Thursday, April 29, 2010

MOIST BANANA MUFFIN (scholzy)

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Tidak dihalalkan bagi seorang isteri yang beriman kepada Allah, untuk mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya, padahal suaminya benci, dan tidak dihalalkan seorang isteri keluar rumah sedangkan suaminya tidak senang."- HR Hakim

Assalamualaikum...



Jumpa lagi tengahari ni. Muffin ni saya amik resepi dari dapur Nurindah. Dah tengok 2 kali tak silap nur cube resepi ni, jadinya saya pun nak try gak sebab lain sikit bahannya. Menggunakan mayonis. Sedap juga rasa lemak masam mayonis tu dengan pisang bila digabungkan. Cuma saya guna setengah gula perang dan setengah lagi gula kastor. Dan kurangkan sedikit gula. Memang dah cukup rasanya sebab pisang emas saya guna tu dah manis. Anak yang kecik pun suka makan.

Thanks to Nurindah bagitau resepi ni. Tapi di fahamkan nur amik dari blog Kak Watie. Mintak izin tepek resepi plak kat sini.



MOIST BANANA MUFFIN - by scholzy allrecipies, kopipes dr blog kak watie

Moist Banana Muffins (dapat dlm 10-12 cup biasa)
Ingredients

* 2 cups flour
* 1 teaspoon baking soda
* 1 teaspoon baking powder
* 1 cup white sugar (nurindah: 2/3-3/4 cup gula halus)
* 3 ripe bananas, mashed
* 1 cup mayonnaise
* 1/2 cup chocolate chips (optional)

Directions:

1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Grease 12 muffin cups or line with paper muffin liners.
2. Stir the flour, baking soda, baking powder, and sugar together in a bowl. Add the bananas, mayonnaise, and chocolate chips; stir until well combined. Pour into prepared muffin cups to about 3/4 full.
3. Bake in the preheated oven until golden and the tops spring back when lightly pressed, about 20 minutes.


Nota Nurindah: Utk kesan terbaik, gaul pisang, mayonis dan gula bersama2 dahulu. Baru campur tepung.



Mee Goreng Basah

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Ada 3 perkara dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? Iaitu apabila engkau berburuk sangka janganlah engkau kuatkan buruk sangka mu itu, apabila hasad jangan lah engkau berlaku kejam, dan apabila engkau berselisih faham, janganlah engkau menyakiti."-HR Abu Daud

Assalamualaikum.. pagi yang ceria moganya buat semua ummat. Semalam bulan penuh, cantik sungguh warna oren. Macam biasa si penunggu bulan abang Bais dok excited sungguh nampak bulan. Ayat dia "pak bolan moon, pak moon, pak..earth bolan moon ummi pak.." Pak tu sama dengan nampak. Bukan nya Pak berapa tambangnya pak..bukan cam pak supir tu..hikhik..

Wah pepagi lagi nak tayang mee goreng nih. Mee goreng basah yang dibuat dinner last nite. Resepi sendrik sendrik bikin time anak2 dara lagi. Tapi telah disesuaikan dengan selera en suami. Senang je kan dinner buat mee macam nih, goreng mee, makan ngan telur dan cili padi potong je.


Resepinya secara ringkas:

1 paket mee kuning (500gm)
2 senduk nasi lada kering kisar/segenggam jika belum dikisar*
1 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisar semua bahan bertanda
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar sos cili
kicap secukup rasa dan warna
1 sudu besar serbuk kari
sedikit ayam
sedikit fish ball/ fish cake
sebiji tomato
satu ikat sawi
segenggam taugeh
sebiji telur
air secukupnya lebih kurang 3-4 cawan( air panas lagi bagus)
garam dan gula ikut citarasa

Caranya: Tumis bahan kisar dan serbuk kari hingga naik bau atau pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak kemudian masukkan fish ball dan masukkan kesemua sos dan kicap kacau rata. Masukkan perasa garam dan gula. Kemudian masukkan air dan tunggu mendidih. Time ni bleh la rasa nak masin ke nak manis ke bleh la tambah apa yang patut. Pas tu masuk mee kuning yang telah dibasuh tu, gaul-gaul biar sebati dalam 4-5 minit pastu masuk sayur tomat dan sawi. Last sekali besarkan api tahap maksimum masuk telur, gaulkan cepat2 tutup api masuk taugeh. Siap..Kalau tak mau basah sangat bleh lama skit tunggu air kering. Sukatan air tu ikut citarasa sendrik. Kite enjoyyy..



Wednesday, April 28, 2010

Dapat Award dan Tag lagi dari kak Madihaa



Assalamualaikum..hikhik..dapat award lagi..Tepuk untuk diri sendrik. Tapi ade tag da.. Saya dah pernah jawab tag dari Mamafami hari tu. Jadi saya copy je boleh tak kak Madihaa. hikhik..teringatt time blajo2 dulu, copy mengopy paste ni biasa sangat time buat assignment. Bukan malas tau, tapi smart student..ceee kunun, padahal...tapi kalau assignment dalam bahasa arab, dua hari dua malam tak habis menaip lagi ko. Mana nak mahir, duk cari huruf kat keyboard, bukan master in arabic daaa. Jadi untuk menjawab tag dari kak Madihaa no hal punye sebab copy je tag yang lama. Same same je..

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Sudah seperti di atas...

