Thursday, September 27, 2012

Red Velvet Cake Anna Qawina The Mabelesss


Nak tayang jugak kek ah sedap ah sedap..nikmatnya rasaaa..
First time merasa kek red velvet ni masa gader kat rumah kak Anim, yang dijadikan buah tangan oleh Anna Qawinna.
Disebabkan malu malu alah dong nak melantak kek kat rumah kak anim *malu la sangaaatt... , padahalnya perut sendat n ketat sangat dah melahap lauk pauk yg disajikan tuan umah 
:-P, Jadi saya pun order la pulak kek ni dengan arahan boss.


Bila kotak kek dibuka, auwwsome  betul rupe kek tu. Cute mcm ahkakk. ngee
Close up skeett


Deco dia sweet sangat, my incik suami spontan jek kata, napa cantik sangat kek nya. Hehe.
Kembang montot kak Tipah membaca ni khaaann.
Sweet kan ada munge2 kicik, trasa cam sambut anibesary yang tak pernah disambut.. 
Acara fotong memotong pun terjadi la selepas itu.
Tak perlu dikatakan brapa fotong orang yang memotong makan.
Budak2 lagi lerkan., sebab krim2 dia tu semuanya sedap bukannya muak. Rasa cm sekerim.

Fotongan dalam yang dibekalkan buat Bais ke sekolah.
Balik sekolah mcm bertih bercerita kek yang dia bawak menjadi bualan dan kegemaran kawan2.


Rasanya hari tu lagi banyak layer kan Anna? 
Tapi yang pasti layer tu dilapisi dengan cream cheese dan blueberry filing dengan kek yang lembut baldu.
*Tetibe imejin brapa percent haku dpt promote baik punya neh.
Hehe.. tapi xtipu tauuu.. kalau rasa biasa2 jek, ai tak buat entry istimewa ni. Na na na
So bagi siapa yang dah rasa2 terjilat2 krim yang sangat sedap dengan kek yang kebasah basahan dan selembut baldu ni, sila la mengorder dengan tokey sedang 'up' iaitu saudari Anna Qawina.
Order boleh di fb beliau dan di blog beliau yg disertakan emel beliau.



Tak rugi order sebab harga dia sangat sesuai dengan size dan rasanya.
Tq Anna!!!

Errr kek tu dah senget ke kotak sebab kesilapan yg telah dilakukan dengan sengaja oleh pembawa kek ini.
Tiada kene mengena dengan pembuat kek.
^___________^








Kek Coklat Milo Kukus


Assalamualaikum..

Coklat tak sudah sudah mokcik sorang neh..
Kena damping ngan hantu coklat ke? hihihii
Budak2 mintak kek coklat, ai follow jekk. 
Cari resepi kek yang kukus, sebab kalau kek coklat suke yang dikukus.
Jumpa la pulak kat myresepi yang ada penggunaan milo.
Nampak kat laporan tu cik Puan Mas mama si Adam dah pernah buat kek ni.
Skodeng belog beliau kejap, beliau mengakui kesedapan kek ni.
Zass ke dapur dan terhasil lah kek yang moist kebasahan, lembut dan sedikit padat tak gebu sangat la.
Sebab kek ni jenis moistt sangat..
Jom tengok lecepi nyer.. Dan terima kasih buat Hanismajid.
*nama tajuk ditukar sedikit utk membezakan kebanyakkan kek coklat kukus.






KEK COKLAT KUKUS
Resepi : HanismajiDmyr
Sumber rujukan : Mas Duniaku

Bahan : 

2 cawan tepung blue key 
1 cawan gula - izah guna gula perang 
1 cawan susu pekat manis - izah kurangkan
1 cawan milo 
1 cawan serbuk koko vochelle 
4 biji telur ayam 
1 cawan minyak masak 
1 cawan air panas 

 Cara membuatnya : 

Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. Masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar... Kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi Bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye.... Then boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantekkkk. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung Kukus selama 40 minit , Mas kukus 1 jam dah siap...kalo nak letak topping lagik best....





