Wednesday, April 24, 2013

Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum..

Pulak dah.. gambo lupa nak letak watermark. gasaklah. Tak sempat dah
Bukan la boleh berlama2 depan laptop nih..
Ok ..kek ni dah lama dibuat..cume sayang pulak kalau resepinya tak disimpan dlm blog ni.
Sebab dah 2,3 kali gak buat kek ni
Saya memang suke kek ni. siyes suke kek2 yang berbau harum nescafe.
Texturenya pun mmg terbaeekk.
Terima kasih cik Mat..
 Kek ni saya potong 2 dan letakkan ganache coklat ditengah.
Tengah siok2 pikir nak deco kek, nak surprise ala2 org yg nak diseperais tu balik lampu padam gelap gulita tibe2  kuar kek ngan lilin terang sambil ada kior nyanyi lagu epi besday... *konon je. Dan dan org tu boleh balik awal plak hari tuh. Sapa yang terseperais sebenarnya ek. Tak sempat habis pikir. Dan tak sempat diseperais..Lepas  gelak2 sengeh2.. haa amik deco tak de arah tujuan tuh.. hehe
Guna buttercream cheese. Simple deco yang mmg payah nak jumpa dimana2 pun. hehe

 
  

MOIST CHOCOLATE CAKE
sumber: cik Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.















Tuesday, April 23, 2013

Red Velvet Cheezy Marble Cake


 Assalamualaikum..

Kek ni sedap..
Tapi saya dah terover bake dia. Sebab dlm dia tak mau masak.. bila set time terlama pulak.
Jadi nampak geseng. Tapi alhamdulillah still moist n yummy.
Bila dah semalaman rasa dia lagi sedap.
Terima kasih kak Fida..dah lama simpan resepi ni.
Nampak pulak kak Yatie buat ngan kek gojes diblognya.
Haa..kek kak Yatie ngan kak Fida shantek tau. Saya ni kek hentam mana sempat namanya.
Memang tak leh berlama2 kat dapur.
:-)


RED VELVET CHEEZY MARBLE CAKE
resepi: Kak Fida
sumber: Kak Yatie

 Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

Bahan A :-
  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt *izah guna yogurt
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
 
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
 
 
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  9. Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  10. Bakar selama 20 min atau hingga masak.






Monday, April 22, 2013

Tempaham Apam Polkadot, Bees dan Laybugs





  Permintaan apam Harimau Malaya versi comel skiit :-)





Order apam aneka for goodies.




OREO CUPCAKES dan order


 Assalamualaikum

Mengkapkek pulak.
Simple je nak buat kapkek oreo ni.
Resepi saya amik dari belog cik Mat Gebu dan direkemenkan oleh Datin Jai.
Tq Datin dan CMG.
Layaann kapkek gebu dan mudah ni... :-)




  
OREO CUPCAKE 
sumber: cik Mat


BAHAN-BAHANNYA :
 
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan



BAHAN BUTTERCREAM :
 
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry.




Dan ini sebahagian gambar order cup cake oreo size mini.
100biji.











Friday, April 19, 2013

Mee Kari Ibundo (bebola daging)


Assalamualaikum

Asal resepinya ada bebola daging.
Sejarah masa masak mee kari ni adalah semasa i baru aje lepas menonton 1 video pembikinan daging hancur di sebuah negara xtahu kat mana, dan dek kerana "oh man" nya i semasa menonton video tersebut, maka  i  decide tiada sebarang penggunaan daging lembu, daging kambing dan daging kuda dlm mee ni.
Jadi lah dia mee kari biasa2 sahaja.
Sebab tu i buat dalm kurungan yang bebola daging tu.
Tapi bila i tepek n pandang balik mee kari ni.. sangat lah lapar semula me kari.
Helpppp..
Jom tengok resepi. Terima kasih ibundo yang saya dapat dari cyberhousewife.
Terima kasih cyberHW sebab dah olah resepi ni.
Saya follow je.