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Award dari kak MadihaA yang slalu ada menu baru

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :
1. Izah-my hubby
2. Ummi-my sons
3. Pae -my family and close friends
4. Faizah -my friends
5. Jijah-my hubby and my close friend, Tim..hikhik..eh banyak lagi ni nama..mak anjang, mak long..wan anjang..hehhe over plak

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 6 Feb-hubbys birthday
2. 21 August- my bestday
3. 9 Dec-our anniversary
4. 29 Oct- my 1st Bais Umair
5. 16 Mar- my second Muaz Alawi

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :
1. membasuh,nyapu,ngemop,mengemas,menyusun,menyimpan,mengatur rumahku syurgaku
2. teman Bais nonton kartun wonderpets, wall E, dan seangkatan dengannya
3. petang meroti bun kentang
4. chatting with my hubby
5. tengok drama adamaya..hikhik

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
1. kuar jenjalan dengan hubby dan anak-anak yang tak meragam
2. bersama hubby tengok movie kat rumah
3. chat dengan hubby
4. menyembang dengan anak2 yang baru keletah nak becakap-lawak giler
5. baking

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. Kung Fu Panda
2. Ninja Assassin
3. The Last Samurai
4. Bourne Supermacy dan seangkatan
5. I Robot

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
1. baking muffin yg comel2 sedap2 moist2
2. on the internet
3. experiment dengan anak
4. reading
5. try new recipes

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
1. hubby
2. bais
3. muaz
4. mak
5. adikberadik dan family


(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
1. mauritius Island
2. Hentian Island, terengganu
3. Penang-makan makan
4. Korea-winter sonata hikhik
5. balik kampung pahang..hehe

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. sebab terharu di tag oleh kak madihaa @ teman blogger
2. just for fun
3. nak dapat award teddy bear lagik
4. to thank akak yg banyak saya ceduk ilmu masak2
5. because of the freindship la

(10) FIVE PERSON TO TAG :

Akak, saya tak mo tag dah. Sebab ari tu dah tag. Semoga akak dapat kenal kite yee dan sentiasa berkongsi ilmu dan teman berteman di maya ini. Thanks for the award..

BUN KENTANG

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan, maka dia tidak boleh menolaknya." -(HR Thabrani)

Assalamualaikum..

Petang semalam buat Bun Kentang ni. Amik resepi kat umah kak Nor yang baru balik honeymoon dari IJN tu. Memang gebu, lembut, mulus dan suci bun ni. Suci sebab kite buat sendiri kan. Pagi ni masih mulus gebus lagi. Anak makan cicah dengan air teh o. Penuh mulut nye disumbat bun ni banyak2.hehe.. Saya letak sikit waterroux walaupun resepi asal tak letak. Boleh ke gitu?


Resepi yang di copy dari kak Nor. dan kak Nor cnp dari Ros Onigiri.


Bahan-bahannya:

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
1 biji telur (dipukul sedikit)

(untuk bancuhan sos kastard )
2 sudu besar tepung bird custard
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula

Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba..

(to Erma..bila nak meroti?)

Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung pun buleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.

Tuesday, April 27, 2010

Muffin Banana Crumb lagi

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Apabila seorang wanita itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suaminya, di akhirat nanti ia akan dijemput masuk ke dalam syurga mengikut pintu yang ia suka (mengikut pilihannya sendiri)". - (riwayat imam Ahmad)

Assalamualaikum... slamat malam semua. Kat Malaysia dah pukul 12.30 tengah malam. Saya pulak baru terjaga duk tidurkan anak-anak tertidur sekali tadi. Hikhik..



Saja nak tayang muuffin banana crumb ni. Buat sabtu lepas masa anak sedara datang umah. Muffin ni memang senang, cepat dan mudah nak sedia. Zap zap zup, teng teng dah siap. Sedap pun memang sedap plak plak lepas kuar oven tuh. Anak sedaro tu pun terkejut tup tup di hidangkan dengan muffin dan air kopi. Yela datang pun terkejut2 nak on the way ke uia Gombak singgah Ampang kejap dari Bangi. Siap bawak bekal muffin lagi ke sana. Ok sesapa tetibe ade tetamu tekejut, bleh sediakan muffin mudah ni. Resepi dah tampal kat lebel Muffin Pisang.


Taufu Hamburger (Kak Hana)

Firman Allah maksudnya: "Akan dimasukkan ke dalam neraka Wail akan orang-orang yang suka mengumpat dan mencerca orang lain"- surah Al humazah:1

Sabda Nabi SAW, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang mengumpat dan mengadu domba, ia telah memusnahkan imannya seperti petani menebang pohon (tanamannya)".- riwayat as Fahani

Sabda Nabi SAW lagi maksudnya:" Sesungguhnya Allah amat benci kepada orang yang jahat lidahya (suka mengumpat, mencaci dan menfitnah dan menyakiti hati orang lain)".- At Tirmizi


Assalamualaikum.. semoga semua sihat dan ceria hari ni. Dah lunch ke? Hari ni saya tak berapa didatangkan dengan mood yang ceria. Kejap on kejap off je cik mood ni. Bangun pagi rasa macam nak patah pinggang, badan rasa lenguh-lenguh. Nak bangun subuh pun kena duduk rilex dulu. Dah dua hari dah macam ni. Tu lakan, perempuan ni banyak hormon yang berubah-berubah, tu kot jadi macam2 tu.

