Tuesday, January 28, 2014

Krim Coklat (homemade)... Sedapp




Assalamualaikum

Dah lama berangan nak meroti coklat. Tapi banyak pulak menu2 lain yg ada dalam kepala. Kadang2 tak tahu mana satu nak dibuat dulu. List resepi yang nak dicuba jangan cakap la kemain panjang nya. :) Pegang2 tepung roti tapi menu lain pulak yang dibuat. Gitu la saya adanya...

Tatkala terpandang kak Madihaa post rotinya, meruntun2 hati nak try. Tengok tengok.. ..itu lah kenapa berblog itu penting..kerana dapat menaikkan semangat kawan blogger yang lain. Bukan naik semangat aje ..naik kg pun iye.. haha.. So tanpa berlengah lagi saya pun sediakan krim coklatnya.

Saya tak buat guna resepi kak Diha share tu sebab dah pernah cuba sebelum ni. Saya nak try resepi lain pulak yang di share oleh kak YaNI. Ada penggunaan cooking coklat dan makinlah chocolaty nya krim ni. Anak2 cakap sedapnya inti coklat tu macam gula2 cadbury. Katanyaaa...

Terima kasih kak Yani. Saya share di sini pula ye :)




KRIM COKLAT


bahan
40 gm coklat masakan
300 gm susu segar
40 gm gula
30 gm tepung jagung
12 gm mentega
18 gm serbuk koko


cara
Campurkan susu segar,  tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk dan kacau sehingga tepung jagung tidak berketul. Masak atas api sederhana sambil di kacau sekejap kemudian masukkan coklat yang dipotong bersama gula. Kacau sehingga pekat dan licin. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati.
Sejukkan dan sedia digunakan.















8 comments:

  1. meh sebalang jah...
    roti dlm oven tu....sapu tngh panas2...perhhhh

    ReplyDelete
  2. Mcm sedap jea..copy dlm yea kak izah

    ReplyDelete
  3. Oh ini untuk inti roti ye, mkn dgn roti beli.pun sedap jgk kan

    ReplyDelete
  4. Boleh dicuba ni Izzah... aduh makin berderet list akak... bila ada kerajinan macam iza ni :)

    ReplyDelete