Assalamualaikum..
Akhirnya.. termakbul juga keinginan nak try sendiri bikin ini cheese tart.
Itu pun sebab desakan oleh cheese itu sendiri. *menghampiri tarikh luputnya*
Wooww.. wooww.. woow.. Asyikk ketika menggigitnya.
Tengok crustnya tu saya buat nipis, bajet nak seddap ketika mengigit cheese nya nanti.
Fuhh memang mewah la rasa cheesenya tu.
Pertama kali saya kenal chese tart ni, bila duk menempel kat blog kak Azita.
Comel2 dan sedap je melihatnya. Tapi mmg tak dapat nak imejin rasanya dan kalau saya sendiri yang buatnya. Rasanya terlalu susah n tak terjangkau.
Bila ramai kawan2 blog lain yg buat n mula berbisnes, makin semangat nak cube.
Alhamdulillah. Sedap. Rasanya sepanjang minggu ni, cubaan resepi2 baru banyak yang menjadi dan digemari penghuni rumah. Senyum.. takperlu kata apa apa.
Terima kasih empunya resepi iaitu kak AZITA ZAIN.. kawan2 yang menasihati ANNA QAWINA, MAS dan HASUE.
opsss saya nyer corak tu main nak cepat je. Memang buruks sangat. Sebab si kecik yang tak berapa kecik tu dah mengamuk. Mood nak corak2 pun kelaut la saya. Nex time nak kena buat lawo2. Baru cun kan.
RESEPI CHEESE TART
Sumber : Kak Maiza, Kak Azita Zain, Mas, HaSue dan Anna Qawinna
CRUST
Bahan-bahan :
250g mentega Buttercup
120g gula ising
2 biji telur gred B
480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit)
*Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
*Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
*Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
Simpan crust dalam bekas kedap udara.
ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
Pastikan acuan tidak basah.
Strawbery Filling/blueberry filing
CREAM CHEESE FILLING
Bahan-bahan : (Untuk 50pcs cheese tart)
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat.
Tuang cream cheese ke atasnya.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
TIPS KAK AZITA :
Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
.nk dptkan cis yg licin, kena pukul sampai berkrim...jgn ada ketul2. Then bakar jgn lama2...nti warnanya x cantik.
Pukul krimcis ngan gula kastor dulu sampai adunan tu berkrim...lps tu masukkan telur dan esen...pukul lagi sampai berkrim
SOALAN : Biasa kalau akk bt cheese tart tu, costumer nk ambik tghri Jumaat misalnya kan, akk buat bila cheese dia? Mlm sblm tu@pg jumaat?
JAWAPAN : Biasanya akak akan bakar pagi Jumaat. Jadi cream cheese tu akan sentiasa nampak cantik. Kalau nak buat malam sebelum tu, boleh jugak. Tapi jangan simpan dalam petiais...nanti cream cheesenya jadi kusam...tak cantik dan tak berkilat dah.
SOALAN : Pastu kan, lps dah bakar kali ke2 tu kn, crust dia akn jd lembut sikit ya? X garing mcm sblm bakar dgn cheese?
JAWAPAN : Lepas kita bakar dgn cream cheese tu, lama2 crust tu akan lembut sikit disebabkan oleh filling dan adunan cream cheese yang basah tu. Itu memang tak boleh nak buat apalah..
Selamat pagi Kak Izah...
ReplyDeletemau aje kuterkam semua tart cis tu...nyam nyam nyam...enaknya...
adehhhh jah... dok lam waiting list lagi cheese tart ni. CC baru je beli, lambat lagi nak expired tu... he he he, lambat la lagi buat nampaknya
ReplyDeletegegegegge..lama gak tak makan nih..harus jugak ke buat? baru je lps mkn kek yg ada unsur2 cis ni kan..tangguh dulu utk kali ini..hehe..
ReplyDeleteAku kalo buat tuk mkn sdri mmg tak lorek la..bako terus ok ape..heheh
wah..siap ngan soklan & jawapan ko kopipes ek..kehkeh..maluu..huh..bak sikit..
gojes!
ReplyDeletecantiknya BCT Izah tu, geramlah tngk..akak gak yg tak terbuat2..beli je dngn kwn kalau nak makan..he3..tlng kawan...pasni bolehlah order dngn Izah plk...leh kan...
ReplyDeletecantik cheese tat tu..kalau dapat ngap sebiji 2 sedap tu.nak sikit..
