Assalamualaikum..
Waduh.. pau ni udah lama di buat. Baru kini nak post berkongsi resepi. Teringat pau, teringat ada adik yang sedang buat assignment mengenai kuih pau. Dan mengalukan saya untuk membantunya. Dari segi apa tu dik akak boleh bantu. Kalau boleh, akak bantu setakat mampu. Tapi sebenarnya, harus ditanya betul2 pada yang pakar. Sbab saya banyak cube 'resepi orang' je. Rasa mcm bersalah untuk memandai2. Tapi kalau nak membantu..insyaAllahh. Boleh aje.. ilmu baik di kongsi.. di akhirat nanti membantu kita kan.
Okes.. Pau 3S ni pernah hangat dan berlegar2 sekitar blog2 GMM. Jadi saya yang ada tepung pau ni, mmg suke nak mencuba nya. Dan saya gunakan inti kelapa. Dah lama dah buat ni. Rasanya seiringan masa pau ni tengah hangat. Tapi duk peram je gambar. Sedap aaa pau ni. lembut halus je texture dia. Dan inti kegemaran saya, yang dah lama tak makan. Terima kasih buat kak Maz tuan nyer resepi dan geng masak2 yang lain. Saya amik resepi kat blog Tun. Tq tun.
PAU 3S
Resepi : kak maz @ ilham dapur
Bahan-bahan (dalam 14 biji saiz kecil)
1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok* izah guna tepung pau
110ml air sedikit suam
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
1/2 sudu kecil garam
inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam petiais sekejap senang nak bulatkan
kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau
Cara
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit2 supaya x terlembik ye..
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.
Assalamualaikum...
ReplyDeletesuka nama dia. Dalam kelas mengaji akak ngan 2 org member digelar 3S sebab ketiga2 nama bermula huruf S. Duduk pulak suka dekat2. Hehehe wajib cuba ni
asslm...gebunya pau tu...geram tgk...rasa mcm nk picit2...hehehe...insyaallah akn dcuba..
ReplyDeleteseumur hidup ni x penah lagi buat pau guna tepung pau... macam jakun je kan... pastu bila pau tu kembang malu2 mula la nak salahkan resepi.... ngeeeeee
ReplyDeletesalam izah...akak blm pernah cuba lagi resepi pau ni...nmpk mmg gebu, kena try jugak ni.....tungguuuuu, hihihihhi
ReplyDeleteakak beli inti kacang dr tahun lepas lg.. (lama tu kan. tahun lepas) tp tak terbuat gak pau.. kurang ghajin sungguh la jah wehhh.. meh la tulun buatkan utk akak jah
ReplyDeletesukernyer mkn pau inti klapakkkk.... mmg nk wat lagi ni....inti klapak pon da standby..."R" jer blom mai2....hihiihih
ReplyDeletetun datang nk mengepau pau 3bijik! hehehe.. tun suka jugak makan inti kelapa, tp kat umah, xkira la kt kg atau kt sini, kalau buat inti kelapa mesti ada yg merungut.. hehe..
ReplyDeleteassalam Izah..
ReplyDeletecantik gebu pau ni...
kat umah akak ni pau memang laku je, kalu buat sekejap je licin..
pas ni leh try resepi izah tq share resepi yg gebu..
Pehh..pau tu. Gebu lagi..Dah lama xmakan pau. Lagi2 pau inti kelapa. Mengamit memori lama..zaman comot...masak selalu baut sarapn pau kelapa. sedap
ReplyDeleteizah, meh tuko ngan pau kaya n kacang kite ni..kelapa pon kite sukelahhh..minum ptg ni gak..tp tak kluwo n3 lagi :)
ReplyDeletewaduuhhhh gebu bangett..aku rase nk cekot seketul pau ko ni..tu dok atas balkkoni klo jatuh untung org yg dok bwh ye,, dpt pau turun dr langit..hihihi....
ReplyDeletejahhhhh....
ReplyDeleteaku pun dah lama tak ngepau...he3
wehhhh...cantik berseri2 pau kau jah...
dah lama abisss yerk..
merajuk la...huhuhuhu
Lembut dan gebu sangat nampaknya pau iteww..nak jugak seketul..boleh mkn sambil minum teh o..