 
Bahan:
2 bungkus mee
400 gram ayam/tulang
2 bungkus fishball
Santan dari 1 biji kelapa
4 sudu besar rempah kari (campur 2 sudu rempah kari daging Baba's dengan 2 sudu rempah ikan Adabi)
1 cube stok ayam
beberapa helai daun kari
asam keping
garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili kering

Bahan hias:
tauge dicurah dengan air panas sekejap
sawi dicelur
tahu digoreng kemudian dipotong
cili merah dihiris
telur rebus
bawang goreng
daun sup/bawang dihiris
 

Cara-cara:
  1. Campurkan bahan kisar dan rempah kari dan gaul rata. 
  2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah kari serta daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan ke dalam periuk rebusan ayam/tulang.
  4. Apabila ayam empuk, masukkan santan dan fishball.
  5. Bubuh cube stok ayam.
  6. Tambah asam keping dan garam secukupnya.


U ols tertanya ke video apa yang i tengok tu? Video yang memuatkan paparan mesin pengisar daging bersize besar gajah. Mesin kisar daging tu tengah berputar dan mereka hanya mencampakkan haiwan berdaging banyak ke dalam mesin tersebut yg mana haiwan itu dlm kondisi yang tidak dipotong2. Malah ada  lembu yang masih hidup di campakkan ke dlm mesin tersebut. Berbunyi2 erangan lembu itu sehingga senyap bila daging dah berkecai. owhh tragis.. Kuda pun ada dicampak terus. Besar.. kembang tekak semula daaa...

Bahulu Kacang Hijau


Assalamualaikum

Siyes insaf tengok tepung suji dah berulat. 2 kilo plak tu.
Jadah apa i beli sampai 2 kilo tepung suji.
err.. ada kesilapan teknikal. Bukan i yang beli tapi orang itu.
Orang itu tersilap baca gamaknya. Tepung suji i tulis 500gram. Tepung kastard 2 kg.
Balik2 rumah..nahh amik kau.
Tapi i redho je.. :P
Jadah citer tepung suji kat entry kacang hijo menjadi bahulu ni?
Siyes rimas i..i.. mengada plak rasa diri sendiri.
Ok.. xyah buang masa korang.. try jela tengok resepi nya ye.
Macam korang rajin sangat nak buat kan.
Akakkaa




BAHULU KACANG HIJAU
sumber dari SINI
 

BAHAN-BAHAN;
5 biji telur
11/2 cawan gula halus 1/2 cawan susu cair
1 sudu teh baking powder*
2 cawan tepung kacang hijau*
1 sudu makan tepung gandum*
{campurkan kesemua bahan * & diayak) 1 /2 sudu teh garam halus



CARA MEMBUATNYA:
~Pukul telur & gula sehingga naik & kembang.
~Masukkan susu cair dan garam.
~Diikuti dengan tepung sedikit sedikit sehingga habis.
~Biarkan pada speed 3 sekejap barulah matikan speed step by step hingga habis.
~Lanserkan sedikit marjerin dlm loyang..ratakan.
~Masukkan adunan,bakar pada suhu 160’c selama 20-30 minit @ sehingga masak(ikut oven masing2).
~Sejukkan dahulu baru lah di potong.








Thursday, April 18, 2013

Puding Triffle dengan Kek Roll buat sendiri


Assalamualaikum..

Dah berkurun I beli jelly rasbery nona nak buat triffle.
Tapi nak memuding je yang ketat sikit.
Lepas longgar2 kan sendi..baru terjadinya puding yang yummy giler ni.
My hubby cam xcukup 2 gelas tu. Anak2 plak makan yg dlm bekas kaca leper tu. Yang nampak sikit dlm gambor tu. Tapi diorang tetibe xmau jelly merah.. just nak makan kastard ngan kek sahaja. Tapi memang sedap sangat.
Kek i  buat sendiri sbb dah insaf nak guna kek roll segera siap tu. Manis yang amat!
So buat sendiri boleh ejas manis.
Try la time2 cuaca Malaysia panas hangat hotss ni. :-)


PUDING TRIFFLE

Bahagian bawah sekali.
KEK ROLL
i amik resepi kat blog kak Dayang. Cume i ejas bagi letak perasa pandan.


Bahagian tengah
 (KASTAD)
  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.


