Monday, March 30, 2015

Kuih Bom Kentang


Assalamualaikum

Cemana hari kamo kamo semua?
Ada ok ka?
Saya mcm biasa.. lepas menghantar anak-anak ke sekolah, balik rumah menjalan kan rutin seorang suri sura, dan setel kan apa yang patut. Pas tu  laju laju menghapdate belog. 
Kejadian bom ni disebabkan teruja tengok biz kak Yatie membuat kuih muih frozen. Dan di antaranya kuih bom kentang ni yang hangat di pasaran. Nak  ngoder ngan kak yatie jauh nun di selatan. So saya menggerakkan badan yang agak badak ni utk membuat kuih yang tak perah lagi saya buat, hatta bom biasa tu pun.
Bahan basic je, so mmg ada je kat dapur. Uli uli ula.. dah siap n goreng. Kebetulan suami mmg ada dirumah berehat kerana tidak sihat. *formal betui ayat. Asal ayat berkenaan suami je dan dan formal. Memang tanda-tanda istewi solehah la tuh. Hhahaha.. 
So incik hasben pun makan laju je kuih ni, sampai gaduh plak anak-anak tak cukup. Dan dan mak buat muke, sbb malas nak menggoreng . kikiki... Banyak dapat ni, Saya buat half adunan je.
Kuih yang lembut dan sedap. Saya buat inti kacang , tapi saya penggemar inti kelapa. Rasanya kalau inti kelapa lagi aummmm mulut aku mcm rimau.ngeee

Jom buat kuih simple ni. Resepi asal dari kak Besah My r. Terima kasih kak Besah.




KUIH BOM KENTANG

Bahan-bahan ( sepinggan penuh )

  • 2 cawan padat kentang lecek
  • 11/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • inti kelapa secukupnya
  • bijan utk menggolek
  • minyak utk menggoreng terendam



Cara-cara

  1. gaul & uli sebati kentang lecek bersama garam & tepung2 segingga mnjadi doh yg bleh dibentuk. tambah sesudu dua santan @ air jika perlu. jgn sampai terlembik ya..
  2. mcm biasa, bulat2kan inti dengan menggenggamnya dgn kuat spaya padat.
  3. Dsc03434
    ambil sejemput doh, leperkan, isi inti dan kelim kemas. bentukkan bulat.
  4. Dsc03435
    golekkan pd bijan. lalu dimasukkan kedalam kuali berisi minyak.
  5. pasang api dapur dan gorenglah hingga perang..
  6. onde2 kentang ni ada beza gak rasa dia.. ia lbih lembut tau..











7 comments:

  1. Salam kak izah.. kalu kat ganu tun cari inti ikan.. sedapnyerrr.. nk buat malas.. penat buat sekali je masa pegnen sbb nk makan sgt2 tp xde jual. tak berjaya buat bolat comel mcm nih.. pastu dh hbs baca tips pon dia degil nk gak meletop dlm kuali.. huhu

    ReplyDelete
  2. Tun.,
    Akak buat resepi ni mujur x meletup. Risau jugak kot meletup. Alhamdulillah, sebab akak mmg xsuke menda meletup bila goreng, trauma,

    ReplyDelete
  3. mesti sedap nih! kalo bom keledek pernah buat.. bom biasa pun pernah buat gak... versi kentang lom pernah try... malas betol nak uli uli ula skrg nih.... vitamin M berleluasa....

    ReplyDelete
  4. kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

    ReplyDelete