ReplyDeletesalam..akak ni asyik tgk cheese tart org je..bilalah hajat dihati ni akan tercapai..
ReplyDeletecantiknya...anak2 saya suka cheese. kalau buat ni mesti berbaloi-baloi...resepi masuk dlm fail dulu..hehe
ReplyDeleteSalam. Hi Kak Izah, apa khabar?
ReplyDeleteWah, sedapnya cheese tart ni.. Nur save dulu resepi ni. Kalau ada kerajinan, ingat nak cuba buat. :)
salam...aku geram je bile menenguk org mengecistat ni..aku nk jugak tp nape mesti nk kene ulit su2 crustnye tu..benciler..ko buatkn utk aku blh...aku bayo ngan taek ibong masen..kwangkwangkwang...hihi..
ReplyDeletepepon cantik tart ko ni...naik comel je...
jah...sedap nampak cistat nehh....
ReplyDeleteyg malash nk wat crust tu jer...muaii, lenguh, sakit leher...ahahhahah
sedap cheese tart! kalau jumpa yang kecil comel, sekali aje masuk mulut!
ReplyDeletememang sedap.kakna dah cuba..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteizah... nani pun lom pernah wat cheese tart tu.. tapi ada la dok terdetik berkali2 nak try wat.. lepas ni dah nampak resepi tu, cara2 nya cam faham gak, sbb kadang2 tengok toturial kat u-tube.. so nak cuba one day..
jahhhhhh...
ReplyDeletecantikk la cheese tart kau....
kira ok la first time buat...
lain kali klu buat lagi...
pos sini sikit yerk..
muahahaha...
Izah,
ReplyDeleteBiler I tgk ur cheese tart....I pun senyum, tak perlu kata apa2 ;)
salam izah...
ReplyDeletesori main terjah...sebelum nih follow je...
cantik comel cistat tu...walaupon baru buat...cam dah pro gitu...
wahhh cantik tu cis tat izah.. memang menggoda... lama akak tak singgah sini moga sihat selalu hendaknya...
ReplyDeletesalam izah..cantik tat izah..akak pun ada simpan lemon filling kekonon nak buat cis tat..insyaAllah bila anak2 dah baik wabak cirit2 n muntah2 ni boleh la mengecistat mcm ni..sedapkan cis tat ni..dan mahal kalau beli..selalu dijual rm1 sebiji..tapi diet mmg hanyut la kan hahaha..lantak laaaa hahaha
ReplyDeletenani dulu terpengaruh dengan kak hasue la...tengok dia wat tutorial pasal cheese tart. terus beli cream cheese buat ni...puas hati betol dapat makan banyak2
ReplyDeleteSelamat tengah malam Izahh
ReplyDeleteHehe rumah orang ade anak kecik ni lain sikit.. bila membaking macam kena kejar dgn keretapi.. kalau boleh kena buat macam speedy gonzales lol.. dah tu part nak take pic.. lahhhh suruh tolong kita hold something pun dia tak mahu.. guess what she said to me??
"Mama .. last one ok.. i am soooo tired... ok i exercise first .. after that i help.."
after 10 mins...
.... but but i am so tireedddd.. grrrr
Cheese tart memang hot fav even Hairi loves it!
wah..izah pun dah pandai buat..kita ni tak tau bila nak beli acu..tak beli2 jugak lagik...hehehhe
ReplyDeleteizah,
ReplyDeletebuat sendiri boleh taruk cheese melimpah limpah hehe..
kpah pun dah buat sendiri je.
@rahel
ReplyDeletehuhuhu rahel cam rimau ek. eh rimau tak makan chese.. hehehe
@Cheq Sue
ReplyDeletehahha.. ko jenis aku gak ke cik sue? tunggu nak dekat tamat tempoh baru ada rasa desperate ek
@Anna Qawina
ReplyDeleteanna.. aku pun cam malas je nak lorek bila anak dah merimau kat pinggang aku. tapi ye la.. cam bosan je tengok. haha..
