Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh di jalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Assalamualaikum.. Bubur ni buat bukan tuk brekpes ye. Buat untuk minum petang. Beras pulut hitam pemberian ibunda yang telah bersiar siar ke Sabah baru baru ni. Menurut kata ibunda tercinta saya itu, berkata kepadanya si penjual beras pulut ini, bahawasanya beras ini di tanam di kawasan bukit di sebuah kawasan di Sabah. Keunikan beras ini berdasarkan cakap-cakap penjual tersebut ialah kelembutannya yang lain dari beras pulut biasa yang terdapat di Semenanjung tanah air.
Setelah anakanda kepada ibunda saya tadi telah mencuba membuburkan pulut hitam ini, ternyata memang lembut dan tidak perlu masa yang agak lama untuk merebusnya. Anakandanya sangat gembira dapat menghirup bubur yang sedap ini bersama anakanda anakandanya pula. Meceeh ibunda. Untuk resepinya:
Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam
1 biji kelapa parut, ambil 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
½ cawan gula (sedikit gula kabung/gula melaka)
½ camca teh garam
2 helai daun pandan
Cara:
Bersihkan pulut hitam dan rebuskan hingga empuk. Masukkan gula, santan cair dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam. Kacau hingga rata dan angkat.
sape yang menceduk tu...lepas tu compom masuk mulut izah..he..he..sedapnya..lama dah tak makan bubur pulut hitam...ada lagi ke izah, dah bawa mangkuk ni..
ReplyDeletehehehe..kompom ngaap la mas..dah abeess..saje tayang time dah abess,hahaha...
ReplyDeletehuhuhuhuh dah habis ye zah....hajat nak mintak barang sesudu...xpelah....lain kali kalo buat,roger2 ye
ReplyDeleteadoyaii...aku suka bubur pulut hitam. Ada lagi 1/2 kampit..harus buat jugaakk ni..
ReplyDeleteSalam Izah.. baru erma terfikir2 naper warna n bentuk agak berbeza... selalu kepurplean kan? camana lak rasenyer?
ReplyDeleteizah..sedapnye..ishk..drolling..slurppp..:D
ReplyDeletelendanuar..
ReplyDeletehokey kak lenda..ada lagi tu setengah kampit..kompom buat lagik..bubur je la idaman hati..
TTM..
ngeehh...buat jangan tak buat..jangan nanti letak gambbo 10budak itam sudah..hikhik..
erma..
mmmm lebih kurang la warna dia cam ni la gak ma...rasanya mcm pulut itam tu la tapi berasnya tu lagi lembut la...masa merebus tak la lama sangat...rasa?kenapa nak berahsia..kikiki..mmg seeedaaaappp.. sebab kite ni gemor bubur nih
kamalia..
uissh..lap lap..nanti basah lappy..hehehee...