Hari ni nak tayang taufu hambeger yang tak macam hamburger. Hikhik..buat bentuk sesuka hati jek. Ada bentuk bunga mawar, bunga raya, bentuk kapal terbang...tapi sedap dapat makan bola bola daging ni. Setengah saya buat cam daging burger makan lapis dengan roti untuk abang Bais. Lebihnya buat bola-bola kecik yang tak berapa nak bulat.


Tapi saya tak buat sos nya. Makan dengan sos cili je. Ni gambo roti untuk Bais, celup dengan telur sikit dan lapis dengan daging tu. Without sos and without mayo, die tak suka.


Yang ni pulak buat bulat-bulat suap kat adiknya sikit, selebihnya mulut ummi.


Yang ni pulak lebihnya saya jadikan rampai untuk sayur, sedaplah..bertambah manis sayur ni. Kacang panjang tu abaikan, sayang nak buang campur sekali dengan sawi. Boleh gitu?

Resepi saya amik kat umah kak Hana Jepun. Resepi saya copy dari rumah kak Hana ni untuk rujukan.
Bahan-bahan
300g daging cincang
50g taufu lembut
1/2 biji telur - dikocok
2 sudu besar bawang besar cincang
serbuk lada sulah dan lada hitam
garam secukup rasa
sedikit minyak @ butter
air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
Bahan Sos
1/4 cawan air
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
1 sudu besar butter


Cara-cara
Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
Hidangkan dengan salad pilihan.

Monday, April 26, 2010

Kue Pau

Cerdik Hati: "( Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." Surah Ali Imran:191

Sabda Rasulullah SAW pula, maksudnya: "Orang yang paling cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati."- Riwayat ibnu Majjah dan Ibnu Abidunya.

Assalamualaikum.. Salam di pagi hari, dan semoga kita mencari kecerdikan sebenar dihati kita, insyaALLAH.

Mengepau pulak dah. Pau ni dah lama buat, last week untuk kudapan bebudak bedua tu. Buat kecik-kecik je bebesar telur ayam tu je. Senang bebudak tu nak ngap, walaupun si abangnya sakit mulut time tu. Tapi habis la juga dua biji kat dia. Buat dua inti, inti kaya pandan dan inti coklat nutella. Sapa nak, angkat tangan, ish ish..dah abesss da..


Resepi tuk pau ni tak berapa pasti dari mana, sebab dah lama sangat ada dalam simpanan dan tak tulis pulak source nya. Dah berapa kali buat guna resepi ni dan memang lembut paunya naik. Sesungguhnya memang tak ingat amik kat mana resepi, antaranya dulu suka jenjalan kat fotopages mamaFami, chef Hanieliza, dan ada lagi kawan2 mamaFami fotopages tu. Maybe dapat kat situ dan semoga pemilik resepi ni dipanjangkan pahalanya.


Resepinya:

500 gm tepung Pau
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil dough softener
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
2 sudu besar shortening
250 gm air suam
Inti secukupnya dan mengikut citarasa

Caranya: Saya tak berapa pasti cara sebenar, tapi cara saya yang nak mudah aje ni, saya campurkan semua bahan, uli sampai doh lembut. Biarkan doh kembang 2 kali ganda, buat bulat2 pau dan isikan inti, biarkan kembang lagi dan kukus selama 15 minit.

Note: Petua yang saya dapat, yis kurang berkesan bila disatukan bersama garam @ marjerin. Jadi saya larutkan dulu yis dengan air suam kemudian campurkan semua bahan.

Saturday, April 24, 2010

Freindship Award dan Tag




Assalamualaikum.. Suka dan terharu dapat freindship award dari mamafami walaupun ada homework sikit, tapi tak pe la, just for fun! Thanks Mamafami for the cute and 'lentok' teddy bear. Pernah nampak tag macam ni dekat rumah cik mat gebu, ingatkan otai-otai je ni, rupanya sampai juge ke rumah saya. Nak dapat award mesti ado krejekan, ni antara soalan kena jawab, ala jawab soalan je..

(a) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Sudah seperti di atas...

(b) BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI
Award dari MamaFami yang saya suka masuk umahnya ceduk ceduk resepi.

(c) TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE-KHAMSAH? KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...

(1) FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU :
1. Izah-my hubby
2. Ummi-my sons
3. Pae -my family and close friends
4. Faizah -my friends
5. Jijah-my hubby and my close friend, Tim..hikhik..eh banyak lagi ni nama..mak anjang, mak long..wan anjang..hehhe over plak

(2) FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
1. 6 Feb-hubbys birthday
2. 21 August- my bestday
3. 9 Dec-our anniversary
4. 29 Oct- my 1st Bais Umair
5. 16 Mar- my second Muaz Alawi

(3) FIVE THINGS YOU DID YESTERDAY :
1. membasuh,nyapu,ngemop,mengemas,menyusun,menyimpan,mengatur rumahku syurgaku
2. teman Bais nonton kartun wonderpets, wall E, dan seangkatan dengannya
3. 1st time melapis kue lapis yang cedap
4. chatting with myy hubby
5. tengok bulan separa dengan Bais sambil bais tunjuk dan cakap earth, ummi kata moon, belawan lak, die kata earth, bukan itu moon, last2 Bais tunjuk bulan sambil kata earth moon.

