Wednesday, June 20, 2012

Kari Telur Bergaya? ^___^


Assalamualaikum..

Bergaya la sangat stakat kari telur ek? hehehe... alkisah terjadinya kari telur ni sebab bila si anak teruna dah pndai deman nak makan roti canai dengan cicah kuning. Cicah kuning nyer tu merujuk pada kuah dal, tapi kat rumah tak de stok dal. Yang paling cept pun dlm pikiran buat kari je. Tapi nak defrost ayam smua lambat pulk. Jadinya saaya gugel resepi kari telur je. 



Yaang dimakan dengan roti canai yang dibeli pada pakcik yang berjual kat masjid. Pakcik tu buat sendiri, masa tu panas2 lagi roti canainya, balik rumah just gorengkan lagi sikit tuk masakkan keseluruhaan roti tu. Memang elokkk lembuut makan ngn kari telur kak Wana yang sempoi. Walaupun tak cukup bahan tapi ok la kat tekak anak2. :-). Terima kasih untuk resepinya kak Wana Potret Kasih.



Resepi Kari Telur


6 biji telur
4 biji bawang ( di tumbuk/dihiris )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk/dihiris )
1/2 inci halia ( ditumbuk atau di hiris )
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat @ susu cair
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
daun ketumbar ( tabur )
daun bawang ( tabur )
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub ayam
minyak untuk menumis



Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Pecahkan telur satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Bila telur beku masukkan garam, bawang goreng yang telah di tumbuk dan daun ketumbar, daun bawang

6. Kacau seketika dan angkat. 




Promote lagiiii.. jgn marah ye. Maaklom la, blog ni dengan blog kedai MYBESTBUY tu bagai aur ngan tebing. Hehehe

BLOUSE BERGAYA

3 WARNA

FREE SIZE (OREN, COKLAT, BIRU)

BAHU 15.5
DADA 40
PINGGANG 37
PUNGGUNG 46
LABUH 32



PRICE : RM59





 BOLEH KLIK TERUS KE SINI








Tuesday, June 19, 2012

Sayur Goreng Tepung dan Stokin Comel!!!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah memberi lagi kesempatan buat saya untuk share resepi yang sangat simple tapi sangt sedap buat selera kami. Sayur2 yang digoreng bertepung. Dicicah dengan cili sos sahaja atau saambal belacan atau tempoyak atau budu. Slrriipp teteibe rasa air liur menjejes nak keluar. hehehe... 

Resepi yang simple dimple. Ritu dah jumpa tepung bestari *yeke namanyer ni MAS and kak Nor?. Tapi pack tepung tu besorr sangat, rasa cam kalau gune mesti lepas tu masuk bubuk je. So saya hold dulu tuk beli tepung goreng segera tu. Untuk yang ni mcm biasa saya mixkan tepung2 sedia ada kat rumah. Sayur digoreng gini tak berminyak dan rangup enak dan segar.

SAYUR GORENG TEPUNG
by: izah

sayur seperti cendawan, terung purple, bendi atau jenis2 yg difikirkan boleh digoreng tepung.
Dibersihkan dan ditoskan kering airnya.

Campuran tepung:
(nisbaah bancuhan tepung adalh sama )

3 sb tepung gandum
3sb tepung jagung
3sb tepung beras
1 sk garam
1 sk kunyit serbuk
*jika mahu rasakan sikit ngan serbuk kari atau serbuk cili pun boleh
1-2 biji telur

cranya:

telur dipecahkan dan dipukul sedikit.
Sayur2 yang telah dibersihkan dan dikeringkan tadi digaulkan sekali dlam telur.
Campuran tepung, kunyit n gram di letakkan didalam bekas yang besar dan bertutup.
Masukkan sayur yg telah digaulkan dengan telur ke dalam bekas campuran tepung.
Tutup bekas dan goncangkan bekas supaya tepung bersalut rata dengan sayur.
Goreng dengan api yang betul2 pnas.
Angkt bila garing dan toskn minyk.
Sedia dihidangkan panas2.

nota: sesuaikan bancuhan tepung dengan bnyak sayur yg hendak digoreng. Lagi banyak tepung pun tk mengapa untuk salutan yang maksimum :-)




PROMOSI TERBARU DI KEDAI MYBESTBUY.

STOKIN COMEL!!

UNTUK 0-12 BULAN.

STOKIN LEMBUT BERSAMA KARTUN 3D.

RM14 

 BB star


 BB bee


 BB kitty


 BB smile


 BB ladybug


BB bear


 Juga boleh dilihat di sini




Friday, June 15, 2012

Mexican Bun yang tak brapa Mexi..dan Baju Raya Kanak2


Assalamualaikum..

