah dirasmikan semalam. Heheehe.. Sangat comel  dan cute hasilnya. Keknya pun sedappp... 


Pilih la nak bentuk yang mana yee..



Bentuk yang ini dah selamat jadi bekalan hubby pagi tadi.



Bentuk lap u lap me ni palinggg sukee dan shantiikk. Sayang nk fotong..



4 jenis bentuk dlm satu bundt pan nordic ware tu. Resepi dari Kak Rima, rasanya semua semua dah try bake cake ni kan. Amik kat umah Kak Hana. Kak Yatie ada. Kak Jun ada. Kak Anim ada. Kak Nur ganu dah ada. Kak Ayu n kak Yat Maria Sg pun dah try. Mas pun..CMG pun..kak Inahar ada.tak lupa sifu kak ummi kuantan ada. Jap lagi berasap kpala ni nak scan sapa lagi yg dah try neh. Sapa dah bake cake ni tolong angkat kaki kiri sikit...


SICILIAN ORANGE CAKE
Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren

Bahan untuk aising

  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren

Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.


Monday, November 29, 2010

Apam Coklat


Assalamualaikum..

Siapa nak apam coklat kembangkan idung anda!! Ohh sangat syahdu kerna dapat makan apam lagi di tengahari yang sejuk kerna hujan lebat di Ampang ini. Alkisah maaakan aje kroje nye kan. Dah kenyang baru masuk gambo dalam blog. 


Resepi ambil dari rumah kak Nor lagi... Kak Nor, mekasih jasa mu kan ku konang konang selalu. Ehehee.. Asalnya resepi dari Alma MyR. 



Gambar gambar adalah cubaan bermain dengan toy baru. Ku belai belai ku belek belek. Sampai bahu senget.
Amacam hakak2 yang pro, boleh?

APAM COKLAT by Alma MyR
Sumber: Kak Nor

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.







Puding Kiwi


Assalamualaikum..

Tengah belek2 folder gambor lama, ternampak la beberapa menu yang belum di entry lagi. Ni mesti masa penghuni rumah demam demam ni la. Entry pun main sempat gitu je. Puding kiwi ni tengok umah kak Nor hari tu. Dah lama nak try puding laici yg meletopss kat rumah2 bloggers semua. Laici setin dah habis makan mcm tu je, tak sempat nak buat puding.


Jenguk2 dalam peti ais ada la buah kiwi tergolek2. So buat la kiwi ni. Rasa dia masam2 manis lemak gitu. Warna dia lawoo kan. Mekasih kak Nor yang beranakkan puding laici chef Liza jadi puding kiwi pulak.


PUDING KIWI 
Sumber: Kak Nor

versi asal Puding Laici by K.Liza

Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan

Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.





Sambal Belacan Epal


Assalamualaikum..

Sambal dinner semalam. Sebenarnya buat sambal belacan biasa je, tapi nampak epal hijau yang masam sesangat tu, saya hiris nipis dan masukkan dalam sambal belacan ni. Hubby kata sedap. Alhamdulillah.. Memang lazat sebab rasa masam dan manis lawan ngan pedas tu kan.



SAMBAL BELACAN EPAL

1 biji cili merah*
6 ulas cili padi*
1 ulas bawang putih*
1 biji bawang merah kecil*
belacan sebesar ibu jari
epal hijau masam
garam & gula jika suka

Caranya:
Hiris bahan *. Panaskan sedikit minyak dan goreng sebentar bahan hiris sehingga layu dan belacan. 
Angkat dan tumbuk sehingga hancur. Cincang nipis epal hijau dan ditumbukkan sedikit ke dalam sambal tadi.
 Kemudian rasakan dengan garam dan gula jika suka.



Bais dah nampak segar hari ni alhamdulillah. Risau betul 2 hari tak mau makan dan minum dan tak mahu berjalan. Just berbaring aje. 2 hari tak dengar suara, pagi ni bangun terus cakap nak makan nasi..nak makan roti..alhamdulillah.... dah masuk kepingan ke 3 dah makan rotinya..



Ayah panggil...Tok Penghulu Muaz..hehe.. budak ni suka sangat pakai songkok atau topi atau kopiah. Satu lagi suka sangat pakai kasut dalam rumah!!


Amacam makcik makcik.. ada rupe tok penghulu ke YB ke?

Sunday, November 28, 2010

Apam Beras a.k.a Apam Salju


Assalamualaikum..

Salam hujung minggu buat semua. Semalam status nurse saya dipanjangkan lagi sebab si abang Bais pulak demam. Panas sungguh badannya. Melepek je sepanjang hari. Sekarang pun masih tidur dan tak mahu makan dan minum langsung.  




Lepas pergi klinik bawak Bais amik ubat, boleh pulak jalan2 cari pasal. Pasal apa? Pasal dah survey lama dah, asik meronta ronta jugak hati ni nak jugak. Haa...tu tengok la hasil yang sangat amatur... Kalau bawah amatur apa ek? Jakun kot.. Jakun..amatur..profesional.boleh kot?.kikiki..