(4) FIVE WAYS TO BE HAPPY :
1. kuar jenjalan dengan hubby dan anak-anak yang tak meragam
2. bersama hubby tengok movie kat rumah
3. chat dengan hubby
4. menyembang dengan anak2 yang baru keletah nak becakap-lawak giler
5. baking

(5) FIVE FAVOURITE MOVIES :
1. Kung Fu Panda
2. Ninja Assassin
3. The Last Samurai
4. Bourne Supermacy dan seangkatan
5. I Robot

(6) FIVE FAVOURITE HOBBIES :
1. baking muffin yg comel2 sedap2 moist2
2. on the internet
3. experiment dengan anak
4. reading
5. try new recipes

(7) FIVE FAVOURITE PEOPLE :
1. hubby
2. bais
3. muaz
4. mak
5. adikberadik dan family


(8) FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION :
1. mauritius Island
2. Hentian Island, terengganu
3. Penang-makan makan
4. Korea-winter sonata hikhik
5. balik kampung pahang..hehe

(9) FIVE REASONS YOU ANSWERED THE SURVEY :
1. sebab terharu di tag oleh mamafami @ teman blogger
2. just for fun
3. nak dapat award teddy bear
4. boleh tag orang lain plak
5. because of the freindship la

(10) FIVE PERSON TO TAG :
1. kak D House of Satay
2. Erma Halamanku
3. Nurindah
4. Ummiaffaf
5. Ena -Zarina Lovelykitchen

Sangat terharu jika kawan-kawan sudi ambil award ni..sayang semua..






Hadiah Dari Teman


Assalamualaikum..

Dapat hadiah dari teman maya. Wah cam best je bunyikan. Waa cantik meriah tul bunga roses tu, cam nak gigit kunyah kunyah je. Uikk, bunyi cam spesis ikan pirana plak kan. Mekasih kak atie, smoga sudah sihat dan ceria, alhamdulillah... sekadar berkongsi:

Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutuskan 2 malaikat kepadanya, seraya berkata: "lihatlah kalian apa kata hambaku, jika dia berkata alhamdulillah, maka diberithukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata: Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya, kemasukkan dia ke syurga, dan jika Aku menyembuhkannya Ku gantikannya daging yang lebih baik daripada daging nya serta darah yang lebih baik daripada darahnya dan Aku hapuskan pula keburukannya.

Friday, April 23, 2010

KUIH LAPIS

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal al QURAN
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud ;
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


Assalamualaikum..


Dah minum petang semua? Emm..kalau rajin ada la menu petang kan. Kuih lapis ni buat sebab sangat teruja tengok kuih lapis kak Watie tadi lapis-lapis coklat. Hari tu pulak geram tengok kuih lapis kak Yatie. Semua resepi kuih lapis tu dah copy tapi di kiv dulu. Yang ni resepi kak Noorma, saya cuba buat. Tapi buat separuh adunan dan saya kurangkan gula. Sedap, lembut dan lemak. Tapi kalau guna santan serbuk ni kurang dia satu je, aroma santan sebenar tu tak de kan.. Pape pun, ngap dalam mulut..kenyang..Ada lagi nih, sapa nak angkat tangan..hikhik..

Kak Noorma, mintak izin cnp ye resepi ni untuk rujukan diri sendiri nih.


Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


Note izah: Saya kukus dalam acuan kicik2 ni, dalam 3 minit je selapis, pastu last kukus 15 minit.

Puding Roti

ASAL KEJADIAN NERAKA dan LUASNYA NERAKA


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu. YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH.......AMIN. ...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w...: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah..
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?' Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w.. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s..a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummat mu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai').

Assalamualaikum..

Salam bersua dengan entry tertunggak, agak tiada idea nak bercerita panjang. Alhamdulillah, abang Bais dah nak makan dan menelan makanan. Dah tak demam dan sihat dan menyanyi lagu 'aku'. Entah la lagu apa, tapi selalu kalau tengah main toy, selalu die akan nyanyi'akuuuuuu', dengan irama harmoninya..huhu..

Berkongsi tazkirah yang diberi oleh mr suami, semoga hati kita tidak lalai dan hati kita dalam golongan hati-hati yang selamat. Semoga dapat baca di atas dan merenung diri kita membuat muhasabah diri. Tu pun untuuk ingatan saya sendiri ni.


Ni la menu entry tertunggak yang sangat sedap, meluncur laju ke tekak. Dah ramai pun menikmati puding roti ni kan. Saya je ketinggalan zaman skiit. Satu family suka, abang Bais pun selalu mintak,'nak juk nak juk' dalam kata bahasa lebih mudah 'nak sejuk nak sejuk' bersamaan nak puding sejuk tu la. Hikhik..hidangkan mr suami, kejap je licin tauuu.

Resepi untuk rujukan sendiri dari kak Hana yang comel ituww. Yang katanya sdang berdiet.. Opsss..spekulasi nihh. Jangan maree. Akan tetapi puding saya tak secantik kak Hana. Boleh klik dan pergi tengok puding die yang cantik itu.


Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara:

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Thursday, April 22, 2010

Award: Dari E-na



Assalamualaikum..

Yeehaaa..dapat award nih.. trimakasih trimakasih.. award yang asli gitu yang telah ditembak sendiri oleh si Ena ni di Nabana No Sato. Best la kan die dapat pegang picit cium bunga cecantik ciptaan Allah ni. Buat Ena trimaksih, happy engagement aniveseri, teruk tul dak ena ni semua aniveseri nak sambut tau! Tapi sebab 30 april ni so special to her, so happy alwaz ok. Semoga persahabatn maya kita dapat menyemarakkan ukhuwah fi sabilillah..dan moga dapat ketemu satu hari nanti. Sapa nak jenguk umah Ena di sini.