Ya Allah.. masa menghambat betul. Semuanya berpusing dengan laju.
Duduk depn lappy sedaya upaya cuba melawat blog kawan2.
Sampaikan lappy saya semput dan terus senyap hang. Hehhe
Dan sedaaya upaya juga mengomen sebab dan lama tak ngomel2 kat entry kengkaawan, tapi diulangiii tetappp SPAM KOMEN KUUU.. huhh

Ok berbalik pada MEXICAN bun yang tak brapa mexican ni. Sebabnya tak berhajat pun nk buat mexicaan bun tu. Dah siap2 buat  bulat tanpa inti, dlm hati hajat nak tabur gula je atas roti tu. Taapi rasanya klise saangt, ececehh.. Lalu merajinkan diri buat topping mexican tapi saya lebihkan gula aising bagi manis untuk keseluruhan roti disebabkan tidak diletakkan inti gula.



Alhamdulillahhh..
Roti ni nyamannn sekali dimakan panas2 suam. Sampai 2-3 hari still lembut.
Resepi roti ni yg biasa saya guna dari resepi SOSEJ BLOSSOM BUN resepi CMG.
Cume tekak xrasa nk mkan sosej. Jadi saya buat kosong aje.
Terima kasih bagi yg terlibat untuk terhasilnya roti yang digemari anak2.
Stu adunan roti dapat 16 biji bun yg cute cute.
Tingga 2 biji je lagi dlm tipuware :-)


DARI RESEPI:
SOSEJ BLOSSOM BUN
*edisi ini izah buat bun kosong topping mexican 
resepi: CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



CARA MEMBUATNYA :

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.... 


 MEXICAAN BUN TOPPING



Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum

Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.




Disini juga nak war warkan BAJU KURUNG KANAK-KANAK UNTUK 2-6 TAHUN dari kain JAPANESE COTTON kelas A ada di MYBESTBUY. Antara nya







 Jika berminat boleh jenguk2 ke SINI ye.. TQ...





Wednesday, June 13, 2012

Perkhabaran Disertai Kesyukuran...

Assalamualaikum..

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar

Hampir sebulan saya tidak meninggalkan sebarang post baru di Izah Muffin Lover. Dan dalam tempoh hampir sebulan ni banyak perkara- perkara diluar jangka terjadi dan  menjadi misteri.. Haa yoolah tu. Misteri la seyyngaaatt. Hehe.. Apa khabar semuanya? Semuanya saya tahu sangat positif dan ceria dengan warna warna masakan baru dan gambar2 yang mantap. Pula bila disertai oleh blogger2 baru yang teruja melawat blog2 masakan dan menjadikan sesetengah blog masakan sumber inspirasi. Tak lupa blogger baru yang berkunjung ke sini, TERIMA KASIH.. saya akan menjenguk blog anda nanti. Tungguuuu :-)


Setiap perkhabaran disertai kesyukuran..
Seperti bersyukurnya saya dapat mengutip raja buah ini ^_____^


Seingat saya, saya dah tak ingat pernah tak saya melalui pengalamn mengutip buah durian di kebun. Rasanya tak de. Biasanya kebun durian kat kampung2 dulu *tu pun tumpang kebun orang* semuanya jenis berbukit daan tak brapa sesuai untuk anak dara sunti cam saya nak masuk. Ececceehhh.. Tapi pengalaman ni saya dapat setelah memasuki umur 28 tahun. Ngeee 28 khaaann kak Noorrr ^____^

Saya  kongsikan dulu kesyukuran saya lalui di sebuah Kota di Rembau. Di rumah dan dilokasi kebun seorang teman dan sohabat baaik kakak kita tuuuu :-) Terima kasih sangat, sesungguhnya tiada perkataan yang setanding untuk diungkapkan terima kasih saya sekeluarga buat kakak sekeluarga. Yang pasti sepanjang pengalaman dan perjalanan doa2 terbaik kami pohon buat akak sekeluarga,.



Suke.. tengok buah durian. Tapi nak makan banyak2 sangat tak berani :-)



Permandangan biasa kalau pengeluaran mengatasi permintaan. Hehe.. 



Kami sampai ke Rembau dah petang. Dan ini adalah hasil kutipan sebelah pagi. Kata abang Tapa.



Dah nak masuk kebun durian ^___^.  Tengok tu hasil yg Allah kurniakan 




 Kutipan di pokok pertama. Tinggaalkan dulu di situ. Nanti kalau bawak skali berat keretaa sorong :-) Sambung abg Tapa


Ini pula pekerja yang diupah oleh tuan kebun ^___^



.Hasilnya.....





 Yang ni saaya tungu tunggu kan. Nikmatttttt!!!! Laksa utara kuah pekat! Hehehe.




Perkhabaran lain sesenyap nyer Blog IML ni, saya telah bersama2 sedang memajukan bisness online. Boleh nampak iklan di atas tu. Ada baju yang cantik2 dan menarik. Kawan2 FB ada yang dah tahu dan dah ada yang membeli, Terima kasih kerana sudi menyokong bisness baru usahasama saya ni. Bukan milik saya, cume saya membantu sedaya mahu :-)

Bagi kawan2 yang sudi melihat blouse muslimah dan pakaian kanak2 boleh la berkunjung ke 


Antara yang ada di sini:










Akhirnya.. satu lagi perkhabaran saya akan reserve untuk entry seterusnya..
Sampai jumpa lagi semuaaaaa
SALAM SAYANG DARI SAYA..

^___^