Nak share kat sini khadam saya yang serbaboleh. Hari tu dia cekap juga ke dapur, sekarang dia juga mampu "membantu" saya dimeja photography.. ikikiki


Menggubah bunga utk prop


Menyusun prop


err.. susun prop mengikut kata hati dan kreativitinya


Dan merasakan dirinya sangat penting sebagai prop tambahan. 
Fuhhh
^_________^





..








Wednesday, September 26, 2012

Biskut Coklat Chip Sapi




Assalamualaikum..

Masih terasa nak ngunyah biskut dak? Atau kat gobok dapur masih banyak bahan sisa sisa membiskut?
Boleh la cuba sekut simple ni, tapi bila kunyah tak reti reti nak berenti..
Saya memang mencari resepi biskut coklat chip yang sangaaat sedap yang saya kunyah time raya kat rumah sepupu saya. Bila kunyah sekut coklat chip nyer tu saya duk bayang bahan apa la yang dimasukkan skali membuatkan biskutnya tu wangiii, sedap sangat jauh la sedap dari kebanyakkan biskut cip cip yang pernah saya rasa, homemade waimma sekut kilang :-)
Akan tetapi masih fail nak bayangkan apakah secret bahan nya.
Bila tanya ngan geng sengal, si Anna bagi resepi berharga ratusan ringgit, tapi bebahan tak cukup pulak.
Jadi saya ejas2 dari resepinya tu dan resepi2 yang ada di internet.
Jadi lah resepi olahan dari saya untuk kamo kamo semua.. ecewahh mcm nak nyanyi kat konsert lak :-P
Syukur Allah sekut saya ni masih menepati piawaian tekak. Rangup, wangi dan lemak kekacang.




BISKUT COKLAT CHIP SAPI
by: izah

175 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula perang
1 biji telur
2 cawan tepung
1/2 sk soda bikarbonat
1 cawan coklat chip - kecil
2 cawan almon flakes/nibs
sikit vanilla essence


Cara:

Satukan mentega, minyak sapi dan gula perang ke dalam mangkuk yang besar. Kacau menggunakan handwisk sehingga sebati. 
Kemudian masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan pula tepung dan soda yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau.
Kemudian masukkan coklat chip dan kekacang.
Bentukkan menggunakan tangan bulat2 mengikut size yang disukai.
Bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
* Biskut ini akan meleper n mengembang sedikit. Jadi bila dibentukkan bulat2 akan menghasilkan biskut seperti gambar di atas.


















Tuesday, September 25, 2012

Kuih Belimbing


Assalamualaikum..

Sapa pandai2 kata ai makan kaswi, upgrade sikit makan kuih belimbing tau. hehe
Yer, sapa kata belimbing tak boleh dijadikan kuih.
Belimbing tu bersih kan, tos biar kering then celup tepung n goreng.
Jadi ler kuih belimbing nih... kiki sapa percaya sila angguk.
Tak la uolss... kuih belimbing ni cam kuih omputiss yang disebut churros.
Saya pernah buat churros, kejap jek licin.
So nak ngabiskan cekelat celup2 donut ritu, saya buat kuih belimbing ni pulak.
Ikutkan sira ngan gula je, tapi budak2 dengan coklat mana leh dipisahkan ye dak.
Saya buat dabel adunan ni bawah yang dapat resepinya dari belog kak Hana.
Tq kak..


KUIH BELIMBING
sumber: k hana


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 cawan air  
1 biji telur 
1 sudu makan marjerin/butter 
1 sudu makan gula 
esen vanilla 


Cara-cara

 Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Taburkan gula. Sedia utk dmakan!




Nozel yang saya guna tuk hasilkan kuih belimbing ni.

Monday, September 24, 2012

Donut Lembut salut Coklat


Assalamualaikum..