Wednesday, April 21, 2010

Muffin Coklat Cheese

SIRAH: Penyayangnya Rasulullah SAW

Pada suatu hari, Rasulullah memendekkan bacaan surah dalam solat subuhnya. Baginda hanya membaca al-Mua'wwizatain iaitu surah Al Falaq dan surah an Nas berlainan dengan kebiasaan. Kebiasaannya baginda selalu membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa baginda memendekkan solat, baginda menjawab: "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya."

Satu hari Rasullullah SAW melalui hampir dengan rumah Fatimah dan baginda terdengar tangisan al-Hussien. Baginda bersabda kepada Fatimah: "Tidakkah kamu tahu bahawa tangisannya menyakitiku."

Rasulullah SAW juga pernah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi', anak kepada anak perempuannya, semasa solat. Ketika bangkit baginda mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya.

Al-Hassan dan al-Hussien pernah menunggang belakang nabi SAW ketika baginda solat(sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh).
[sumber: Ustaz Zahazan Mohamed-Anakku Hebat Anakku Soleh]


Assalamualaikum..

Semoga semua teman diluar sana sihat dan ceria.. Hari ni saya tak berapa nak ceria sebab dok pikir dan memikir menu apa agaknya yang boleh membuka selera si abang Bais yang demam dan ada ulser dalam mulut. Kesian dah dua hari tak mau makan dan minum pun sikit cenonet. Memulanya demam panas badan malamnya, esoknya pulak tengok bibir merah, check dalam mulut ada bintik-bintik merah lama-lama jadi putih pulak. Dan saat itu mulalah dia dok kemam air liur, bila dah penuh dia kasi leleh je kat mulut. Tak mo makan dan tak mo minum. Buat sup pun tak mau, nasi, roti, gula-gula, air susu, air putih, kek, dan sebagainya semua tak mau. Muka pun nampak pucat, main pun tak mau, eh main jugak tapi sambil baring depan tv je. Mulut dok kemam airliur, tak mau juge telan air liur. Tak mo cakap, of course la karang kuar plak air liur tu..so akhirnya, lepas SK balik (opss ni penangan si erma sik SK SK ni..) lepas hubby balik opis, pi la klinik..doktor cakap tekak die dah bengkak sangat sebab tu tak mo telan air liur. Pagi ni alhamdulillah, dah makan roti 2 keping setengah dengan minum air putih. Tapi dok meregek lagi la..biasa la tu kannn..


Panjang sungguh muqadimmahnya..tu baru muqadimah? hikhik...Jadi semalam dalam dok pening dan melayan si abang yang demam tak sihat dan dalam kecemburuan si adik tengok ummi dok bekepit dengan si abang, saya pun tercuba la muffin cheese ni. Kot la boleh membuke selera budak tu. Ish..ish..ish..tak terbuke juga, kalau tak muffin mcm ni die sangat gemar. Yang berseleranya ummi dia jugak. Sedap muffin ni, saya suka muffin yang lembut manis-manis lemak macam ni. Yang gambo meleleh tu versi penuhkan satu cup semua bagi cepat sikit kerja, natijahnya...huhu..

Resepi ni amik kat rumah kak Zana yang mcm mcm menu ado tu. Kak saya minta izin cnp ye. Trima Kasih.




Bahan2 (menghasilkan 10 biji muffin spt di atas)
80 gm mentega*
60 gm gula halus*
150 gm cooking chocolate*
5 keping slice cheese /cheddar cheese* (versi saya:3 keping cheese,2 sudu makan krim cheese spread, kes tak cukup slice cheese)
2 biji telur
esen vanila
2sk baking powder**
100 gm tepung gandum**
**ayak bersama
hirisan badam utk hiasan (saya letak serbuk kelapa kering je, eh sodap jugek)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 C
2. Satukan bahan * dan cairkan menggunakan kaedah 'double-boiler' sehingga cair n sebati. Angkat dan sejukan sebentar.
3. Kacau telur + esen vanila sekadar meratakan putih n kuning dan masukkan ke dalam 2 dan kacau sebati (guna senduk atau wisk)
4. Masukkan tepung n kacau secara kaup balik.. jangan over kacau ek..
5. Masukkan adunan ke dlm paper cup n hias dgn badam
6. Bakar selama 25 minit 180 C


Opss ada gak jelly pandan ni nak inteprem. Buat jelly ni kot tekak orang demam nak menda sejuk manis lembut kan..tapi gagal..sup pun tak mau apakan jelly cenggini.

Tuesday, April 20, 2010

Moist Chocolate Cake

"Firman Allah, maksudnya: "...bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Sekiranya kamu mendapati ada sifat dan perangai mereka yang kamu tidak suka, mungkin disebaliknya ada kebaikan (hikmah) yang banyak"-(Surah An Nisa:19)

Sabda Nabi SAW, bermaksud: Tanda kesempurnaan iman seseorang kamu ialah yang terbaik akhlaknya dan sebaik-baik akhlak ialah yang terbaik pergaulan dengan isteri"-(At Tirmizi)

Assalamualaikum..

