Cerdik Hati: "( Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." Surah Ali Imran:191
Sabda Rasulullah SAW pula, maksudnya: "Orang yang paling cerdik adalah yang sentiasa mengingati mati."- Riwayat ibnu Majjah dan Ibnu Abidunya.
Assalamualaikum.. Salam di pagi hari, dan semoga kita mencari kecerdikan sebenar dihati kita, insyaALLAH.
Mengepau pulak dah. Pau ni dah lama buat, last week untuk kudapan bebudak bedua tu. Buat kecik-kecik je bebesar telur ayam tu je. Senang bebudak tu nak ngap, walaupun si abangnya sakit mulut time tu. Tapi habis la juga dua biji kat dia. Buat dua inti, inti kaya pandan dan inti coklat nutella. Sapa nak, angkat tangan, ish ish..dah abesss da..
Resepi tuk pau ni tak berapa pasti dari mana, sebab dah lama sangat ada dalam simpanan dan tak tulis pulak source nya. Dah berapa kali buat guna resepi ni dan memang lembut paunya naik. Sesungguhnya memang tak ingat amik kat mana resepi, antaranya dulu suka jenjalan kat fotopages mamaFami, chef Hanieliza, dan ada lagi kawan2 mamaFami fotopages tu. Maybe dapat kat situ dan semoga pemilik resepi ni dipanjangkan pahalanya.
Resepinya:
500 gm tepung Pau
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil dough softener
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
2 sudu besar shortening
250 gm air suam
Inti secukupnya dan mengikut citarasa
Caranya: Saya tak berapa pasti cara sebenar, tapi cara saya yang nak mudah aje ni, saya campurkan semua bahan, uli sampai doh lembut. Biarkan doh kembang 2 kali ganda, buat bulat2 pau dan isikan inti, biarkan kembang lagi dan kukus selama 15 minit.
Note: Petua yang saya dapat, yis kurang berkesan bila disatukan bersama garam @ marjerin. Jadi saya larutkan dulu yis dengan air suam kemudian campurkan semua bahan.
Cantik gebusnya kuih pau Izah ni. Mama rasa, mama belum pernah buat kot resepi ni... nanti bolehlah try test uji kaji... hehehe...
ReplyDeletesalam kenal izah. ni kak g dari jom masak-masak.
ReplyDeletesite akak tu, cuma nak letak resepi utk my daughter, nnt bila dah tak ada lagi, dia tk ada mama nak refer pasal masak, bolehlah dia cari kat sini :)
thanks ye sudi datang.
Mamafami..
ReplyDeleteaisemen..yeke bukan mama nyer reesepi. rasanya ada la saya klik klik kat geng2 mama tu..tak ingat dari mana resepi ni..
Ogy Rosli..
ye saya dah tengok semula kat jom masak2. o akak la pemiliknya. betuah si doter tu ade tempat rujukan tau,mama buat specel lagi..saya pun tumpang rujuk ye kak