Donut lembut... ke donut gebu.. ke donut sedap.. mana satu nama glemer ek?
Rasa nak gile glemer boleh letak nama sendirik kan, Donut kak Jah.. *contoh.. :-P
Ok, donut ni resepi dan sukatannya dah saya combine dari banyak2 sumber yang saya dah try sebelum2 ni dan sepanjang kesenyapan saya dibidang up date mengupdate ni.
Jadi siapa2 rasa ni resepi dia punya, boleh je claim kat inbox komen.
Yela.. kadang org sok sek kat belakang cakap amboii pandai sangat kerr dia tuu nak cipta2 resepi, dapat ilham dari mimpi kerr nokkk.. kikiki..
Benornya resepi donut ni mmg saya dah try n error dari sukatan2 banyak2 resepi dan saya sangat berkenan dengan kejadian donut ni.
Dah banyak kali jugak guna resepi ni sebab mudah ingat n menggunakan sukatan cawan n sudu je.


Celup coklat tu permintaan budak2 nak donut mcm kat JJ *Jayajusco.- big apple.
Perghh karang kata donut apple pun kalah ngan donut ai, nangess lagi tokey big apple khann.
Hehe..
Jom cek resepi ekk


DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin



Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.



Khadam saya hari tu. muekekeke.. Kalau comot tu, sebab nila alasan nya..
Pekerja yang diambil kurang pengalaman







Friday, September 21, 2012

Selamat berangkat kak Nim n suami

Panggilan haji 
telah tiba lagi
menunaikan ibadah 
panggilan Baitullah


Tanah suci Mekah

ya Makkatul mukarramah


Assalamuaalikum..



Familiarkan dengan nasyid evergren , nasyid lama tu?

Sebelum tu, maaf dipinta sebab seminggu sekali update bermakna seminggu sekali jugak la sempat jenguk blog kawan2 yang hari2 berupdate. Memang korang uptodate punya olang.. Hehehe.. Saya slow sikit. Banyak perkara harus diselesaikan, ditunaikan, yang akan nanti kita dipertanggungjawapkan. :-)


Ye musim haji dah tiba. Hari ke sehari ramai jemaah dari Malaysia landing nun di tanah arab untuk menunaikan rukun islam ke-5. Dan termasuk jugak kakak blogger yang sorang ni, bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada ujung minggu ni. 



Dek kerana tak berpeluang dan bersama mendoakan dan meraikan bakal hajjah dan haji ni semasa kenduri doa selamat minggu ni, jadi last week berkesempatan lah saya dan beberapa blogger sengal Anna Qawinna dan Noorsha, turun ke Rembau berjumpa kak Anim. Berpeluang juga berjumpa kak Achik Erna yang cantik dirumah kak Anim juga seorang blogger. Antara gambar2 yang sempat dirakam.



 Sessi menyembang tak sudah2, tu belum bab makan lagi... ^____^


smile!!



awek pemalu.. 



Kak Anymz yang dikunjungi ramai saudara sahabat handai pada hari tersebut



Darwish dan Syifa




Err tengah jampi tuh


Gajah toys yg tibe2 mendapat perhatian ramai2.. ngeee



Syifa sibongsu



Nuryn Sufi Nadira.. Omputiss




Berbesar hati berpeluang bergambar bersama sebahagian keluarga kak Anymz dan suami, abang Tapa.
Dari kami semua, selamat menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan dan kemudahan beribadah di sana. 

Dan akhirnya terima kasih dengan layanan istimewa dari kak Anim sekeluarga dengan juadah dan senyuman.
^__________^









Friday, September 14, 2012

Agar-agar Pandan Kristal Jelly


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi peluang menghapdate belog ni lagi.
Selang2 hari pun ok la kan, yang pasti terubat jugak jari jemari menari di atas kibod neh.
Mood mengaaaaanntuukk sangat, semalam menyudahkan tempahan talam.
Bila kepenatan, memang tak pernah nak sempat snap gambar2 hasil orang order.
Jadi bila nak buat promosi memang kelautttt.. hehhee
Mcm tu jugak la dengan tempahan biskut2 raya baru2 ni.
Sangat bermasalah bila nak buat promosi semula, sebab tak de gambor2 yang mantop dan gah sket.
Salah sapa? tonyoh2 idung sendirik jela.