Semoga semuanya sihat dan sentiasa menambahkan ketaqwaan dan kesabaran untuk menjadi orang-orang yang disayangi Allah. Mudah-mudahan...



Kali ni nak tayang kek coklat pulak. Sebagai rujukan saya dan berkongsi bersama keenakan kek coklat ni. Rata-rata dah biasa dengan resepi ni, dan saya pun tak melepaskan peluang nak mencube resepi ini juge. Kek ni memang sangat moist. Kek ni dah lama dah buat, minggu lepas atas pemintaan orang jauh. Actually saya dah dua kali pun buat kek coklat ikut resepi ni sebab hubby memang suke kek moist macam ni. Setengah buat dalam loyang kek dan saya kukus. Selebihnya lagi bakar dalam loyang muffin. Dua-dua pun moist. Resepi yang saya amik dari umah kak Yatie nun jauh di sana. Boleh juge jenguk umah kak yatie yang macam-macam menu juadah memikat hati tu.


Untuk resepinya saya cnp dari kak yatie. Mintak izin ye kak.

Bahan Bahan (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)

3 biji telur
2 cwn gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1 cwn susu segar
1 cwn minyak jagung/m.masak
1 cwn air panas didih
2 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil rata serbuk nescafe*
1/2 cwn serbuk koko*
2 sudu kecil baking soda*
1 sudu kecil baking powder*=>* diayak

Cara-cara
Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan dahulu.
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang, masukkan esen vanilla, garam dan minyak.
Masukkan pula susu dan letak air panas. Setelah itu, masukkan tepung dan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul sebati.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain supaya air tak menitik atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dngn api sederhana.
Sapu loyang dngn sedikit butter dan alas kertas minyak. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum di potong.
Kalau suka bolehlah di sapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2.

Bahan Topping
1 cwn susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar minyak jagung/masak
1/2 cawan serbuk koko
Cara-cara
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan kacau sentiasa dengan whisker dan masukkan esen vanilla, kacau lagi. Bila telah pekat dan berkilat (dlm 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yg telah sejuk.


=>Kek ini boleh juga di buat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yg dialas kertas muffin atau cupcake. Selamat Mencuba....

Sunday, April 18, 2010

Pandan Cheese Cake

Firman Allah bermaksud: " Hari Kiamat (hari manusia meninggalkan dunia ini) ialah hari di mana harta dan anak-anak tiada memberi manfaat kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat."- (As Syu'araa:88-89)


Assalamualaikum...

Diharap semuanya diberi hati hati dikalangan hati orang-orang yang beriman dan selamat. Semalam rata-rata banyak yang membuat entry tentang kematian penyanyi Malaysia yang kemalangan jalanraya. Itulah hidup mati itu benar. Mati itu benar. Kubur itu benar. Renungkanlah sebentar agaknya bagaimana sepi kah kita di kubur berseorangan atau diterangi dengan cahaya amal baik kita? Kematian itu selalu menginsafkan....


Kali ni berkesempatan juge nak membaking kek yang menjadi poojaan hati. Duk jenguk kat umah Cik Mat Gebu dah berapa kali. Duk usha menu2 kek yang sangat lah mengancam tu. Suka kek gebu macam ni. Gebu dan moist skit. Wangi bau pandan dan manis yang sekadar je..sedap untuk dibuat minum petang. Asalnya difahamkan dari blog kak Hana Jepun. Saya cnp dari blog Cik Mat. Mintak izin ye Cik Mat.....


BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan.
Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

Saturday, April 17, 2010

Nasi Butter

"Makan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." -(Al-A'raf:31)

Rasulullah bersabda, bermaksud: Tidak ada satu tempat pun yang diisi oleh anak Adam, lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya, supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."- (Tarmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)

Assalamualaikum...

Wah teruja rasanya bila blog saya di geledah oleh Ben dalam segmen barunya Geledah Dapur. Kalau nak join bleh terus ke entry sebelum ni dan klik kat ben tu. Boleh la join sesaja tambah kenalan dan ilmu.


Nasi for our dinner. Nasi butter ni amik kat umah Mummyseri dan asalnya darri umah kak Jun . Best juga mencuba nasi macam2 ni. Tak de la nasi putih je kan. Katanya sedap dimakan dengan coleslaw ke..ayam panggang ke..wah bestnya. Macam biase nasi ni ada taste lah...lembut dan menawan tekak. Resepi ni saya cnp dari dapur mummyseri je ye. Mintak ijin..


Resepi Nasi Mentega @ Butter Rice Bahan2nya :

4 cawan beras
1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1/2 cawan kismis

Cara-cara:
Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi (saya tumis dalam kuali baru campak dalam periuk nasi). Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.

Saya makan nasi ni dengan lauk biasa2 je. Ni ada coleslaw resepi dari kak yani@myR. Sedap makan nasi dengan sayur macam ni. Resepi pun saya cnp dari MyR juga. Atau boleh jenguk kesana.


1/4 biji kubis
1/2 biji lobak merah
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar

Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

note: Saya hanya guna susu segar ganti sour cream dan limau kasturi ganti lemon. Wah tetap menawan hatiku rasanya.

Dan ini antara lauk yang dimakan dengan nasi butter ni. Lauk mudah je.. Daging goreng kacang panjang. Menu campak-campak jek. Perasa dengan lada itam skit, oregano serbuk skit dengan sos tiram. Wah mudah tul keje masak2 kali nih. Bila nasi tu dah warna-warni cam tak perlu lauk heavy2 kan. Enjoy ujung minggu!!

