Friday, April 19, 2013

Mee Kari Ibundo (bebola daging)


Assalamualaikum

Asal resepinya ada bebola daging.
Sejarah masa masak mee kari ni adalah semasa i baru aje lepas menonton 1 video pembikinan daging hancur di sebuah negara xtahu kat mana, dan dek kerana "oh man" nya i semasa menonton video tersebut, maka  i  decide tiada sebarang penggunaan daging lembu, daging kambing dan daging kuda dlm mee ni.
Jadi lah dia mee kari biasa2 sahaja.
Sebab tu i buat dalm kurungan yang bebola daging tu.
Tapi bila i tepek n pandang balik mee kari ni.. sangat lah lapar semula me kari.
Helpppp..
Jom tengok resepi. Terima kasih ibundo yang saya dapat dari cyberhousewife.
Terima kasih cyberHW sebab dah olah resepi ni.
Saya follow je.



 
Bahan:
2 bungkus mee
400 gram ayam/tulang
2 bungkus fishball
Santan dari 1 biji kelapa
4 sudu besar rempah kari (campur 2 sudu rempah kari daging Baba's dengan 2 sudu rempah ikan Adabi)
1 cube stok ayam
beberapa helai daun kari
asam keping
garam secukup rasa

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
5 biji buah keras
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili kering

Bahan hias:
tauge dicurah dengan air panas sekejap
sawi dicelur
tahu digoreng kemudian dipotong
cili merah dihiris
telur rebus
bawang goreng
daun sup/bawang dihiris
 

Cara-cara:
  1. Campurkan bahan kisar dan rempah kari dan gaul rata. 
  2. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah kari serta daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan ke dalam periuk rebusan ayam/tulang.
  4. Apabila ayam empuk, masukkan santan dan fishball.
  5. Bubuh cube stok ayam.
  6. Tambah asam keping dan garam secukupnya.


U ols tertanya ke video apa yang i tengok tu? Video yang memuatkan paparan mesin pengisar daging bersize besar gajah. Mesin kisar daging tu tengah berputar dan mereka hanya mencampakkan haiwan berdaging banyak ke dalam mesin tersebut yg mana haiwan itu dlm kondisi yang tidak dipotong2. Malah ada  lembu yang masih hidup di campakkan ke dlm mesin tersebut. Berbunyi2 erangan lembu itu sehingga senyap bila daging dah berkecai. owhh tragis.. Kuda pun ada dicampak terus. Besar.. kembang tekak semula daaa...

12 comments:

  1. semangkuk jahhh.....

    ko tengok video tu bila jah....

    ReplyDelete
  2. looor jah kenapalah dok pi tengok video tuh...video tu sesuai utk vegetarian jek....cukup x sesuai utk canivor mcm i dan u..hihi
    suka tengok header baru IML..nanti kalau nak kuar Tv bagi tau awal2 yek..boleh akak bertapa depan tv1 tu..sebenornya dah lama dah x tengok channel tuh!

    ReplyDelete
  3. tngk mee kari ni jadi lapor sngt..bila terbaca kisah dlm video tu jadi kembang tekak....haishhhh ..kenapalah kau citer Jah ....he3...

    ReplyDelete
  4. kembang tekak kan izah tgk video tu... akak pun sama lepas tgk video tu.. rasanya berminggu2 juga tak selera nak telan makanan berasaskan daging hancur.. padahal dorang tu nak buat baja /makanan haiwan je pun.. kekekeke....

    ReplyDelete
  5. Assalam

    Mwana sgt suka mee kari...leps owes

    ReplyDelete
  6. takleh tgk mee kari...hati berdendang saje...

    ReplyDelete
  7. Menarik sangat nampak menyelerakan, tapi kalau buat kat rumah sure saya sorang yg kena habiskan

    ReplyDelete
  8. bebola lembu dah jd bebola ikan.. mmg ajaib la jah.. kekekeke... duyan crepe ada lg jah? kekekekekeke

    ReplyDelete
  9. http://eekshop.com
    Stacey and Dharmesh suite having to do with stationery has an outdoors flavour as they usually are being able to get married at London Barbican Conservatory. The cards have an all in one floral to build in by continuing to keep providing some one the outdoors setting. The in those days red sacred colour having to do with love and in line with the fortune was used both as a multi function principal colour. As jointly is that an all in one multicultural wedding, an abstract Ganesh rather than an all in one a widely used Ganesh image was used throughout the the invitation. To make the occasion really memorable and personal, their initials were used as a multi function monogram everywhere in the each item regarding the stationery suite. The overall change created is this : completely new and regal.

    ReplyDelete