ReplyDeletetengok pau izah ni teringat kelembutan pau ni masa panas2..sedap betul makan...haishhh teringin lak..tapi malas nak buat inti..kekke
ReplyDeleteSalam Izah,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen Izah. Saya pun suka tengok gambar2 Izah di blog ni. Cantik2 especially gambar close up tu. Rasa nak makan je terus. hehe...
Harap2 belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah buat Izah kerana gambar2 dan resipi kek2 izah yang dimuatkan dalma majalah jelita Jan tahun ni. Saya tumpang gembira juga. Tahniah izah, moga terus maju jaya. :) :) :)
jap, apa kaitannya dengan 3s? ke sy yg x baca betol2? heheh...apepon, memang halus mulus aje kuih pau tu..mungkin sebab guna tepung pau kot..ada lagi balance tepung pau ni..tak tahulah bila nk mengepau..
ReplyDeletesalam izah...ooo dh smpai umah izah jgk ye pau bidan trjun ni..hahaa..ni la adat org merantau..sibaik jdi elok msa kmaz buat yg memula yg xsukat tu..mksih ye izah sdi cuba rspi kmaz yg xsbrapa ni...hope kna dgn slera izah sklrga..
ReplyDeletebetul ke resepi2 izah masuk majalah....klau betul setinggi2 tahniah dari mokwo...moga lebih maju jaya lagi lepas nih!! mokwo pun suka skodeng blog izah...mcm2 adaaa!!
ReplyDeletesaya pun boleh bantu..hehehe, bantu makan kan...adoiii lama dah tk mkn pau camni.
ReplyDeletemembukit elok pau izah naik..gebu jer..mesti sedap!
ReplyDelete@Kak Sam
ReplyDeleteheheh.. kak sam.. saya pun tak tahu napa pau ni disebut 3s. kalau akak ngan kakwan akak tu saya tau napa. hehe. nanti akak buat la pau ni sempena geng 3s
@Qasey Honey
ReplyDeletedah picit2 jgn tinggal kan. kena beli rm2 seketui. hehehehe.. gurauu
@Cheq Sue
ReplyDeletetry la guna tepung pau. mana resepi guna tepung gandu tucube tukar ke tepung pau. pasti suka hati ngan hasilnya
@Liza
ReplyDeletetu la kak.. nampak simple resepi ni, sebab tu try jugak tu. elok kejadiannya, tapi saya guna tepung pau
@K.Nor
ReplyDeleteakak, tahun lepas tak sampais ebulan lagi tau. hehe. saya pun ada juak beli inti kacang. tunggu nak buat menda lain lak. tepung pau dah habiss
@Sugar 'n' Spice
ReplyDeletekalau inti kelapa dah ada, mcm2 boleh jadi kuihnya nanti kannnn
@tun_telani
ReplyDeletetau sapa. hehe.. huby akak, inti kelapa pun bukan la kegemarannya. tapi dia boleh makan. lain la kalau kuih yan kena sadur ngan kelapa mentah. mmg dia tak makan. makan sikitt je. geram je tengok kan. hehe
@mama sara nur
ReplyDeletewaalaikumussalam..
wahhh kalau laku je pau, memang seronok kita nak buat kan. seronok je pas masak, anak2 berebut makan. semangat nak meronggeng ke dapur. hehe
@Kama Kimin
ReplyDeleteada zaman comot ek. dulu zaman comot main kat tanah. ada kutu. hahhaa.. kantoii.. masuk sekolah je, slalu jangkit2 gitu..kiki
rajin izah buat pau... cantik pau yg izah buat nie.. geram akak tgk pic atas tu... kemas tersusun rapi... cantik plak tu... geraaam..
ReplyDeleteThe advantage here is I can use an inverter connected in the truck and the inverter output will charge the four boat batteries through the onboard charger, at the same time with the truck running, the truck battery is charging. Devices like digital cameras would have LCD screens that drain a lot of energy, making Nickel Metal Hydride batteries fit for the matter. The top five naughty gifts that you can get your partner. Obtain the registration details, licence details and contact details of any other people involved in the accident and the contact details of any witnesses to the accident.
ReplyDelete