Wednesday, April 22, 2015

Asam Pedas Kak Anim Terrrbaikk..


Assalamualaikum

kemain susah nak menaip untuk entry ini.Atau untuk entry yang akan datang.
Semuanya gara-gara si kecik korek huruf kat keyboard dan kunyaah. Ko hadeerr.. Stress makkk.
Saborr jela anak. Rongak banyak keyboard mak ko niha. huhu..


Lama dah saya menyimpan impian nak masak asam podeh ni. Memang dah lama tak masak. Dulu duluu duluuuu pernah la masak di awal terbinanya mesejid cinta. Ngee.. pas buat tu,mcm kene sumpah, tak pernah masak shingga lah ke hari trjasinya asam podeh resepi dari kak Anim.
Ianya simple tapi cukup rasa dan aroma. Saya guna binatang mana yang ada jela. Ikan kembung je ada. Tapi sedap u olss. Kak Anim tq kak.




Asam Pedas 
by anymz my kitchen 

bahan2 

1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping
-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan 
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar 
15 tangkai cili kering-di kisar 
1 labu bawang besar-di kisar 
3 ulas bawang putih-di kisar 
2 batang serai-di kisar 
sedikit belacan-jika suka-di kisar 
3 batang daun kesum-ambil daunnya 
2 batang bunga kantan-di belah dua 
1 kiub pati ikan bilis garam secukup rasa 
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le 
1 st serbuk kunyit minyak untuk menumis 

cara
 Panaskan minyak di dalam periuk Tumis bahan2 kisar hingga naik bau Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis Masukkan air asam jawa Masukkan juga ikan dan daun kesum Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan Jerang hingga terung masak Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api Sedia untuk di hidangkan.














Thursday, April 16, 2015

Kek Coklat Padang Bola


10x10

coklat moist cake

cheese buttercream

MU image


wa 0135122180





Tuesday, April 14, 2015

Blueberry Cheese Cake - frozen






Kek blueberry Cheese

9"

frozen image

wa 0135122180






Bun Kaya - Resepi Roti dari Ibundo


Assalamualaikum

Kak Anim suke guna resepi roti dari belog ibundo ni untuk tmpahan rotinya.
. So saya pun mencuba untuk di buat bun kaya.
Memang ternyata lembut dan sedap. Ia juga bergantung bagaimana kita nak menggayakan roti kita tersebut.
Meroti memang menggembirakan bila kita mendapat hasil yang kita idamkan.
Buat yang masih was-was hendak membuat homemade roti sendiri jangan bimbang. Dan jgn ada alasaan untuk tidak mencubanya. Jika belum ada bread maker itu memang bukan alasannya.
Saya juga bermula dengan uli tangan. Hatta yang dah ada bread maker pun kadang-kadang mnggunkan tangan utk menguli doh roti. Hasil nya sama.. cuba lah..

terima kasih kak Anim dan Ibundo.







RESEPI ROTI SOSEJ
by: Ibundo

Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye.  (Kalau nak uli pakai tangan boleh juga. *Boleh campurkan mengikut turutan. Uli sehingga sebati. Kemudian bahagikan doh kepada portion yang lebih kecil dan uli hingga elastik.)

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Bakar sehingga masak.





* izah tak buat sosej tapi buat bun. ikut berapa gram yang kita mahu.bulatkan  ,leperkan dan intikan dengan kaya. Buat hingga habis dan tunggu doh kembang. Kemudian bakar sehingga masak. Kelihatan permukaan roti kelihtan perang.










Frozen Birthday Kek- happy birthdy Mia





Rainbow kek with cheese cream
9"

wa 0135122180









Kuih Kaswi Kak Azie yang sangattt sedap



Assalamualaikum

Kuih kaswi antara kuih eevergreen. Kuih orng lama yang masih diterima sampai sekarang.
Mungkin cara memaasak nya agak mudah, jadi kuih ni masih banyak dijual di pasar mlm atau di tepi jalan .
Tapi kadang2 ada yang tidak menepati citarasa . Ada yg kurnaag lembut, ada yang kurang manis.dan sebgainya. Tapi kuih kaswi yang saya cuba kali ni mmg kene dengan tekak saya.
Kuihnya lembut sangat  walaupun dah sejuk.
Kuih ni saya kukus malam, dan keesokkannya baru dipotong. 
Kuih kaswi yang melekit sangat sesuai digolek pula bersama kelapa parut bergaram.
kepada penggemar kuih kaswi , saya syorkan untuk mencuba rsepi ni. Resepi dari belog kak Azie yang mmg terbaik.
Trima kasih kak.saya share disini pula ye.tq




Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
*daun pandan - izah masak gula bersama daun pandan bertujuan memberi bau wangi kepada kuih.
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.




Thursday, April 9, 2015

Pink Blue Frozen Kek.. kek birthday untuk Zahra Khadeeja


Kek Coklat Moist
2 kg
Cheese krim




Bersama apam polkadot biru pink juga

wa 0135122180







Wednesday, April 8, 2015

Ayam Masak Serai Kak Azie


Sedap!!
Lauk kegemaran anak anak saya.
Jom check resepi dari kak Azie ni.
Terima kasih akakkk...


Ayam Masak Serai
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil (sebesar 2inci x 2 inci)
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Gula

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
1 serai

Cara caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya

Tumiskan bahan bahan yang telah dimesin dan serai sehingga agak garing. Masukkan sedikit air. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering. Masukkan  sedikit gula dan sesuaikan rasa.

Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas panas atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.







Monday, April 6, 2015

Kek Lapis Jem yang sangat sedap dan lembut


Assalamualaikum

Takziah buat keluarga mangsa tragedy helikopter yang terhempas sabtu lepas.
Alfatihah buat mereka yang terkorban. 

Suwit kan kek ni. Bukan je dlm gambar, memang kat luar pun kek ni kelihatan suwit. Kek ni saya buat sebab si Muaz mencabar uminya buat kek mcm iklan kat tv tu. Ala.. iklan apollo ke london chocoroll. Ehh ingat umi tak weti ke. See my ferut la... ngeeee

Kek ni bahaya. Sangat bahaya. Bila dah siap dipotong, kita makan sambil lumba lumba suap dengan anak-anak. Skali hadap mcm hapa tah anak beranak. Haha.. habis... agaknya semua lupa nak baca doa. Ntah makhluk lain makan sekali hapa. Buruk perangai betull.. Jom la terai kek ni. Sedap sedap sedap.
Terima kasih ena lovely.




RESEPI KEK ROSE LAPIS JEM STRAWBERRY
resepi: ena-lovely


Bahan A:
  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sb ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa Ros / vanila
  • Sedikit Pewarna merah
Bahan B:
  • Jem Strawberry Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A kecuali butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 - 10 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 2 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna merah, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan garisan seperti dalam gambar 1. 
  10. Ambil lidi sate atau hashi (chopstik) dan lorekkan seperti dalam gambar 2. 
  11. Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit. 
  12. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan seperti Gambar 3.
  13. Menggunakan pisau kek potong kepada 2 bahagian.
  14. Sapukan nipis jem strawberry secara lembut di permukaan kek lapisan bawah.
  15. Letakkan lapisan yang bercorak di atas sapuan jem tadi.
  16. Buang cooking sheet, potong kecil kek dan susun di atas dulang hidangan.
  17. Sedia untuk di hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.











Thursday, April 2, 2015