Comel dak agar-agar2 pandan jelly ni?
First time tertengok gambo kat blog kak Sue Joshua memang terpikat.
Pasti budak berdua penggemar agar2 tu happy bila disaji agar2 comel gini.
Memang pun happy giler diorang... Suke tengok diorang makan. Pulunn
Saya gunakan sumi jelly less sugar, so memang kene la dengan lemak manis agar2 pandan tu.
Dengan aroma sebenar daun pandan memang sedap, menarik dan cute kan.
Terima kasih kak Sue, saya mintak izin copy resepi untuk dikongsi di sini pula.
^-______-^



AGAR AGAR PANDAN KRISTAL 

Bahan-bahannya:

1 bungkus agar-agar tali (2o gm) *izah guna agar-serbuk 10gm
4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air) *izh guna cawan 250ml
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
1/2 cawan gula pasir *izah guna ukuran sudu dan cicip rasa manis ikut citarasa
10 biji kecil jelly yang telah siap (segera) *izah guna sumi jelly lebih 10 biji


Cara-caranya:

Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.






Wednesday, September 12, 2012

Apam Kentang Majalah Rasa


Assalamualaikum..

sejuk gigil pagi ni kome.
Apa perancangan hari ni? Buat sesuri rumah musti tengah berlegar2 memikir nak masak apa jap lagi sesambil jemur kain tu kan. Kalau yg diopis tah kan sibuk2 susun pinggan nak jamuan raya sat gi. Hamboii2 raya lagi kite ye dok. 

Lepas dah dihidangkan rendang, ketupat, mee sup, mee soto, lemang bagai..tekak ni tringin sangat nak makan apam. Tu diaa semua melayan nafsu tekak sendiri je kan. Anak2 nak kek cekelat tak buat2 lagi. Haishh.. Saja la gugel apam menda yang lain skit untuk dinikmati. lastnya jumpa la apam kentang resepi dari majalh Rasa yang di kongsi oleh kakak Rohah kita ni. Terima kasih kak..bila nengokkan gambor apam kentang akak, sangat ler mengujakan. Saya tak ikut semua mcm dlm resepi sebb tak cukup bahan tapi hasilnya masih apam yang lemak n harumm pandan.

Mintak izin copy resepi dari blog akak untuk di paste ke sini ye. Terima kasih :-)




APAM KENTANG

Sumber resepi:majalah rasa
Sumber:Rohaisha

Bahan-bahan:

175 gm kentang dikukus, dilecek untuk dijadikan 150gm
200gm tepung beras
100gm tepung gandum
200gm gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garm halus
1/8 sudu teh pes pandan
3 titis pewarna hijau
Kelapa parut secukupnya
1 helai daun pandan {disimpul}
250ml santan
175ml air kelapa
25ml air suji/air suam

Bahan-bahan:

1-Renehkan gula pasir, air kelapa, air suji daun pandan dan pes pandan sehingga mendidih dan menjadi 300ml.Biarkan suam.

2-Tuangkan bahan reneh ke dalam adunan tepung beras dan kentang lecek yang telah digaul sebati..Kacau rata.

3-Apabila adunan telah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam halus.Sebatikan.Setelah itu masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau selama 10 minit dan sehingga adunan menjadi sebati.

4-Masukkan pula esen pandan dan pewarna hijau.Sebatikan dan rehatkan selama 40-50 minit. (Saya lebihkan masa untuk rehatkan adunan ni sehingga 1 jam).
5-Seterusnya apabila adunan sudah siapp, tuangkan ke dalam acuan yang telah dikukus kosong selama 1 @ 2 minit.Apabila apam telah naik dan merekah, angkat dan sejukkan.Note:*saya sapukan minyak ke dalam acuan agar adunan tidak melekat kemudian baru kukus acuan lebih kurang 2 minit.




Monday, September 10, 2012

Moist Pandan Marble Kek

Assalamualaikum..

