"Makan minumlah (tetapi) jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." -(Al-A'raf:31)
Rasulullah bersabda, bermaksud: Tidak ada satu tempat pun yang diisi oleh anak Adam, lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya, supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."- (Tarmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)
Assalamualaikum...
Wah teruja rasanya bila blog saya di geledah oleh Ben dalam segmen barunya Geledah Dapur. Kalau nak join bleh terus ke entry sebelum ni dan klik kat ben tu. Boleh la join sesaja tambah kenalan dan ilmu.
Nasi for our dinner. Nasi butter ni amik kat umah Mummyseri dan asalnya darri umah kak Jun . Best juga mencuba nasi macam2 ni. Tak de la nasi putih je kan. Katanya sedap dimakan dengan coleslaw ke..ayam panggang ke..wah bestnya. Macam biase nasi ni ada taste lah...lembut dan menawan tekak. Resepi ni saya cnp dari dapur mummyseri je ye. Mintak ijin..
Resepi Nasi Mentega @ Butter Rice Bahan2nya :
4 cawan beras
1 1/2 inci buttercup (ketebalannya)
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1/2 cawan kismis
Cara-cara:
Basuh Beras. Toskan. Cairkan mentega dalam periuk nasi (saya tumis dalam kuali baru campak dalam periuk nasi). Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras. Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
Sedap dimakan dengan ayam goreng, coleslaw kentang putar.
Saya makan nasi ni dengan lauk biasa2 je. Ni ada coleslaw resepi dari kak yani@myR. Sedap makan nasi dengan sayur macam ni. Resepi pun saya cnp dari MyR juga. Atau boleh jenguk kesana.
1/4 biji kubis
1/2 biji lobak merah
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar
Cara-cara:
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
note: Saya hanya guna susu segar ganti sour cream dan limau kasturi ganti lemon. Wah tetap menawan hatiku rasanya.
Dan ini antara lauk yang dimakan dengan nasi butter ni. Lauk mudah je.. Daging goreng kacang panjang. Menu campak-campak jek. Perasa dengan lada itam skit, oregano serbuk skit dengan sos tiram. Wah mudah tul keje masak2 kali nih. Bila nasi tu dah warna-warni cam tak perlu lauk heavy2 kan. Enjoy ujung minggu!!
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)
ReplyDeletepandora jewelry
ReplyDeletegolden goose
off white nike
jordan shoes
yeezy boost 350 v2
longchamp
supreme
yeezys
air jordan
golden goose sneakers
check my blogthis contact form click to read moreadvice useful referenceinvestigate this site
ReplyDeletereplica bags korea replica bags wholesale india replica bags louis vuitton
ReplyDelete