Bahagian atas
Jelly rasberry nona
Cara masak ikut sukatan yang dinyatakan di kotaknya.

Boleh la dilapis dengan buah2 segar atau koktail
ikut suka.
i letak buah2 segar



Untuk resepi yang lebih teratur detail dan senang untuk u ols hayati boleh terjah blog kak Lina.

 
Siyes gambar triffle ni cam pasrah je. Skrang kalau nak menembak pun sangat la sengit bertarung dengan waktu dan anak2. Hehe. Jangan la harap nak ada prop tambahan. Pulak2 nak try skil.. berangan je la. :(






Wednesday, April 17, 2013

Kuih Lapis Koko


Assalamualaikum.

Sekejap ada.. sekejap tak da.
Jadilah. asalkan masih ada.
Nak share resepi kuih lapis koko yang lembut ni.
Anak2 suka rasa cekelat2 pada kuih ni.
Terima kasih buat Mas duniaku dan khususnya buat kak Yatie.
Kerana berkongsi2 resepi yang sedap ini.



KUIH LAPIS KOKO
sumber: Mas

Bahan : 
1 1/2 cwn tepung gandum 
2 sb rata tpng beras 
2 sb rata tpng jagung 
1 sk garam 
1 cwn gula pasir 
5 cwn santan 
3 sb rata serbuk koko 
4 sb air suam utk bancuh koko. 
pewarna kuning - Mas x letak 


Cara membuatnya : 

Satukan kesemua tepung didlm mangkuk.Masukkan garam dan gula pasir. Masukkan pula santan dan gaul sebati.(saya masuk dlm blender kesemuanya) Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna kuning dan satu lagi letak bancuhan koko. Panaskan kukus dan balut penutupnya dngn kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi.Masukkan adunan koko 1 senduk dan kukus selama 5 minit. Setelah itu lapis pula adunan kuning selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan. Lapisan akhir sekali kukus selama 15 minit. Bila dah siap, sejukkan selama 1 jam dan boleh di potong. 





Wednesday, April 10, 2013

Karipap Koboi


Assalamualaikum

Nama sempoi.. koboi. 
Best la layan karipap simple ni.
Dah acap kali jugak saya buat karipap ni kalau anak2 nak.
Masa membuatnya tak la lama compare karipap berinti kentang n keledek tu.
Yang ni intinya telur.
Mudah dan anak2 memang suke.
Terima kasih kak Shiela - Spices Journey.



KARIPAP KOBOI
resepi: kak Shiela

INTI

5 biji telur
1 biji bawang besar*
1 cili besar merah*
1 biji cili hijau*
1 sk lada hitam - ditumbuk kasar
sedikit garam
sedikit minyak/butter untuk menumis

Cincang bahan yang betanda *. Pukul telur bersama garam dan lada hitam. Lada hitam ini penting untuk menaikkan aromanya. Panaskan minyak/butter, dan tumiskan bahan hiris hingga layu. Akhir sekali masukkan telur tadi dan masak secara scramble. Sejukkan sementara membuat dohnya.


DOH KARIPAP

500gm tepung gandum
1/4 cawan margerin
1/2 cawan minyak
220 ml air- anggaran
1 sk garam - anggaran

Panaskan margerin dan minyak masak hingga betul2 panas dan tuang ke dalam tepung. Gaul rata minyak panas tadi bersama tepung. AWAS,. gunakan senduk semasa proses ini kerana minyak panas. Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Apabila agak suam barulah masukkan air sikit demi sedikit dan uli sebati. Rehatkan doh selama 20 minit suapaya mudah dibentuk dan digelek. Jika tidak doh agak liat.

Bahagikan doh kepada beberapa bulat kecil dan lenyekkan membulat. Janga tebal sangat dan jangan nipis sangat. Masukkan inti dan kelim. Kemudian ulang proses sehingga doh habis. Bolehlah menggoreng. Goreng menggunaakan api sederhana. Elak mula menggoreng dengan minyak terlalu panas kerana hasil nya nanti kulit karipap akan menggerutu tidak cantik. Kerap balik balikkan karipap semasa menggoreng supaya masaknya sekata dan cantik. Hidangkan.