Tuesday, April 20, 2010

Moist Chocolate Cake

"Firman Allah, maksudnya: "...bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Sekiranya kamu mendapati ada sifat dan perangai mereka yang kamu tidak suka, mungkin disebaliknya ada kebaikan (hikmah) yang banyak"-(Surah An Nisa:19)

Sabda Nabi SAW, bermaksud: Tanda kesempurnaan iman seseorang kamu ialah yang terbaik akhlaknya dan sebaik-baik akhlak ialah yang terbaik pergaulan dengan isteri"-(At Tirmizi)

Assalamualaikum..

Semoga semuanya sihat dan sentiasa menambahkan ketaqwaan dan kesabaran untuk menjadi orang-orang yang disayangi Allah. Mudah-mudahan...



Kali ni nak tayang kek coklat pulak. Sebagai rujukan saya dan berkongsi bersama keenakan kek coklat ni. Rata-rata dah biasa dengan resepi ni, dan saya pun tak melepaskan peluang nak mencube resepi ini juge. Kek ni memang sangat moist. Kek ni dah lama dah buat, minggu lepas atas pemintaan orang jauh. Actually saya dah dua kali pun buat kek coklat ikut resepi ni sebab hubby memang suke kek moist macam ni. Setengah buat dalam loyang kek dan saya kukus. Selebihnya lagi bakar dalam loyang muffin. Dua-dua pun moist. Resepi yang saya amik dari umah kak Yatie nun jauh di sana. Boleh juge jenguk umah kak yatie yang macam-macam menu juadah memikat hati tu.


Untuk resepinya saya cnp dari kak yatie. Mintak izin ye kak.

Bahan Bahan (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)

3 biji telur
2 cwn gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
1 cwn susu segar
1 cwn minyak jagung/m.masak
1 cwn air panas didih
2 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil rata serbuk nescafe*
1/2 cwn serbuk koko*
2 sudu kecil baking soda*
1 sudu kecil baking powder*=>* diayak

Cara-cara
Ayak bahan2 yg bertanda * dan ketepikan dahulu.
Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah kembang, masukkan esen vanilla, garam dan minyak.
Masukkan pula susu dan letak air panas. Setelah itu, masukkan tepung dan bahan2 yg di ayak tadi. Gaul sebati.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain supaya air tak menitik atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dngn api sederhana.
Sapu loyang dngn sedikit butter dan alas kertas minyak. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum di potong.
Kalau suka bolehlah di sapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2.

Bahan Topping
1 cwn susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar minyak jagung/masak
1/2 cawan serbuk koko
Cara-cara
Campurkan susu, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan kacau sentiasa dengan whisker dan masukkan esen vanilla, kacau lagi. Bila telah pekat dan berkilat (dlm 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yg telah sejuk.


=>Kek ini boleh juga di buat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yg dialas kertas muffin atau cupcake. Selamat Mencuba....

4 comments:

  1. Salam, Izah... moist sungguh nmpknya yang size loyang tu.. lelehan coklatnya mbuatkan mataku tak bkelip..

    ReplyDelete
  2. Salam Izah, wow menjadilah moist chocolate cake tu...ada lagi tak...nak rasa sikit...kecur pulak tngk lelehan coklat tu...yummy..

    ReplyDelete
  3. Salam Izah, sempat juga buat kek ye? kek ni mmg sdp kalau dimakan ramai2 tp kt rmh akak ni jarang buat sb 3 org je, tak abis mkn.

    ReplyDelete
  4. Sari Yusa..
    hikhik.. memang moist la..cube nanti ek. kalau dekat dengan ampang ni kan ku hantar seikit kek lelehan ke rumah mu..wah!!

    Yatie.
    kaka yatie, saaya tepegun kek ni kat umah kak yatie tu yang amik buat tu. thanks kak..

    ZanaFahmi..
    kek ni senang je nak buat. kire sempat la buat sebelum bebudak tu mengamuk semua kan.hehee..cube buat separuh adunan, sah abes makan punya..

    ReplyDelete