Wednesday, March 25, 2015

Puding (agar-agar) Roti Marble



Assalamualaikum

Saja taruk perkataan agar-agar , agar bisa dipahami bahawa bila sebut puding roti tu tak lah tersilap ngan puding roti yg bakor makan ngan sos kaastard tu.kaaann...
Ini resepi kak Hana. Ulang sekali lagi RESEPI KAK HANA JEPUN balik KUANTAN. ngeee
Puding kegemaran anak-anak tak kira la musim panas melengit atau musim tengkujuh hatta musim salji. Memang mereka akan makan tanpa jemu. Yang agak melampau nya sekali hadap je dah habis. Biasaaa dia..
Saya post skali lagi resepi ini dengan sedikit perbezaan cara sukatan nya. Tapi ianya masih resepi KAK HANA. Haa hurup beso koo. Haha..
Makcik.. ai tukor sikit sukat nya tu ye. Supaya senang tak yah bateri scale aku habis nak timbang. Hahaha..



PUDING ROTI MARBLE

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula kastor

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

2 sb mentega
1 sk esen vanila



Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.







6 comments:

  1. Saya dah cuba buat...tapi kenapa x kerad punnn.lemmbikkkk

    ReplyDelete
  2. Baru buat. Sedapppp. Cuma saya letak seen vanilla terlalu sedikit, tak sukat. Ada bau telur sikit.

    ReplyDelete