Lamaaaa dah tak menghapdate blog ni.
Cemana raya korang? Good? Better? Best? :-p
Mood raya masih ado? Ado? Lemang dodol masih ado? Nak skeeettt..
Tapi nak eksen sket semalam ai makan ketupat palas berkacang ngan rendang ayam ..*ceh tu pung nak eksen khann.. Eh ada lagi tau rendang ayam ngan ketupat tu, leh pulun sat gi.
Maaf yek buat yang tertanya2 kemana menghilang... Biar lah rahsiaa..
Fefeeling retis pulak daaahh... hikhik
Ado je haa.. masak pun cam biasoo doo.. tapi montot berat skett nak duduk ngadap lappy.
Senak jek perut niha, maklom meja lappy rendah, kene duduk rendah jugak kan.
Nak fefeeling meniarap sambil apdate belog rasa retis sangat la nak buat gitu kan. Ditambahkan pulak lappy yang berikat ngan getah niha. Kesian betul bila bajet tak diluluskan untuk lappy baru, kena ikat ngan getah bagai ko.. huwaa

Ok dah dah.. 
Kita ke tajuk yang utama.. Kek.
Eh belom tu nak share satu doa, bagus untuk amalan ibu2 beranak sorang sehingga 20 orang.

Amalan baik semasa memasak makanan untuk anak-anak kesayangan ialah selalu berdoa n berzikir n berselawat. 
Doa yang saya dapat dari teman2 yang sudi share di FB. Terima kasih.




Dah baca?
dah hapal?
Sila masak sekarang! :-)

Ok kita ke tajuk utama seperti tajuk di atas.
Punya laaaa perasaan nak makan kek membuak2, tapi tunda sampai 3 hari baru datang seru.
Terasa nak makan kek suam2 panas gitu.
Berkenan lak dengan kek niha.
Cam tak susah sangat nak membuat nyer, cume ada perhitungan jadi ke idak je kek ni.
Seusai minit ke 30 kek ni dalam oven, dah trasa dalam lubok hati yg kek ku ini tak menjadi.
Tapi berkat doa dan selawat yang tak putus * fuh lap peluh kat dahi ngan ayat nih*.. Alhamdulillahhhhh
Menjadi jugak walau cam ada cacat dari segi rupa sikit kan..
Tapi apalah sangat vocal bukan sekadar rupa ye dak.



Walau hampir2 tipis kejadian untuk menjadi.. tapi kagom gak la dengan kek ni akan rasanya.
Manisnya yang sedang2 aje..
Hanya Allah yang tahu nikmat bila 3 hari keinginan tekak ditunda.
Sodap pepalih makan time suam2 tu.
Budak2 yang dah lamaaaa tak makan kek hasil air basuh tangan ummi dia ni, pulun sungguh.
^__________^

Mekasih buat kak Yatie yang gali2 resepi.
Nak share kat sini pulak ye kak.




MOIST PANDAN MARBLE KEK


Ingredients
  • 250 grams butter
  • 250 grams caster sugar
  • 250 grams flour
  • 8 eggs
  • 1 tbsp ovalette
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1 tbsp chocolate emulco
  • 2 tbsp cocoa powder
  • 4 tbsp condensed milk



Method:

  1. Preheat oven to 170°C. Grease a 7-8 inch round/square pan.
  2. Melt butter (I usually melt it in a microwave, but you can melt it over the stove too) and leave aside to cool.
  3. Sift flour into a mixer bowl. Add sugar, eggs and ovalette into the bowl and using a whisk attachment, beat at low speed to firstly combine ingredients, then medium speed to add volume. Mix until ingredients are thoroughly mixed in, about 3 minutes.
  4. Beat in vanilla essence. Gradually pour in melted butter while beating the batter at low speed. Continue beating until all the butter has been incorporated.
  5. Separate half the mixture into another bowl. This will be your plain mixture.
  6. In the original mixing bowl, add cocoa powder and chocolate emulco to the batter and beat till well incorporated. This will be your chocolate mixture.
  7. To assemble, spoon 3 tablespoons of the plain mixture in the middle of your baking tin. Then place 3 tablespoons of the chocolate mixture. As you continue spooning in the batter into the middle, the batter will start spreading out into the tin. Continue alternating, as this will form the marbled effect.
  8. Bake in the centre rack of the oven for 40 minutes, until a skewer poked into the centre of the cake comes out clean.
  9. After removing from the oven, allow the cake to cool in the tin for about 10 minutes. Then, turn the cake out to cool on a wire rack.