Apa pun apam yg menjadi fofular di kalangan geng masak masak ni memang lembutttt sungguh. Lembut .. gebu... memang apam menjadi pojaan tekak ku. Kak Erna..dah try buat tak apam ni? Sedap kak!! Ehehe..




Aikk..kata amatur, banyak pulak gambo nak tayang ye.Hehe..ok jom la tengok rsepi yg difofularkan oleh kak Yatie dan Kak Hana dan hakak2 bloggers yang lain. Ramai dah cubekan..tu sifu gebu CMG pun dah cuba. 

RESEPI APAM BERAS


Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.



Perasan tak rupe bentuk apam ni? Macam kuih cara kan. Hahaha.. memang malas nak buat dalam acuan kecik2 tu nanti nak basuh malas sungguh. Saya buat dlm acuan cara aje. Senang!!

Kak Hana jom!!! Aku nak blajo dulu ye..




Saturday, November 27, 2010

Tag dari: Kak Jassnani


Assalamualaikum..

Kena tag dengan kak Jassnani yang nak masuk GA blogger SINI. Agaknya org kena tag kena buat cam ni aje kan. Letakkan gambo ni aje kan. Sebab saya tak masuk GA tu  kan kak Nani. Cam ni aje kan.

Hehehe.. Sebenarnya dah dua kali kak nani tag saya untuk GA. Tak berapa reti sebenornya nak buat tag yang GA ni.Tu tag yang ini baru saya buat. Lepas ni tak mau dah kena tag ye..Tak mo tak mo tak mo... Kalau tag kena bagi upah dulu. 

 Semoga kak Nani orang bertuah dan kalau dapat hadiah jangan lupa saya ye. Eh mesti share, masuk GA sama sama buat homework, tapi bila dapat hasil takkan makan sorang kot. Hahahaa... Daaa

Friday, November 26, 2010

Tag dari: Mamafami

mamafami

Assalamualaikum..

Kena tag lagi. Buat tag dari Mamafami dulu. Pasni ada lagi menyusul tag nyer.. Tag ..tag...tag..  Hehehe.. Mama..mekasih kerna ada ingatan buat saya.. huhuhu


1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
1.  Soto ayam- makan dengan nasi impit, sambal kicap pedas2...kena ada kacang goreng.
2. Gulai tempoyak ikan patin- masakan emak yg ada letak timun tahun
3.  Masak petai-apa apa jenis masakan petai-sambal tumis merah ke, sambal tumis tempoyak ke, goreng kering ke..apa apa sahaja ku redha


2. Dua jenis air apa yang paling korang suka?

i] Ice lemon tea
ii] 100 plus



3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.

Malay, Western, Indian



4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".

Walaupun tak expert tapi so far, mee goreng basah memang menjadi permintaan family, balik Pahang pun atau balik Kedah. Cehh dengor mcm best je kan. Padahalnye..hehe



5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?

Sama ngan mama, hubby yang bayor, kite tukang order je.Pejam mata je bila tang harga. Masuk krete karang ,pekakkan telinge je kalau ada bukak radio rosak. Ngeee 



6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?

Hmmm.. ni yang susah ni. Ate semuanya feberet.. Tapi yg paling suke kan, satu restoren tepi pantai kat Penang. Ikan bakar..sotong tepung dia..fuh memang 5 bintang. Tapi restoren pakcik makcik je.. Bukan high class punye..



7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suka yang lain, tapi aku tak list, bagitau je la.

Kijang, Ayam, arnab



8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.

Chicken Hutt Sunway Pyramid. Wakakaka.. Nak gelak pulak 1st time jumpa. Chicken hut tu kan self service, amik sendiri kan. Malu wak..duduk keraskan vontot je..si dia pun berkata"awak ni tak banyak makan ye". Nah kau sekarang baru tahu mana mulut buaya. Haaha..



9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?

Sambal tumis daging atau apa apa sambal tumis..yang merah2 mak ngah tu. Memang feberet dia.



10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?

Soto ayam. Ayam lebih ye kak! Sebab buat sendiri slalu mcm tak best.



11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.

Perut lembu..buat la sate ke kerabu ke stil tak leh. Dengan sotong yg buat sambal nasi lemak tu. Bau pun tak boleh. Bila gigit mcm gigit getah. 



12. Menu raya paling disukai.

Nasi impit kuah kacang berdaging, nasi dagang emak dengan soto ayam.



13. Jajan/Cikedis favourite?

kekacang- eh termasuk jajan ke?



14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?

i] Nasi dagang makan ngan sambal sardin
ii] Sambal hitam pahang-mabeless



15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?

Mee goreng basah. Masak sendiri, tak sangka lada kering yg diguna pedas sesangat.



16.Korang kalau jumpe orang yang tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?

Mama kata nak kenny roges.. Ayam seketui kite share berdua ye ma..hahaa 



17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.

Kalau sudi nak join in the fun, silalah ye.....