Friday, April 16, 2010

Segmen Geledah Dapur oleh En Ben




Salam semua. Ni segmen baru En Ben Ashaari pulak. Ku tunggu dan menunggu terjah blog ibu eh silap jelajah blog ibu oleh Ben tapi tak juge muncul. Ni entry pasal segmen baru dia plak, geledah dapur. As requested by En Ben:

1. Header Ben Ashaari.
Tuh dah ade dah belatar belakangkan warna merah. Kalau masuk blog die slalu cam panik jap takut warning malware detected sebab warna merah. Opss jangan marah.


2. Keterangan ringkas mengenai blog.
Blog untuk berkongsi resepi dan sedikit ilmu ingat mengingati. Apaa resepi yang sudah dicuba dan apa menu yang menjadi kegemaran keluarga. Terutama sekali himpunan resepi muffin yang telah dicuba dan ternyata menjadi kegemaran ramai.

3. Menu Istimewa.
Seperti tajuknya, muffin jadi keutamaan saya, sebab satu family suka. Setiap resepi muffin yang baru dicuba dan disukai oleh family adalah keistimewaannya. Semuanya istimewa laaa. Mungkin juge ini. banana crumb muffin.

4. Dari mana tahu Segmen.
Memang follow blog En Ben. so tau la segmen ni. dok cek tiap ari kot blog ku sudah di jellajah kan..tau kat sini.

Jadi buat teman teman jika mahu dapur dijelajah boleh cuba jelajah dulu blog si ben ni. Jangan bagi Ben membebel.

Blueberry Finger Bun

Dari Ibnu Umar r.a berkata sesungguhnya Nabi SAW bersabda, bermaksud: "Wahai kaum perempuan, perbanyakkanlah sedekah dan perbanyakkanlah pula memohon ampun. Sesungguhnya saya melihat kalianlah (orang perempuan) yang terbanyak masuk neraka." Berkata salah seorang perempuan di antara mereka yang mendengar sabda Nabi itu: "Mengapa kami (orang perempuan) yang terbanyak masuk neraka?" Lalu Nabi menjawab:"Kamu banyak mengeluarkan kutukan dan engkar kepada suami. Saya lihat kamu kurang akal dan kurang beragama." Kata perempuan itu:"Apa kekurangan kami tentang akal dan agama?". Jawab Nabi:"Saksi dua orang perempuan sama dengan saksi seorang lelaki dan perempuan beberapa hari tidak melakukan sembahyang inilah kekurangan agamanya."- Diriwayatkan oleh Muslim.

Assalamualaikum..
Harap kawan semua sihat dan sentiasa ceria dan tak lupa bersyukur atas ni'mat Allah yang tidak terhingga.


Alhamdulillaah. Pecubaan pertama saya meroti bluberry roti ni menjadi. Sukenyee sampai nak melompat-lompat rasanya. Bila ngunyah pertama kali meni'mati kelembutan roti ni rasa nak nangis (copy ayat nurindah) hehe.. Mana tak nye, pertama kali buat jadi lembut dan kekal lembut hingga esoknya.Walaupun roti saya buat ni tak la comel macam kengkawan yang lain punya. Sangat berterima kasih dengan kak nor dengan resepi ni. Semangat nak buat sebab ramai kawan2 dah cube buat roti ni. Pada sesapa yang tak cube meroti lagi, meh meh cepat. Memang tak rugi, lembut macam roti kat pasaraya2 terkemuka yang ader kat Malaysia nih. Wah promote slalu baik punya.

Saya guna tangan je uli. Ambil semangat dari kak Yatie yang buat Bun Pandan nye menggunakan tangan je. Anak-anak pun suka, suami pun suka makan cicah sambal. Tuh anak anakku memasing tengah ngap roti tuh. Rasa macam nak buat lagi dan lagi dan lagi..hehhehee..konon je ayat tu..Tapi semuanya saya tepek dengan kastard je atas tu, sebab kastard tu bila buat dapat banyak. Anak pun tak berapa suka rasa blueberry atas roti tu.



Jadi sapa nak cube saya copy resepi dari kak nor ni. Akak, saya mintak ijin ye..trima kasih..

BLUEBERRY FINGER BUN

doh:
380gm tepung high protein (tpg roti) (Tepung roti saya guna 280g + tepung gandum 100g..kes tepung roti dah abeh)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux (boleh search kat blog kak nor :water roux @ blog mamafami)
30gm butter
30gm shortening

topping:
blueberry filling (diblend halus)
kastard

kastard:
1 cawan susu fresh
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula
~~
campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
kacau supaya tidak berketul/hangus
masak hingga sedikit pekat
padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan


Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
Rehatkan lebih kurang 15 minit.
Ambil sebiji doh dan canai nipis.
Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.



Wednesday, April 14, 2010

Nasi Jagung

" Riwayat Hasan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu syaidina Ibrahim bin Rasulullah SAW, bahawa Nabi SAW bersabda, bermaksud: Mana-mana wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya dan suaminya pula redha dengannya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sebagaimana puasa (sunat) fi sabilillah kaum lelaki. Jika mereka merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambahkan lagi pahala yang tidak terkira (kerana terlalu banyaknya). Apabila ia melahirkan anak dan menyusukan anaknya dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susu (yang diminum anaknya) Allah balas dengan satu kebajikan. Bila ia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya (yang sekejap-sekejap terjaga kerana lapar, sakit dan sebagainya), maka Allah beri dan tambah lagi pahala sama seperti membebaskan 70 orang hamba dengan ikhlas."

