Friday, April 23, 2010

KUIH LAPIS

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal al QURAN
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud ;
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


Assalamualaikum..


Dah minum petang semua? Emm..kalau rajin ada la menu petang kan. Kuih lapis ni buat sebab sangat teruja tengok kuih lapis kak Watie tadi lapis-lapis coklat. Hari tu pulak geram tengok kuih lapis kak Yatie. Semua resepi kuih lapis tu dah copy tapi di kiv dulu. Yang ni resepi kak Noorma, saya cuba buat. Tapi buat separuh adunan dan saya kurangkan gula. Sedap, lembut dan lemak. Tapi kalau guna santan serbuk ni kurang dia satu je, aroma santan sebenar tu tak de kan.. Pape pun, ngap dalam mulut..kenyang..Ada lagi nih, sapa nak angkat tangan..hikhik..

Kak Noorma, mintak izin cnp ye resepi ni untuk rujukan diri sendiri nih.


Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak


Note izah: Saya kukus dalam acuan kicik2 ni, dalam 3 minit je selapis, pastu last kukus 15 minit.

5 comments:

  1. çok güzel olmuş.elinize sağlık.iyi günler

    ReplyDelete
  2. Salam Dik.....teruja Akak so rajin & so cute!

    ReplyDelete
  3. salam izah..cantiknya izah melapis....nanti dtg umah ambik bunga yer..

    ReplyDelete
  4. meknun..
    thanks for drop by

    Gumus Tepsi..
    thanks for your comments..

    Watierman..
    saya dah amik semangat akak ok..hikhik..geram tengok kue akak tu laa

    azatie...
    trimakasih bunga roses tu..dah tampal punn

    ReplyDelete