Assalamualaikum..
Bergaya la sangat stakat kari telur ek? hehehe... alkisah terjadinya kari telur ni sebab bila si anak teruna dah pndai deman nak makan roti canai dengan cicah kuning. Cicah kuning nyer tu merujuk pada kuah dal, tapi kat rumah tak de stok dal. Yang paling cept pun dlm pikiran buat kari je. Tapi nak defrost ayam smua lambat pulk. Jadinya saaya gugel resepi kari telur je.
Yaang dimakan dengan roti canai yang dibeli pada pakcik yang berjual kat masjid. Pakcik tu buat sendiri, masa tu panas2 lagi roti canainya, balik rumah just gorengkan lagi sikit tuk masakkan keseluruhaan roti tu. Memang elokkk lembuut makan ngn kari telur kak Wana yang sempoi. Walaupun tak cukup bahan tapi ok la kat tekak anak2. :-). Terima kasih untuk resepinya kak Wana Potret Kasih.
Resepi Kari Telur
BY: POTRET KASIH
6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis
Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang
6. Kacau seketika dan angkat.
Promote lagiiii.. jgn marah ye. Maaklom la, blog ni dengan blog kedai MYBESTBUY tu bagai aur ngan tebing. Hehehe
BLOUSE BERGAYA
3 WARNA
FREE SIZE (OREN, COKLAT, BIRU)
BAHU 15.5
DADA 40
PINGGANG 37
PUNGGUNG 46
LABUH 32
PRICE : RM59
BOLEH KLIK TERUS KE SINI
salam syg izah
ReplyDeletesimple tp sedappp..kari telur tu klu kasi kt kita berbiji2 leh habis..cicah roti..waallaaa..kecurrr:)
Memang ada gayalah kari telur tu Izah he he hehh.... memang sedap buat cicah roti canai!
ReplyDeletealamak, dahlah mmg tgh craving nak makan kari, sedapnya kari cicah roti canai, lapar lah pulak hehe
ReplyDeleteakakpun jadi teringin semacam je tengok kari telur izah yn oren2 tu..
ReplyDeleteMemang bergaya kari telur tu... lagi2 posing dengan promo MYBESTBUY tu... hehehe
ReplyDeletesalam Kak Izah..best jgk kari telur bergaya nii..biasa buat kurma jee.. pasni bleh try ^^
ReplyDeletebergaya...mmg bergaya...tambah2 baju kat bawah tu...hehehehhehehehehhe
ReplyDeletehebat nama kari telur mu ni zah..kalau makan kari ni dan pakai pula baju kat bawah tu sure lagi bergaya kan..hehe
ReplyDeleteSalam izah, yang simple tu memang menarik dan izah memang debom...hehe, rindu izah
ReplyDeletehmmm roti canai,asalkan cicah kari memang sedap...kari apa-apapun okay kan..
ReplyDeleteHabis bergaya dah telur tu dik Izah cayang hehee.... kecur memandang..dapat calit dengan roti putih.. waduhhhh sedap
ReplyDeletekita rasanya kelmarin masak kari telor izah..hehhehe...kari memang fav kita..suka sgt2..hehehe
ReplyDeleteizah..awak perasan ke komen awak di spam lagi? hehehhe...ke kat blog kita je ek? tak pe...kita tetap akan publish kan..:)
cam hidden mickey kari ko tu jah....errr maaflah kalo ko pomot kt aku blos syantik tu tapi aku buat derkkk jer..sbbnya jah, kopun x sanggup tengok ada adegan hulk tgh koyak2 blos2 cantik tu walopun saiz yg paling 'kecik' ko sua kat aku...sobsobsob...
ReplyDeleteerrrr lama x ;jumpa' kan jah.... kelulak lidah aku ni ha,...
Hidden mickey kata kak chah..nampak sgt selalu join anak tgk disney channel..kekeke..eh?
ReplyDeleteNmpk menyelerakn kari tu jah..baju tu pun...kusss smngt..rmbang mata!
wah kari telur la pulak..nmpk sedap tu...bleh buat jugak la hujung mgu ni..kecur tgk..
ReplyDeletepsttt...xde jual dress pjg ker...tp yg saiz plus2 sikit..hehe
terliur tengok kari telur nie...idea sudah mari nak masak apa petang nie...hehehe
ReplyDeleteMemang bergaya pun
ReplyDeleteWah bergaya sungguhhh... Nasib baik bergaya bukan seksi... Eheee... Kari bukan setakat roti canai, dgn roti kosong pon sodappp... Anyway mmg nampak sgt kelembutan roti canai pakcik tu... :)
ReplyDeletepergh...resipi meleleh air liur..hehe
ReplyDeleteTerus terang je la Izah nak promote baju petak2 tuuuu...kari telor bergaya la, anak nak makan la...hehe..tektik bijak.
ReplyDeleteAgak2 badan mcm akak rendang2 ni, sesuai tak dgn baju petak2 gitu? Tak nmpk mcm tong gas bergerak ke? hehe...tau dah jwpn Izah, takde halnya kak!! org berniaga mesti semuanya sesuai.
Hi Izah..apa khabar dear? Lama tak dengar dari kawan ni sorang? Miss u and ur muffins la :)
ReplyDeleteWahhh bergaya kari telur tu..my fav!! Roti canai tu puffy betul...yumm! :)
izahhhh.....lama tak jenjalan kat rumah izah....akak nak wat kari telur bergaya tu jap lagi....babai...
ReplyDeletememang sedap....
ReplyDelete