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah selesai tugas menidorkan sikecik bedua tuh. Jenuh bersilat dengan si kecik tuh, segala selawat, zikir, cerita nabi cerite dongeng semua keluar, maka baru tu la mata mereka terpejam kepenatan dengor cerite macam-macam ada. Dah sunyi sepi ni baru la seronnok nak buat entry.


Nasi Jagung ni buat for our dinner. Memikirkan si abang Bais suka makan jagung, so nak try buat nasi jagung ni. Tapi nama pun suka jagung, bila kite hidang nasi ni kat die dengan ayam goreng dengan harapan baik punya dapat membangkitkan selera die, die boleh kutip jagung je, nasi die tak mo makan. Betuah punya budak.

Nasi ni ambil resepi kat MyR dan penyumbang resepinya yang bernama Akma_4th@myR. Sedap dimakan dengan apa-apa lauk yang digemari. Lembut, wangi dan tak de rasa rempah yang heavy. Sebab die mengguna bahan basic menumis tu je. Cuma saya gunakan mentega mengantikan minyak sapi yang out of stock. Ramai juga yang dah mencube resepi ni dan semuanya sangat menyukainya.


Nasi jagung ni saya makan dengan lauk rendang ayam. Rendang ayam pulak saya amik resepi dari Chef Otai kite Chef Hanieliza. Simple je bahan die tapi best. Saya suka rendang yang rasa simple macam ni.


Untuk sayur pulak saya buat sayur cendawan campur dengan sawi. Sesuai ke dengan nasi jagung ni? Ish tak kisah la sedap je..sayur ni main campak2 je..tumis bawang putih, pastu campak capsicum skit, filamen ketam skit, cendawan dan sawi dan sos tiram. Layan..

Jom layan resepi Nasi Jagung. Terima kasih Akma berkongsi resepi dan saya copy n paste je.

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 cm halia (dihiris memanjang)
2 camb minyak sapi
2 camb minyak masak
1 cawan frozen corn
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras
air secukupnya
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau atau merah (saya tak guna pewarna)

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan frozen corn dan beras yang telah dibasuh. Gaul sehingga rata.
Masukkan susu cair, air, daun pandan, garam dan pewarna. Sukatan air mengikut keperluan beras masing-masing. Sy guna petua sukatan air sebyk dua ruas jari telunjuk dari paras beras.(saya sukat air una satu ruas je jari telunjuk dari paras beras. Begantung jenama beras memasing)
Setelah masak, hias dengan hirisan cili, bawang goreng dan daun bawang.
Sesuai dimakan dengan gulai ayam/daging, cendawan bersalut atau ayam goreng berlada. Mengikut citarasa masing-masing.

Muffin Pandan

" Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engkau memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah ditaati, dan jika ditinggalkan di rumah ia menjaga maruah dirinya dan hartamu"- (riwayat An Nasaie)"

" Sabda Nabi SAW, maksudnya: Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat dia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai" -(Riwayat At Tabrani)"


Assalamualaikum... Selamat pagi semua kengkawan. Semoga sihat dan sentiasa menambahkan keimanan kita pada yang Maha Kuasa Maha Penyayang dan Pengasih...Ya Allah.

Alhamdulillah... Dapat jugak menggodek buat muffin pandan yang diambil resepinya dari blog Mamafami otai kite tu. Wah kenmain lagi wangi baunya. Masa dok membancuh bebahan die pun dah menusuk hidung, apa lagi la masa dia tengah mengembang kat dalam oven tuh, haruummm maniss baunya. Memanng sedap muffin nih, rasa lemak-lemak harum dan manis yang sangat sesuai dengan citarasa tekak. Sebab muffin ni tak manis sangat cume manis-manis buah yang tak berapa manis.

Pada penggemar muffin pandan atau kuih yang rasa pandan sangat la senang untuk buat muffin nih. Boleh buat anytime je. Muffin yang dalam gambo tu yang perang-perang tuh lagi sedap sebab rangup-rangup skit. Saya letak atas tuh serbuk kelapa kering. Heehe.. Almond nibs tah mana plak disimpan tak jumpee. Sedap...

Mamafami mintak halal saya copy n paste je ye. Semoga pemilik resepi ni dipanjangkan pahalanya kerna berkongsi dengan kite.


MUFFIN PANDAN

Ingredients :

200g flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
1/2 teaspoon fine salt
120g castor sugar
200ml coconut milk
100ml corn oil
2 eggs
1 teaspoon pandan paste
1/2 teaspoon pandan essence
a few drops green coloring
Sliced almonds or almond nibs or any toppings to your liking

Method :

1. Heat oven at 190 C. Prepare the muffin cups with paperliners.
2. Sift flour, baking powder, bicarbonate soda and salt. Add in sugar and mix using a whisk.
3. In another bowl, mix coconut milk, corn oil, eggs, pandan paste, pandan essence and green coloring. Mix well.
4. Pour the liquid into the dry ingredients. Mix lightly using a whisk. Mixture might be lumpy.
5. Spoon the mixture into the prepared papercups. Sprinkl with almond nibs.
6. Bake for 25 to 30 minutes.