Wednesday, July 14, 2010

Baked Jam Filled Donuts



Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Petang semalam bila nampak kat rumah kak Ummi donut ni, makin la teringin nak buat. Hari tu lepas ada kat rumah Gert, ternampak Mummyseri yang berseri seri tu dah buat. So dengan tertanya tanya bagaimanakah rupa doh yang melekat lekat di tangan dan agak2 rupa adunan kek tu, saya pun menggodeknya di dapur. Hihiihi..dalam erti kata yang lain, ni donut yang penuh dengan kesabaran. Bukan aje tuan pembuatnya kena sabar, pengacau pengganggu ummi ni pun kena sabar.

Alkisahnya, kalau saya duk bermain dengan tepung, ada la pembantu tak bertauliah ni pun terjengul tepi tiak saya ni nak membantu atau menggangu. Biasanya dia akan colek atau culik adunan doh yang dah siap. Semalam bila dia culik sikit adunan doh tu, apa lagi..habis melekat la kat tangan dia. Dah rupa serangga lekat kat sarang labah labah dah. Bengang la si Bais bila tepung tu dah melekat habis kat tangan dia. HAHAHaha..sebagai ibu yang mithali, saya pun gelak je kat dia. Pepandai dia la nak tanggalkan tepung yang melekat kat tangan tu. Habis kain tuala, dinding, kerusi, meja semuanya di sapu tangannya tu nak hilangkan tepung. Muahahhaa..

Berbalik pada tajuk..Maceeh kak Ummi sebab dah translate resepinya. Mintak izin copy versi kak Ummi yang rajin ni. Boleh juga tengok kat tuan resepi, Gert. Thank you. Versi Mummyseri dan versi Sue.



Baked Jam Filled Donuts
Source: Gert
Copy: Kak Ummi

Bahan:-
1/4 cawan air suam
1 tsp sugar
1 tsp yis kering
2 ½ cwn tepung
½ tsp garam
¼ cup gula kastor
3 tbsp mentega yang dicairkan
1 biji telor
¾ cwn susu segar suam
• 2 tbsp mentega cair – for sapuan
• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabur



Cara-Cara:-
Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.
Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telor dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).
Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.
Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).
Ratakan sikit doh lebihkurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.
Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (*akak set 175C). Sapukan donut td dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.
Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan.

14 comments:

  1. Izah.. x nak buat nak makan jek hu hu hu.. baca lembk.. lekit.. cam takut nak cube..psssttt takut x jadi ke tong pulok.. he he he nak 3 ketui zah.. syedap cam kat D.Donut.. he he he

    ReplyDelete
  2. hehhee..kang erma jadi cam serangga lekat kat sarang labah2...ala ma..saya guna spatula tu..sapu ngan shortening.potong bulat2..insyaAlah jadi..aipp..pi buat nanti

    ReplyDelete
  3. Salam Izah...wawwaaaahh dah buat eh..weeyy elok cantik jek xyah letak dlm papercups pun...tp mst tangan mcm kena sarang labah2 kan..hahaa..cabaran sungguh..apapun tahniah la menjadi versi Gert ni, versi akak tu ala2 nk senang jek..hahaa

    ReplyDelete
  4. izah..cantik la donut tu. nampak gebu pulak...teror la...entah bila mas nak buat, macam susah je...makan kat rumah izah jer la...

    ReplyDelete
  5. haiihhhh menggoda aku pulak nak buat! hmmmm... biler nak buat nih yer?! sekarang?? esokk?? lusaaa?? taun depan?! haihhhhh! pantang diseru!!

    ReplyDelete
  6. salam izah..suke nengok donut ni ayu gitu..stoberi jem jugek ek..sedapkan..

    ReplyDelete
  7. Salam Izah,
    Bagi akak 5 ketoi jelah....mmng nmpk berseri2 donut ni...akak mng suka kalau kuih cantik2 ni...berselera je nak mkn...

    ReplyDelete
  8. kak ummi..
    memang cabaran dan kesabaran..cuit hujung jari pun dah tahu kak melekatnya. dah tu, pakai sarung tangn plastik la,lumur minyak pastu potong guna pisau plastik.slamat..ngehehhe

    mas..
    cabaran nih...tapi kalau tangan mas tu mesti jadinya..tapi kepala kena ligat la nak guna apa bagi mudah n tak melekat

    kak hana..hehehee.sekarang gak la kak hana..pi buat...agak2 melekat tu, boleh wat facial..hahha

    ReplyDelete
  9. mummyseri..
    tu la seri..sedap sebab jem strawberi dengan buah2 apa tah dicampur..tapi yang picit jem nyer brapa ketul je, yang lain cicah sambal bilis..ngahahaa..kantoii..lidah melayu

    ReplyDelete
  10. kak yatie..
    hamboi kak..saje je mintak 5 ketoi ye..hehhe..buat la kak before mengemas tu...sambil ngemas sambil tunggu doh naik..ha...logik tuh..

    ReplyDelete
  11. salam izah...gelak baca pasal bais-sesajer je mendera dak kecit tu :D apa2 pun mmg nampak sodap tu-blh try tu :)

    ReplyDelete
  12. surrender lah kalau byk benor cabarannya ni...hihiiii ambik yang dah siap posing tu je la bawa balik..;-p

    ReplyDelete
  13. Salam Izah,

    donut mengancam kalbu...sedap la...tinggalkan knur seketui..

    ReplyDelete
  14. deliah deli..
    hehehe..bior dia blajo skit..asik nak ngaco mak nye je..skali skala mendera mental dia..hehe

    ena lovelykitchen..
    kikiki..aipp terai la..camne sifu serender cepat nih...

    nuridah..
    knur...knur lambt sampai.tercicir ketapi..donut pun dh abess..hihi

    ReplyDelete