Tuesday, July 13, 2010
Kuih Lapis Pulut Hitam
Assalamualaikum... Maaf ye pada sapa yang kenen kenen bubur pulut itam tu. Dah habis... Ampoon, dah habis baru nak menunjukkan. Tak pe tak dapat makan bubur, moh kita makan kuih lapis pulut hitam ni. Ya Allah..memamng sangat sedap lah. Ni versi derhaka dengan resepi Kuih lapis pisang. Atau pun dalam kata lain versi di alih bahasa dari resepi kuih lapis pisang. Nak tengok versi yang benar dan jujur boleh klik sini.
Sebenarnya bubur pulut itam tu lebihnya letak dlm peti ais, bila dah masuk peti ais mulalah tak mau nak makan dah. So saya buat kuih lapis ni hasil dari bubur tu. Jangan tak caya, memang sedap. Jadi sapa sapa yang tak dapat bubur yang dah bawak mangkuk sekali tu, boleh la saya hulurkan dengan kuih lapis nih. Alamak...kuih lapis pun dah habis....ampooonnnnn....
Kuih Lapis Pulut Hitam (Adaptasi dari Kuih Lapis Pisang)
Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(saya guna 1/2 cawan)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 1/2 cawan pulut hitam yang sudah direbus lembut
1/4 cawan air rebus
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna (terpulang kepada selera masing2)
Cara Membuat:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pulut hitam(B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan satu lagi dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Oh Izah betapa rajinnyer melapis.. lapisan yang kemas n mengujakan... nak 3 potong.. bilalah nak jd rajin cam izahni.. he he he
ReplyDeleteerma..jangan la sebut rajin ma...haku ni besa besa je...ada time, anak tak meragam ..saya pun ada la waktu selesa di dapur...kalau idak..hmmm bergolek golek je depan tv melayan anak2...tapi karang kalau deme lapooo...hakakkkk jugak nak kena layan..huhu
ReplyDeletesalam izah..betul kata halamanku tu. rajin betul izah melapis. klu akak, leftovers semua masuk tong sampah at the end.hehe
ReplyDeleterajinnya cik izah ni melapis...ada lagi ke pulut itam tu..boleh pos gi subang...nak rasa sepinggan boleh izah...
ReplyDeletehuwaaaa sana sini org melapisss! kenapa aku tak melapis ar??! uishhh pelik pelikk.....
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeletenape lah semua org dok melapis2 ni, cantik2 pulak tu. Nape lah akak tak sekreatif ni. Kalau bab2 kuih camni memang selalu fail.
jiya bab melapis lemah betul.. sbb nak duk bertenggek melapis sampai siap. ahehehehe! kalo makan.. mmg nomot satuuu!!
ReplyDeleteain..
ReplyDeletehaipp..buang yee..hehhe..kak ain, saya pun lebih kurang je.tapi sayang pulut hitam ni sedap.memang tak buang nyer.tapi dari tersadai memenuhkan peti, tu yg buat bubur tu. sekejap je licin kak
mas..
habis mas..bukan je tak lepas ke subang, nak keluar ampang pun tak sempat..hehe mas subang dekat ngan sunway piramid ekk..best mandi kat situ
kak hana.
ha ah..napa kak hana jarang melapis.kak hana tak suka kot..tak pun kak hana tak de pisang mcm rumah ai..ala..kak hana buat kuih lapis bluberi je la..ayyakkk
kak aidah..
ye ke kak..cube buat ikut resepi nih..kompom jadi.dulu pun tak reti gak,pakat beli je kak..ngehehe
jiya..
hohoho..sabo je la ko jiya..skali skal stim muka ok tuh..memang la nak ke dapur melapis tu sabar sikit.lapis memula ok cantik, kedua ok..ke3, ke 4, ke 5..hah..letak je la semua..dah jadi kuih talam..hahhaa