eh aku copy je semua. semua tu bagus tuk rujukan aku sendrik tu. tq ye
@faa.rosli
ReplyDeletetq...;-)
@Yatie
ReplyDeletekalau ada dekat saya pun nak jugak beli kak. tak nah pulak jumpa chese tart ni dekat2. tapi buat sendiri leh manja2 ngan chese tart tu. boleh letak banyak2. haha..akak nak order ek. okeh.. brapa mau?hehee
@haniaiman
ReplyDeletebetul tu.. biasanya kalau chese tart ni pun mmg tak leh makan banyak kan. mkn slow2 je. pastu sebijik dua je..nanti banyak2 muak pulak kan
@Rohah
ReplyDeletejom kita menggentel crust nyer dulu. hehehe.. nak membuatnya kena slow motion sikit kan.kena buat crust dulu. rilek2 dulu baru adun dia nyer chese kan
@Sally Rashid
ReplyDeletesama la.. anak2 saya pun suke jugak. letak dlm peti es, slalu la peti es tu klutang klutang diorg amik chese tart. hehe
@Nur-nba
ReplyDeleteakak sihat..alhamdulillah..
simpan jgn tak simpan. cam akak pun sama la. berkurun simpan. skrg ni baru terbuka hati nak cube. hehe
@nOOrsha
ReplyDeleteeh haroomm tul kenyataan ko tuh. tau la nak buat rumah emas bertatah berlian. hahaha.. bertuah tul. sha.bila ko buat kan, bila dah siap kan..syokk je. rasa nak buat je lagi. syaratnya tak de la anak2 yang buat radio rosak tepi telinga. haha
@Sugar 'n' Spice
ReplyDeleteakak. saya cam enjoy je masa buat crust tu. agaknya 1st time kan. kalau dah kena banyak kali buat mcm akak la. lenguh itu ini. haha
@Amie
ReplyDeletebetul tu kak amie. suke yang kecik2 kan. comel je. pastu bdak2 nak ngap pun senang. satu lagi tak membazir pun iye kalau depa tak habis makan sebijik tu
@kakna
ReplyDeletetu la kan kakna, nama la chese .. memang sedaaap la sangat. hee
@JaSSNaNi
ReplyDeletekak nanai.. nak membuatnya simple sangat. tapi bahan2 dia agak mahal la. dan nak membuat crust nyer dulu kan. tapi bila buat senang sangat. cube la kak
@Mas
ReplyDeletemakcikk. mana leh pos kat taukeh.. huh.. tak aci tul statement ko tu..
@Anie
ReplyDeletesenyum penuh makna ke. hahaha
@Aishah @ Ariffin @ Aqil
ReplyDeleteuik tq.. cam lama je tak nampak. hehe.. tq tq.. tak de la cam pro. biasa2 je.hehe
@kaksu
ReplyDeletesaya sihat adanya kaksu. lama tak nampak akak. tq kak singgah blog saya
@Mieza
ReplyDeletemahal lagi kak mieza. tak nah pulak jumpa rm1. mesti kecik cenonet je kan chese tart singgit tu. buat sendiri puas hati kan. wahh filing lemon pulak. lagi best tuh
@nuwairani ismail
ReplyDeletebetul kan nani. buat sendiri, kepuasan makan n kepuasan sendiri tuh. sukar dikatakan. haha.. bior pun comot. puas hati jugak
@Rima
ReplyDeletehaha.. betul la kak rima. kalau saya pulak kan lain maslaahnya bila time shooting tu. budak2 marah amik pic makanan tu, tapi diorg suruh amik pic diorg. sampai ada masa menangis2 suruh amik dior tengah ber pose. aduhaii mcm2 karenah kan. hehe
@quinnie
ReplyDeletenak buat kena la beli acu dulu kak Q. hehe..dulu2 nak aje buat dalam muffin cup tu. tapi bila beli acu baru bertambahs emangat kan
@ibundo
ReplyDeletebetul kan ka pah. seronok makannya. tak hengat. tapi kalau nipis sangat mudh patah pulak. jadi kalau berjual kena tebal sikit kan. sebab nanti customer makan tak patah2. niat baik kan. hehe
sangtt sedapp laa izahh...mengidamm cheese tartt lerr plakkk tgk izahnyer nie..keh..keh..
ReplyDeleteSalam. Nak tanya, kalau tak simpan dalam peti ais lepas baked malam and customer nak amek pagi, cream cheese still rasa okay eh kak?
ReplyDeleteSalam izzah. Thanks for the recipe. Saya dah try buat shell tart tu. Senang & menjadi. Mohon halalkan resepi ye, sebab ingat nk jual tart nye..hrhr
ReplyDeletecheck over herethe original source see it hereCheck Out Your URL Homepageyou could try these out
ReplyDeletejetez un coup d'œil sur le site ici Balenciaga Dolabuy Plus de bonus répliques de sacs de créateurs en gros site officiel répliques de sacs à main Ysl
ReplyDelete